Product from Adobe

Isnin, Oktober 20

Air Mata Hati Bab 11


“Sayang, kalau kita dapat baby girl kita nak bagi baby ni nama apa?”, tanya Fakrul suatu malam semasa mereka sedang berehat-rehat di dalam bilik.  Ezani tertawa sambil merenung ke wajah Fakrul.  Tangan Fakrul yang sedari tadi mengusap-usap perutnya dialih perlahan lalu Ezani bingkas bangung.  Belum pun separuh badan Ezani terangkat, Fakrul telah menarik Ezani kembali ke ribaannya.

“Baringlah.  Kenapa Hanna ketawa pulak”, tanya Fakrul pelik.

”Abang tulah.  Baby ni baru dua bulan la bang.  Awal lagi nak cari nama”, sela Ezani sambil ketawa.  Terharu rasa hatinya tatkala melihat Fakrul yang begitu teruja dengan berita kehamilannya.

”Eh biarlah.  Baby, baby nak nama apa?”, tanya Fakrul setelah menundukkan sedikit kepalanya mendekati perut Ezani yang terdedah.

”Baby, cepat-cepat keluar tau.  Papa tak sabar nak tengok rupa anak papa.  Mesti comelkan?  Ikut muka papa tau.  Jangan ikut muka mama.  Mama tak comel sebab mama tu comot”, Fakrul berkata-kata dengan anaknya.  Sengaja berniat hendak mengusik Ezani.  Ezani hanya tertawa bahagia mendengar usikan Fakrul itu.  Namun, Ezani sengaja menjengilkan matanya tatkala Fakrul mengatakannya comot.  Pura-pura marah.

”Owh.. papa kata mama comot ya.  Nanti kalau mama tak da baru papa tau.  Papa jaga baby sorang-sorang waktu tu”, balas Ezani dalam nada seolah-olah berjauh hati.  Ingin mengusik Fakrul kembali.  Namun dapat dilihat wajah Fakrul berubah tiba-tiba.  Sirna sudah senyuman dibibirnya.

”Sayang..”, tegur Fakrul memberikan amaran.  Sungguh Fakrul tidak suka dengan sikap Ezani yang suka bergurau begitu.  Kecut hati Fakrul mendengarkan ayat-ayat yang sebegitu.

Ezani tersenyum memandang wajah Fakrul.  Lalu tangan Fakrul yang berada diperutnya diraih dan dicium berkali-kali.

”Abang, ada orang katakan yang sakit nak melahirkan ni ibarat separuh kematian.  Kalau..”, belum sempat Ezani menghabiskan ayatnya, jari Fakrul telah menahannya dari terus bersuara.  Ezani memegang tangan Fakrul erat.  Fakrul menggeleng-gelengkan kepalanya.  Sungguh Fakrul tidak mahu membayangkan sebarang kemungkinan buruk yang mungkin boleh berlaku.

”Abang, jangan la macam ni.  Bagi la Hanna nak cakap”, protes Ezani.  Asyik-asyik tak nak bagi orang cakap.  Ezani menarik muncungnya panjang.  Mukanya dipalingkan ke sisi.  Mengadap dinding lagi bagus.

”Hmm.. yelah-yelah.  Hanna cakaplah apa yang Hanna nak cakap”, balas Fakrul pula.  Tidak sanggup rasanya hendak melihat wajah kesayangannya itu bermuram durja.  Ditabahkan hatinya walaupun hatinya tidak suka.

”Betul ni?”, uji Ezani.

”Ye cakapla apa sayang nak cakap.  Abang takkan stop kan lagi dah?”, tambah Fakrul pula.

”Abang ingat tak novel yang Hanna mintak abang belikan untuk Hanna waktu kita baru balik dari hospital hari tu?”, tanya Ezani.  Fakrul hanya menganggukkan kepalanya tanda masih mengingati kejadian tersebut.

”Cerita tu kan fasal Datul dengan Aiman.  Kisah di awal perkahwinan diorang kan sama macam kita tau?  Banyak masalah dan badai yang melanda tapi at last diorang berjaya jugak mengharunginya.

Satu hari, Datul dapat tahu yang dia pregnant.  Aiman gembira sangat.  Tapi malang tidak berbau.  Tiba-tiba Datul terjatuh dari tangga.  Masa tu Aiman ada kat pejabat.  Mak mentua Datul pula ada kat luar rumah tengah tengok pokok bunga orkidnya.

Aiman cemas sangat bila dapat tahu Datul terjatuh tangga.  Selepas beberapa lama Datul berada di dalam bilik rawatan, tiba-tiba doktor yang bertugas tu keluar dan cakap keadaan baby dengan Datul tu dah kritikal.  Aiman hanya boleh pilih salah satu je.  Datul atau baby?  Abang tau tak Aiman pilih siapa?”, tanya Ezani pada Fakrul yang sedang khusyuk mendengar ceritanya.  Berkerut-kerut dahi Fakrul mendengarkan cerita Ezani hingga hampir bertemu kedua-dua belah keningnya.

”Erm.. pilih Datul kot?”, teka Fakrul.

”Betul”, balas Ezani pula dengan girang sambil bertepuk tangan.  Persis kanak-kanak lagaknya.

”Kalau abang ditempat Aiman, siapa yang akan abang pilih?”, tanya Ezani pula.  Tersentak Fakrul seketika mendengarkan soalan tersebut.  His.. Biar betul Ezani ni?

”Abang..”, tegur Ezani apabila dirasakan terlalu panjang masa yang diambil oleh Fakrul untuk menjawab pertanyannya tadi.

”Kalau boleh abang nak pilih kedua-duanya.  Abang tak nak hilang salah seorang pun.  Abang tak sanggup.  Abang tak rela”, kata Fakrul yang seolah-olah sudah ditelan emosi.

”Alah abang ni.. Hanna cakap kalau jelah”, tingkah Ezani pula.

”Kalau..”, tekan Ezani lagi.

”Rasanya abang akan bagi jawapan yang sama dengan Aiman.  Abang akan pilih sayang.  Baby tak mengapa.  Kita boleh cuba lagi.  Tapi kalau sayang tak ada macam mana abang nak hidup nanti”, keruh wajah Fakrul tatkala menyatakan jawapannya tadi.

Ezani tersenyum.

”Thanks abang sebab pilih Hanna.  Tapi kalau betul-betul terjadi macam ni, Hanna nak abang pilih baby.  Jangan pilih Hanna”, pinta Ezani.  Tertegak mata Fakrul merenung wajah Ezani yang masih diribanya.

”Ingat ye bang.  Kalau abang kena pilih suatu hari nanti, abang jangan pilih Hanna but pilih baby tau.  Janji dengan Hanna ya bang”, lebur hati Fakrul mendengarkan permintaan yang dirasakan sangat mengarut itu.

”Sayang jangan nak mengarutlah.  Dah lah.  Jom kita tidur”, Fakrul cuba mengubah topik.  Tidak mahu berjanji pada isterinya.  Janji yang entah apa-apa, getus hatinya.

”Abang janji la dengan Hanna dulu”, rengek Ezani.

”Nope!  Takkan sekali-kali”, jawab Fakrul tegas.

”Abang ni tak sportinglah”, balas Ezani tidak puas hati.

”Tak sporting kata sayang?  Zani sedar tak apa yang Zani tengah mintak abang berjanji ni?”, nada suara Fakrul mula keras.  Ternyata Fakrul sudah mula berang dengan permintaan Ezani tadi.

”Alah.. janji macam tu pun susah ke?”, Ezani sudah mula hendak merajuk.

“Hmm.. terpulang pada sayang. Nak merajuk ke ape?  Yang pastinya, abang takkan sekali-kali mengalah pada sayang kali ini.  Dah jom tidur”,  tubuh Ezani diribanya dikalih perlahan.  Bantal dikepala dibetulkan supaya Ezani berada di dalam keadaan yang selesa.  Selimut ditarik hingga ke pinggang Ezani dan suatu kucupan dihadiahkan di dahi Ezani lama.  Setelah itu barulah lampu dipadamkan.
-----------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

0 komen yang diterima:

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino