Product from Adobe

Khamis, November 13

Air Mata Hati Bab 14


”Sayang.. dah siap?”, tanya Fakrul sebaik sahaja memasuki bilik hotel yang dihuni mereka sejak majlis persandingan mereka berlangsung semalam.


”Jap.. Hanna tinggal nak pakai tudung je ni..”, jawab Ezani sambil tangannya yang masih terkial-kial membetulkan letak tudungnya.


”Hmm.. kalau macam tu abang angkat beg dengan hadiah-hadiah ni semua masuk kereta dululah..”, ujar Fakrul kepada isterinya. Beg pakaian serta hadiah-hadiah yang mereka terima sempena majlis persandingan mereka semalam turut diangkat bersama. Habis penuh tangannya.


Ezani ketawa melihat gaya suaminya yang sedang mengangkat barang-barang.


”Ya Allah.. apa yang angkat sampai penuh tangan macam tu bang?”, kata Ezani sambil ketawa lucu.


Fakrul hanya tersengih mendengar teguran isterinya itu.


”Abang malas nak angkut dua tiga kali la sayang..”, jawab Fakrul pula.


”Lah.. Sayang kan ada.. Nanti sayang tolong la abang angkat barang-barang ni semua..”, kata Ezani pula. Senyuman masih lagi terhias dibibirnya. Bahagia sungguh rasa hatinya kini. Ucapan syukur tidak henti-henti dilafazkannya. Sungguh tidak disangka Allah akan menganugerahkan bahagia ini buat mereka. Sungguh pun perkahwinan mereka bukanlah atas dasar suka-sama-suka pada awalnya.


”Nope.. Hep..! Sayang jangan berani cuba-cuba angkat barang-barang ni semua.. Kalau berani sayang angkat la.. Memang nak kena la tu dengan abang..”, Fakrul memberikan amaran. Nak angkat barang? No way man.. Jangan harap.. Bahaya.. No risc is allowed here..


Ezani mula tarik muka mendengarkan kata-kata Fakrul tadi.


”Alah abang ni.. Bosan betullah. Abang buat macam Hanna ni orang cacat tau.. Itu tak boleh, ini tak boleh. Balik-balik kena duduk rehat je.. Bosan tau..!”, protes Ezani. Sejak Fakrul mengetahui bahawa dirinya berbadan dua, habis semuanya ditegah oleh Fakrul. Sehinggakan bilik tidur mereka telah dipindahkan Fakrul ke bawah. Itu nasib mak mentuanya tidak ada. Kalau tidak, makin terkongkonglah dirinya...


”Ha.. Melawan.. Bila orang cakap sikit dia mula nak melawan. Nanti abang cakap kat mak baru tahu..”, ugut Fkarul lagi. Hah!! Kan dah kata dah..


Muncung Ezani makin panjang. Tiba-tiba kedengaran tawa Fakrul pecah. Ezani terpinga-pinga melihat suaminya yang galak ketawa. Kenapa?


”Abang ni tiba-tiba gelak sorang-sorang kenapa?”, tanya Ezani pelik.


”Tak... Bila abang tengok sayang tarik muncung macam tu, tiba-tiba je abang terbayang macam mana kalau baby kita lahir nanti mulut dia memang macam tu.. wahaha.. macam moncong mama dia sekarang..”, kata Fakrul bersama ketawanya yang masih galak.


Akhirnya Ezani juga turut tertawa. Tidak tahan mendengar tawa suaminya yang rancak itu.


”Ish.. ada ke macam tu..”, kata Ezani sambil tersipu.


”Hmm.. oklah.. abang bawak barang-barang ni semua dulu.. Nanti abang naik semula..”, kata Fakrul sebelum berlalu.


”Eh.. tak payah la bang. Abang tunggu Hanna kat lobi je ek.. Nanti Hanna turun..”, balas Ezani sebelum Fakrul lepas jauh dari pintu bilik.


”Ok..”, jawab Fakrul sepatah.


”Sayang..”, panggil Fakrul tiba-tiba. Terkejut Ezani dibuatnya. Sangkanya suaminya sudah turun ke bawah bersama barang-barang tadi.


”Ya.. Aik.. Hanna ingat abang dah turun tadi..”, kata Ezani sambil mengurut dada akibat terkejut disergah Fakrul tadi.


”Sayang, I love you..”, kata Fakrul sambil tersenyum sebelum terus berlalu. Terkedu Ezani tiba-tiba. Aneh pula rasanya. Walaupun kata-kata itu bukanlah pertama kali diucapkan oleh Fakrul kepadanya. Ezani tersenyum sendiri.



Fakrul membelek jam ditangannya. Menantikan Ezani yang masih lagi belum kelihatan kelibatnya. Tiba-tiba bahu Fakrul ditepuk seseorang. Fakrul berpaling.


”Saudara Fakrul ke? Suami Puan Ezani..?”, tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu. Mendengarkan nama Ezani disebut, hati Fakrul terasa berdenyut. Sesuatu berlakukah?


”Ya.. saya.. Kenapa dengan isteri saya?”, tanya Fakrul cemas.


”Kami jumpa isteri encik pengsan di hadapan hotel tadi. Sekarang dia dalam perjalanan ke hospital berdekatan”, terang lelaki tersebut.


”Ya Allah..”, kata Fakrul sambil menggigit bibir.


”Hospital mana..?”, tanya Fakrul kalut. Kunci kereta yang berada di dalam poketnya pantas diseluk.


”Tak mengapa.. Encik ikut kami saja..”, Fakrul yang tidak mampu berfikir apa-apa itu hanya bersetuju lantas mengikut lelaki tersebut menuju ke dalam sebuah van yang telah sedia menunggu dihadapan pintu utama hotel.


Sebaik sahaja Fakrul melangkah masuk ke dalam van tersebut, terasa seperti ada benda keras yang menghempap batang lehernya. Fakrul pengsan.



Ezani mundar-mandir diruang lobi. Sudah hampir tiga jam dia menantikan Fakrul disitu, namun bayang Fakrul tetap juga tidak kelihatan. Ezani mula risau. Tangannya dari tadi tidak putus-putus menghantarkan pesanan ringkas ke telefon bimbit suaminya. Pesanan-pesanan tersebut bukan sahaja tidak berbalas malah tidak sampai kepada suaminya juga. Mungkin telefon bimbit tersebut tidak diaktifkan atau talian perkhidmatan telefon bimbit mereka yang mempunyai masalah? Namun, entah mengapa hatinya seolah-olah tidak dapat menerima alasan sebab-musabab yang terpacul dibenaknya. Hatinya lebih berat mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak elok sedang berlaku. Ya Allah Ya Tuhanku.. Selamatkanlah suamiku..


”Sayang.. I love you..”, ucapan terakhir Fakrul sebelum mereka berpisah di bilik hotel mereka tadi kembali terngiang-ngiang ditelinganya. Tanpa semena-mena air mata Ezani luruh.


”Abang.. abang ke mana?”


Telefon bimbit Ezani tiba-tiba berbunyi. Tanpa melihat nama pemanggil, pantas Ezani menjawab.


”Abang.. Abang kat mana?”, tanya Ezani sambil menangis.


”Nak.. Zani.. Zani kat mana tu? Kenapa Zani menangis? Ayul mana?”, kedengaran suara Mak Cik Limah di corong telefon.


”Mak.. Mak.. Abang tak dak.. Abang hilang.. Dah tiga jam Zani tunggu abang kat sini tapi abang tak datang-datang pun..”, adu Ezani pada emak mertuanya sambil menangis.


”Ya Allah.. Ayul ke mana?”, tanya Mak Cik Limah.


”Zani tak tau mak.. Zani takut.. Zani risau kalau ada apa-apa terjadi pada abang..”, ucap Ezani lagi. Hati Mak Cik Limah sendiri kini telah mula dipalu bimbang. Namun sedaya upaya dikawalnya. Bimbang menantunya itu nanti tidak dapat mengawal diri. Mak Cik Limah tahu, dalam riak lincah dan periang menantunya itu, Ezani sebenarnya seorang wanita yang lemah pada perasaannya. Tambahan pula dengan keadaannya yang sedang berbadan dua kini. Mak Cik Limah tidak mahu andai ada sesuatu yang buruk berlaku pada satu-satu menantunya itu.


”Macam nilah.. Zani balik rumah dulu naik teksi ya. Nanti kita sama-sama tunggu Ayul kat rumah. Mungkin Ayul tiba-tiba ada urusan penting tu..”, pujuk Mak Cik Limah.


”Baiklah mak..”, akur Ezani pada saranan mertuanya.



Kini sudah sebulan berlalu semenjak kehilangan Fakrul di hotel dahulu. Tangisan Ezani juga tidak henti-henti sejak sebulan yang lalu. Ezani merenung gambar persandingan mereka yang baru tiba petang tadi melalu perkhidmatan courier.


”Abang.. Abang ke mana? Kenapa abang tinggalkan Hanna? Abang dah bencikan Hanna ke? Mana abang menghilang tanpa berita? Dah sebulan abang tinggalkan Hanna.. Abang tak rindukan Hanna ke?”, tanya Ezani pada gambar Fakrul yang berada ditangannya. Air mata yang sentiasa mengalir dipipinya dibiarkan sahaja. Serasanya sudah penat dirinya hendak mengelap air mata yang sentiasa menodai wajah cengkungnya kini.


”Abang.. kenapa abang tak jawab..? Jawablah bang.. Hanna rindu sangat dengan abang.. Baliklah bang.. Abang dah tak sayang Hanna lagi ke?”, rayu Ezani pada gambar itu lagi.


”Abang tak sayang pada baby? Hari-hari baby tunggu papa dia balik.. Hari-hari baby tanya pada mama bila papa dia nak balik.. Baby pun rindu pada papa.. Papa tak rindu pada baby ke..?”, ucap Ezani sambil mendekatkan gambar Fakrul itu ke perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk.


”Abang.. Hanna rindukan abang.. Baliklah bang..”, seru Ezani lagi bersama air mata yang tidak mampu ditahan lagi. Akhirnya, seperti hari-hari yang sebelumnya, Ezani terlena bersama tangisannya.


Ezani terjaga bila terasa seperti ada tangan yang sedang membelai rambutnya. Tarasa seperti ada suatu ciuman rindu yang terpahat diubun-ubunnya. Pantas Ezani membuka mata.


”Abang..”, ucap Ezani. Pantas Ezani memeluk pinggang Fakrul. Buat sekian kalinya, air mata Ezani meleleh lagi.


”Ya, sayang..”, jawab Fakrul sambil tersenyum.


”Abang ke mana? Kenapa abang tinggalkan Zani..? Abang dah tak sayangkan Zani lagi ke?”, tanya Ezani bersama esakan yang makin menggila.


”Shh.. jangan menangis sayang..”, pujuk Fakrul. Rambut Ezani masih lagi dibelainya.


”Mana mungkin abang tidak sayang pada Hanna. Hanna sentiasa berada di dalam jiwa abang. Selamanya.. ”, ucap Fakrul pula.


”Dah tu kenapa abang tinggalkan sayang..?”, Ezani masih lagi mendambakan penjelasan daripada suaminya. Perlahan-lahan Fakrul tunduk dan mencium lembut bibir isterinya. Ezani memejamkan mata. Ya Allah.. betapa rindunya aku pada belaian dan sentuhan suamiku ini..


”Shh.. sayang jangan menangis ya.. Sayang dengar apa yang abang nak katakan ni..”, kata Fakrul untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya. Ezani merenung dalam anak mata Fakrul.


”Sayang ingat lagi tak, apa yang sayang katakan pada abang sebulan yang lalu? Sekarang abang pula nak minta benda yang sama pada sayang. Tolonglah sayang.. Sayangilah diri sayang lebih dari sayang menyayangi abang.. Jangan terus menangis begini kerna hati abang tidak akan tenang selagi sayang begini. Ingatlah sayang, walau apa jua yang berlaku... Sayang saja yang abang cinta..”, kata Fakrul sebelum bangun dan berlalu.


”Abang.. jangan pergi dulu.. Abang nak ke mana..?”, jerit Ezani. Tidak rela Fakrul meninggalkannya sekali lagi.


”Abang.. tolong jangan pergi..”, ucap Ezani sambil menangis lagi.



”Zani.. bangun nak.. Zani mengigau ni..”, kata Mak Cik Limah sambil menggoyangkan sedikit tubuh menantunya itu. Sayu benar hatinya melihatkan keadaan menantunya itu. Ezani terjaga.


”Mak.. mana abang mak..? Kenapa abang tinggalkan Zani semula..? Abang ke mana mak..? Tadi abang ada dengan Zani kat sini..?”, ngongoi Ezani pada mak mertuanya. Mengalir air mata Mak Cik Limah mendengarkan kata-kata Ezani itu.


”Ayul tak ada nak..”, hanya kata itu yang mampu disebutnya.


”Ada mak.. ada.. Tadi abang ada dengan Zani kat sini.. Abang belai rambut Zani.. Abang cium wajah Zani.. Abang ada kat sini tadi mak.. percayalah.. Abang ada tadi..”, Ezani masih lagi merayu agar mertuanya itu mempercayai kata-katanya.


”Sabarlah nak.. Ayul belum balik lagi..”, akhirnya Mak Cik Limah turut sama-sama menangis bersama Ezani. Mak Cik Limah merangkul tubuh Ezani. Berharap agar Ezani mampu bertenang.


”Hanna nak abang.. Tadi abang ada..”


-----------------------------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

2 komen yang diterima:

-Ain-Dak In- on 13 November 2008 pada 7:50 PTG berkata...

huhuhuhu..
lea..apesal kejam sgt ni...

nape wat watak ayul hlang tnpa berita...

waaaa,,,,
nak ayul semula,,
cian kat hanna...

lea kejam,,,,,,

ceritaku MEMORIKU on 24 Disember 2008 pada 4:13 PG berkata...

lea npe fakrul ilg.
nie msti sbb suami nina erk?
jgn lah bg ezani menderita.
sian die.
sedihnye.sob.sob.
-na`dz

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino