Product from Adobe

Rabu, April 8

Pengumuman: Air Mata Hati [ulangan]


Salam sayang buat semua yang mengikuti kisah Air Mata Hati,

Oleh kerana ramai yang bertanyakan kepada Lea mengenai sambungan Air Mata Hati, maka Lea terfikir untuk membuat pengumuman ini sekali lagi.

Untuk pengetahuan semua, manuskrip Air Mata Hati telah pun diterima oleh salah sebuah syarikat penerbitan. Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, novel ini bakal diterbitkan nanti. Sehubungan dengan itu, atas permintaan pihak penerbitan Lea tidak lagi boleh menyiarkan sambungan Air Mata Hati.

Buat masa ni, Lea dalam usaha untuk menyiapkan cerita ini. Oleh itu, Lea berharap agar kengkawan semua dapat bersabar ya menantikan penamat bagi cerita ini dipasaran nanti.

Oh ya, Lea juga masih lagi dalam usaha mencari tajuk lain bagi kisah ini. Sekiranya kengkawan semua ada cadangan tajuk bagi cerita ini, Lea mengalu-alukan cadangan daripada semua. Terima kasih Lea ucapkan atas sokongan padu yang diberikan. Sesungguhnya tanpa kengkawan semua, Lea tidak akan mendapat kekuatan untuk meneruskan cerita ini hingga ke penamatnya.

Doakan Lea supaya dapat menyiapkan cerita ini secepat mungkin ya.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang buat semua;
~LeaQistina

3 komen yang diterima:

-Ain-Dak In- on 8 April 2009 pada 9:00 PTG berkata...

ai..ai mem..
don wori ya...
klu ada idea ain pk la....
huhuhuhu......

Putri Lily on 9 April 2009 pada 12:36 PG berkata...

Salam Lea,

Sebenarnya jodol Air Mata Hati tu dah cantik.. tapi kalau tanya saya juga, saya cadangkan:

Duri Percintaan

Ini kerana banyak ranjau dan duri yg dialami oleh setiap watak dalam cerita tu. Bermula dari watak utama sehingga watak sampingan.

Cadangan saya saja.. :)
Hmm.. tolong bagi idea utk jodol cerita saya pula..

~Putri Lily~

Tanpa Nama berkata...

owh..
bestnye dpt terbitkn novel..
nnt klo da kuar, bg la tau..
confirm beli!
hee~
good job!keep it up!

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino