Product from Adobe

Jumaat, September 19

Air Mata Hati Bab 4


Jam telah berdenting sebanyak empat kali tatkala Fakrul kembali menjejakkan kakinya ke bilik setelah puas memujuk hatinya yang pilu. Mujurlah pemergian dan kepulangannya itu langsung tidak disedari oleh sesiapa. Jika tidak, hari yang tenang itu mungkin akan bertukar kecoh. Mana tidaknya. Pengantin lelaki keluar rumah di malam pengantin. Memang tidak pernah dibuat orang.Sayu hatinya apabila melihat Ezani yang tidur merekot di atas...

Air Mata Hati Bab 3


Ezani terjaga daripada lenanya yang panjang apabila berasa pedih yang amat sangat daripada luka yang berada di kaki dan tangannya. Mungkin kesan ubat semalam telah hilang. Melihatkan tapak tangan dan kakinya yang berbalut menyebabkan hatinya berasa simpati terhadap dirinya sendiri. Melihatkan jari-jarinya yang telah berinai mengingatkan dirinya bahawa hari ini adalah hari perkahwinannya. Oh, tidak. Bukan hari perkahwinannya tetapi...

Air Mata Hati Bab 2


Oleh kerana Ezani merupakan anak yatim piatu maka segala persediaan dilakukan di rumah Fakrul sahaja. Ezani akan diinai dan diberikan persediaan sebagai seorang pengantin pada malam ini setelah selesai makan malam. Segala hantaran di pihak perempuan juga keluarga Mak Cik Limah yang sediakan. Ezani hanya perla bersedia untuk menjadi mempelai. Satu sen pun tidak Ezani keluarkan. Semuanya ditanggung oleh Mak Cik Limah sekeluarga....

Isnin, September 8

Air Mata Hati Bab 1


Setitis air mata jatuh tatkala Ezani mencium tangan Fakrul di hari pernikahan mereka. Ezani sendiri tidak mengerti samada air mata yang jatuh menitis itu adalah air mata gembira atau sebaliknya. Memang benar bahawa dirinya telah diijabkabulkan dengan lelaki yang amat disayanginya selama ini namun dirinya juga tahu bahawa perkahwinan ini juga merupakan suatu paksaan bagi Fakrul. Fakrul terpaksa menerima diriku menjadi suri hidupnya...

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino