Product from Adobe

Ahad, Disember 14

Air Mata Hati Bab 18


Arrgghh!! Fakrul merengus marah. Rasa tak keruan semakin mencengkam dalam jiwanya. Hatinya berperang sesama sendiri. Antara mempertahankan kesetiaannya pada Ezani atau kesejahteraannya. Namun, Fakrul pasti, kedua-duanya juga bakal memudaratkan Ezani. Seandainya dirinya menurut segala keinginan penyangak-penyagak tadi yang memaksa dia supaya menikahi Nina, kemungkinan dia untuk kembali bersama Ezani adalah tinggi tetapi kesetiaannya terhadap Ezani seolah-olah tergadai. Kata-kata serta janji Ezani sewaktu mereka berbulan madu di Jepun sedikit masa lalu masih lagi terpahat kukuh di mindanya. Bagaimana nanti andai berita pernikahannya dengan Nina itu sampai ke telinga Ezani? Mampukah Ezani menerimanya atau Ezani akan beranggapan bahawa kasihnya buat Nina kembali berputik? Atau Ezani akan menuntut supaya dirinya dilepaskan, memandangkan itulah janjinya suatu ketika dahulu? Tidak!! Aku tak akan benarkan semua itu berlaku..!! Jerit hati Fakrul.

Namun bagaimana pula seandainya dirinya masih berdegil, tidak mahu menikahi Nina? Adakah prasangka Ezani akan bertambah buruk? Bagaimana pula dengan tahap kesihatan Ezani dan anaknya? Tidak terjejaskah akibat kejadian ini? Hati Fakrul bersoal jawab lagi, sendiri.

Arrgghh!! Jerit Fakrul lagi.

Fakrul menjadi semakin tertekan. Fakrul seolah-olah berada di puncak pulau yang semakin tenggelam. Tiada satu pun jalan yang tinggal. Semuanya membawa kepada sebuah kebuntuan dan kekecewaan. Yang paling parah lagi, kekecewaan yang ‘diundang’ itu merupakan kekecewaan buat Ezani. Walau apa pun langkah yang diambilnya, hati Ezani yang menjadi galang-gantinya. Kesetiaannya pula bakal kelihatan murah. Usahanya selama ini untuk memujuk Ezani supaya menerima dirinya juga bakal menjadi sampah. Langsung tidak berguna.

“Jahanam..!!”

“Tak guna..!!”, jerit Fakrul sekuat hati. Beban dihati Fakrul serasa seperti tidak mampu ditanggung lagi. Lalu tindakan luar kawalnya telah membawa kepada hentakan yang kuat pada bahagian kepalanya. Tanpa sedar Fakrul menghentak kepalanya berulang-ulang kali ke dinding gudang. Darah pekat mula mengalir dari luka di kepalanya. Namun semua itu langsung tidak diendahkannya. Luka di kepalanya itu tidak membawa sebarang makna hatta rasa sakit sekali pun, memandangkan hatinya yang lebih parah kini.

“Hoi, setan..!! Kau masuk sini..”, jerit Fakrul lagi. Dalam keadaan susah payah, Fakrul cuba bangun dan menghampiri pintu bilik tersebut. Dengan sekuat tenaga, pintu itu ditendangnya.

“Hoi..!! Masuk sinilah aku kata..”, Fakrul terus-terusan memanggil supaya Komeng masuk dan berjumpa dengannya. Ada perkara yang ingin dibincangkannya.

“Masuklah setaaaaaaannn!!!”

Fakrul mundar mandir di dalam ruang yang tidak berapa luas itu. Persekitaran ruang itu yang agak kotor juga tidak lagi diendahkannya. Semuanya seolah-olah sudah lali buat dirinya.

Dumm!! Pintu bilik itu ditolak kasar daripada luar.

Sebaik sahaja pintu bilik tersebut dibuka, kelihatan wajah Komeng yang sedang tersenyum. Sinis. Wajah yang menggandakan rasa berang di hati Fakrul.

“Kau nak apa?!!”, tanya Komeng, sinis. Pisau kontot yang berada ditangannya digunakan sebagai pencungkil gigi. Cuba mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada giginya. Setelah sisa makanan tersebut telah berjaya dicungkilnya keluar, pisau tersebut dilap pada seluar jeans lusuh yang dipakainya sebelum disisipkan semula ke dalam sarungnya.

“Aku nak bercakap dengan bos kau”, tegas suara Fakrul semasa menuturkan kata-kata itu. Tidak berguna berbincang dengan kuli batak seperti setan gondol ini, desis hati Fakrul.

“Nak bercakap dengan bos aku? Tak perlu. Kau cakap je dengan aku. Nanti aku sampaikan pada dia..”

“Kau nak aku setuju atau tak?!!”, Fakrul cuba memancing minat Komeng untuk bersetuju akan permintaannya.

“Oh!! Kau dah setujulah ye..”

“Kau nak aku setuju atau tak?!!”, suara Fakrul semakin tinggi. Ternyata kesabaran dirinya semakin menipis kini. Atau mungkin sudah tiada lagi.

“Kau tak perlu bercakap dengan dia..!!”, tegas Komeng pula.

Bang..!! Fakrul menendang tin minyak kosong yang berada berdekatan dengan kakinya. Melantun jauh tin itu apabila tendangan Fakrul tadi telah membawanya ke dinding. Bunyi tin itu juga sudah cukup untuk membingitkan telinga.

“Hei.. Kau dengar sini.. Aku mungkin akan setuju tapi dengan syarat, bagi aku bercakap dengan bos kau.. Jika tidak, jangan harap!!”, Fakrul semakin berang. Kata dua yang diberikan juga menandakan bahawa dirinya sudah tidak berminat lagi untuk berbasi-basi dengan ‘setan gondol’ dihadapannya itu. Sudah banyak masanya terbuang. Mungkin kini sudah sampai buatnya untuk pulang..!!


-------------------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

7 komen yang diterima:

-Ain-Dak In- on 14 Disember 2008 pada 7:42 PTG berkata...

arghhhh..
geramnya ain.....
duluah mati mak ditelan mati bapak..
no..no..
fakrul.....
kene paksa kawen ngan nina...
hahaha,,,

Tanpa Nama berkata...

sy br dua hari baca blog ni...dan sy x sabar na episod seterusnya...kesian ezani dgn fakrul...

Shahirah bt Che Rusli on 15 Disember 2008 pada 10:59 PTG berkata...

weh korang bace cita ni mcm ade satu lagu yg jte dengar tau
tajuk dye egokah aku nyanyian wali band cuba korang hayati lirik dye ade lebih kurang dgn cita ni
menangis tau aku bace cita ni sambil dgr lagu tu
cayolah ckp den

Tanpa Nama berkata...

macam dapat agak je...
fakhrul kena kawin ngan nina tu sebab kena kawin 'cina buta' je... supaya nina boleh kawin balik ngan laki dia... nina kan dah bercerai talak 3...

heheheee...
agaknye la...

btw... cite ni memang best...

ceritaku MEMORIKU on 24 Disember 2008 pada 4:42 PG berkata...

waaa.tension.
nk mrh.
nie mesti keje jamilah tongoi2.
agaga.
hope ending die best!!

Tanpa Nama berkata...

ala...ciannyer kat fakhrul...x kan dia nk kahwin dgn nina..mesti kerja jamilah nie...hanna sabarlah...
hope ending dia best!

mysHelF on 3 Januari 2009 pada 11:24 PTG berkata...

gram nyer bcer cter nih....
mkin suspen plak....
cian ayul..ni msti rncangn si milah 2, x p0n nani 2...
dy kn da kne cerai, msti la nk kutip ayul 2 blek...huhhh!!!
x sbr nk tau ending dyek.....

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino