Product from Adobe

Ahad, Disember 14

Menggapai Pelangi Cinta Bab 3


“Hoi, Elyeen apa yang kau senyum sorang-sorang tu?”, tiba-tiba Elyeen dikejutkan dengan satu suara. Elyeen tersenyum. Aliah rakan sebilik Elyeen semakin pelik dengan perangai ‘room-mate’nya itu.


“Elyeen, aku tau la hari ini merupakan hari yang berbahagia buat kita, tapi takkan sampai jadi macam ni kot. Termenung lepas tu senyum sorang-sorang. Eh, orang lain pun happy jugak tau tapi tak adalah sampai jadi macam kau. Oklah Elyeen, aku nak keluar sekejap”


Belum sempat Aliah menutup pintu, ingatannya telah menerawang kembali. Kali ini Elyeen terkenang kembali segala cabaran yang telah Elyeen tempuhi dalam tahun 5 dan tahun 6 dahulu.

Ah, sungguh seksanya. Terlalu banyak tekanan. Masih lagi terngiang-ngiang di telinga Elyeen kata-kata Miera di awal pembelajaran dahulu.


“Hoi, Elyeen kau jangan tunjuk besar kat sini. Kau ingat dapat langkau kelas tu, kira kau dah pandai sangat ke..”, kata-kata inilah yang menyebabkan azam Elyeen untuk membuktikan kepada Miera dan rakan-rakan lain yang Elyeen bukan seburuk yang disangka telah membuak-buak. Tetapi baginya, pada tahun 6 merupakan tahun yang paling mencabar . Elyeen telah dipulaukan, tiada seorang pun yang ingin berkawan dengannya kecuali Fendi. Elyeen hanya bersabar dan berdoa dengan harapan pada suatu hari mereka semua akan sedar. Sepanjang dua tahun tersebut, Fendilah yang banyak memberikan semangat kepada Elyeen untuk terus belajar tanpa menghiraukan tanggapan orang lain. Kadang-kadang terfikir jugak Elyeen, apakah salah dirinya hingga dipulau dan dibenci oleh rakan-rakan yang lain? Dengan mudah Fendi memberi jawapan. Kata Fendi mereka semua tu cemburu akan kejayaan aku dan selebihnya risau aku akan melebihi mereka. Tentulah malu andai ditewaskan oleh aku yang lebih muda daripada mereka. Mungkin ada benarnya kata Fendi itu.


“Aliah, Elyeen ada tak?” tanya Fendi.


“Elyeen. Hmm, pergilah tengok puteri kau tu ada kat dalam bilik. Liah rasa dia sakit kot”


Mendengar perkataan sakit, terus mukanya berubah. Tanpa banyak cakap, Fendi terus mempercepatkan langkahnya. Hati Fendi dirundung rasa kebimbangan. Setibanya Fendi di hadapan bilik Elyeen, tangan Fendi bertalu-talu mengetuk muka pintu bilik tersebut. Resah di hatinya menjadi-jadi apabila pintu bilik yang diketuk bertalu-talu itu tidak mendapat jawapan. Fendi tahu Elyeen berada di dalam bilik. Tanpa berfikir panjang, Fendi terus memulas tombol pintu tersebut. Tak berkunci !


Tiba-tiba Elyeen terasa seperti seseorang memegang bahunya. Elyeen melompat terjun dari kerusi tempat yang didudukinya. Lantas menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan manusia itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Fendi tercegat dengan riak muka yang cemas.


“Fendi , kenapa masuk tanpa kebenaran Elyeen ni, tak ketuk pintu pulak tu!”, agak keras suaraku. Sebenarnya aku cuba menutup rasa malu akibat dikejutkan Fendi tadi.


“Amboi, sedapnya kata orang tak ketuk pintu.. Dah naik lenguh tangan ini mengetuk pintu tu tahu tak? Agaknya kalau pintu tu boleh bercakap mahu Fendi ni dimakinya tau tak! Buat orang risau saja”, kata Fendi dengan suara yang separuh meninggi. Suara Fendi masih lagi berbaur kebimbangan walaupun hatinya sudah lega apabila melihat Elyeen berada dalam keadaan selamat. Elyeen mencemikkan mukanya.


“Yang Fendi risau sangat ni kenapa?”, Elyeen kehairanan.


“Iyelah, orang ketuk-ketuk pintu tapi tak berjawab. Manalah tahu Elyeen pengsan ke atau apa-apa yang buruk berlaku pada Elyeen siapa yang tahu”. Elyeen hanya memandang Fendi tanpa sebarang kata. Eh, kenapalah pulak dengan mamat sorang ini, risau semacam je. Elyeen bukannya nak mati lagi.


“Ok, sudah Fendi, sudah. Elyeen tak apa-apa. Eh, sekarang ini dah pukul berapa?”


“Pukul dua belas setengah”


“Apa?? Alamak Elyeen dah lambat ni, dah pukul 12.30 tapi Elyeen belum siap lagi ni. Yang Fendi tak ingatkan Elyeen tu kenapa ?”, kata Elyeen separuh jerit. Salah aku lagi, tadi kata aku masuk tak ketuk pintu.. Sekarang salahkan aku sebab tak ingatkan dia pulak. Fendi jadi bingung lalu terus melangkah keluar.

3 komen yang diterima:

-Ain-Dak In- on 14 Disember 2008 pada 7:48 PTG berkata...

macam penah ku dengar jalan cita ni....
hmmm..........
tapi di mana ya...
huhuhuhu..
lea byak ide A WAT CITa baru???
cita lama biala mau habiskan??
hehehehe...
cpt2 anto n3 baru ya,..

LeaQistina on 14 Disember 2008 pada 8:02 PTG berkata...

adoi la sayang.. tu bkn citer baru..
plz read notes kat tepi tu.. hehe..

EDISI KHAS:

Menggapai Pelangi Cinta

Cerita ini merupakan cerita bersiri pertama hasil nukilan Lea. Cerita ini ditulis hampir 6 tahun yang lalu dan tidak pernah ditamatkan. Sengaja Lea hendak berkongsi dengan kawan-kawan sekalian. Kisah ini terselit kisah benar daripada kehidupan peribadi Lea. Lea tidak berjanji kisah ini akan ada penamatnya. Sebagai mana hidup Lea kini yang masih belum diketahui pelabuhan manakah yang akan tersadai nanti?! Apakah penamat dan penghujungnya. Cerita ini sekadar suatu perkongsian peribadi bersama kengkawan semua.. ;) Semoga terhibur..

p/s: tetapi bukan semuanya benar tau.. hanya sebahagiannya sahaja.. hehe.. :-)

misz nana on 15 Disember 2008 pada 2:10 PG berkata...

"Kata Fendi mereka semua tu cemburu akan kejayaan aku dan selebihnya risau aku akan melebihi mereka.."
setuju yg amat..
ala, biasa la tu..
bila tgk org len lebih sket, mula la nak jeles lagi cemburu + x puas ati punca kuasa dengki = lu pk la sendiri.. huhuhu..

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino