Product from Adobe

Selasa, Januari 27

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [4-Board Meeting]


Hasil kesengalan bersama : Adra Adlina dan LeaQistina

Babak 4


Lokasi: Bilik Tidur Dzikri Ikmal ~ Rumah Agam Tsuzor Kappara


Bilik tidur Dzikri


Situasi:


Seperti biasa, setiap kali mereka ingin melancarkan rancangan-rancangan jahat, kesemua agenda tersebut perlulah melalui suatu ‘board meeting’ bagi meluluskan ‘rang undang-undang’ untuk memantapkan permainan mereka buat kesekian kalinya. Board meeting ini akan dipengerusikan oleh saudara Dzikri Ikmal dan dibantu oleh setiausaha peribadinya, saudara Haritz Iskandar.


Ehem..!! Dzikri berdehem bagi mendapatkan perhatian daripada ‘ahli-ahli mesyuarat’ sebagai tanda mesyuarat itu akan dimulakan. Paling tergempar di abad ini..hehehe.


Dzikri memandang wajah Nashriq Aiman sambil menjungkitkan kening. Seolah-olah faham dengan isyarat yang diberikan, Nashriq bangun sambil menadah tangan.


Nashriq: Up!!


Maka ahli F4 yang lain turut menadah tangan. Terpancar keinsafan pada wajah-wajah ‘lanun’ kolej Lavender ini.


Nashriq: Kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah. (Dengan penuh khusyuk dan tawadhuk Nashriq mengepalai bacaan doa mereka pada mesyuarat kali ini dan diaminkan oleh F4 yang lain)


Nashriq: Amin.. Amin.. Ya Rabbal’alamin.. Down..!


Ucap Nashriq apabila Al-Fatihah selesai dibaca. (Mereka berharap agar mesyuarat mereka kali ini diberkati oleh-Nya..)


Dumm!! Seperti biasa Dzikri menghentak meja sebagai tanda dia marah dengan situasi terkini mereka. Ada insan yang cuba untuk mencabar ‘kedaulatan’ F4 di Kolej Lavender.


Azim: Oppocot kau kambing!! (Melatah la pulak mamat ni)


Pecah tawa ahli F4 yang lain. Sudah diketahui perangai Azim yang satu ini. Pantang disergah pasti melatah. Muka Azim merah menahan marah. Tidak suka apabila ditertawakan sebegitu. Dia mengurut-urut dadanya supaya bertenang. Matanya pula mencerlung tajam ke muka Dzikri.


Dzikri: Sorry.. sorry.. tak sengaja (Dia menayangkan giginya yang putih bersih, dan kelihatan kemilau bintang sambil diiringi bunyi **tingg**. Kedua tangannya juga diangkat seolah-olah penjenayah menyerahkan diri kepada polis sebagai tanda meminta maaf)


Huh!! Rengus Azim.


Nashriq : Woi.. udah-udah le tu.. bila nak mulanya ni? (Tegur Nashriq dengan gaya jengkel)


Haritz menggelengkan kepalanya.


Azim : So, sapa yang nak mulakan majlis ni?


Nashriq : Lah, sapa lagi? Dzik la.. Kalau tak buat apa dia dok kat kepala meja. (Ermm.. kalau meja bulat macam mana nak bezakan mana satu kepala dan mana satu ekor meja ek? Hurm..)


Sekali lagi Haritz menggelengkan kepalanya.


Dzikri : Eh.. yang kau ni tergeleng-geleng. Apa yang tak setujunya. Cakap la.. Mulut ketat nak bersuara, tengkuk pulak yang terhangguk tergeleng. Tak faham aku.. (Tak tahan betul aku dengan perangai hangguk-geleng mamat sorang ni.. Angguk-angguk.. geleng-geleng.. Tiba-tiba lagu tersebut mula bergema ditelinganya..)


F4 : Eyh?!! Mulut ketat nak bersuara?


Azim : Mulut berat nak bersuara maksud kau? (Seperti biasa Azim akan bertindak sebagai cikgu bahasa buat Dzikri)


Dzikri hanya menjeling tajam (Ish budak ni.. buat-buat faham sudah lah.. sibuk nak betulkan ayat aku.. Macamlah salah!!)


Nashriq : A’ah Ritz, apa yang kau tak setuju. Cakap la kat kita orang..


Nashriq cuba memesongkan bicara. Sengaja tidak mahu melayan virus H3iP25 yang melanda si Dzikri dan gelagat si Azim yang bertindak sebagai anti-biotiknya. Erk? Virus H3iP25 tu ape? Penyakit sengal da..


Haritz : Eh korang ni, mana ada aku tak setuju. Tak nampak ke dah penat kepala aku mengangguk dari tadi. Dah macam burung belatuk dah ni.. (Marah Haritz sambil menggelengkan kepalanya. Inilah masalah utama si Haritz ni, tak mampu mengklasifikasikan antara angguk dan geleng serta maksudnya di dalam komunikasi non-verbal. Ada ke angguk tu dikatanya bukan, geleng dikatanya iya. Macam-macam… )


F4 : Aduh!! Dia konpius lagi.. (ucap mereka serentak)


Kalau begini caranya mesyuarat mereka, bagaimanalah hendak mendapatkan kata putus? Huhu.. F4 memang hancho..!!


Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [3-Sampul Putih]


Hasil kesengalan bersama : Adra Adlina dan LeaQistina


Sebelum kami mulakan babak 3, ape kata kita intai dulu apa sebenarnya dah berlaku pada Dzikri lepas Intan tendang buntut dia? Tak best lah plak kan kalau tak cerita lebih-lebih pasal part tu. Hehehehe…. Nak tahu apa dah jadi? Jom!


Sebenarnya, lepas Intan blah si Dzikri ni dah jadi macam naga. Cuma takleh nak sembur api jek. So geng F4 yang lain cadangkan diorang gi kat kafeteria kolej. Hilangkan dahaga sebab cuaca yang panas terik kat ruang makan khas F4.


Dzikri: Aku dah tak boleh nak bertenang dengan perempuan macam tu. Dia dah melampau!!


Argh!! Dzikri menghentakkan tanggannya ke meja.. (Adoi.. sakitnya.. Namun demi menjaga air mukanya di hadapan kawan-kawannya yang lain, Dzikri hanya menayang muka selamba..)


Nashriq: Kenapa kau nak melenting sangat? Relaks la.. Setakat budak perempuan macam tu, apalah sangat.. sekali jentik je.. confirm melayang..


Azim: Betul-betul.. tapi kira berani jugaklah budak tu sebab berani tendang bontot ‘kepala’ geng F4. (Hehe.. Azim ketawa lucu..)


Huh!! Dzikri marah kerana rasa tersindir oleh kata-kata Azim. Berani sungguh perempuan tu..!!


Haritz: Hmm...


Itu sahaja reaksi yang mampu diberikan oleh Haritz. Pada firasatnya peribadinya tanpa dibantu oleh globe kaca ahli sihir yang hodoh, Haritz yakin Dzikri kini telah bertemu dengan ruasnya. Pasti sesuatu yang lebih menarik bakal berlaku nanti. Tersiat suatu senyuman dibibir Haritz di akhir bicara hatinya.


Dzikri: Eh.. senyum-senyum pulak dia.. Aku tengah runsing ni bukannya dia nak tolong.. Runsing aku tau.. Runsing!!


Azim: Wo.. wo.. apa ni bro.. sabarlah.. macam kau tak biasa..


Nashriq: Betul.. betul.. betul.. (gaya siri tv, Ipin pula mengambil tempat)


Dzikri: Arghh!! Ini tak boleh jadi. Aku mesti menuntut bela pada perempuan tak guna tu sebab dia dah jatuhkan maruah muka aku..


F4: (Eyhh? Maruah muka?) Berkerut dahi masing-masing apabila cuba menangkap maksud sebenar kata-kata Dzikri tadi.


Azim: Air muka maksud kau?


Dzikri: Ah.. apa-apa jelah..


Tanpa amaran. Secepat kilat Dzikri bergegas turun dari ruangan makan yang disediakan khas buat mereka berempat. F4 lounge namanya.


Uik.. cepatnya.. Keluang man ke apa ni? Namun langkah kaki mereka dihayun juga mengikut langkah kaki Dzikri dan seperti biasa, Haritzlah yang menjadi ‘kura-kura’ tua. Mengikuti langkah ahli kumpulan yang lain dalam gerakkan slow motion.


Dumm!!


Ah..!! Jerit Siti Hanim apabila perlanggaran terancangnya dengan pojaan hatinya Dzikri berjaya.. Ahli geng Siti Hanim four yang lain hanya memerhatikan dari tepi.


Dzikri: Weyh!! Apa ni..?!! (marah Dzikri dengan nada yang bengis..)


Siti Hanim: Owh.. Dzikri.. (Siti Hanim sambil menggeselkan badannya ke badan Dzikri)


Dzikri menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sepasang sarung tangan plastik. Kemudian, sarung tangan tersebut dipakainya. Pantas badan Siti Hanim ditolaknya kasar hingga Siti Hanim jatuh bersimpuh.


Siti Hanim Four : Hanim..!! (pantas mereka mengerumuni Hanim..)


Dzikri : Hei.. apa ni gesel-gesel macam kucing.. Gelilah.. Lagi pun berdosa tahu??! Bukan muhrim.. Hee.. (ucap Dzikri dengan gaya geli-geleman..)



Azim: Eh! Tu bukan minah cengil tu ke? (sambil tunjuk pada Intan yang tengah berlari macam nampak hantu. Padahal ‘hantu’ tengah perhatikan dia.)


Serta-merta perhatian F4 beralih pada arah yang dimaksudkan oleh Azim.


Nashriq: (Tepuk bahu Azim) Betul lah. Sahih! Apa lagi Dzik?


Dzikri: Cepat! Kita kena ikut dia ke mana je dia pergi.(dah macam Adolf Hitler. Nasib baik takde misai kontot)


Zoommmmm!! Dzikri menghilangkan diri sepantas Keluang Man yang menaiki kereta F1 di Litar Sepang. Terteleng kepala pelajar-pelajar lain melihat kadar kelajuan pergerakan Dzikri.


Haritz: Hmm.. (Now.. the story is begin)


Babak 3:


Lokasi: Kedai mamak


Suasana:


Intan menghilangkan dirinya daripada dikesan oleh F4. Dia berlari selaju-lajunya sampaikan cuaca yang terik membuatkan tekaknya perit. Dengan tenaga yang masih berbaki, Intan melangkah ke kedai mamak untuk membasahkan tekak. Dia menelefon sahabat baiknya, yang kebetulan dah habis kelas lebih awal. Lepas menunggu dalam dua tiga minit, Liyana merangkap kawan baiknya pun muncul.


Intan: Aku tengah serabut ni. Hidup aku dah terancam. Perang dunia dah nak meletus.(kepalanya tergeleng-geleng, macam orang putus harapan)


Liyana: (Jungkit kening, buat muka pelik). Perang? Kau dah jadi macam dulu ye? Sukanya aku! (Ucapnya sambil memeluk tangannya sendiri - gaya berangan bahagia)


Intan: Apa yang macam dulunye? Kali ni aku dah kalah mati. Hancur semua rancangan aku nak hidup aman damai. Kau tak tahu betapa rakusnya orang sakit otak macam F4 tu.


Liyana: Erk? F4? Siapa plak tu? Tak pernah dengar pun.


Intan: Kau takyah tahu pun takpe. Takde faedah. Betapa malunya kalau lelaki dah mengaku diri sendiri macam bunga. Konon dorang tu flower four. Flower ke ape, kumbang pun tak ingin nak sedut madu dorang. Beracun! Kojol je nanti.


Liyana: Wah! Mesti dorang jambu giler kan?


Intan: Dahlah. Meremang bulu roma aku. Tengok, hari yang panas terik tadi pun dah berubah mendung. Nampak sangatlah dorang ni mendatangkan bencana.


Liyana: Hensemnya!(sambil buat muka control ayu).


Intan: Ape? (tengok jek mata kawan dia dengan muka musykil)


F4 yang baru tiba dengan menaiki BMW Z4 Roadster dengan Mazda RX8 tayang muka megah depan Liyana. Nashriq Aiman senyum menggoda pada Liyana. Dia menghulurkan sesuatu kepada Intan. Sekeping sampul surat warna putih. Si Dzikri pulak tunggu kat tepi kereta dengan Haritz. Mamat tu buat muka poyo. Azim yang ada sekali dengan Nashriq cekak pinggang. Macam biasa, tetap selamba. Duduk semeja ngan diorang walaupun tak dipelawa.

Intan: Apa ni? (tangan cepat-cepat bukak sampul tu)


Nashriq: War invitation. (kenyit mata, mentang-mentanglah mata cantik hahaha)

Intan: Aku cungkil mata kang baru tahu (dalam hati jek la).


Liyana macam dah tergoda gile dengan renungan si Nashriq. Tak boleh blah. Terjojol mata Intan bile tengok kertas yang dia tengah pegang.



Memo merah! Dia dah jadi musuh F4! Bermakna, lepas ni seluruh kolej boleh buat sesuka hati kat dia.


Azim: Selamat berjuang cik Intan yang berani. Semoga kau tabah.(selamba tepuk bahu Intan)


Intan: Sakit otak punya orang!(sedut air dalam gelas sampai habis, rambut yang terjuntai di dahinya ditiup kasar..)


Dan mamat dua orang tu pun blah dari meja. Diorang sempat la melencong kejap kat kaunter untuk beli chewing gum. Lepas tu, cabut. Dzikri dan Haritz naik BMW, Azim dengan Nashriq pulak naik Mazda.


Liyana: Diorang ajak kau pergi majlis hari jadi ke?(terbuntang mata Intan dengar kata-kata kawan baiknya)


Intan: Adoi… bukanlah sayang wei. Aku dah diheret ke medan perang. Kau doakan je lah aku selamat. Kalau tak…(isk isk..sedih plak nak terus bercakap)


Intan bangun dan membayar harga minuman. Dia dah berjalan macam takde perasaan. Tertinggal Liyana sengsorang.


Liyana: Intan!


Tiada respon. Dia terus capai beg dan kejar Intan.

Sambungan Suite 6019 : Alahai.. Pengsan aku..!!


“Haikal.. tolong tengok adik tu..” jerit Fazureen dari dapur. Tangannya lincah mengacau serawa labu yang sedang menggelegak di atas dapur. Suara tingkah meningkah anak-anaknya masih lagi kedengaran.


“Haikal.. dengar tak apa yang mama cakap..” jerit Fazureen lagi apabila tidak mendapat respon daripada anaknya.


Terkedek-kedek Haikal berlari ke dapur.


“Mama, adik tak nak dengar cakap abang.. Diorang tak nak berhenti gaduh..” adu Haikal pada mamanya. Haikal menyapu saki baki losyen yang bertempek di wajahnya.


“Ya Allah, apa kena dengan muka abang ni?” tanya Fazureen. Dia mendekati anaknya lalu wajah anaknya dilap menggunakan apron yang tersangkut dipinggangnya.


“Adik ni, abang tak bagi diorang main losyen.. Habis diorang tenyeh kat muka abang..” adu Haikal lagi pada mamanya. Tersenyum Fazureen mendengar kata-kata anaknya.


“Lah.. abangkan lelaki. Takkan tak boleh nak lawan dengan adik?” soal Fazureen pula. Haikal menarik muka masam.


“Memang la abang lelaki tapi adik tu dua orang.. Bila abang tarik Fasha, Fisha gigit bontot abang.. Sakit tau mama..” ketawa Fazureen mendengar rungutan yang terbit dari bibir Haikal. Bukan pertama kali Haikal kalah pada adik-adiknya malah sudah acap kali sehinggakan seluar dalam Haikal juga pernah di’lobang’kan oleh adik-adiknya. Kenakalan Fisha dan Fasha sungguh berada di luar kawalan.


* * *


“Ya Allah.. Fisha.. apa yang anak mama buat ni?” jerit Fazureen sebaik sahaja tiba di muka pintu bilik si kembar. Fisha yang sedang enak menyuap losyen ke mulut, terhenti. Begitu juga dengan Fasha. Terhenti pergerakkannya yang asyik menekan kepala botol losyen. Bulat mata keduanya memandang wajah mama mereka. Haikal pula hanya menyorok di sebalik badan mamanya.


“Syedap mama.. syedap..” ucap Fasha sambil mengunjukkan tangannya yang penuh dengan losyen seolah-olah ingin menyuruh mamanya turut mencuba. Fazureen menggelengkan kepala.


“Kenapalah anak mama ni nakal sangat? Tengok ni, habis comot muka-muka semua. Losyen ni bukan untuk dimakan sayang..” tegur Fazureen pada si kembar. Fasha dan Fisha hanya buat muka tak tahu. Botol losyen digenggamnya erat tatkala Fazureen cuba untuk merampas botol itu daripada anak-anaknya.


“Fisha.. lepas botol ni.. Kalau tak mama babap nanti..” Fazureen mengugut anaknya sambil mengangkat tangan seolah-olah untuk memukul. Fisha yang takut dipukul pantas melepaskan botol losyen tersebut.


“Nah.. Ambil botol losyen ni gi simpan abang..” arah Fazureen pada Haikal. Haikal hanya akur tanpa sebarang kata.


“Lepas tu ambilkan mama pampers adik.. dah penuh ni.. hai.. manalah papa pergi ni..” arah Fazureen pada Haikal sambil merungut mengenai suaminya.


“Nah mama..”


Fazureen mengangkat Fisha lalu dibaringkan sebelum pampers anaknya ditukar. Kemudian, Fazureen mengambil Fasha pula untuk ditukarkan pampersnya.


Belum pun sesaat Fazureen mengalihkan perhatiannya buat Fasha, kedengaran Haikal menjerit pada adiknya.


“Adik.. tu buku abang.. Kenapa adik gunting..?”


Haikal mengutip ‘buku’nya yang sudah hilang rupa. Cuma yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan kertas yang berbeza-beza saiz dan bentuk.


“Habislah buku abang..” ucap Haikal sayu. Begitulah Haikal apabila berhadapan dengan adik-adiknya yang nakal. Haikal hanya akan menempik tetapi tidak sampai untuk menaikkan tangan pada adik-adiknya. Haikal begitu sayang dan kadang-kadang terlalu lebih memanjakan adik-adiknya. Sering diturutkan segala kehendak si kembar.


Fisha merangkak ke arah cebisan-cebisan kertas yang direnung Haikal. Dia mengambil beberapa cebis kertas lalu diletakkan di tapak tangan Haikal.


“Amik.. amik.. antik..” sebut Fisha dengan pelat. Dia tersenyum ke arah Haikal. Haikal menggenggam cebisan kertas di tangannya manakala tangan kirinya pula menggosok kepala adiknya dengan penuh rasa kasih.


* * *


“Sayang.. abang dah balik ni..” laung Hakim dari pintu rumah. Fazureen yang mendengar laungan dari suaminya pantas berlari turun. Namun sempat juga dia berpesan pada Haikal untuk memerhatikan adik-adiknya.


“Nah.. ni barang yang sayang pesan tadi..” Hakim menghulurkan beberapa beg plastik kepada Fazureen. Pantas Fazureen menyambut huluran plastik tersebut dan terus berlalu ke dapur. Bahan-bahan mentah yang dibeli Hakim perlu dibersihkannya terlebih dahulu sebelum dia boleh memulakan proses memasak.


Satu-satu beg plastik dibukanya. Ternganga mulut Fazureen apabila melihat isi kandungan plastik yang berada dihadapannya.


“Ya Allah.. apa yang abang beli ni?” jerit Fazureen dari dapur. Hakim yang sedang berehat-rehat diruang tamu pantas ke dapur. Wajah tidak puas hati isterinya dipandang lama. Diwajahnya pula terpancar persoalan – kenapa?


Fazureen mengeluarkan satu-satu barang yang dibeli oleh suaminya. Ada peria, ulam pegaga, lada benggala dan ikan Cencaru yang hanya ada sebelah sahaja isinya. Hakim menjenguk barang-barang yang diatur oleh Fazureen di atas meja.


“Apa yang abang beli ni?” ulang Fazureen sekali lagi.


“Yang sayang suruh beli tadilah..” jawab Hakim selamba.


“Mana ada bang.. Reen suruh beli tadi benda lain la..” rungut Fazureen. Geram sungguh rasa hatinya pada Hakim ketika ini.


Erk.. Ye ke? Hakim menelan air liur. Salah beli lagi ke?


“Reen suruh abang beli sayur petola bukan peria.. Reen nak makan ulam raja la bang, bukan ulam pegaga..” ucap Fazureen sambil menggelengkan kepala.


Hakim menggigit bibir. Ye ke?


“Abang tak tulis ke waktu Reen pesan pada abang tadi?” soal Fazureen lagi. Takut-takut Hakim menggeleng.


Aduh!! Fazureen menepuk dahinya. Setiap minggu memang begini. Ada sajalah barang yang salah dibeli oleh Hakim.


“Tapi lada tu betulkan abang beli?” tanya Hakim, cuba untuk membela diri.


“Betul apanya bang.. Tu lada benggala, Reen pesan lada burung..” Hakim hanya mampu tersengih pada Fazureen.


“Tapi fasal ikan tu Reen memang tak boleh nak complain, penat tau abang pergi dari satu kedai ke satu kedai. Semuanya tak nak jual kalau abang nak beli ikan tu just sebelah je. Ni pun sebab abang dah puas pujuk mak cik tu, baru dia setuju nak jual ikan tu pada abang. Kenapa pelik pulak cara sayang nak beli ikan tu?” tanya Hakim bodoh-bodoh.


“Abang mintak nak beli ikan Cencaru sebelah je memang la tak ada orang nak jual. Reen bukan pesan ikan yang hanya sebelah tapi nama ikan tu Sebelah la bang..” terduduk Fazureen dihadapan bahan-bahan yang dibeli oleh Hakim. Apalah nasib aku.., rungut Fazureen di dalam hati. Hakim hanya tersengih lagi..


* * *

“Papa..” jerit Fasha dan Fisha sebaik sahaja mereka nampak kelibat Hakim melalui pintu bilik mereka yang agak terbuka.


“Hello anak papa.. main apa ni?” tanya Hakim sambil mencium kedua-dua belah pipi si kembar. Haikal hanya mencerlun matanya, cemburu. Hakim tersenyum melihat keletah Haikal.


“Abang sini.. meh papa nak peluk sikit..” pantas sahaja Haikal menghilangkan diri ke dalam pelukan papanya. Kemudian, pipi Haikal pula diciumnya.


“Jom, kita tengok tv dalam bilik papa..” ajak Hakim pada anak-anaknya. Anak-anaknya menggedik kesukaan. Bermain bersama papa mereka memang seronok. Ada sahaja aktiviti yang dianjurkan oleh papa tapi apa yang pasti seringkali aktiviti-aktiviti mereka dihalang mama.


Hakim mendukung si kembar menggunakan kedua-dua belah tangannya manakala Haikal pula bergantung dilehernya dari belakang.


“Argh!! Anak-anak papa dah berat la..” ucap Hakim seraya meletakkan anak-anaknya di atas katil.


“Hari ni anak-anak papa nakal tak? Ada buat mama marah tak?” tanya Hakim pada Fisha dan Fasha. Fasha dan Fisha hanya ketawa mendengar soalan dari papa mereka. Hakim mengalihkan pandangannya ke arah Haikal. Keningnya diangkat beberapa kali.


Ada papa.. tadi adik makan losyen..”


“Ya Allah.. apa nak jadi dengan anak-anak papa ni..” ucap Hakim pada si kembar.


“Papa..” panggil Haikal.


“Ye kenapa?” tanya Hakim pada anaknya.


“Tadi papa pun kena marah dengan mama ya?” tanya Haikal sambil ketawa.


Shhh!! Pantas Hakim meletakkan jarinya ke bibir. Sengihan kerang ditayangkan buat tatapan anak-anaknya. Si kembar ketawa apabila melihat gelagat papa mereka.


“Oklah.. abang main dengan adik dulu. Papa nak pergi toilet jap..” ucap Hakim pada anak-anaknya.


“Ok..!!” jawab ketiga-tiganya serentak.


* * *


Lima minit kemudian, Hakim keluar dari toilet. Kelihatan anak-anaknya sedang khusyuk mengerumuni sesuatu. Kedengaran suara Haikal berbisik-bisik dengan adik-adiknya.


“Adik.. dah la.. nanti mama marah..” perlahan saja Haikal berkata. Tangannya pula cuba merampas barang yang berada ditangan Fisha. Fasha pula dengan rela hati menolong kembarnya memegang barang tersebut daripada dirampas oleh abang mereka, Haikal.


“Korang buat apa ni?” tegur Hakim secara tiba-tiba. Pantas ketiga-tiga anaknya mendongak. Terkedu Hakim melihat wajah anak-anaknya. Wajah Haikal, Fisha dan Fasha comot dengan kesan lipstick mama mereka. Aduh!! Parah.. Mahu mengamuk Fazureen kejap lagi.


“Bangun.. bangun.. pergi basuh muka sekarang.. Cepat, sebelum mama nampak..” nampaknya Hakim terpaksa bersekongkol dengan anak-anaknya sekali lagi supaya telinga mereka selamat daripada leteran Fazureen yang panjang.


“Ya Allah..” terkedu Hakim buat sekian kalinya tatkala melihat telekung Fazureen yang berada di lantai. Telekung tersebut bukan sahaja comot dengan kesan lipstick tetapi juga berlubang-lubang akibat digunting oleh anak-anaknya.


“Habislah kita..” ucap Hakim pada anak-anaknya. Hakim panik. Telekung Fazureen dicapai sebelum mereka kelam kabut cuba untuk menyembunyikan telekung tersebut.


“Abang buat apa tu?” tegur Fazureen tiba-tiba.


Opss!! Pantas Hakim menyembunyikan telekung tersebut dibelakangnya.


“Apa tu?” tanya Fazureen. Curiga. Begitu juga dengan anak-anaknya, masing-masing berwajah suspen..


“Bak sini Reen tengok,” pinta Fazureen pada suaminya. Hakim cuak. Perlahan sahaja Hakim mengeluarkan telekung Fazureen yang sudah hilang ‘rupa’nya.


Bulat mata Fazureen melihat hasil ‘seni’ anak-anaknya.


Alahai.. pengsan aku..” ucap Fazureen sebelum rebah.


“Mama..!!”


"Sayang..!!"


Jerit mereka serentak apabila melihat Fazureen rebah begitu sahaja dihadapan mereka.


Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino