Product from Adobe

Isnin, Februari 23

Yang Kupinta Part 7


Akibat kepenatan akhirnya Aida terlentok dibirai katil. Tangannya pula setia memegang tangan Hamdan. Hamdan membuka matanya. Dapat dirasakan di dahinya terdapat sehelai tuala lembap. Hamdan berasa rimas. Ingin dialihkan tuala lembap tersebut daripada dahinya namun tangannya terasa berat. Hamdan menjeling ke arah tangannya. Barulah dia perasan bahawa terdapat seorang wanita yang sedang terlentok dibirai katil sambil memengang tangannya erat. Hamdan berasa keliru. Siapakah wanita ini? Di manakah aku berada sekarang? Sekali lagi Hamdan cuba untuk mengangkat tangannya. Pergerakan tangan Hamdan telah menyebabkan Aida terjaga daripada lenanya.


“Tuan dah sedar?” tanya Aida lembut.


Terkebil-kebil mata Hamdan memerhatikan figura wanita yang berada disisinya. Lama dia merenung wajah wanita tersebut. Mirip Aida namun mana mungkin Aida boleh kembali hidup dan berada di sisinya sedangkan tangannya sendiri yang membunuh dan menghapuskan mayat Aida. Hamdan menggelengkan kepalanya beberapa kali. Cuba untuk tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya kini.


“Tuan, ok ke?” lembut suara Aida kedengaran lagi. Tangan Aida pula pantas mengalihkan tuala lembap yang diletakkannya di dahi Hamdan ketika dia menjelum dahi lelaki itu. Aida meletakkan belakang tangannya ke dahi Hamdan. Alhamdulillah, bahang badan itu tidak lagi sepanas semalam. Demamnya sudah berkurang.


“Aida?? Ouch...” Hamdan cuba untuk mendapatkan kepastian. Namun, bibirnya yang pecah dan bengkak telah menyebabkan dirinya tidak mampu untuk berkata-kata. Bengkak di pipinya juga masih keras dan membiru. Sungguh memeritkan. Itu tidak termasuk lagi dengan tangan dan kakinya yang terasa berat dan sukar untuk digerakkan.


“Ya, Aida ni tuan. Tuan rehat ye dulu. Nanti Aida ambilkan tuan bubur. Lepas tu boleh la tuan makan ubat...” ucap Aida panjang lebar. Aida hanya mempamirkan senyuman nipis tatkala menyedari mata Hamdan yang tajam merenung wajahnya. Jika dulu Aida pasti akan gerun tatkala melihat akan renungan Hamdan yang sebegitu namun kini Aida sedar yang Hamdan tidak akan mampu berbuat apa-apa terhadap dirinya. Atas dasar itu jugalah Aida berani berkata-kata lebih daripada sepatutnya ketika berada dihadapan Hamdan.


“Tuan rehatlah dulu,” kata Aida sebelum dia bangun menuju ke dapur.


***


Lima minit kemudian Aida kembali ke bilik bersama semangkuk bubur dan segelas air. Mangkuk dan gelas tersebut diletakkan dengan cermat pada meja kecil yang berada di sisi katil. Badan Hamdan yang sedang berbaring dipapahnya sebelum diselitkan bantal dibelakangnya supaya mudah untuk Hamdan makan dengan selesa. Hamdan meraung kesakitan apabila badannya disentuh. Perit dipukul bertubi-tubi menyebabkan hatinya menjadi dendam terhadap Aida. Semua ini salah Aida. Jika Aida ada dan tidak berpura-pura mati dihadapannya, sudah tentu dirinya tidak akan ditimpa sakit begini. Dasar perempuan tak guna.


Arghh!! Dengan susah payah, Hamdan cuba mengangkat tangannya lalu menepis tangan Aida yang sedang cuba untuk menyuapkan bubur ke mulutnya. Mangkuk yang berisi bubur panas itu lantas tertumpah ke peha Aida. Sudu yang berada di tangan Aida turut tercampak ke lantai. Aida menjerit kesakitan. Air matanya berlinang. Pantas Aida berlari ke bilik air lalu menjirus air paip ke arah pehanya yang melecur. Hati Hamdan puas melihat Aida yang menjerit kesakitan begitu. Setidak-tidaknya dendamnya terhadap Aida kerana menyebabkan dirinya sakit begini sedikit berbalas.


***


“Hah, mana dia?” tanya Dr. Rasyidah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Tujuan kedatangannya pada hari ini adalah untuk melakukan rawatan susulan terhadap Hamdan sebaik sahaja Aida memaklumkan kepadanya bahawa Hamdan sudah sedar. Jika diikutkan hati Dr. Rasyidah, tidak ingin untuk dia merawat lelaki tidak guna ini namun memandangkan Aida yang beriya-iya merayu kepadanya dengan rasa kurang ikhlas Dr. Rasyidah akhirnya bersetuju.


“Dalam bilik,” jawab Aida ringkas sambil mengiringi sahabat baiknya itu. Namun langkah Aida kali ini agak perlahan berbanding selalu. Pehanya yang melecur menyebabkan dia tidak mampu berjalan seperti biasa.


Dr. Rasyidah menoleh ke belakang. Diperhatikan wajah Aida yang sedang berjalan. Ada kerutan di dahi Aida. Jalannya pula agak perlahan dan sedikit kengkang. Hati Dr. Rasyidah mencurigai sesuatu.



“Kau kenapa Aida? Macam ada yang tak kena je aku tengok...” Aida hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Seboleh-bolehnya dia cuba berlagak biasa supaya kejadian tadi tidak mampu dikesan oleh sahabatnya. Namun apakan daya, rasa sakit yang semakin berdenyut setiap kali dia bergerak telah menyukarkan lakonannya.


“Betul ke ni Aida?” risik Dr. Rasyidah penuh curiga. Entah mengapa hatinya terdetik bahawa Hamdan sekali lagi cuba menganiayai sahabatnya ini.


“Kau duduk sini jap,” panggil Dr. Rasyidah sambil menepuk kusyen yang berada disebelahnya. Memberi isyarat supaya Aida duduk di situ.


“Err... tak pelah Syidah. Apa kata kau gi tengok-tengokkan abang Hamdan dulu,” Aida cuba mengelak dari terus dirisik oleh Dr. Rasyidah lantas dia cuba mengingatkan sahabatnya itu tujuannya dipanggil ke mari.


“Tak apa. Lelaki tu boleh tunggu. Kau tu, datang sini jap...” ucap Dr. Rasyidah tegas sambil merenung tajam ke wajah Aida. Aida yang menyedari akan keseriusan wajah di hadapannya pantas mengalah. Perlahan-lahan Aida mendekati Dr. Rasyidah lalu duduk disebelahnya.


Oucchh... jerit Aida apabila tanpa amaran Dr. Rasyidah meletakkan tangannya ke atas peha Aida. Matanya pula merenung tajam ke wajah Aida sebagai tanda meminta penjelasan mengenai kecederaan yang dialaminya.


“Peha kau ni kenapa Aida? Bak sini aku tengok...” ucap Dr. Rasyidah seraya dia menyuruh Aida untuk berbaring di kusyen. Aida menahan tangan Dr. Rasyidah dari menyelak kain baju kurung yang dipakainya.


“Kenapa?” bulat mata Dr. Rasyidah memandang sahabatnya.


“Aku segan la. Tak ada apa-apa ni, mangkuk bubur tertumpah tadi. Aku dah letakkan minyak gamat,” terang Aida akhirnya. Segan pula rasa hatinya untuk menyelak kain walau dihadapan sahabat baiknya sendiri.


“Ish.. kau ni apa yang nak disegankan. Aku ni doktor lah.. Sini meh aku tengok. Tapi macam mana boleh tumpah Aida? Setahu aku kau memang cermat bila buat kerja,” sekali lagi Dr. Rasyidah cuba merisik hal sebenar daripada Aida. Entah mengapa hatinya yakin bahawa kecederaan Aida ini ada kait mengait dengan Hamdan. Cis!! Tak padan dengan diri sendiri dah sakit.


“Err... betul. Tangan aku licin masa aku cuba suap bubur pada abang Hamdan tadi,” Aida pantas mengigit bibir tatkala menyedari dia tersasul menyebut nama Hamdan. Dia tidak sepatutnya mengaitkan nama Hamdan dalam ceritanya. Sudah tentu kini sahabatnya itu dapat meneka kejadian sebenar yang berlaku.


“Aku dah agak dah. Memang semuanya sebab lelaki tak guna tu...” marah Dr. Rasyidah lantas bingkas menuju ke bilik yang dihuni Hamdan. Aida terpinga-pinga. Bimbang sahabatnya itu hilang kawalan diri lalu mengapa-apakan suaminya yang tidak berdaya itu.


“Syidah, kau nak buat apa tu...” jeritan Aida telah menyebabkan langkah Dr. Rasyidah terhenti. Kemudian Dr. Rasyidah menoleh.


“Aku nak pergi tengok jantan tak guna tulah. Biar dia cepat-cepat baik. Lagi cepat dia baik, lebih cepat kau boleh mintak cerai...” ucap Dr. Rasyidah sebelum terus berlalu. Aida menghela nafas lega.



BERSAMBUNG

2 komen yang diterima:

nurhakim on 23 Februari 2009 11:28 PG berkata...

eeeee...
gram tul lah ngn hamdan 2..
skit2 pn smpat lgi bt jhat kt aida..
pe pnyer suami lah g2..
pttnya aida x tlng hamdan 2..
biar je dia srng2..
bru pdam mka..
sory kak lia..
teremo lh plk..
cpat smbng tau..

misz nana on 23 Februari 2009 6:01 PTG berkata...

ingatkan bila dah sedar tu, berubah la gak..
rupa2nya masih ngan perangai lama dia..
kalau camtu, lagi baik kiok terus..
hahaha.. kejam..

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino