Product from Adobe

Ahad, Mac 1

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [9-Angau]


Babak 9


Lokasi: BROTHERS Club House


Suasana:


Azim memang bersikap lebih tak tahu malu berbanding tiga lagi sahabatnya. Selamba tenuk dia pergi ke pantry dan membancuh jus lalu dihidangkan kepada ahli F4 yang lain. Alah, milik Haritz adalah milik mereka semua juga. Itulah bukti keakraban F4. Kelab istimewa milik Haritz hadiah dari bapa sahabatnya sempena hari lahir beberapa tahun lalu dan kini menjadi kubu kedua bagi kumpulan mereka. Haritz tak kisah berkongsi kemudahan bersama sahabat yang disayanginya. Apatah lagi untuk dijadikan sarang pertemuan F4. Asalkan tidak dijadikan sarang tikus, sarang ular, sarang tenuk, sarang judi, maksiat dan kongsi gelap sudah. Haritz bukan sahaja tidak keberatan untuk berkongsi rumah kelab eksekutif tiga tingkat yang serba mewah perhiasannya ini dengan sahabat-sahabatnya namun Haritz juga telah sepakat untuk menjadi sponsor utama sut bergaya mereka apabila mereka perlu menghadiri sebarang acara rasmi yang membosankan itu. Dan BROTHERS pula akan bertindak sebagai almari ajaib mereka. “Ting!! Tadaaa… Comelkan?” Itu merupakan slogan almari ajaib mereka dan buat masa ini slogan itu sentiasa menepati janjinya untuk memastikan bunga berempat ini sebagai si bunga comel sentiasa.


Dzikri memandang sahaja lenggok Azim yang sedang menghidangkan minuman yang diambilnya dengan kebenaran sendiri di meja ruang tengah. Sedikit ayu. Macam lagak Mak Inang Dara pelayan Sultan Mansur Mangkat Dijulang pun ada. (Erk? Betul ke Mak Inang tu pelayan Sultan Mansur? Hurm…) Gelas di meja dicapai lalu disua ke mulut. Arhh!!! Bunyi lega terhasil apabila minuman yang sejuk dan segar itu menuruni kerongkongnya. Setelah perut sedikit kembung akibat minum air tanpa kebenaran tuannya barulah Dzikri perasan akan ‘ketiadaan’ Haritz.


Dzikri: Zim, Haritz mana? Baru aku perasan akan ‘kekosongan’ dia? Mana dia pergi? Tadi cakap dahaga sangat… (Penuh musykil dan prihatin dia bertanya)


Namun di satu wajah terpancar aura penat-nak-geleng-kepala. Kang silap-silap ada juga yang tersampuk sindrom angguk-angguk-geleng-geleng si Haritz. Setiap kali cakap mesti ada salah. Kalau DBP dengar mesti nangis sampai leleh hingus nih! Adoi…


Azim: Hmm… (sedikit mengeluh) Biasalah, bila jiwa dia tengah kosong mana dia nak duduk-duduk dengan kita ni Dzik. Biar kita rasa K.E.H.I.L.A.N.G.A.N. asal bukan hati dia rasa kekosongan. (penuh gaya sarkastik Azim membalas. Siap eja perkataan kehilangan. Moga kau dipertemukan hidayah la Dzik. Penat aku nak tegur kau nih. Isk!)


Dzikri tayang muka jelik. (Mamat ni suka sangat la nak betul-betulkan ayat aku. Sket-sket ejaskan ayat aku. Macamlah salah!!!)

Dzikri: Dia ke sana ke? (keningnya digerak-gerakkan… Bukan apa, dah lama tak dirapikan keningnya itu, dirasakan bagai ada kutu sudah bersarang di situ)


Azim: A’ah. Dia ke sana la. Ke mana lagi?


Dzikri: Owh, ke sana… (Dzikri menganggukan kepalanya macam burung belatuk out of time untuk siapkan tempahan mengukir) Err.. tapi ke sana tu mana ek?


Tokk!!


Adoi!! Jerit Dzikri apabila Azim melastik kepalanya menggunakan getah dan kertas yang telah digulung mampat tepat menuju ke dahinya. Pantas tangannya menggosok dahi. Nasib baik tak lekuk, kalau tidak muncul lesung batu satu lagi kat wajah aku yang tampan ini, ngomel hati Dzikri sambil mencerlun tajam ke wajah Azim.



Azim: Mangkuk punya ketua. Angguk dah mengalahkan pungguk patah skru tengkuk, skali tak tau rupanya. Hampeh punya ketua. Mesti la dia kat bi…


Dzikri: Er, Zim. Betul ke Pungguk? Bukan Belatuk?


Azim terdiam. Berjuraian air matanya di pipi secara tiba-tiba. Pantas dia berlari dan mendapatkan Dzikri. Dia memeluk Dzikri erat.


Dzikri: Syhh.. Syhh.. Napa nangis ni? Tak mo nangis-nangis nanti tak comel… (pujuk Dzikri lembut seolah-olah sedang memujuk anaknya yang meragam. Tangannya pula mengusap lembut belakang Azim)


Azim menyedut panjang hingusnya yang mula terasa meleleh.


Sroot!! Eww.. geli plak rasanya.


Azim: Aku terharu Dzik. Akhirnya kau berjaya juga. Tahniah mere bête. Syabbash!!


Terharu di hati tak dapat dibayangkan apabila akhirnya Dzik mampu menegur kesilapan bahasanya dengan betul buat pertama kalinya. Agaknya inilah perasaan guru-guru apabila melihat anak muridnya berjaya. Oh!! Guru, sungguh mulia jasamu… (Tiba-tiba Azim berada dalam mood bangsawan)


Peettt!! Itik plastik yang berwarna kuning itu tiba-tiba menjerit apabila kaki Azim terpijaknya. Lantas, segalanya pulih seperti sedia kala. Pelukkan Dzikri lantas diuraikannya. (Eh apa ni, tak macho la peluk-peluk cenggini)


Dzikri terpinga sekejap. Kemudian riak mereka kembali seperti sedia kala.


Azim: Mangkuk la ko ni Dzik. Haritz tu kat bilik kesayangan dia la. Sukma Cinta.


Dzikri yang sedang kembali meneguk air tiba-tiba tersedak. Betapa punya jiwang la mamat sorang ni. Hurm.. Ingat lagi sewaktu mereka sama-sama memikirkan cadangan nama untuk bilik ‘istimewa’ itu. Dzikri mencadangkan supaya bilik tersebut dinamakan bilik Kenangan, Azim pula bilik Ketenganan tetapi Nashriq pula muncul dengan idea yang agak unik iaitu Sudut Impian. Tetapi semua cadangan mereka itu ditolak mentah-mentah oleh Haritz. Sepanjang tempoh cadangan diberikan dia asyik mengangguk sahaja. Hah! Kalau bagi orang lain mungkin sudah gembira tapi bukan reaksi itu yang mereka nantikan daripada Haritz.


“Hah!! Sukma Cinta” jeritan secara tiba-tiba itulah yang menyebabkan Azim tergolek sambil melatah panjang. Apabila mereka semua terbahak-bahak menggelakkan cadangannya, Haritz menghentakkan kaki merajuk lalu meninggalkan mereka semua. Adalah hampir tiga per empat hari dia mogok lapar (pada hal bukan mogok lapar pun, Cuma saja nak penuhi tempoh minima tidur 15 jam.. wahaha..) akhirnya ahli F4 sepakat untuk menerima sahaja cadangan Haritz itu walaupun agak lucu rasanya. Akhirnya bilik ‘istimewa’ itu dinamakan Sukma Cinta. (Hiss!!! Sikit punya jiwang daa…)


Keh.. keh.. keh.. Azim dan Dzikri kembali ketawa apabila mengenangkan kenangan itu. Sebenarnya setiap kali nama bilik ‘istimewa’ itu disebut, setiap kali itulah mereka akan ketawa. Ini nasib baik Nashriq tak dapat sertai F4 hari ni sebab ada kelas tulisan Khot, kalau tidak makin gamat la jawabnya.


Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tengah asyik ketawa tiba-tiba Dzikri tersedak. Habis merah mukanya. (Pergh!! Sakitnya tekak bila tersedak…)


Azim ketawa lagi.


Azim: Ada orang mengutuk ko tu Dzik…(tersengih-sengih tanpa sebarang rasa simpati)


Dzikri: Siapa yang berani mengutuk aku hah? Sebut je nama aku semua kecut tau… (wajahnya penuh bangga)


Azim: (Angkat-angkat kening yang memberi maksud – Lu piker la sendiri!!)


Nashriq: Siapa lagi kalau bukan Cik Intan tersayang. Wahaha… Betul ke Dzik dia gerun bila dengar nama ko? Ke ko yang kecut bila dia angkat kaki nak tendang bontot ko… (ucap Nashriq yang muncul secara tiba-tiba bersama shuffle di kaki… Dah habis kelas agaknya)


Azim hanya ketawa sambil melakukan slap high-five.


Dzikri: Cis!! Berlahak sungguh kamu…!!!


Pecah sekali lagi ketawa Azim dan Nashriq. Mereka sama-sama geleng kepala. Dah malas dah nak betulkan tatabahasa mamat sorang ni. Nashriq melabuhkan punggungnya di sebelah Azim. Sebaik sahaja Nashriq duduk, Azim menebuk pahanya sekali sebelum dia bangun.


Azim: Nash, ko layan la abang kesayangan ko nih. Aku nak gi tengok mamat angau tu kejap (ucap Azim sambil tersengih…)


Di bilik Sukma Cinta…


Azim: Cakk!! (jerit Azim sebaik sahaja dia menjengulkan muka di bilik Sukma Cinta, namun Haritz hanya kaku tidak bergerak dengan matanya tegak 90 darjah menatap suatu wajah yang cantik terletak di poster besar di hadapan mereka)


Azim melabuhkan punggungnya di sebelah Haritz. Tiba-tiba Haritz melentokkan kepalaya. Manja. Hmm.. tengah parah angau la ni, bisik hati Azim. Kalau tidak tak adanya muncul watak manja-manja kucing nih!


Haritz: Aku rindukan dia. I miss her a lot. Mujhe pyar karti hu.. (entah betul atau tidak, dia main bantai jek.. Asalkan semua tu membawa maksud rindu.. keh.. keh.. keh.. beginilah Haritz bila dilanda rindu tahap dewa dewi bintang jula juli…)





Azim: Hurm.. Aku rasa dia pun rindukan ko Ritz…


Haritz: Ye ke? Tapi dah lama betul Ika tak contact aku tau. Agak-agaknya dia dah dapat kekasih baru tak?


Azim: Ish.. mana mungkin. Hasnim Zulaikha yang aku kenal sangat-sangaaaaaaaat la cinta dan kasihkan kau. Takkan la dia sanggup nak tinggalkan kau. Walaupun memang dia sedang tinggalkan kau tapi tu tak bermakna dia tinggalkan kau. (Erk? Apa aku cakap nih? Lost dalam tounge twister ke? Adoi…)


Ini pula adalah gelagat Azim setiap kali kalau dia cuba untuk menjadi penasihat cinta. Heheh.. last skali mesti semua pening kepala.


Nashriq: Dia akan balik nanti. Dia kan kekasih kau. Dia pun mesti faham perangai kau. Hasnim cuma terlalu sibuk. Jangan risau (sampuk Nashriq secara tiba-tiba)


Azim: Oppocot kambing mak kau yang aku cinta… (latah Azim. Argh!! Benci betul dia bila ada watak baru tanpa undangan. Kalau ya pun bagi la signal intermission macam dalam citer Hindustan tu… Boleh gak aku bersedia.. marah Azim dalam hatinya…)


Dzikri pula hanya mengangguk setuju sambil ketawa.


Haritz menggeleng pasrah. Namun, dalam asyik mengangguk matanya berubah kuyu sekuyu mata ikan puyu. Dia membetul-betulkan sedikit letak kepalanya di bahu Azim seolah-olah mencari posisi yang lebih selesa. Dan tiba-tiba …


Kroh.. kroh.. kroh..


F4: (Lah, dalam angau pun masih nak cukupkan kuota? Adoyai…)


Sementara itu kat kedai mamak.


Ane: Banyak rajin kerja punya Intan. Nanti saya kasi itu gaji naik aa.(bos dorang ni baik hati betul. Sebab Intan memang rajin)


Intan: Terima kasih la ‘ane’. Ini macam senanglah saya punya hati. Hari-hari pun mau kerja la (suara dia gembira. Sambil lap meja sambil tengok astro awani ‘Ane’ pun prihatin pasal isu perang kat Palestin. Tiba-tiba astro awani jadi channel wajib, kalau tak duk ulang tayang pasang lagu-lagu Hindustan)


Liyana yang tengah lap meja tarik muncung. Saje nak usik tauke yang dipanggil ‘ane’.


Liyana: Aik ‘ane’? Naik gaji dia sorang je? Saya pun penat tau (buat-buat sedih)


Mata Intan terpaku kat TV. Pergerakan tangan yang ligat buat kerja serta merta terhenti. Dia macam duduk kat dalam TV sekali dengan wanita muda yang sanggup korbankan keselamatan diri untuk kanak-kanak Palestin. Duta Mercy Malaysia yang termuda. Bagusnya! Dahlah cantik, bijak. Sanggup bersusah untuk kurangkan penderitaan rakyat di Gaza. Hati Intan betul-betul tersentuh.


Liyana: Eyh? Kau kenapa macam nak nangis ni? (kuis lengan Intan bila tengok mata kawan dia merah)


Intan: Aku bukan nangis. Aku kesian dengan orang-orang kat sana. Bagus kan duta ni. Dahlah paling muda, tapi dia tak kisah nak jejak kaki kat tempat yang berisiko tinggi.(suara dah serak. Ganas hal lain, sensitif hal lain okey?)


Tiba-tiba ‘ane’ menyibuk kejap. Nak tahu apa dialog dia?


Ane: Banyak cantik itu perempuan. Tarak sayang muka dia ke pergi sana?(Budak dua orang ni geleng kepala, itu yang ane duk fikir. Ingatkan ape! Dorang rasa nak menyorok jap bawah meja. Malu dapat bos cenggini)


Intan sambung buat kerja balik. Walaupun letih. Dia kena kuat, lagi-lagi cabaran Dzikri tak harus dipandang ringan. Balik kang konpom dia tidur mampus punye. Huih..nasiblah!


Ane: Kesianlah sama kamu dua orang. Ini malam makin lewat. Sudah letih, balik dululah. Esok sambung lagi. (ane berdiri tegak di hadapan dua pekerjanya. Rajin betul budak dua orang ni wat OT)


Liyana: Wah! Banyak baik hati ane sekarang. Ada apa-apa ke? (gadis ini saja nak menyakat)


Ane: Mahu berjaga lagi ka awak? Tido sudahlah… (nasihatkan pekerja lah plak. Ane…ane…)


Intan: Terima kasih ye ane. Saya pun banyak letih. Nasib baik esok kelas petang. Saya tutup suis elektrik dulu. (pergi ke bahagian dapur untuk sidai kain lap meja. Pastu terus kemas beg dan tutup suis kipas dan TV)


Ane: Okey. Bangga ini hati sekarang kembang betul. Bagus ada pekerja macam kamu dua orang. Hati banyak senanglah (puji ane. Kembang kempis hidung Intan ngan Liyana kena puji)


Di rumah Intan:


Intan mengeluarkan kunci pendua. Lampu rumah nampak terang. Takkan ibu dengan ayah tak tidur lagi? Satu kemusykilan ni…


Intan: Intan dah balik… (muke letih. Tapi tak nampak pun ibu dengan ayah. Biase dorang suka tengok TV)


Ibu: Intan! Datanglah dapur. Ibu buat makan lewat malam. Meh! (laung wanita bersuara halus itu dari dapur. Jelas kedengaran suara gelak ketawa ayah. Mesra betul ibu bapanya kalau tiba bab makan)


Intan campak beg atas kusyen. Dia senyum bila tengok ibu dan ayah tengah bersuap-suapan, makan cucur udang! Sedapnya!


Intan: Ha! Romantik nampak. Tak segan dengan Intan ke? (dia usik ibu dengan ayah. Tayang muka selamba sambil ambik cucur udang. Kunyah dengan penuh kelazatan)


Muka ibu dan ayah dia blush. Malu, lupa nak cover depan anak sendiri. Rupanya Intan diorang dah besar panjang, bukan lagi budak kecik.


Ibu: Makanlah lagi. Banyak ni!


Ayah: Ye! betul tu. Intan kena banyak makan untuk bertenaga. (ibu suapkan cucur ke mulut dia. Ayah pun. Naik membelon pipi Intan. Dia suap ibu dan ayah. Tiga beranak ni makan penuh gembira. Sampailah Intan tiba-tiba menjerit.)


Intan: Argh! Intan tak solat lagi. (dia berhenti mengunyah. Mak ayah berpandangan. Tengok jek gelagat Intan yang tengah melangkah dengan penuh keazaman.)


Ayah: Anak kita nyaris buat abang tercekik.


Ibu: Takpe, air masak banyak bang. (teruskan adegan suap menyuap. Tiba-tiba Intan berpatah balik.)


Intan: Ya ayah, bertenaga! Kite mesti bertenaga untuk menentang musuh!” (Jari telunjuk dihalakan ke atas. Muka macam orang nak gi ke medan perang. Ibu ayah dia pulak yang naik cuak.)


Ibu dan ayah : Apa kena dengan anak kita? (ucap mereka sambil berpandangan)


Intan masuk ke biliknya selepas memeranjatkan mak ayah dengan jeritan tiba-tibanya serta kata-kata semangatnya. Dia membersihkan badan dan menunaikan solat. Lepas tu terus nak tidur. Fikir strategi untuk meruntuhkan ‘kekebalan’ F4. Terutama Dzikri! Habislah mamat tu!

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino