Product from Adobe

Isnin, Oktober 20

Air mata Hati Bab 11[b]


Lena Ezani pada pagi itu dikejutkan oleh bunyi bising dari arah tingkat bawah.  Jam di dinding bilik dikerling sekilas.  Pukul 11.30 pagi.  Wah! Lambatnya aku bangun hari ini.  Pinggangnya dipulas ke kiri dan ke kanan.  Meregangkan otot-otot yang bersimpul.  Bunyi bising orang sedang mengalih perabot telah menarik perhatian Ezani.  Apa tu?  Lantas Ezani berlari-lari menuju ke bawah.

”Cayang! Turun tangga tu pelan-pelan la.  Boleh pulak berlari-lari”, tegur Fakrul.  Ops..!

 ”Ala bang.. baru dua bulan la.  Boleh lagi nak lari-lari.  Kalau Hanna nak main netball wakil company pun ok lagi ni”, giat Ezani dengan selambanya.

”Apa?!”, buntang mata Fakrul mendengarkan jawapan Ezani.

”Nak, waktu awal-awal macam ni lah kena jaga betul-betul.  Baby tu belum kuat lagi.  Zani jangan lasak sangat.  Risau mak menenguknya”, sampuk Mak Cik Limah pula.  Ezani pula hanya ketawa-ketawa.

”Ok boss.  Ini katil mau letak mana?”, tanya Ah Keong.

”Ok.  Tak pa.  Letak luar dulu pun tak apa.  Nanti I angkat sendiri”, balas Fakrul.  Dompet yang berada dipoket seluar diambil. Lalu dikeluarkan beberapa keping not seratus dan diserahkan kepada Ah Keong.

”Tadi deposit saya sudah kasi sama you punya bos.  Ini bakinya”, pantas Ah Keong menyambut huluran wang tersebut.  Kepalanya diangguk-anggukkan setelah memastikan baki yang diberikan adalah mencukupi.  Lantas resit pembelian diserahkan kepada Fakrul.

”Thank you ya Ah Keong”

“Ok boss.. No hal”, balas Ah Keong sebelum berlalu.

Ezani mengangkat keningnya bila matanya dan Fakrul saling bertentangan.

”Nak buat apa katil ni bang?”, tanya Ezani ceria.

”Abang nak set up bilik kita kat bawah.  Lepas ni kita duduk bilik bawah ni sampai sayang habis pantang”, jawab Fakrul.  Hah? Pindah bilik.  Ezani seperti tidak mempercayai apa yang didengari oleh telinga.

”Abang tak nak susahkan sayang naik turun tangga bila dah sarat nanti.  Kalau jadi apa-apa payah nanti.  Nanti tak adalah ada orang tu mintak abang janji perkara yang entah apa-apa”, tambah Fakrul lagi.  Ezani tersenyum.  Ternyata Fakrul menyindirnya mengenai hal malam tadi.

Ezani mendekati Fakrul yang masih sibuk mengalihkan perabot-perabot yang bakal dimasukkan ke dalam stor untuk digantikan dengan perabot yang baru dibelinya tadi.

”Abang..”, panggil Ezani perlahan.  Cupp!! suatu ciuman terlekap di pipi Fakrul apabila dia berpaling.  Tergamam Fakrul dengan perbuatan Ezani yang tiba-tiba itu.  Namun wajah terkejutnya itu tidak lama apabila ia digantikan dengan suatu senyuman dibibirnya.  Lantas Fakrul membalas ciuman tersebut di pipi Ezani.  Di kiri. Di kanan.  Di dahi dan di hidung.  Ezani tersenyum senang dengan perlakuan suaminya itu.

Mak Cik Limah yang sedang membersihkan habuk-habuk di dalam bilik tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya itu.  Ya Allah!! Peliharalah keharmonian ini.  Semoga bahagia mereka berkekalan.  Doa Mak Cik Limah di dalam hati.

”Lepas ni kita tidur kat bawah je ok?”, tanya Fakrul seolah-olah meminta persetujuan Ezani.  Ezani hanya mengangguk sambil tersenyum.

”Good.  Lepas abang dah pindahkan barang-barang yang diperlukan ke bilik bawah ni, abang haramkan sayang naik atas tau”, beritahu Fakrul lagi.  Ezani mengerutkan dahirnya tanda tidak mengerti.

Bahu Ezani diraih perlahan lalu menuju ke sofa.

”Abang tak nak sayang jadi macam Datul.  Abang tak nak terima nasib macam Aiman.  Satu malam abang tak boleh tidur mengenangkan cerita sayang.  So sayang ikut je cakap abang ya?  Abang tak sanggup nak hadapi janji yang sayang tagih dari abang nanti”, rintih Fakrul.  Hati Ezani berubah sayu.

”Semalam tu cerita ajelah bang.  Insyaallah Hanna tak apa-apa”, Ezani cuba memujuk hati Fakrul yang nyata gundah-gulana disaat itu.  Fakrul menggelengkan kepalanya.

“Tak kisahlah apa pun.. Abang tak nak ambil risiko”
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

0 komen yang diterima:

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino