Product from Adobe

Rabu, November 12

Air Mata Hati Bab 13


”Abang, thanks for the lovely day. Thanks for being my lovely husband. Thanks sebab sudi terima sayang. Sayang akan ingat semua ini hingga ke akhir nafas sayang. Thanks, abang. Hanna sangat menghargainya”, ujar Ezani pada Fakrul yang sedang memeluknya dari belakang. Wajah Fakrul yang tersenyum, direnungnya melalui cermin meja solek dihadapannya.


Fakrul hanya tersenyum bahagia mendengarkan kata-kata bahagia yang dituturkan isterinya. Tiada lain yang dia pinta melainkan bahagia isterinya.


”Thanks juga pada sayang sebab jadi hadiah terindah dalam hidup abang. Siap bagi abang hadiah bonus lagi. Hehe.. baby kita yang bakal lahir tak lama lagi”, kata Fakrul sambil tertawa kecil. Leher dan bahu Ezani dikucupnya perlahan. Ezani hanya tersenyum sebelum membalas bicara suaminya.


”Siapa cakap tu hadiah bonus untuk abang? Tu kan janji yang abang mintak dari Hanna.. Abang dah lupa kata dua yang abang bagi pada Hanna dulu?”, tanya Ezani dengan wajah yang serius.


Tiba-tiba sahaja wajah Fakrul berubah pucat. Dadanya terasa seolah mahu meletup. Telinganya berdesing. Matanya terasa berpinar. Dirinya terasa seperti banduan yang bakal menjalani hukuman gantung. Tangannya yang melingkar dipinggan Ezani jatuh serta merta. Kemudian, Fakrul berdiri terkaku tanpa bicara.


Melihatkan Fakrul yang dia tanpa respon, Ezani berpaling untuk menghadap Fakrul. Kelihatan Fakrul bergerak menuju ke katil dan duduk dibirai katil sambil tertunduk. Lagaknya seperti orang yang putus asa.


”Hei.. napa abang diam je ni? Abang tak sihat ke?”, tanya Ezani lembut sambil meletakkan tangannya di dahi Fakrul. Biasa je. Takkan gastric kot. Risau pula melihat suaminya yang tiba-tiba berubah seperti tidak bermaya. Sedangkan tadi sungguh ceria wajahnya, walaupun penat melayani tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka tadi.


”Abang.. abang ok ke?”, tanya Ezani sambil menggoyangkan sedikit bahu suaminya. Seketika barulah Fakrul tersedar.


”Memang itu ke perancangan Hanna?”


”Hah?! Perancangan? Perancangan apa bang?”, dahi Ezani sedikit berkerut mendengarkan soalan yang tiba-tiba dari suaminya itu.


”So, sebab tu Hanna pragnent? Sebab janji abang dulu? Hanna memang tak sayangkan abang ke? Hanna nak tinggalkan abang ke? Apa selama ini kasih sayang yang abang berikan buat Hanna masih belum cukup ke? Kenapa sayang nak tinggalkan abang? Please sayang. Jangan tinggalkan abang... Abang tak tahu macam mana nak hidup kalau sayang tak ada dengan abang..”, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fakrul sambil diiringi oleh suatu tangisan. Pinggang Hana yang sedang berdiri disebelahnya dipeluk erat. Seolah tidak mahu Ezani pergi dari dirinya. Mukanya disembamkan ke perut Ezani yang masih leper itu. Masih belum menampakkan bentuknya.


”Ya Allah.. bila pula Hanna cakap Hanna nak tinggalkan abang ni?! Tadi tu Hanna gurau sajalah, bang..”, pujuk Ezani sambil mengusap kepala suaminya dengan penuh kasih sayang.


”Hanna, janganlah tinggalkan abang. Hati abang tak pernah ikhlas menuturkan kata dua untuk melepaskan sayang. Abang tak mahu. Abang tak sanggup. Sayang, percayalah abang... Abang tak nak baby sorang-sorang. Abang nak sayang dengan baby sama-sama dengan abang...”, ngongoi Fakrul lagi. Hatinya begitu takut mendengar kata-kata Ezani tadi. Ezani mengandung hanya kerana kata dua yang pernah diberikannya dulu. Oh..! Tuhan.. aku inginkan isteriku ini untuk terus bersamaku disini. Menemaniku hingga ke akhir hayat nanti. Janganlah Kau pisahkan kami..


”Shhh.. abang, dengar sini..”, kata Ezani sambil cuba untuk duduk disebelah Fakrul dibirai katil. Namun, pegangan Fakrul yang terlalu kejap dipinggangnya menyebabkan dia tidak boleh duduk.


”Abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dulu ya. But, abang kena bertenang dulu. Zani tak nak abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dengan perasaan tak menentu. Selagi abang tak nak bertenang, Zani takkan cakap..”, pujuk Ezani seolah-olah Fakrul itu adalah anak-anaknya. Belaian dirambut Fakrul masih lagi diteruskan kerana Ezani tahu Fakrul gemar dibelai begitu.


Mendengarkan kata-kata Ezani itu, Fakrul akhirnya cuba bertenang. Dirinya cuba memberikan fokus pada apa yang bakal Ezani perkatakan. Kepalanya didongakkan supaya matanya boleh melihat terus ke dalam anak mata Ezani. Mencari kepastian dan ketulusan hati Ezani.


”Abang bagi Zani duduk dulu ye.. Zani penatlah.. Zani janji Zani tak pergi jauh dari abang..”, kata Ezani lagi. Sungguh, kakinya terasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Ditambah pula dengan Fakrul yang sedang erat memeluk pinggangnya, membuatkan kakinya seperti tidak mampu berdiri lagi.


Perlahan-lahan Fakrul melepaskan pelukkan dipinggang Ezani. Namun, sepantas kilat tangannya pula menyambar pergelangan tangan Ezani dan menariknya duduk rapat disebelahnya, dibirai katil. Bimbang sungguh andai Ezani akan pergi melarikan diri.


Ezani tersenyum melihat perlakuan yang dilakukan oleh suaminya itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

0 komen yang diterima:

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino