Product from Adobe

Ahad, Disember 14

Menggapai Pelangi Cinta Bab 1


Hari ini Elyeen boleh tersenyum puas, bangga akan kejayaan yang telah Elyeen peroleh. Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari konvokesyen esok Elyeen masih lagi sempat mengelamun, terkenangkan bagaimana Elyeen memulakan langkah untuk mendaki tangga yang pertama untuk kejayaannya hari ini.


“Tahniah Elyeen, awak telah lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu!”

Terlopong mulut Elyeen mendengarkan kata-kata Cikgu Bani tadi. Eh, biar betul Elyeen dah berjaya dalam peperiksaan tu.. Elyeen tersenyum puas seorang diri. Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memanggil-manggil namanya.


“Elyeen, Cikgu Azman nak berjumpa awak di pejabatnya”


“Nak jumpa saya , kenapa?”


“Eh, manalah saya tahu awak pergilah tanya sendiri”, kata Mimi dengan gopoh sebelum berlari meninggalkan Elyeen menuju ke kumpulannya yang berada di bawah pokok di depan sekolah.


Tanpa banyak soal, Elyeen pun berjalan menuju ke bilik Cikgu Azman dengan hati yang berdebar-debar. Pelbagai soalan yang menjengah ke benaknya.


Elyeen ada berbuat salahkah ? Setahu Elyeen tidak pula, apa-apa pun baik Elyeen tunggu dan lihat sahaja. Setelah tiba di hadapan pintu bilik Cikgu Azman Elyeen pun terus mengetuk pintu tersebut.


“Masuk”, kedengaran Cikgu Azman memberi kebenaran. “Oh, kamukah Elyeen. Silakan duduk”

Tanpa sepatah kata Elyeen hanya menurut. Keadaan bilik tersebut sepi buat seketika. Elyeen, rasanya line clear kau tak buat apa-apa kesalahan sebab tengok mood Cikgu Azman pun ok saja..


“Elyeen, bolehkah awak hubungi ayah atau ibu awak dan menyuruhnya datang ke mari ?”, Cikgu Azman memecahkan sepi suasana. Hatinya yang tadinya telah tenang sebentar kini telah berdebar-debar semula. Elyeen mengangguk perlahan. Gagang telefon di hujung meja Cikgu Azman diangkat. Perlahan Elyeen menekan punat-punat di muka telefon, mendail nombor telefon pejabat ayahnya.


“Hello, boleh saya bercakap dengan Datuk Azmin Hj. Datuk Yahya”


“Hello, Datuk Azmin here


“Papa, Elyeen di sini. Boleh tak kalau papa datang ke sekolah Elyeen sekarang cikgu Elyeen nak jumpa dengan papa”


“Baiklah”

Tidak lama selepas itu Datuk Azmin pun tiba dengan perasaan yang tertanya-tanya. Kenapa pulak tiba-tiba aku disuruh datang ke mari? Elyeen ada berbuat salahkah? Seriuskah? Atau Elyeen ditimpa kemalangan di sekolah? Pelbagai bayangan buruk menerjah masuk ke benaknya. Tanpa disedari dia telah sampai di hadapan bilik Cikgu Azman lantas dia mengetuk pintu untuk memohon masuk.


“Oh, Datuk Azmin! Silakan duduk”, jemput Cikgu Azman. Belum sempat Cikgu Azman hendak menerangkan tujuannya menjemput papa datang ke mari, papa terlebih dahulu membuka mulut untuk bertanyakan tujuan Cikgu Azman menjemputnya ke mari.


“Tahniah, anak Datuk Azmin telah berjaya lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu dan berpeluang untuk melangkau kelas”


“Apa?? Betulkah Cikgu Azman?”


“Ya dan Elyeen juga menjadi pelajar tunggal dan yang pertama berjaya lulus peperiksaan ini di sekolah ini.” Papa tersenyum bangga..

* * *


Setibanya di rumah, Elyeen berasa sungguh ganjil sekali. Eh, kenapa dengan papa ni tadi waktu di pejabat Cikgu Azman punyalah senyum tapi bila sampai di rumah berubah pulak muka dia? Mana mama? Kenapa hari ini mama tidak menyambutku seperti selalu? Papa terus melangkah tanpa sepatah kata.


“Mama, oh mama, Elyeen pulang ni! Elyeen ada berita baik buat mama…”, Elyeen tidak sabar lagi untuk memberitahu berita baiknya kepada mama.


“Elyeen, tak nampakkah ada tetamu ni”,tegur mama.


“Oh, maafkan Elyeen mama, Elyeen tak perasan tadi..”, niatnya untuk memberitahu mama berita baiknya tadi telah terbantut. Tanpa disuruh Elyeen pergi ke ruang tamu untuk bersalaman dengan tetamu. Memang itulah ajaran daripada papa dan mama sejak Elyeen kecil lagi.


“Nenek..”, jerit Elyeen apabila terpandang akan neneknya yang berada di ruang tamu. Rupa-rupanya tamu yang mama maksudkan tadi ialah nenek, pak su dan mak su. Tanpa membuang masa, Elyeen terus menyampaikan berita baiknya itu kepada nenek, pak su dan mak su.


“Nenek, Elyeen …”, belum sempat Elyeen menghabiskan ayatnya, nenek memotong percakapannya.


“Elyeen menjadi pelajar tunggal yang pertama yang lulus peperiksaan Ujian Penilaian Tahap Satu bukan?”, nenek tersenyum bangga.


“Eh, nenek dah tahu? Mama juga dah tahu?”, Elyeen seolah-olah kehairanan. Selepas mendengar penjelasan daripada mama yang panjang lebar, barulah Elyeen faham. Rupa-rupanya sebelum mereka pulang lagi, papa telah menelefon mama dan memberitahu akan berita baik itu.


Nenek telah menghadiahkan satu ciuman kepada cucu kesayangannya ini. Pak su dan Mak su pula menghadiahkannya sebuah jam tangan tetapi tiada pula hadiah daripada papa dan mama. Sebenarnya Elyeen bukannya tamakkan hadiah, tetapi apabila mengenangkan ‘orang luar’ yang asyik memberi hadiah, tertunggu-tunggu pula hadiah daripada papa dan mama. Tetapi apabila ditanya kepada papa, perkataan yang terkeluar daripada mulut papa hanyalah tunggu dan lihat. Apabila ditanya pula kepada mama, tiada sebarang kata yang terucap. Elyeen binggung.


1 komen yang diterima:

misz nana on 15 Disember 2008 pada 1:52 PG berkata...

salam.. hai kak lea.. hmm.. cite baru ye.. oppss.. bkn cite baru tapi cite yg ditulis hampir 6 tahun lalu.. =)
tapi lg, kira baru gak la.. 'baru' post dlm blog akak ni.. hehehe..

harap2 cite ni akan ada penamatnya..

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino