Product from Adobe

Ahad, Oktober 19

Air Mata Hati Bab 10


Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Nina sibuk bersiap. Sebentar lagi Taufiq akan pulang. Hari ini adalah giliran Taufiq dirumahnya. Hatinya girang tak terkira menantikan kepulangan Taufiq. Kehidupannya bersama Taufiq adalah detik terindah yang pernah dialaminya. Sungguh pun begitu, Nina tahu ada harga yang perlu dibayar olehnya untuk memiliki detik terindah itu. Dirinya terpaksa meninggalkan keluarga. Terpaksa menghadapi caci maki Jamilah dan keluarganya. Dirinya juga terpaksa mengkhianati cinta dah kasih Fakrul yang sentiasa jujur dan ikhlas terhadap dirinya. Semuanya Nina sanggup lakukan semata-mata untuk terus hidup bersama Taufiq. Dan kini segalanya terbukti benar. Taufiq ternyata seorang lelaki yang baik. Yang mencintai dirinya setulus hati. Pengorbanannya terasa berbaloi walaupun hanya mendapat tempat kedua dalam hidup Taufiq. Ah! Tempat kedua bukan suatu yang hina. Biarlah asalkan aku bahagia. Getus hati Nina.

Ketukan dipintu telah mengejutkan Nina dari khayalannya. Nina bingkas berdiri. Membelek dirinya sebentar di hadapan cermin yang terletak di tengah ruang tamu rumahnya. Penampilannya mesti rapi supaya Taufiq sentiasa senang hati melihatnya. Rambutnya yang sedikit berserabut dibetulkannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Nina terus berlari untuk membuka pintu. Suatu senyuman manis dihadiahkannya sebaik sahaja pintu dibuka.

"Hai sayang. Assalamualaikum" ujar Taufiq.

"Waalaikummussalam bang" balas Nina seraya mencapai tangan Taufiq untuk disalami. Taufiq pula mencium dahi Nina tanda kasihnya yang tidak terperi. Beg kerjanya dihulukan kepada Nina.

"Abang duduklah dulu. Nina ambilkan abang air" kata Nina lantas menghayunkan kakinya menuju ke bilik kerja Taufiq untuk menyimpan beg kerja Taufiq sebelum bergerak ke dapur.

Taufiq hanya menganggukkan kepala. Lantas menghenyakkan badannya ke sofa. Gambar pernikahannya bersama Nina ditenung lama. Sayu rasa hatinya mengenangkan majlis pernikahan mereka yang sangat ringkas. Tidak seperti majlis pernikahannya bersama Jamilah beberapa tahun dulu. Semuanya mewah. Semuanya gah. Ini semua kerana Jamilah merupakan isteri pilihan keluarga manakala Nina adalah pilihan hatinya sendiri.

Setelah beberapa tahun bernikah, bohonglah sekiranya Taufiq mengatakan bahawa dirinya tidak sayang kepada Jamilah. Insan yang saban hari bersama dengannya. Tidur dengannya. Mana mungkin tiada rasa sayang yang bercambah di hatinya. Namun entah mengapa, rasa sayang itu seperti tidak begitu memuaskan hati lelakinya. Rasa seperti ada kekurangannya. Ibarat lauk yang kurang masin. Boleh dimakan tetapi tidak enak dirasa. Adakah anak yang menjadi puncanya?

Tepukan lembut dipaha telah menarik Taufiq keluar dari lamunannya. "Apa yang dimenungkan tu bang?" tanya Nina lembut. Air fresh orange diletak perlahan di meja di hadapan Taufiq. Taufiq tersenyum nipis.

"Tak ada apelah. Sayang sihat hari ni?" tanya Taufiq.

"Sihat. Abang kenapa? Ada masalah ke? Nina tengok abang macam runsing semacam je. Tak nak kongsi dengan Nina?" tanya Nina. Risau andai suaminya itu menghadapi sebarang masalah.

"Eh tak ade apa-apalah sayang. Abang cuma penat je" Taufiq menghadiahkan senyuman nipis demi menghilangkan gusar di hati isteri kesayangannya itu. Sesungguhnya ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di mindanya tika ini. Semua ini gara-gara sampul biru yang diterimanya tengah hari tadi.

Lepaskan bunga kedua dalam jambangan taman. Bukan dipotong ranting tetapi dicabut akarnya. Lebih baik kau sendiri yang melakukannya. Sebelum taman larangan disebar racun. Air tuba disiram ke tanah. Waktu itu semuanya telah terlambat!! Masa yang ada hanyalah tiga purnama.

Taufiq menggosok hidungnya sepuas hati. Itulah tabiatnya sekiranya berada dalam keadaan runsing. Habis merah hidungnya. Taufiq bingung. Apa maksud semuanya ini? Lepaskan bunga kedua dalam jambangan taman? Cabut akar bukan dikerat ranting? Sungguh Taufiq tidak mengerti.

***

Satu bulan telah pun berlalu daripada tempoh sampul surat biru itu diterima. Sebelum ini Taufiq mengandaikan bahawa isi kandungan surat itu hanyalah gurauan semata-mata. Namun, apabila dia menerima sampul surat kedua telah membuatkan hatinya kembali lara. Isi kandungan sampul biru yang kedua ini lebih menyesakkan jiwa.

Racun dan tuba telahku sedia. Api disekam telah pun bernyala. Cepatlah tunai wahai kekanda. Sebelum ia memakan jiwa.

Apakah teka-teki yang terselindung disebalik bait-bait nan indah itu? Aku harus melakukan sesuatu. Jika menurut pada sampul biru yang diterimanya sebulan yang lalu, tempoh yang dinyatakan adalah tiga purnama. Maksudnya tiga bulan? Sebulan telah berlalu. Ini bermakna dia hanya mempunyai baki dua bulan untuk merungkaikan misteri ini. Taufiq mundar-mandir di ruangan pejabat miliknya. Kedua-dua surat yang diterimanya itu direnung lama. His.. Kenapalah aku tak minat subjek Bahasa Melayu dulu. Kalau tidak mesti aku boleh faham maksud surat ni, desis hati Taufiq. Tiba-tiba rasa menyesal kerana tidak belajar subjek Bahasa Melayu betul-betul waktu di sekolah dulu terselit dihati.

”Hmm.. siapa ya yang pandai berayat bersastera semua ni? His, penjahat yang nak mengugut orang pun dah pandai berbunga bahasa rupanya. Klasik jugak penjahat zaman sekarang ni”, hehe.. Taufiq ketawa sendirian. Ketukan di pintu telah mematikan ketawa Taufiq itu namun senyuman lucu masih lagi terlakar diseraut wajahnya. Kebenaran masuk diberikan. Lantas Kak Lina pun masuk bersama-sama sebuah fail di tangannya.

”Amboi bos, ceria nampak”, tegur Kak Lina.

“Eh mana pulak Kak Lina, saya tengah struggle nak selesaikan suatu misteri bahasa klasik ni”, balas Taufiq pula. Kak Lina merupakan setiausaha merangkap teman sekerja yang paling Taufiq percayai. Atas dasar itulah Taufiq jarang berahsia dengan Kak Lina.

”Hah?! Apa dia bos? Misteri bahasa klasik? Biar betul? Sejak bila bos minat bahasa-bahasa ni? Bahasa klasik pulak tu?”, tanya Kak Lina bertubi-tubi.

”You ni kan Kak Lina, tanya tu sikit-sikit la. Ini tidak, soalan bersambung-sambung. Pening I dibuatnya”, tegur Taufiq. Kak Lina hanya mempamirkan barisan giginya yang putih bersih kepada Taufiq.

”Erm.. by the way. I rasa I kena mintak tolong you lah Kak Lina untuk solve this mystery. But, before that back to our business first. Kenapa you masuk bilik I tadi Kak Lina?”, tanya Taufiq. Kak Lina ni bukan boleh dilayan sembangnya tu. Takut nanti habis semua kerja tak jalan. Kak Lina ni rajin bercerita. Semua cerita dia tahu. Dari artis hinggalah ke hal-hal berkaitan politik dan semangat kebangsaan. Cuma yang anehnya, Kak Lina hanya akan bercerita pot pet pot pet dengan bosnya sahaja iaitu Taufiq. Ada juga orang yang hanya bergosip dengan bos?

”Oh ya. Nasib baik bos tanya. Ni, I nak serahkan additional terms and condition for our contract with Muliana Maju yang bos suruh I taip pagi tadi”, kata Kak Lina sambil menyerahkan fail tersebut kepada Taufiq. Taufiq meneliti seketika kontrak tersebut sebelum diletakkan di dalam tray yang bertanda ’In progress’. Kak Lina yang masih setia berdiri dihadapannya itu dipandang sekilas. Dua sampul surat berwarna biru yang berada di atas mejanya diambil lalu diserahkan kepada Kak Lina.

”Eh apa ni bos?”

”Cuba you baca and then cuba you cakap pada I apa yang you faham daripada ayat yang tertulis dalam kedua-dua surat tersebut”, arah Taufiq pula. Berubah wajah Kak Lina tatkala membaca isi kedua-dua surat tersebut. Pucat.

”Mana bos dapat benda ni bos? Siapa yang bagi?”, tanya Kak Lina cemas.

”Entah. Surat-surat ni diselitkan pada wiper kereta I”, jawab Taufiq.

”Hmm.. there must be something wrong some whare”, balas Kak Lina spontan. Ketawa Taufiq mendengar ayat tersebut.

“Haha.. You pun pengikut Aunty Marry ke Kak Lina? Ingatkan wife I si Nina tu je yang minat kat Aunty Marry tu”, sungguh Taufiq tidak sangka bahawa pengaruh Aunty Marry, salah satu watak dalam drama bersiri Sindarela itu sungguh besar.

“Ish.. you ni bos. Saat-saat genting macam ni pun boleh ketawa?”, marah Kak Lina. Biar betul bos aku ni?

”Ok.. Ok.. Sorry. Hmm.. So, apa pendapat you Kak Lina fasal surat-surat ni?”, tanya Taufiq lagi. Sungguh Taufiq tidak begitu mengerti akan maksud ayat-ayat dalam surat-surat tersebut. Mana tidaknya, dia hanya sempat bersekolah di Malaysia hingga ke darjah tiga sahaja. Seterusnya dia menyambungkan pelajarannya ke luar negara kerana mengikut ayahnya yang berhijrah ke sana. Pada waktu itu, Taufiq sangat bersyukur atas penghijrahan itu. Semuanya kerana dia tidak lagi perlu belajar subjek Bahasa Melayu yang paling tidak diminatinya. Tetapi kini Taufiq berazam untuk memastikan anaknya belajar Bahasa Melayu dengan baik. Payah juga bila orang Melayu tak faham Bahasa Melayu rupanya.

”Sebelum tu I nak tanya, bila bos dapat surat yang pertama?”

”If I’m not mistaken. Last month”, balas Taufiq ragu-ragu.

“What? Last month bos? Ya Allah, kenapa bos diam je? Tak cerita pun dengan saya”, terkejut Kak Lina mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir ketuanya itu.

“Erm.. mula-mula saya ingat ni mainan je. Ada orang nak bergurau dengan I. Lagi pun I bukan faham sangat maksud ayat-ayat tu”, terang Taufiq pula. Kak Lina menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan tanda tidak percaya apa yang didengarinya. Mainan? Ish..

”Ginilah bos. I rasa ancaman ni ditujukan buat Puan Nina. Dalam surat yang pertama ni ada menyebut ’bunga kedua dalam jambangan taman’ kan? So, I rasa ancaman ni memang untuk dia. And one more thing, I rasa orang ni nak suruh bos err.. ceraikan Puan Nina”, Taufiq yang pada mulanya terhangguk-hangguk tanda memahami penerangan Kak Lina tiba-tiba menjerit.

”What? Are you sure Kak Lina?”, terkejut sungguh Taufiq mendengar ayat Kak Lina yang terakhir.

“Yup. I’m very sure bos. Dan kalau tak salah I, orang ni nak suruh bos lepaskan Puan Nina bukan dengan talak satu but tiga”, tambah Kak Lina lagi.

”Gila!!”, hanya itu ayat yang mampu terpacul dari mulutnya ketika itu. Gila.. Memang gila. Mana mungkin dia sanggup berbuat begitu terhadap Nina? Insan yang dicintainya sepenuh hati.

”Agak-agak you siapa orang yang boleh ada motif sebegini?”, tanya Taufiq. Taufiq merasakan bahawa dia perlu bersedia kerana musuhnya itu mungkin berada dekat dengannya.

”Hmm.. I cuma boleh terfikir dua pihak je bos”, jawab Kak Lina setelah beberapa lama berfikir.

”Siapa?”

”Pihak-pihak yang terjejas apabila bos kahwin dengan Puan Nina. Sama ada isteri pertama bos atau kekasih lama Puan Nina”, jawab Kak Lina tenang.

”Maksud you Jamilah?”, Taufiq cuba meminta kepastian walaupun sudah ternyata bahawa tiada lain isterinya selain Nina dan Jamilah.

”Tak mungkinlah Jamilah. Sebab dia tak pernah nak merungut apa-apa fasal Nina or bercerita buruk fasal dia. And I Jamilah pun sangat mengambil berat fasal Nina. Macam adik beradik pula kadang kala I rasa”, cerita Taufiq.

”But, I rasa fasal ex-boyfriend Nina tu ada possibility sebab Nina lari dengan I dulu sehari sebelum diorang dijadualkan kahwin. Mungkin dia dendam”, tambah Taufiq lagi. Kak Lina pula masih lagi mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju dengan andaian yang dilakukan oleh Taufiq tadi.

”Mungkin la kot bos. Ada logiknya juga. But, I rasa baik bos berjumpa secara berdepan dengan err.. siapa nama ex-boyfriend Puan Nina tu bos?”

”Fakrul”

”Ha.. Fakrul. Sebab mungkin juga bukan dia. Mungkin ada orang lain yang cuba membuat aniaya. But, kalau betul dia bos try la negotiate dengan dia. Hopefully dia faham la..”, Kak Lina cuba untuk mengeluarkan Taufiq daripada prasangka yang melampau. Selagi tiada bukti yang benar-benar boleh membabitkan Fakrul, adalah tidak adil untuk mereka menuduhnya.

“Baiklah.. Fakrul..”
--------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

1 komen yang diterima:

dina on 25 Februari 2009 1:23 PTG berkata...

pandai lea mengolah puisi-cantik dan berseni...

saspen lak akak baca citer ni

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino