Product from Adobe

Sabtu, Februari 7

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [8-Buli Balik]


Hasil kesengalan bersama: Adra Adlina dan LeaQistina

Babak 8:


Lokasi: Taman Lepak F4


Suasana:



Empat jejaka ini merebahkan buntut pada rumput yang menghijau. Meskipun berlagak cool, mereka berempat agak terkejut mendengar pengakuan Intan. Tak diduga, sungguh berani si kenit itu mengancam keselamatan Mazda dan BMW kesayangan mereka. Dahsyat! Belum pernah ada mangsa yang seberani itu. maka layakkan Intan digelar pesaing? Oh no! Lelaki bersaing dengan perempuan? Tak mungkin… masing-masing tergeleng.


Nashriq: Apa yang korang gelengkan? Kecuali kau Ritz.(siap warning awal-awal. sebab dia tahu gelengan Haritz membawa maksud yang berbeza)


Azim: Aku rasa orang yang main kasar kali ni bukan sembarangan lah.(mengeluh)


Dzikri: Kau takut apa? Kita kan pengadil? Main kasar tak jamin siapa-siapa menang tahu?(nak sedapkan hati sebenarnya. Padahal dia rasa tercabar)


Haritz: Pengadil tak selalunya betul, Dzik(geleng lagi.)


Dzikri: Kau ni dah-dah lah menggeleng. Lenguh aku tengok. Aku kena fikirkan cara yang lagi hebat untuk kenakan dia. Kau kena ingat Riq, ‘kekasih hati’ kita dah kemek. Entah bila la driver aku nak datang ni. Lembap betul!(driver pulak yang jadi mangsa)


Nashriq: Aku tak heran sangat, kenalan bapak aku boleh bagi free of charge jek untuk Mazda tu. Lagipun itu birthday present from my mum(senyum jek, rileks.)


Dzikri: Aku pun tak de hal beb. Tapi maruah muka F4 ni yang kena fikir! Bab duit aku bukan berkira. Kalau gi kedai pun, suruh dorang ceep the khange jek.


Azim: Ish! Kau ni, keep the change lah!(gosok rambut. Pening-pening.)


Dzikri: Ah! Lantaklah apa pun. Yang aku tahu, aku nak kenakan si Intan kenit tu cukup-cukup!(betul-betul nekad ni. Muka macam tengah angkat sumpah jek)


Keesokan harinya, di Kolej Lavender.


Intan bergegas ke tandas untuk melepaskan hajat. Sesudah melunaskan kehendaknya itu, dia menuju ke kelas dengan lajunya. Tetapi seorang pelajar lelaki yang sedang termenung di lorong laluan ke pintu pagar belakang, membuatkan Intan berpatah balik.




Dia macam kenal dengan jejaka itu. Sedang dia ralit memerhati, tuan empunya badan itu memalingkan wajah.

Haritz Iskandar! Oh tidak! Salah seorang daripada empat bunga beracun itu rupanya! Lebih baik dia menghilangkan diri. Sepantas kilat Intan membuka langkah. Haritz terpaku. Dia dapat rasakan gadis ini miliki aura tersendiri. Mengenangkan keberanian Intan menentang segala rancangan jahat F4 membuatkan dia tersenyum sendiri.

Intan mencari-cari beg sandangnya. Takkan terlepas pandang? Padahal sebelum ke tandas tadi dia menyorok beg itu ke dalam laci meja. Hairan bin ajaib! Hilang sekelip mata.


Namun kemusykilan Intan terjawab bila terpandangkan satu objek yang terjuntai pada pohon yang paling tinggi berhampiran tingkap kelasnya. Sah! Itu beg sandangnya yang lusuh tetapi cukup berbakti.


Tanpa mempedulikan sebarang risiko, Intan cuba sedaya upaya memanjat pokok itu. meski pedih tapak tangannya, namun dia kuatkan semangat. Nasibnya baik kerana membesar sebagai gadis yang lasak. Dan jaguh memanjat pokok sewaktu bertanding dengan sepupu-sepupu lelaki di kampung.


Sorakan para pelajar menambahkan keyakinan Intan. Pedulikan jika mereka memperlekahkan dirinya. Dia hanya inginkan begnya kembali. Yang lain, bukan urusan dia. Hanya sedikit sahaja lagi, dia akan berjaya mencapai hujung tali beg itu.


Kejayaan gadis itu memanjat pohon yang tinggi membuatkan Dzikri terlopong. Membulat matanya bagai tak percaya. Kejung sekejap macam kena renjatan elektrik.


Azim: Dia memang cool.(senyum sinis)


Dzikri: Diamlah!(blah dengan muka tak puas hati. Cover malu sebab rancangan tak menjadi. Dia ingat dengan ketinggian yang tak seberapa Intan akan melutut suruh dia hentikan pembulian tapi sebaliknya yang berlaku!)

Nashriq hanya memandang langkah Dzikri dengan ekor matanya. Haritz berpeluk tubuh. Dia melihat potensi Intan untuk menjadi pesaing yang paling ditakuti oleh Dzikri nanti.


Intan: Bebebah punya beruk! Memang bunga beracun! Aku takkan mengalah! Berganda korang cuba jatuhkan aku, beribu kali aku akan melawan! Aku Intan! Intan yang tetap akan menyilau walau permata lain cuba menandingi!(Jeritnya dalam termengah-mengah. Sempat lagi lepak kat lorong laluan pintu pagar belakang kejap sebelum balik)


Haritz menghampiri kelibat yang begitu dikenalinya. Dia ingin mendekati si kecil molek itu. apatah lagi, laungan yang penuh keazaman membuatkan dia semakin kagum.


Haritz: Lagi?(sekadar senyum)


Intan: Erk? Takde apa, dah habis pun.(tergagap jugaklah. Tapi dia rasa damai bila tengok muka Haritz. Tak ganas macam F4 lain terutamanya Dzikri)


Haritz: Cuaca redup macam ni paling bagus. Awan pun macam tersenyum.(dia berkata sambil pandang awan)

Intan: Memang. Kita akan rasa lega. Emm(dia tak tahu nak cakap apa. Kenapa pulak si Haritz boleh nak borak ngan dia? Pelik! Dan dia mula fikir Haritz tak macam setan empat ekor tu)


Haritz: Saya senang tengok awak kat sini.(senyum macam orang angau)


Intan dah blush. Dia tak tahu nak cakap apa. Tengok perangai Haritz secara peribadi memang berbeza dengan penampilan dia bersama F4. Taklah terlalu menakutkan.


Haritz: Saya nak balik dulu, tata(siap lambai lagi)


Intan tergeleng tak percaya. Dia pun berjalan kaki untuk pulang ke rumah. Bunyi hon yang memekak di tepinya membuatkan dia berhenti. Sekali pandang, ceh! Bapak bunga beracun rupanya! Benci!


Dzikri: Keberanian kau membuatkan aku semakin nak kenakan kau. Berjaga-jaga. Aku tak pernah pandang tinggi pada mangsa sebelum ni. Kalau kau sanggup sahut cabaran aku, terus datang kolej macam biasa. Kalau main kasar gerenti menang, buat apa ada pengadil?(buat muka berlagak, tapi dia dah mula respek. Sebab tu bagi peringatan kat Intan senyap-senyap. Masa ahli F4 lain da blah)


Intan: Aku takkan mengaku kalah!(senyum dengan keyakinan)


Pada waktu malamnya, mereka berempat lepak di pusat boling milik keluarga Dzikri. Bosan nak lepak kat rumah. Padahal bukan main pun, sebab kawasan tu takde dikunjungi oleh orang lain. Ditutup untuk kunjungan orang ramai dalam tempoh satu malam atas perintah Dzikri.




Dzikri: Hepi semacam jek aku tengok korang?


Nashriq: Haahaa…aku dah mula rasa dunia kita ‘segar.’


Azim: Yup! Aku makin seronok. Ada permainan yang mencabar!


Dzikri: Apasal pulak? Biasa sorang-sorang lesu tak bermaya. Macam nak mati jek!


Nasriq dan Azim: Sekarang lain! Kau kena akui, Intan memang boombastik!


Dzikri: Apa barang dia tu? Jentik konpom melayang(juih mulut.) Eyh Ritz!


Haritz macam duduk dalam dunia sendiri. Dari celik mata, terus pandang handphone. Mungkin membaca kiriman sms seseorang. Lelaki jenis ni, memang susah untuk dimengerti.


Azim: Hei, kau takkan tak sabar kot?


Haritz: Aku tengah bersabar(sambil geleng)


Nashriq: Untungnya si dia. Kau memang setia pada yang satu(tepuk bahu Haritz)


Dzikri: Emm adatlah kena menunggu. Kalau dah cinta jarak jauh namanya(cet! Macam dr love plak.)


Haritz terus-terusan diam. Dalam hatinya ada nama yang telah terukir sejak sekian lama. Lantas bayangan wajah anggun milik si dia tergambar di ruang mata. Semua tentang dia, jelas dalam fikiran.

14 komen yang diterima:

SyAfIrA iDaYu on 7 Februari 2009 1:45 PTG berkata...

haritz da jatuh hati dekat intan yea???

Tanpa Nama berkata...

aku pernah tgk cerita ni hana yori dango kan tp aku x kisah sebab cerita mmg giler best n congrats juga kat kau sebab bleh buat cerita nie dlm versi cetak chaiyok!!!!!!!1

Cik Waniey on 9 Februari 2009 12:07 PG berkata...

hehehe.. memang sebijik cite hana yori dango pun.. papehal mmg besh!
smbung gik lea..
tapikan wani arap sgt lea reka cerita ni jadi lain.. jgn ikut 100% cerita taiwan n jepun tu..
sbb kalo tiru 100% orang dah tahu jalan ceritanya..
papehal chaiyok!!! wani peminat setia cite lea.. hehehe

keSENGALan teserlah.. on 10 Februari 2009 12:06 PG berkata...

ngeeeee..
xmo arh haritz ngn intan..
nk dzikri ngn intan..
mesty d'bomb nye dorang uh..
heheh..
besh2 sgt2..
smbung2..

Tanpa Nama berkata...

keep the change...not keep the chain...

LeaQistina on 11 Februari 2009 12:23 PG berkata...

opss.. sorry.. hehe.. kita orang xperasan.. thanx atas teguran yg diberikan.. :D

lea dah betulkan kesilapan tersebut..

Tanpa Nama berkata...

ha!!!!!! saya tau,nie mcm cita meteor garden kan??? sya suke!!!!

~~Lolipop~~ on 11 Februari 2009 3:24 PTG berkata...

lea...
haritz jatuh cinta ngan sape???
adesss..
baru nak usha line ngan haritz tu..
kejam la lea ni..

Tanpa Nama berkata...

bestnyer...........
sambung2

ecah hamzah on 25 Februari 2009 1:53 PG berkata...

haiyooo
boys before flower(versi taiwan)....
hana yori dango(versi jepun)....
warghhhh
blh plak sye cm org gle gelak sorg2 bace cter nieh tetgh mlm....
kah3
pape pown mmg klako abes la....
keep it up....

ecah hamzah on 25 Februari 2009 1:56 PG berkata...

silap2
boys before flower (versi korea)...
meteor garden (versi taiwan)...
hana yori dango (versi jepun)...
br btol....

effa berkata...

hahaha.. best gler r citer ni, klaka abis..
sy mmg ske sgt tgk citer hana yori dango & meteor garden..
tp boys over flower x tgk lg..

cpat2 sambung lg taw..

.:miss=fair[a]h:. on 26 Jun 2009 1:10 PG berkata...

haha...
sebijik cite hana yori dongo, meteor garden ngan boys over flower..
haha..
tahniah kat kak lea..
walaupon cite nyer mcm sme...
tpi kak lea berjaya mengolah cite neh jdik lgi best..
haha..
lwak le ngan f4 tu..
bengong sungguh..
gee~

Tanpa Nama berkata...

Boy over flowers versi korea..hehe
saya rsa mesti haritz tu ade GF dh...
bestla F4 ni..klakar sgt ngn kerenah msaing2..

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino