Product from Adobe

Isnin, September 8

Air Mata Hati Bab 1


Setitis air mata jatuh tatkala Ezani mencium tangan Fakrul di hari pernikahan mereka. Ezani sendiri tidak mengerti samada air mata yang jatuh menitis itu adalah air mata gembira atau sebaliknya. Memang benar bahawa dirinya telah diijabkabulkan dengan lelaki yang amat disayanginya selama ini namun dirinya juga tahu bahawa perkahwinan ini juga merupakan suatu paksaan bagi Fakrul. Fakrul terpaksa menerima diriku menjadi suri hidupnya semata-mata untuk menutup aib yang bakal menimpa. Impian Fakrul untuk mendirikan istana bahagia bersama Nina akhirnya tidak kesampaian apabila sehari sebelum mereka diijabkabulkan Nina lari menyembunyikan diri. Bukan sahaja kaum keluarga malah Fakrul sendiri berasa bingung akan tindakan Nina ini. Kebetulan pada masa kejadian itu berlaku Ezani baru sahaja tiba di rumah Fakrul bagi sama-sama membantu membuat persediaan bagi majlis perkahwinan yang dijadualkan akan dilansungkan pada keesokan harinya. Hubungan Ezani dengan keluarga Fakrul memang akrab sejak Ezani dan Fakrul sama-sama melanjutkan pelajaran mereka di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai lagi. Ezani terpinga-pinga apabila melangkahkan kaki ke rumah Fakrul pada petang itu. Suasananya tidak seperti beberapa hari yang lalu. Agak tegang dan hilang cerianya. Kelihatan Fakrul yang hanya duduk berteleku di suatu sudut rumah. Mak Cik Limah pula hanya mengesatkan air matanya. Ezani terus meluru mendapatkan Mak Cik Limah yang telah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri.

“Mak cik, kenapa mak cik menangis? Apa yang telah berlaku?” tanya Ezani dengan penuh berhati-hati. Di kepalanya sendiri penuh dengan pelbagai andaian buruk apabila melihatkan kesedihan Mak Cik Limah di kala anak bujangnya bakal naik pelamin. Sepatutnya Mak Cik Limah harus bergembira seperti beberap hari yang lalu. Tanpa semena-mena Mak Cik Limah terus memeluk Ezani.

“Zani, Nina..” kata Mak Cik Limah dalam tangisnya.

“Kenapa dengan Nina mak cik?” terasa seperti andaian buruk yang muncul dibenaknya tadi ada benarnya apabila mendengarkan nama Nina disebut oleh Mak Cik Limah dalam tangisnya. Ada getar dalam suaranya. Kesedihan keluarga itu adalah kesedihannya juga.

“Nina, dah larikan diri Zani. Nina tak nak bernikah esok..” jawab Mak Cik Limah sambil mengesat air mata yang mengalir dari kolam matanya tanpa henti.

“Masyaallah..” hanya itu sahaja kalimah yang mampu dikeluarkan dari bibirnya di kala itu. Spontan juga Ezani berpaling ke arah Fakrul yang asyik termenung di tingkap rumah. Rasa simpati yang menggunung hadir dalam hatinya dikala itu tatkala melihat Fakrul yang seolah bingung dan termenung seorang diri. Pasti Fakrul sedih dengan yang berlaku. Pelamin angannya musnah tatkala segala-galanya dirasakan sudah seperti sudah berada dalam genggamannya. Baru semalam rasanya Ezani melihat Nina dan Fakrul yang bahagia dan asyik dalam cinta mereka. Entah mengapa kisah ini berlaku. Perlahan-lahan Ezani bangun dan pergi mendekati Fakrul. Kehadirannya seolah-olah langsung tidak disedari oleh Fakrul. Walau bahunya disentuh oleh Ezani namun Fakrul langsung tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Yul, sabarlah. Mungkin Nina pergi sekejap aje tu,” Ezani sendiri tidak tahu samada apa yang disebutnya itu masuk akal atau tidak. Melihatkan keadaan Fakrul yang sebegitu benar-benar mengguris perasaannya. Lebih sakit dan lebih pedih rasa hatinya ketika ini jika dibandingkan dengan rasa pedih dan sedih yang ditanggungnya apabila mendapat berita bahawa Fakrul dan Nina akan melangsungkan perkahwinan mereka dua bulan dahulu. Walaupun sedih tetapi sekurang-kurangnya dirinya masih mampu tersenyum dan berasa bahagia apabila melihat Fakrul tersenyum tawa dan berbahagia. Memang selama ini Fakrul tidak pernah tahu bahawa Ezani amat menyayangi dirinya.

“Yul, janganlah diam macam ni. Cakaplah dengan Zani. Zani tahu Yul sedih tapi janganlah macam ni. Zani risaulah Yul diam macam ni..” Ezani mula sebak dengan keadaan ini. Air mata di kolam matanya telah mula bertakungan. Bola matanya juga telah memerah.

“Yul..” suaranya juga telah mula serak dan bergetar akibat menahan tangis yang mula terasa. Mendengarkan perbezaan pada suara Ezani dan perubahan pada wajah Ezani akhirnya tanpa suara Fakrul menyerahkan sepucuk surat yang telah renyuk kepada Ezani. Tanpa menunggu dengan lebih lama akhirnya Ezani terus membaca surat tersebut. Betul seperti yang telah diduga, warkah tersebut adalah daripada Nina. Tulisan yang cantik dan kemas itu Ezani tenung lama.

Kehadapan Fakrul yang kukasihi,

Maafkan diri ini kerana menyampaikan warkah ini disaat kita bakal menyambut hari berbahgia kita. Maafkan diri ini juga kerna terpaksa melukai hatimu taktala gerbang perkahwinan kita hanya jarak sejengkal cuma. Maafkanlah diri ini kerna terpaksa pergi meninggalkan dirimu seperti ini. Sesungguhnya diri ini memang pernah menyayangi dirimu. Tempoh percintaan kita hampir setengah dekat lamanya. Mana mungkin tiada rasa sayang antara kita. Nina akui sepanjang tempoh itu Nina agak bahagia ketika bersama Yul cumanya itu bukan bahagia yang Nina cari. Yul bukanlah cinta sejati buat Nina. Ada insan lain yang bertakhta di hati Nina. Yul, maafkanlah Nina kerna terpaksa melukai hatimu.

Tunangku Fakrul,

Sebenarnya sepanjang hubungan kita, Nina juga telah menjalinkan hubungan dengan insan lain. Nina sangat mencintainya. Sesungguhnya Nina sangat mencintai dirinya. Dialah segalanya buat Nina Nina berasa sangat bahagia bersamanya. Bukan niat Nina ingin mengaibkan Yul sekeluarga apabila menerima pinangan daripada keluarga Yul. Tiada langsung niat di hati Nina. Cinta kami adalah cinta terlarang kerna dia adalah milik orang. Papa dan mama tidak merestui cinta kami. Setelah dipujuk oleh mama akhirnya Nina bersetuju untuk menerima pinangan dari keluarga Yul. Sungguh Nina telah cuba untuk menerima hakikat cinta kami tidak akan kesampaian namun Nina tak sanggup Yul. Tak sanggup untuk melupakan dia. Dia adalah segalanya buat Nina..

Fakrul Ezairy sayang,

Izinkanlah diri ini pergi. Nina doakan agar Yul akan bertemu dengan insan yang lebih baik dari Nina dan semoga berbahagia selalu. Nina juga berharap agar Yul juga dapat mendoakan kebahagiaan diri ini disamping insan yang Nina cintai. Lupakanlah Nina. Semoga kita tidak akan berjumpa lagi.

Dari insan yang pernah menyayangimu;
Nina Haryani Mahmood


Terkelu lidah Ezani membaca warkah tersebut. Tidak disangka bahawa selama ini Nina sanggup menduakan Fakrul. Selama ini mereka kelihatan bahagia. Tidak terjangkau oleh akalnya perkara sebegini bakal berlaku. Entah apa yang mampu diperkatakan olehnya kepada Fakrul untuk menenangkannya. Sungguh Ezani tidak tahu. Kedengaran Mak Uteh bising-bising apabila memikirkan majlis esok menambah keserabutan yang dirasainya. Lembu empat ekor telah ditumbangkan. Jemputan pula telah dijemput dan semua persiapan telah disediakan. Yang kurang hanyalah pengantin perempuannya.

“Limah oi, macam mana ni? Apa yang kita nak cakap esok kalau orang tanya mana pengantin perempuannya. Barang-barang ni pulak apa kita nak buat banyak-banyak ni?” Mak Uteh memang agak bising orangnya namun Ezani tahu niat Mak Uteh baik sebenarnya.

Mendengarkan kata-kata Mak Uteh itu, Ezani juga turut kusut memikirkan penyelesaiannya. Fakrul langsung tiada tindak balas yang diberikan. Mak Cik Limah pula tidak henti-henti mengelap air matanya yang tidak henti-henti menitis. Pilu sungguh rasa hatinya. Apalah dosanya hingga perkara sebegini berlaku.

“Entahlah Uteh, aku pun tak tahu apa nak buat ni. Aku sendiri buntu dan runsing,” jawab Mak Cik Limah lemah. Air matanya masih lagi mengalir lesu.

“Susah-susah kau kahwinkan aje si Ezani ni dengan Fakrul. Budak dua ekor ni pun bukan tak pernah kenal. Kawan pun dah lama,” jawab Mak Uteh celupar. Terangkat kepala Mak Cik Limah mendengarkan kata-kata Mak Uteh itu. Begitu juga dengan aku dan Fakrul. Sama-sama berpaling melihat Mak Uteh. Terasa seperti ada bom yang meletup di kepala Ezani. Takkanlah..

“Aku bukan apa Limah, aku cuma memikirkan kau esok. Malu kau esok kalau tetamu datang dan tengok pengantinnya tak ada. Lagi pun si Zani ni bukannya dah ada orang lain pun. Dok sorang macam tu jugak! Dah la baik lawa pulak tu budak ni. Kau pun bukannya tak kenal hati budi dia. Baik kau kahwinkan aja dua orang budak ni ha.. Menantu pun baik, masalah pun selesai. Kan senang macam tu?” terus Mak Uteh lagi memberikan pendapatnya. Tergamam Ezani mendengar kata-kata Mak Uteh. Serta merta seluruh badannya menjadi sejuk dan menggeletar. Dunia terus dirasakan sunyi. Ezani seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Tidak tahu berapa lama dia berkeadaan sebegitu. Entah apa lagi yang diperkatakan oleh mereka Ezani tidak tahu. Tahu-tahu terasa Mak Cik Limah telah memeluk dirinya sambil menangis. Mukanya terselit seribu harapan. Ezani bingung. Fakrul juga bingung. Semudah itukah?

“Zani, terimalah Ayul ye. Tolonglah mak cik. Macam mana mak cik nak angkat muka pada masyarakat nanti kalau Zani tak nak tolong mak cik. Zani jangan salah faham pada mak cik. Bukan mak cik nak mempergunakan Zani cuma mak cik tak berdaya Zani. Tolonglah mak cik. Mak cik sayangkan Zani macam anak mak cik. Tolong mak cik nak. Tolonglah mak cik ye nak,” rayu Mak Cik Limah. Ezani berasa buntu. Apa jawapan yang harus diberikannya? Selama ini memang impiannya untuk menjadi suri dalam hidup Fakrul namun bukan begini cara yang diimpikannya. Ezani mahu Fakrul menerima dirinya kerana benar-benar menyayangi dirinya seperti mana dirinya menyayangi Fakrul. Ezani bimbang Fakrul tidak akan bahagia sekaligus ini akan mengundang derita dihatinya. Ezani hanya memandang wajah Fakrul yang ada dihadapannya.

“Ayul, tolong Zani Ayul,” kata hatinya. Ezani berharap agar Fakrul membantunya dalam membuat keputusan seperti selalu. Namun Fakrul hanya memalingkan wajahnya. Andainya dirinya ini mempunyai emak dan ayah sudah tentu Ezani akan melepaskan perkara ini kepada mereka namun dirinya tiada semua ini. Dirinya hanya sebatang kara di dunia ini. Mak Cik Limah sekeluargalah tempat dirinya menumpang kasih. Mengenangkan kasih-sayang yang pernah Mak Cik Limah sekeluarga curahkan padanya akhirnya Ezani menganggukkan kepalanya tanda bersetuju. Anggukan kepalanya juga bermakna dirinya bersedia untuk dijadikan korban dan galang-ganti bagi menyelamatkan Fakrul daripada aib walaupun dirinya sendiri tidak tahu apakah nasibnya di kemudian hari. Adakah bahagia untuk dirinya atau dia sedang menempah derita? Sesungguhnya Ezani tidak tahu. Sejurus mendengar jawapan yang diberikan oleh Ezani itu Fakrul terus bingkas tanpa suara. Ezani tidak mengerti akan maksud tindakan Fakrul itu.

3 komen yang diterima:

dina on 25 November 2008 pada 3:35 PTG berkata...

lea, penulis yang baik... best la baca bab pertama ni.

LeaQistina on 27 November 2008 pada 2:10 PTG berkata...

thanx kak dina.. byk lagi kelemahan pada cara penulisan lea.. hope kak dina dapat bagi tunjuk ajar pd lea..

bidadari cinta on 14 Januari 2009 pada 12:58 PTG berkata...

first time baca cite ni kat blog lea..ramai yg komen cite ni best..so tergerak hati nak baca..permulaan yg baik..

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino