Product from Adobe

Isnin, Disember 15

Menggapai Pelangi Cinta Bab 12


Sudah beberapa hari Elyeen berkurung di dalam biliknya. Tak sanggup rasanya untuk Elyeen bersemuka dengan mama dan papanya. Elyeen takut. Takut kalau-kalau Elyeen terkeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Elyeen masih lagi ingat dan sedar akan adab-adab sebagai seorang anak walaupun hatinya kini sudah cukup tercalar dengan komplot antara mamanya dan Fendi. Hatinya kini meronta-ronta berharap dapat berjumpa dengan abang Man. Bagi Elyeen abang Manlah tempat Elyeen untuk bergantung harap agar memahami dirinya. Tiba-tiba terbit satu perasaan sinis dalam diri Elyeen. Eh, Elyeen. Betulkah abang Man tak turut serta dalam komplot antara mama dan Fendi ? Bagaimana kalau ya ? Sedangkan papa juga turut terlibat, inikan pula.. Ketukan di pintu beberapa kali telah mematikan monolog di dalam hatinya. Elyeen membiarkan sahaja ketukan tersebut.

“Elyeen, mari keluar nak. Dah beberapa hari Elyeen tak makan, marilah keluar sayang. Hari ini mama masak makanan kegemaran Elyeen, nasi goreng kampung. Sedap tau, pedass!”, kata mama yang cuba memujuk. Ketika ini hati Datin Maznah betul-betul rasa bersalah. Hatinya sering berbisik dan menyatakan bahawa alangkah bagusnya kalau dia tidak bersetuju dengan pakatan itu dulu.

“Tak apalah mama, Elyeen tak nak makan. Elyeen tak lapar !”, balas Elyeen sambil menolak ajakan mamanya itu. Burrr, eh perut ni bunyi pulak dia. Diamlah !

“Elyeen, marilah keluar makan. Marilah nak, nanti Elyeen sakit. Elyeen, mama mintak maaf. Mama janji mama tak akan buat lagi. Marilah keluar makan nak”, tak keruan Datin Maznah dibuat dek rajukan Elyeen ini. Tak pernah Elyeen berbuat begini selama ini.

“Mama, tinggal Elyeen sendirian. Elyeen tak mahu makan. Lagipun Elyeen tak ada seleralah mama”,ujar Elyeen lemah. Elyeen tahu yang dia sedang berbohong dan dia juga tahu perbuatannya itu akan mengundangkan dosa kerana menipu mamanya sendiri. Namun apakan daya, demi menurutkan hatinya yang sedih Elyeen rela.

6 komen yang diterima:

misz nana on 15 Disember 2008 pada 3:29 PG berkata...

sampai bab 12 je?
hmm.. memang xde ending la ni ye?
sungguh ni? huhuhu..
tapi xpela..
apapun, sy enjoy baca cite ni! =)

-Ain-Dak In- on 16 Disember 2008 pada 1:21 PTG berkata...

hmm....
kenecpakse wat ending ni..
ape elyeen ckap kat fendi bab 11 tu??
tetibe je fendi nangis??

Tanpa Nama berkata...

ehm...x dak sambungan ker? sambungla lea..mana nk tau lg best...mmg perjalanan hidup tiada siapa yg tahu!

Tanpa Nama berkata...

salam..
lea,kalo leh smbg la cite ni..
mmg tol pejalanan idup kte lom tau mane penghujung nye..
tp seiring betambah usia psti byk pengalaman dan kenangan..
sa rasenye pasti ade idea utk smbg cite ni..hehe..
niway,kalo nk compare bhs dlm citer ni ngn citer2 lea yg len..
leh nmpk cara penulisan lea makin matang..
luv ur job ^_^

-che na-

LeaQistina on 25 Januari 2009 pada 12:20 PG berkata...

Salam buat semua..

Terima kasih lea ucapkan pada semua yang tidak putus-putus memberikan sokongan pada lea untuk terus berkarya..

Insyaallah, andai lea ada kelapangan dan ada idea.. mungkin lea akan cuba untuk menyambung kisah ini, khas untuk kengkawan semua..

Semoga terus terhibur ketika berada di blog ini..

Sekian.

Ikhlas;
~LeaQistina..

Tanpa Nama berkata...

rasanya macam tahu je part mana yg ada kaitan dengan lea. Hehehe... anyway, buatlah sambungannya ya. kesian kat kami yg duk tunggu ni. hehehe... =)

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino