”Farah buat ape kat sini?” tanya Syamir lembut.
Lamunan Farah Aqilah semenjak tadi tiba-tiba terganggu. Farah Aqilah tersenyum lembut.
”Tak ada apa-apa. Saja je Farah tengok-tengok kat sini. Aman je rasa suasana kat sini..” balas Farah Aqilah yang masih khusyuk pada persekitaran sekelilingnya. Jarang benar rasanya untuk menikmati suasana yang sebegini indah. Persekitaran yang dikelilingi hutan. Sudah lama ditinggalnya suasana yang sebegitu. Teringat bagaimana rupa ’comel’ mereka dulu tatkala menjalani latihan khemah tahunan. Terutama sekali waktu latihan khemah tahunan yang pertama. Sewaktu mereka masih junior. Kelakar rasanya. Farah Aqilah tersenyum sendiri.
Syamir yang baru berura-ura untuk turut sama menghayati aura alam disekelilingnya tiba-tiba mematikan hasrat tatkala dua bola matanya terpandang pada siatan senyuman dibibir Farah Aqilah. Sudah lama rasanya dua bola matanya ini tidak melihat senyuman ikhlas dari ulas bibir comel Farah Aqilah. Senyuman yang datang dari hati. Bahagia yang bukan dibuat-buat. Lama Syamir terus memerhati. Leka dengan senyuman yang jarang-jarang kali untuk dinikmatinya.
Dalam keasyikan Farah Aqilah mengenang memori lalu, entah mengapa tiba-tiba Farah Aqilah merasa bagaikan sedang diperhatikan. Teragak-agak Farah Aqilah menoleh ke sisi. Ternyata sepasang mata Syamir sedang galak memerhatikan wajahnya. Pantas darah menyerbu ke mukanya.
”Kenapa Amir renung Farah macam tu?” perlahan Farah Aqilah bersuara. Memberi tanda supaya Syamir mengalihkan renungan. Hatinya sedikit gelisah dengan renungan mata Syamir yang dalam tetapi lembut.
Bibir Syamir menguntum senyum. Ternyata Farah Aqilah segan dengannya. ”Farah segan dengan Amir?”
Hanya gelengan kepala dan senyuman nipis yang diberikan oleh Farah Aqilah sebagai jawapan. Ayu sungguh Farah Aqilah ketika itu. Tanpa mata sinis dan muka menyinga seperti yang ditanyangkannya pada hari-hari sebelumnya. Sudah kembali seperti Farah Aqilah yang dikenalinya hampir lebih enam tahun yang lalu.
”Lama Amir tak tengok Farah senyum. Maksud Amir, senyum dengan senyuman yang ikhlas, yang lahir dari hati. Just sweet. Macam Farah Aqilah yang Amir kenal dulu..” Farah Aqilah menarik nafas dalam, mendengar kata-kata Syamir.
”Apa yang Farah fikirkan?” tanya Syamir lagi.
Farah Aqilah tersenyum. Wajah Syamir dipandang sekilas sebelum dia terus membuang pandangannya pada pemandangan indah yang terbentang luas dihadapannya. Bunyian unggas dan cengkerik yang menemani malam semakin membuatkan memori lama itu terus kembali.
”Tak ada apa-apa. Bila tengok suasana yang macam ni, hutan, cengkerik, unggas, semua tu buat Farah teringat kenangan kita dulu. Kenangan masa kita kadet,” jawab Farah Aqilah sambil menghayati memori yang semakin mekar diingatannya kini. Entah mengapa malam ini hatinya tidak berasa jengkel untuk terus berbicara dengan Syamir. Mungkin suasana serta memori yang sedang menggigit sanubarinya kini yang menjadi punca, memandangkan Syamir juga merupakan sebahagian daripada sejarah serta kenangan lalu itu.
Bibir Syamir menguntum senyum, dirinya turut mengimbas kembali kenangan selama tiga tahun mereka bergelar kadet. Suatu kenangan yang cukup lengkap dengan perasanya. Macam perencah Cukup Rasa Maggi.
”Apa yang Farah ingatkan? Panti? Aping? Linggiu?” satu-satu nama tempat yang pernah menjadi tapak latihan khemah tahunan mereka disebut. Gunung Panti merupakan tempat latihan khemah tahunan mereka semasa junior diadakan. Disitulah latihan amali membuat pengkalan sementara dan latihan serang hendap dilakukan. Felda Aping pula merupakan tempat latihan ketika mereka bergelar intermediate dan Felda Linggiu pula merupakan tempat khemah tahunan terakhir mereka diadakan. Setiap tempat tersebut mempunyai nilai dan kenangannya yang tersendiri.
”Panti..” jawab Farah Aqilah sepatah. Meledak ketawa Syamir tatkala mendengar jawapan Farah Aqilah. Berlapis dahi Farah Aqilah tatkala mendengar ketawa Syamir yang tiba-tiba.
”Kenapa Amir ketawa?” tanya Farah Aqilah, pelik.
”Tak adalah. Farah ingat lagi tak? Waktu kita kat Panti dulu, first time kita gi khemah tahunan, semua orang beriya pakai mask, glove and siap bawak insect repellent, sebab takut dengan agas, but lastly semua orang pun berkudis and bengkak-bengkak sebab kena gigit agas,” jawab Syamir dalam nada ketawa yang masih bersisa. Senyuman dibibir Farah Aqilah semakin tersiat mekar.
”A’ah. Time tu azab ya amat la Farah rasa. Empat hari dalam pengkalan rasa macam berminggu-minggu je. Tambah-tambah pulak waktu malam, time tu rasa macam nak quit Palapes je. Rasa menyesal pun ada, asyik dok tanya kat diri sendiri, kenapalah aku join Palapes ni dulu? Hehe.. tapi bila dah siang, agas dah hilang, lupa pulak kat rasa menyesal tu. Bila ingat-ingat balik seronokkan rasa?” ternyata Farah Aqilah telah hanyut dalam kenangan. Lupa sebentar pertelingkahannya dengan Syamir sebelum ini.
”Hmm.. seronok la sangat..” ujar Syamir dalam nada sinis yang dibuat-buat. Namun senyuman yang berkuntum dibibirnya tidak dapat disembunyikan. Farah Aqilah menjeling manja.
”Farah lainlah, tak rasa jadi ketua platun. Amir ni, dua kali kena jadi ketua platun. Nasib baik tak bocor kepala Amir ni tau sebab asyik kena ketuk je dengan Kapten Syah and Tuan Ismadi,” teringat Syamir bagaimana kepalanya diketuk beberapa kali apabila ada senjata anak buahnya yang berjaya dirampas oleh Puan Aqilah dan Tuan Heidir, YO atau pegawai muda yang mengiringi latihan mereka.
”Eleh, macam Amir sorang je kena. Farah pun kena jugak tau. Kena ketuk dengan Encik Azahari sebab tak ’cabar’ dia waktu dia dekat dengan tali perimeter,” balas Farah Aqilah sambil ketawa. Syamir juga turut ketawa.
”Tu salah sendirilah.. Cabar macam tu pun payah ke?” ejek Syamir.
”Time tu Farah takutlah, yang sentri dengan Farah waktu tu si Ijal tapi bukan Amir tak tahu mamat tu, sabo kuat,” balas Farah Aqilah, cuba untuk membela diri. Ijal atau nama sebenarnya Mohamad Hafizal memang terkenal dengan sikapnya yang suka ’mengelat’ atau sabotaj, namun perbuatan itu lebih dikenali sebagai ’sabo’ dikalangan kadet.
”Eleh.. alasan la tu..” giat Syamir lagi.
”Huh!! Bodoh je Farah rasa time tu, tapi kan Amir, Farah rasa ada lagi kenangan yang lebih bodoh daripada tu..” tergantung kata-kata Farah Aqilah itu tatkala ayatnya itu disambung dengan ketawa.
”Ada lagi yang lebih bengong ke?” aju Syamir lagi. Kurang mengerti kenangan mana satu yang dimaksudkan oleh Farah Aqilah.
”Ingat lagi tak time Amir dapat panggilan daripada Markas Tek and suruh kita prepare satu lakonan? Gila betul time tu Farah rasa. Dah la tu, tak fasal-fasal Farah lak yang kena jadi pengarah. Last-last kita main taram je, mujur juga kita tak kena punishment malam tu..” kata Farah Aqilah sambil ketawa. Riang benar rasa hatinya malam itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman dan ketawa. Lupa sudah segala yang merusuh dijiwanya selama ini.
”Farah la punya idea gila tu. Ada ke patut suruh berlakon jadi askar yang kena tangkap dengan orang asli. Pastu kena pulak mengadap tok batin yang entah hape-hape. Siap ada tarian sewang. Bape punya ’kokak’ la si mamat askar tu..” tawa Syamir meledak kuat. Berair matanya kerana terlalu banyak ketawa. Sudah lama tidak dirasakan perasaan sebegini tenang dan bahagia, semenjak dia menjatuhkan talak pada Farah Aqilah suatu masa dulu.
”Idea spontan. Okeylah tu..” Farah Aqilah membela diri. Muncungnya ditarik panjang. Sedikit merajuk apabila Syamir tidak henti-henti menggelakkan dirinya.
”Uik.. jadi itik..? Merajuk ke?” melihat mulut Farah Aqilah yang memoncong betul-betul membuatkan hati Syamir ingin ketawa.
”Huh..!! Dah la.. Malas Farah nak layan Amir, Farah masuk dululah.. Nite,” ucap Farah Aqilah sebelum berlalu.
”Farah.. Nantilah dulu..” panggil Syamir sambil mengikuti langkah Farah Aqilah. Setibanya dimuka pintu, langkah Syamir tiba-tiba terhenti. Laluannya tersekat dek pertembungan dua hala dengan Mak Dah.
”Eh mi, belum tido lagi?” tanya Syamir basi-basi.
”Hmm.. belum, yang kamu ni nak ke mana pulak ni Mus?” balas Mak Dah pula. Farah Aqilah yang baru sahaja beberapa tapak melepasi Mak Dah menghentikan langkahnya. Menoleh. Sengaja ingin mendengar butir bicara Mak Dah bersama Syamir.
”Hah?! Nak ke mana? Nak masuklah mi..” jawab Syamir bodoh.
”Eh, mana boleh masuk. Bukan mi cakap Mus tidur Pondok Undang?” Mak Dah mengingatkan Syamir akan arahannya siang tadi.
”Alah mi..” Syamir menayang muka kesian.
”Sorry my son. Out to Pondok Undang, now!!” tegas Mak Dah bersuara.
”Esoklah mi..” pujuk Syamir lagi.
”No.. Mus jangan nak mengada, cepat!! Dah lewat dah ni, mi pun dah mengantuk. Entah-entah Farah pun sama,” ucap Mak Dah. Wajah Farah Aqilah dipandangnya sekilas sebelum sepasang matanya kembali merenung wajah Syamir yang masih lagi menayangkan muka seposen. Farah Aqilah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya pada Mak Dah. Syamir menjegilkan matanya pada Farah Aqilah. Marah dengan aksi yang langsung tidak menyebelahi dirinya.
”Mi ni mentang-mentang ada Farah, terus mi menganaktirikan Mus,” rungut Syamir. Mak Dah hanya tersenyum mendengar kata-kata Syamir. Pantas sahaja tangannya menarik daun pintu. Pintu ditutup. Betul-betul dihadapan batang hidung Syamir.
”Mus tak nak kawan mi dengan Farah..” jerit Syamir dari luar pintu sebelum berlalu dengan bebelan yang tidak diketahui butir bicaranya menuju ke Pondong Undang.
Farah Aqilah dan Mak Dah hanya ketawa mendengarkan jeritan Syamir itu.

1 komen yang diterima:
alahai amir..
ngengada majok plak..
hahahaha......
Catat Ulasan