Setitis air mata jatuh tatkala Ezani mencium tangan Fakrul di hari pernikahan mereka. Ezani sendiri tidak mengerti samada air mata yang jatuh menitis itu adalah air mata gembira atau sebaliknya. Memang benar bahawa dirinya telah diijabkabulkan dengan lelaki yang amat disayanginya selama ini namun dirinya juga tahu bahawa perkahwinan ini juga merupakan suatu paksaan bagi Fakrul. Fakrul terpaksa menerima diriku menjadi suri hidupnya...
