Product from Adobe

Isnin, Oktober 27

Air Mata Hati Bab 12


Ezani membelek-belek kulit luar novel ditangannya.  Telah usang namun masih lagi berada dalam keadaan yang baik.  Tajuk novel tersebut direnung lama.  Seredup Kasihmu.  Suatu senyuman tersiat dibibirnya.  Akhirnya berjaya juga aku menemui ‘Emir Safwan’ku, kata Ezani perlahan di dalam hati.  Ezani tenggelam dalam kenangan lalu.

Tit tit.. Bunyi telefon bimbit di tangan Ezani.  Menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.  Mesej tersebut dibaca dengan penuh debaran dihati.  Sesungguhnya mesej tersebutlah yang sedang dinantikannya sejak dari malam tadi.

[Keputusan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA]
[Status : Berjaya]
[Kod Universiti : K07]
[Nama Universiti : Universiti Teknologi Malaysia]
[Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat tawaran atau laman web universiti yang berkenaan.  Tahniah diucapkan]

“Yaaaahoooooooo!!”, jerit Ezani disuatu pagi.

”Yes.. yes..! Akhirnya aku berjaya”, jeritnya lagi.  Novel yang berada di sebelah bantalnya diambil dan direnung perlahan.

”Lea.. Emir.. Nantikan kedatanganku.. Yuhuuuu..”, kata Ezani girang.  Sungguh tidak disangkanya, permohonannya untuk ke UTM diluluskan.  Nanti aku mesti cari semua port Emir dengan Lea.  Hehe.. Silap-silap mana tau aku boleh jumpa Emir aku sekali, getus Ezani di dalam hati.

Seminggu kemudian, hari pendaftaran pun tiba.  Teruja sungguh rasa hatinya tatkala itu.  Sewaktu kereta papa melalui pintu gerbang UTM, kelihatan sebuah tasik dikanannya.  Hah! tempat diorang clash, hati Ezani bertepuk girang.

”Adik, pendaftaran di Kolej Perdana kan?”, tanya papa.

”A’ah”, jawab Ezani ringkas.  Mengiyakan pertanyaan papa.

”Happy betul mama tengok Hanna hari ni”, giat mama pula sambil tersenyum.  Lantas Ezani berkalih tempat duduknya menuju ke belakang tempat duduk mama.  Bahu mama dipeluk perlahan.

”Adik happy sangat.  Tak sabar rasanya adik nak start belajar...”, kata Ezani penuh semangat. ”Dan tak sabar jugak adik nak cari kisah fasal Emir dengan Lea... hehe..”, sambung Ezani di dalam hati.

Bau tumisan didapur telah menarik minat Ezani.  Lantas lamunannya tadi dibiarkan sepi.  Ezani menarik nafas dalam.  Menikmati aroma masakkan tersebut. Emm.. Sedapnya bau.  Bau apa ni?  ”Ayam goreng..”, jawab hati Ezani nakal sambil meniru gaya Ipin.  Ezani tersenyum nakal.

Buku ditangannya diletakkan.  Ezani bangun dan melangkah menuju ke dapur.

”Wah sedapnya bau.  Mak masak ape?”, tanya Ezani.  Mak Cik Limah berpaling sambil tersenyum ke arah menantunya itu.

”Mak masak, masak cabai udang”, jawab Mak Cik Limah ringkas sambil tangannya lincah memasukkan udang ke dalam kuali.  Garam, gula dimasukkannya secukup rasa.

”Sedapnya mak.  Tak sabar Zani rasa nak tunggu abang balik.  Rasa macam nak makan sekarang je”, kecur sungguh air liur Ezani mengenangkan sambal tumis udang yang berada di dalam kuali.  Jam di dinding dikilas sekali.  10.30 pagi.  Alah..!!  Abang nak balik lambat lagi, rungut hati Ezani.  Tiba-tiba terasa sayu pula hati Ezani mengenangkan emak mentuanya itu.

”Kesian mak kan.  Dah ada menantu pun mak masih kena masak lagi.  Sepatutnya Zani yang masak untuk mak”, kata Ezani tiba-tiba.


Mak Cik Limah tersenyum. Sambal tumis udang dialihkan ke dalam mangkuk.  Lalu dibawa ke meja makan.  Bahu Ezani dipeluk lembut.

”Mak tak kisah pun Zani.  Mak lagi suka kalau Zani duduk kat depan tu, rehat-rehat”, tiba-tiba Mak Cik Limah dan Ezani yang asyik berbual dikejutkan dengan bunyi hon yang agak panjang diluar rumah.

Lantas Mak Cik Limah menjenguk ke luar rumah untuk melihat siapakah yang datang?

”Ya Allah, budak bertuah ni.  Balik rumah bukan nak bagi salam.  Di mainnya pula tekan-tekan hon macam tu.  Bising tahu..”, marah Mak Cik Limah sebaik sahaja melihat Fakrul keluar dari keretanya bersama suatu sengihan yang panjang.  Sebaik sahaja Fakrul melaluinya pantas Mak Cik Limah memiat telinga anaknya itu.  His!! Dah nak jadi bapa budak pun masih kena piat telinga budak ni..

”Adeh.. Adeh.. Adeh.. Sakit mak.. Aahh!! Tolong”, jerit Fakrul melebih-lebih pula.  Ezani yang baru sahaja dari dapur ketawa melihat aksi suami kesayangannya itu dipiat telinga.  Lucu.  Dah tua-tua pun masih kena piat telinga.

Mendengarkan jeritan Fakrul yang berlebih-lebih itu, pantas tangan Mak Cik Limah menampar belakang Fakrul pula.  Ezani pula masih seperti tadi.  Ketawa dengan seronoknya.

Papp!!

”Adeh.. sakit la mak.  Ini apa kes.  Hari ni hari penderaan sedunia ke mak?”, usik Fakrul lagi.  Akibatnya suatu cubitan pula melekap dipinggangnya.

”Ha.. baru kau tahu.  Dah nak ada anak pun perangai macam budak-budak lagi.. Ayul.. Ayul..”, geleng Mak Cik Limah bersama ketawa dibibirnya.

”Aauuuw..!”, jerit Fakrul lagi sambil melarikan diri.  Pantas Ezani yang sedang berdiri itu didekatinya dan dipeluk dari belakang.  Ezani yang masih ketawa itu hanya menampar lembut lengan suaminya yang berada dekat dengan lengannya.

”Oh.. seronok ya sayang ketawakan abang”, kata-kata itu diiringi dengan sebuah ciuman ke pipi Ezani.  Ezani ketawa lagi.  Fakrul menggantungkan dagunya ke bahu Ezani.  Serta-merta tangan Ezani melurut lembut rambut suaminya.  Fakrul tersenyum bahagia.

”Sayang, petang ni after lunch sayang siap eh..”, usul Fakrul.  Ezani menolehkan wajahnya ke muka Fakrul.  Pantas Fakrul mengambil peluang untuk mengucup bibir isterinya itu.

”Isk.. abang ni”, tegur Ezani lembut.  Fakrul hanya ketawa.

”Hah!! Kau nak bawa ke mana si Zani tu pulak Ayul?”, sampuk Mak Cik Limah telah membuatkan ketawa Fakrul terhenti.

”Alah mak ni.. Kacau daun betullah.  Ayul nak gi dating dengan Hanna la.  Takkan tak boleh kot?  Gi honeymoon lagi pun ok jugak”, terkekeh-kekeh Fakrul ketawa setelah menuturkan kata-kata tersebut.

”Isk.. budak ni”, kata Mak Cik Limah sambil menganggkat tangan seolah-olah hendak menampar Fakrul sekali lagi.  Tangan Ezani yang ingin mencubit pipinya pantas ditangkap.

”Hep..! Tangan ni jangan nak curi-curi cubit abang eh.  Berdosa”, Ezani hanya mencebik mendengar teguran Fakrul itu.  Tetapi dia ketawa besar apabila Fakrul menjerit sekali lagi tatkala Mak Cik Limah sekali lagi mencubit pinggang Fakrul.

”Waaaaa.. Mak, apa ni? Sakit la..”, kata Fakrul sambil menarik muka.  Merajuk agaknya.  Ezani terus-terusan lagi ketawa.

”Ha.. rasakan.  Mak tanya betul-betul kamu main-mainkan mak pulak ye Ayul.  Kamu nak ke mana bawa si Zani tu?  Dia tu bukannya sihat betul lagi”, marah Mak Cik Limah.

”Alah mak ni.  Ayul nak buat suspen sikit pun tak boleh.  Ayul nak bawa Hanna pergi butik petang ni”, jawab Fakrul yang masih lagi menggosok pinggangnya yang dicubit tadi.  Pedih.  Dah lama dia tak kena cubit begini.  Dulu waktu kecik-kecik selalu la..

”Hmm.. pegi butik?  Nak buat apa bang?”, tanya Ezani pula.

”Tempah baju kahwin”

Hah..!! Baju kahwin?!  Biar betul Ayul ni?  Hampir ternganga Ezani dibuatnya gara-gara terkejut dengan jawapan ringkas yang diberikan oleh Fakrul tadi.

”Kau biar betul Ayul?”, tanya Mak Cik Limah yang ternyata sama terkejut dengan menantunya.  Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

”Betullah mak.  Ayul dah tempah hotel tadi.  Kad pun Ayul dah tempah.  Katering.  Semua-semua pun Ayul dah tempah.  Tinggal Ayul dengan Zani nak pergi tengok baju je lagi.  Hujung minggu ni kita orang nak bersanding”, terang Fakrul panjang lebar.

”Kau nak bersanding?  Dalam keadaan si Zani ni tengah mengandung ke, Fakrul?”, tanya Mak Cik Limah lagi.  Segalanya sudah pun ditempah.  Baru kini dia diberitahu?

”Ok ape mak.  Best ape kita orang boleh bersanding tiga orang.  Lagi pun Ayul nak pastikan Hanna ada kenangan yang indah untuk dikenang bila kita orang dah tua kelak mak”, terharu Ezani mendengarkan jawapan tulus daripada suaminya itu.

Fakrul berpaling menghadap isterinya.

”Abang tahu, Hanna berkecil hati sewaktu abang batalkan majlis persandingan kita dulu kan?”, tanya Fakrul terhadap Ezani.  Ezani hanya tertunduk mendengarkan pertanyaan tersebut.

”Mesti Hanna ingat abang buat semua tu sebab abang kecewa tak dapat kahwin dengan Nina.  Tapi percayalah sayang.  Abang lakukan semua itu dulu sebab abang tak nak menyusahkan sayang pada waktu itu.  Lagi pun kalau pun kita buat pada waktu itu, pasti sayang tak dapat nak menjiwai majlis tersebut sepenuh hati sebab sayang rasa terpaksa pada waktu tu kan?”, sambung Fakrul lagi.  Manik-manik jernih yang mula membasahi wajah Ezani itu disekanya lembut.  Kucupan tulus dihadiahkannya ke dahi Ezani.

”So abang nak sayang enjoy sepenuhnya pada hujung minggu ni ya.  Abang akan pastikan ianya akan menjadi detik terindah dalam hidup sayang”, kata Fakrul sambil memeluk isterinya erat.

”Terima kasih bang..”, ucap Ezani keharuan.

Mak Cik Limah hanya tersenyum melihat keduanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

1 komen yang diterima:

Tanpa Nama berkata...

hik3xx...x psal2 KP kuar kat cni..
KTF xnak msukkan skali ke???

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino