Product from Adobe

Isnin, Oktober 27

Cinta Si Baju Kebaya Bab 3


[Taman Rinting, Pasir Gudang ~ 2015]


”Mummy In.. Mummy In.. Tolong Qila..”, ngongi Farah Aqilah sambil memeluk erat Indah Maya, ibu saudaranya. Semenjak kecil Farah Aqilah kehilangan kasih sayang ibu bapanya. Hanya Indah Maya sahaja yang menjadi tempat Farah Aqilah menumpang kasih dan bermanja.


Dua puluh sembilan tahun yang lalu, bapa Farah Aqilah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya ketika dia sedang bergegas untuk ke hospital demi menyambut akan kelahiran anak sulungnya. Namun, malang tidak berbau. Kemalangan yang berlaku diselekoh pusingan U yang berada betul-betul dihadapan hospital tersebut telah meragut nyawanya. Hujan lebat ketika itu dan disertai dengan rasa teruja untuk melihat anak sendiri akhirnya membawa padah apabila sebuah traller yang laju daripada arah bertentangan merempuh kereta yang dipandu oleh bapa Farah Aqilah. Kereta yang dipandu bapa Farah Aqilah remuk teruk. Lalu hasrat bapa Farah Aqilah untuk melihat anaknya itu hanya tinggal impian apabila dia meninggal dunia di tempat kejadian.


Mak Farah Aqilah, iaitu kakak kepada Indah Maya pula meninggal dunia sebaik sahaja Farah Aqilah selamat dilahirkan akibat komplikasi dan pendarahan yang teruk. Lalu tinggallah Farah Aqilah bersama Maya Indah. Dua tahun kemudian, setelah Maya Indah mendirikan rumah tangga bersama Badrul. Akhirnya, lengkaplah hidup Farah Aqilah bersama Mummy In dan Papa Badnya.


Segala kisah sedih itu telah Farah Aqilah maklumi semenjak dirinya kecil lagi. Namun, Farah Aqilah tetap senyum dan tabah menghadapi hidupnya di dunia ini. Melihatkan keadaan Farah Aqilah yang menangis dan tidak terurus ini sangat menghibakan hatinya. Maya Indah menyapu air matanya yang mengalir. Badrul yang berada disebelahnya memeluk erat bahunya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. Air mata yang setia mengalir itu disekanya lagi sambil tangannya mengelus-elus kepala Farah Aqilah yang sedang menangis hiba.


“Mummy In..”, esak Farah Aqilah lagi. Semenjak Farah Aqilah tiba dua jam yang lalu, hanya itu sahaja perkataan yang terluah dari bibirnya.


”Shh.. sabar sayang. Kenapa ni? Cuba cerita pada mummy”, pujuk Maya Indah. Linangan air matanya yang sedari tadi galak menodai wajahnya ditahan agar tidak jatuh lagi. Maya Indah tahu, dia harus kuat demi Farah Aqilah.


Badrul senyap melihatkan keadaan anak angkatnya itu. Hatinya turut hiba mendengar tangisan yang tidak henti-henti sedari tadi. Farah Aqilah, anak gadis yang dibelanya semenjak dia berkahwin bersama Maya Indah. Anak gadis yang menjadi racun dan penawar di dalam hidup mereka suami isteri. Dirinya yang disahkan tidak mampu untuk mempunyai zuriat sendiri telah menyebabkan seluruh kasih kebapaannya itu dicurahkan buat Farah Aqilah seorang.


Seingat Badrul, ini kali kedua Farah Aqilah dilihatnya menangis dengan teruk begini. Kali pertamanya adalah pada kisah hitam yang berlaku tujuh tahun dahulu. Badrul kesal setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Dirinya tiada disaat anak dan isterinya itu sangat-sangat memerlukannya. Ketika kejadian itu berlaku, Badrul sedang berada di Perth, Australia demi menghadiri suatu mesyuarat penting bagi mendapatkan usahasama daripada syarikat dari bumi kangaroo itu.


Badrul tidak sanggup lagi mendengar tangisan dan rintihan Farah Aqilah. Perlahan bahu isterinya tadi dilepaskan. Lalu dia bangun dan pergi mendapatkan Farah Aqilah. Badan Farah Aqilah yang sedang melekat pada tubuh isterinya itu diangkat dan dipaksa supaya berdiri.


”Sayang.. pandang sini muka papa. Sayang cakap pada papa apa yang berlaku. Sayang tak boleh terus-terusan nangis begini. Selagi sayang tak bagi tahu papa dan mummy apa yang berlaku, papa dan mummy tak tahu macam mana nak tolong sayang”, kata Badrul tegas dalam lembut. Badrul tahu anaknya itu sangat lemah dengan perasaannya. Sebab itulah dia perlu bertegas supaya Farah Aqilah tidak akan terus hanyut dengan perasaan sedihnya itu.


”Papa.. Qila.. ”, sedu-sedan yang masih menguasai dirinya menyukarkan Farah Aqilah untuk terus bersuara.


”Ok.. Qila relax dulu. Lepas tu Qila cerita pada papa dengan mummy apa yang berlaku sebenarnya ok?”, pujuk Badrul lagi. Tangan Maya Indah pula tidak henti-henti melurut di belakang Farah Aqilah. Menyuruhnya bersabar.


”Papa.. Qila.. Qila.. jumpa Amir”, beritahu Farah Aqilah berselang-seli dengan sedu. Hingus yang mengalir dilap dengan hujung bajunya. Ternyata Farah Aqilah masih lagi anak manjanya dahulu. Langsung tidak berubah, desis hati Badrul.


”Amir..?”, ibarat disengat tebuan Maya Indah terus berdiri.


”Macam mana sayang boleh jumpa dia? Apa dia cakap pada Qila lagi?”, tanya Badrul pula. Marah hatinya sejak tujuh tahun lalu belum surut. Kata-kata nista yang dihadiahkan oleh pemuda itu kepada Farah Aqilah masih diingati dengan jelas. Ketika Maya Indah menceritakan kepadanya apa yang berlaku, dirasakan seperti ingin memecahkan sahaja muka pemuda itu. Mujurlah Maya Indah menyabarkan pada hari itu. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.


Maya Indah menarik Farah Aqilah duduk kembali di sofa. Lalu mereka berdua tunggu dengan sabar penjelasan daripada Farah Aqilah yang nampaknya sudah mula bertenang. Esak tangisnya tidak lagi kedengaran. Namun sedu sedannya masih lagi ada.


”Qila pun tak tahu macam mana. Tahu-tahu je si Amir muncul dalam office Qila dua hari lepas. Dia nak ajak Qila bincang. Qila pun tak tahu apa yang nak dibincangkannya. Antara kami dah tak ada apa-apakan mummy, papa?”, tanya Farah Aqilah meminta kepastian. Maya Indah menganggukkan kepalanya. Badrul pula bingung. Untuk apa Amir mahu mengajak Farah Aqilah berbincang? Pasti ada sesuatu yang berlaku, telahnya.


* * *

[Kondominium Golf View, Pulau Pinang ~ 2015]


“Masih belum selesai lagi masalah kamu dengan Aqilah, Mus?”, tanya Encik Fuad kepada anak buahnya itu. Syamir berpaling menghadap Encik Fuad. Wajahnya yang keruh itu sudah cukup untuk menjawab soalan daripada Encik Fuad tadi.


Syamir menggelengkan kepalanya.


“Sebab itulah pak long suruh kau balik dari dulu lagi. Kau tak nak. Konon dah putus asa. Tengok sekarang siapa yang susah”, kata Encik Fuad sambil tangannya menghidupkan curut di tangan.


“Mana Mus tahu pak long dah jumpa Qila. Pak long pun tak cakap apa-apa pada Mus. Macam mana Mus nak tahu? Kalau Mus tahu, empat tahun dulu lagi Mus dah balik”, pantas Syamir membela diri. Sungguh. Menyesal juga rasanya sebab tidak mahu akur dengan pujukan Encik Fuad dahulu. Kononnya hendak memujuk hati yang kecewa kerana gagal bertemu dengan Farah Aqilah. Sehingga sanggup membawa dirinya ke UK. Rupa-rupanya dia hanya membuang masa selama ini.


”Kan pak long dah cakap yang Mus akan menyesal kalau Mus tak nak dengar cakap pak long. Mus aje yang tak nak percaya pada pak long. Ha.. Kan sekarang Mus dah menyesal. Tak ke betul cakap pak long dulu?”, selar Encik Fuad lagi. Sifat degil dan panas baran anak saudaranya yang satu ini sudah cukup dimakluminya. Sebab itu, kadangkala ’serbuk lada’ harus digunakan dalam percakapannya dengan anak muda itu. Biar dia rasa. Jika tidak entah bilanya dia mahu sedar.


”Yelah.. yelah.. Mus tahu Mus yang salah. Dah tu sekarang ini macam mana pak long?”, tanya Syamir bingung.


”Eh.. apa yang susahnya Mus. Kamu berdua pun dah berjumpa, kan? Minta maaf sajalah”, jawab Encik Fuad ringkas.


”Tak semudah itu pak long. Lepas segala apa yang Mus pernah katakana pada Qila dulu, Mus percaya dia mesti sangat membenci Mus. Lagi pun, Mus bukan saja nak kata kemaafan dari Qila tapi Mus..”, er.. Syamir tidak tahu bagai mana hendak menyatakan hasratnya.


”Kenapa? Mus nakkan Qila balik ke?”, tanya Encik Fuad sinis sambil mengangkat keningnya. Serta merta kepala Syamir tertunduk. Suatu keluhan berat kedengaran.


”Bukan ke Mus dah hina dia dulu? Lagi pun kau orang berdua tak pernah bercinta kan? Atau Mus nakkan Qila semula sebab rasa bersalah Mus pada dia? Kalau begitu baik tak payah Mus. Jangan siksa Qila..”, selar Encik Fuad lagi. Selama empat tahun Farah Aqilah bekerja dengannya. Selama tempoh itu jugalah Farah Aqilah sentiasa berada di dalam pemerhatiannya. Perubahan Farah Aqilah yang menjadi semakin ceria dalam tempoh itu memberitahunya bahawa kisah empat tahun yang lalu sudah mula dapat dilupakannya. Memang benar, pertemuan mereka itu adalah perancangannya. Itu semua demi mengurangkan rasa bebanan dosa yang ditanggung oleh Syamir selama ini. Namun, untuk membiarkan Syamir melakukan sesuka hati terhadap Farah Aqilah. Tidak sama sekali. Farah Aqilah kini telah dianggap seperti anaknya sendiri.


“Pak long, memang Mus rasa bersalah sangat dengan Qila tapi Mus.. Mus nak kan Qila semula bukan sebab tu..”, jawab Syamir takut-takut. Pendirian Encik Fuad yang nampaknya menyebelahi Farah Aqilah telah menyebabkan Syamir kurang berkeyakinan untuk membela diri.


Encik Fuad hanya tersengih. Tahu apa yang dirasai oleh anak buahnya itu. Namun, Syamir harus disedarkan dengan erti menghargai insan disekelilingnya. Bukan hanya memandang enteng pada orang lain dan hanya tahu mempergunakan orang lain sahaja.


”Sanggup Mus nak jilat ludah Mus semula?”, tanya Encik Fuad ringkas namun jauh menyusup ke dalam hati. Pedih sekali.


”Sudah-sudah la tu abang. Dari tadi saya dengar abang dok laser si Mus tu. Karang dia merajuk lagi dan lari balik ke UK tu kan payah”, celahan daripada Mak Long Nurul telah mematikan ayat Syamir untuk membalas kata-kata dari pak longnya tadi.


“Tak ada maknanya dia akan lari balik ke UK tu Nurul. Sauhnya dah berlabuh kat pejabat abang tu. Entah boleh ditarik balik entahkan tidak..”, balas Encik Fuad berseloroh.


“Oh ye ke? Sauh si Syamir ni tersangkut kat mana pulak bang?”, tanya Mak Long Nurul sambil ketawa. Sengaja membalas usikan daripada suaminya itu. Namun melihatkan wajah Syamir yang semakin keruh, Mak Long Nurul tidak sampai hati untuk terus-terusan mengusik begitu.


Perlahan dia mendekati anak buahnya itu. Lantas ditariknya menuju ke meja makan. Bahu Syamir pula ditepuk lembut.


“Dah jom kita makan. Jangan dilayan sangat kata-kata pak long kamu tu”, pujuk Mak Long Nurul sebelum bergerak menuju ke meja makan. Syamir akur lalu dia membontoti Mak Long Nurul ke ruangan makan.


* * *


“Qila, kau ke mana?”, jerit Hanim sebaik sahaja wajah Farah Aqilah terjengul di muka pintu. Handphone ditangannya diletakkan di atas sofa. Air mata yang galak mengalir sejak dia menyedari bahawa Farah Aqilah tidak pulang dari malam tadi disekanya. Lantas dia berlari memeluk Farah Aqilah.


“Aku risau sangat Qila. Tiba-tiba je kau hilang macam tu. Dah la handphone pun kau off. Kau ke mana sebenarnya Qila? Aku dah mula fikir bukan-bukan kau tahu. Si mamat kerek tu pun asyik call aku semalam tanya kau dah masuk office ke belum. Apa yang berlaku ni Qila”, Hanim melempiaskan rasa tidak puas hatinya. Namun, beribu kesyukuran tetap dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana Farah Aqilah pulang dengan selamatnya.


Muka Hanim yang keruh mencuka itu Farah Aqilah tatap sekilas. Lalu sebuah kucupan dihadiahkan dipipi Hanim. Itulah yang selalu dilakukannya untuk memujuk Hanim ketika merajuk.


“Sorry Hanim. Aku ke rumah Mummy In. Aku runsing sangat. Kalau boleh aku tak mahu siapa pun tahu aku ke mana. Sorry eh”, pujuk Farah Aqilah lagi.


“Qila, aku tau kau runsing. Aku tau kau ada masalah. Tapi masalahnya kau simpan semua tu seorang diri. Langsung tak mahu berkongsi dengan aku”, bebel Hanim lagi yang masih belum berpuas hati.


“Satu hari nanti aku bagi tau kau ye. Sekarang ni aku nak mandi dan rehat dulu. Letih la driving dari Johor sampai Penang nonstop”, Farah Aqilah sengaja melirihkan suara. Buat-buat manja.


“Hmm.. yelah-yelah.. Pergilah mandi. Dah tu tak ada oleh-oleh untuk aku ke Qila dari Johor?”, sempat lagi Hanim bertanya mengenai oleh-oleh untuknya sambil tersengih.


“Mana ada. Kan tadi aku cakap aku drive nonstop. Kalau tak berhenti macam mana nak beli oleh-oleh untuk kau”, usik Farah Aqilah. Serta merta muncung Hanim keluar dengan panjangnya. Ketawa Farah Aqilah melihatnya. Faham sangat dengan karenah Hanim itu.


“Adalah.. kau pergi buka boot kereta aku. Mummy In bekalkan Laksa Johor tadi. Sebab tulah aku drive nonstop. Takut basi. Kalau basi panjang pulak moncong kawan aku ni”, sambung Farah Aqilah lagi bersama tawa usikannya.


“Yes!!”, kata Hanim sambil melompat. Lantas dia berlari ke luar rumah untuk mendapatkan Laksa Johor tadi. Farah Aqilah menggelengkan kepalanya melihat telatah Hanim tadi. Macam budak-budak..!!

1 komen yang diterima:

plg comel berkata...

bes..bes...
lea citer ni bes sgt!!!

cepat update citer,,,,,,

huhuhuhu..
chayok..chayok...

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino