Product from Adobe

Ahad, Disember 14

Menggapai Pelangi Cinta Bab 2


Hari ini cuti hujung tahun telah bermula, tahun depan sepatutnya Elyeen akan masuk tahun empat. Teringat pula Elyeen kepada pertanyaan papa dan mama pada malam tadi.

“Elyeen, sekarang ini Elyeen mempunyai dua pilihan. Pilihan yang pertama iaitu Elyeen belajar mengikut sukatan pembelajaran yang biasa. Ini bermakna Elyeen akan memasuki tahun empat manakala pilihan kedua Elyeen ialah mengikuti sukatan pelajaran khas, ini bermakna Elyeen akan terus meneruskan pembelajaran Elyeen ke tahun lima tanpa memasuki tahun empat”.

Elyeen sebenarnya sudah mempunyai pilihan sendiri sejak dia menerima berita ini tadi tapi baginya lebih baik jika dia mendapatkan pandangan daripada papa dan mama.

“Mama, pada pendapat mama pilihan yang manakah satu yang lebih baik?”

“Elyeen, dalam hal ini lebih baik kalau Elyeen yang memutuskan keputusannya. Bukannya mama dan papa tak mahu membantu Elyeen membuat keputusan tapi mama tak mahu Elyeen menyesal di kemudian hari kerana mengikut cadangan papa dan mama.”

“Sebenarnya mama, Elyeen sudah pun membuat keputusan tetapi Elyeen cuma inginkan kepastian”

“Boleh papa tahu apakah pilihan Elyeen dan kenapa?”. Memang sudah menjadi tabiat papa jika sesuatu keputusan itu dibuat pasti papa akan bertanya mengapa? Mungkin papa terbawa-bawa tabiat tersebut daripada pejabat. Maklumlah papa seorang peguam pasti ada soal jawabnya.

“Papa, Elyeen telah memilih untuk terus meneruskan pembelajaran Elyeen ke tahun lima kerana pada pendapat Elyeen, Elyeen bukan sahaja telah mendapat peluang ini tetapi ianya juga akan mengurangkan tempoh pembelajaran Elyeen. Rasanya Elyeen mampu untuk melakukannya, jika tidak masakan Elyeen telah diberikan peluang”

Mendengar penjelasanku mama seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu tetapi dihalang oleh papa. Elyeen tahu papa berbuat begitu kerana takut Elyeen menjadi serba salah dan akan mengubah keputusan. Cuma satu sahaja pesanan papa, keputusan ini adalah tanggung jawab Elyeen kerana ini adalah pilihan Elyeen.

Ketukan di pintu menyedarkannya daripada lamunan dan lamunannya tadi dibiarkan tergantung tanpa tali..

“Elyeen, lekas bangun!”

“Mama, Elyeen dah bangun cuma nak mandi sahaja”

“Kalau begitu baguslah, cepat mandi!”

Belum sempat Elyeen hendak membuka baju tidurnya, kedengaran sekali lagi ketukan di pintu. Siapa pulak yang ketuk ni, Elyeen baru nak buka baju. Tanpa bercakap banyak Elyeen terus membuka pintu bilik. Kelihatan Kak Tini, pembantu rumah berada di depan pintu bilik sambil memegang sepasang baju kurung.

“Oh, ada apa Kak Tini”

“Enggak ada apa-apa, cuma Kak Tini mahu kasi baju ini. Mama Elyeen mahu Elyeen pakai baju ini sebelum turun. Cepat sikit ya..” Elyeen berasa hairan. Eh, kenapa dengan mama ni, tiba-tiba sahaja suruh Elyeen pakai baju kurung. Baju kurung baru pulak tu… Hmm.. baik Elyeen ikut aje, nanti banyak pula soalnya.

Setelah selesai bersiap, Elyeen pun turun. Tiba-tiba Elyeen menjadi tergamam melihat keadaan rumah yang dipenuhi dengan tetamu.

“Oh, anak mama dah turun”

Elyeen tidak faham apa yang sedang berlaku dan mama seolah-olah faham apa yang bermain di benaknya.

“Elyeeen, hari ini mama buat majlis kesyukuran sempena kejayaan Elyeen, mama sengaja nak buatnya tanpa pengetahuan Elyeen, barulah surprise”, kata mama sambil tersenyum. Oh, patutlah malam tadi mama beriya-iya sangat suruh Elyeen tidur awal.

Dari jauh kelihatan Fendi datang menghampiri Elyeen sambil membawa satu bungkusan. Penglihatannya terpaku sebentar. Wah, cantiknya..

“Tahniah Elyeen. Amboi berita baik ini langsung Elyeen tak khabarkan kepada Fendi ya..”, kata Fendi sambil menghulurkan bungkusan itu kepada Elyeen. Elyeen menyambutnya dengan tangan terbuka.

“Maafkan Elyeen, Fendi. Elyeen bukannya tak nak khabarkan kepada Fendi cuma terlalu banyak kejutan buat masa ini, Elyeen jadi tak tentu arah”. Fendi bukan sahaja rakan sepermainan Elyeen sejak kecil malah merupakan sahabat yang paling Elyeen sayangi walaupun dua tahun lebih tua daripadaku.

“Wah, cantik sungguh Elyeen hari ini macam bidadari baru turun dari langit”, kata Fendi yang memang benar-benar terpegun melihat Elyeen dalam persalinan baju kurung yang dibelinya itu. Dengan senang hati Elyeen menggayakan bajunya itu depan Fendi. Sekejap dilenggok ke kanan, sekejap dilenggok ke kiri, ke depan dan ke belakang. Lagaknya bagai seorang model. Ish ! Terpikat aku.

“Tentulah, kalau mama yang belikan tentulah cantik.. Mama punya taste memang ada class”, kata Elyeen sambil berbangga. Tidak pula dia tahu yang sebenarnya baju itu bukan pemberian mamanya tapi pemberian Fendi. Fendi berasa bangga dan hatinya berbunga-bunga. Terpalit senyuman dibibir Fendi.

“Eh, Elyeen marilah ke sini, semua orang nak jumpa dengan Elyeen”, panggil mama.

“Maafkan Elyeen, Fendi. Elyeen perlu pergi dulu, lepas ini kita borak lagi ya..”

Setibanya Elyeen di tempat mama, Elyeen dihujani ribuan ucapan tahniah dan hadiah. Ada yang besar, ada yang kecil. Tak menang tangan Elyeen dibuatnya.

1 komen yang diterima:

misz nana on 15 Disember 2008 pada 2:01 PG berkata...

x menang tangan eh elyeen?
xpe2.. tangan sy ada ni hah..
meh sini sy tolong bawakkan yg len..
mana tau dpt hadiah sejibik..
x dpt yg kecik, besar pun jadi la..
ngee!

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino