Product from Adobe

Rabu, November 12

Air Mata Hati Bab 13[c]


Ezani ketawa mendengar ejekan suaminya. Lega sudah rasa hatinya tatkala mendengar ketawa terbit dari bibir suaminya. Hidungnya yang sedikit merah digosoknya perlahan.


”Hehe.. Hanna ingat nak buat gimik tadi.. skali jadi drama da..”, usik Ezani lagi sambil ketawa. Fakrul hanya menayangkan muka – Entah.. Tak tahu..


”Tapi walau apa pun yang berlaku, Hanna rasa happy sangat. Tambah pulak fasal majlis sanding kita tadi. Hanna terharu sangat. I love it..”, ucap Ezani bersungguh-sungguh. Tangan suaminya diraih. Belakang tangan suaminya dikucup lembut.


Tidak disangkanya Fakrul akan menyediakan suatu majlis persandingan yang sangat istimewa buatnya. Pada awalnya, Ezani menyangka bahawa majlis persandingan mereka itu hanyalah majlis persandingan biasa. Tetapi Ezani silap. Tidak disangkanya suaminya itu sekreatif itu.


Di saat pintu dewan dibuka, Ezani melihat keadaan di dalam dewan yang gelap. Satu lampu sorot dihalakan ke arahnya dan music instrumental – You’re My Everything tiba-tiba bergema. Tidak lama kemudian, satu lagi lampu sorot menyala dan sorotannya menghala ke arah suatu sudut. Figura Fakrul yang pada mulanya samar-samar kini kelihatan semakin jelas. Dengan ditemani oleh debaran dihati, Ezani melangkah perlahan-lahan melalui laluan yang dialasi dengan kelopak mawar merah. Sungguh indah rasanya disaat itu. Sebaik sahaja Ezani memulakan langkahnya, kedengaran suara Fakrul mengungkapkan ’30 perkara mengapa aku sayang padamu’. Hampir menitis air mata Ezani tatkala mendengarkan bait-bait yang diucapkan oleh suaminya itu. Setibanya Ezani di pelamin, Fakrul menghadiahkan sejambak bunga mawar merah sambil mengucapkan ”Hanna, abang cintakan sayang”.


Setelah Ezani duduk disinggahsananya, music instrumental My Baby You pula kedengaran. Tetapi kali ini ianya bukan music instrumental semata-mata. Music tersebut diiringi oleh suara Fakrul. Fakrul menyanyikan lagu tersebut dengan penuh rasa dijiwa. Akhirnya menitis jua air mata Ezani, bahagia.


”Hanna tau, seminggu abang berlatih dan planning semua tu. Sampai ada orang tu merajuk-merajuk sebab abang selalu balik lambat”, perli Fakrul sambil ketawa. Teringat bagaimana wajah Ezani yang menyambut kepulangannya ke rumah seminggu yang lalu. Masam habis. Pening juga kepalanya hendak memikirkan auta apa yang akan diberikan sebagai alasan buat Ezani setiap hari. Semuanya semata-mata ingin menghadiahkan surprise ini buat Ezani.


”Oh.. itu yang sampai bagi alasan yang pelik-pelik pada Zani ye.. sampaikan alasan yang tak logik pun ada.. Ada ke patut abang cakap, abang balik lambat sebab tolong hantar Mak Munah ke hospital sebab nak bersalin. Kalau ye pun nak menipu agak-agak lah.. Umur Mak Munah tu kan dah enam puluh tahun. Mana logik kalau dia nak bersalin. Mana Hanna tak merajuk..”, perli Ezani pula sambil ketawa. Pecah tawa Fakrul mendengarkan perli dari Ezani itu. Fakrul ingat lagi bagaimana paniknya dia apabila Ezani langsung tak keluar-keluar daripada bilik air selagi dia tidak memberikan alasan kenapa dia sering balik lambat. Entah bagaimana tiba-tiba boleh terpacul ”Abang bukan sengaja tapi Mak Munah emergency tadi.. nak bersalin..”


”Eleh.. tapi sayang keluar jugakkan dari bilik air tu lepas abang cakap macam tu”, sela Fakrul pula dengan tawa yang masih bersisa.


”Memang la Hanna keluar. Abang, sebenarnya malam tu Hanna masuk bilik air bukan sebab Hanna merajuk tapi sebab Hanna sakit perut.. Saja je Hanna buat gimik. Tak sangka pulak abang nak bagi alasan kelakar sampai macam tu sekali..”, kata Ezani membuka rahsia. Ketawa yang mula surut kembali kuat bergema sekali lagi. Fakrul pula yang tercengang kini.


Jadi malam tu sayang tak merajuklah..? Huh!! Penat je abang fikir alasan apa abang nak bagi pada sayang..”, kata Fakrul pula.


Tapi kenapa lepas sayang keluar tu sayang still tak nak layan abang?”, tambah Fakrul pula setelah beberapa ketika berfikir cuba mengingati detik-detik Ezani merajuk dengannya dulu.


Yelah.. time tu baru Hanna betul-betul merajuk. Sebab nampak sangat abang memang ada niat nak tipu Hanna..”, jawab Ezani pula.


Huh!! Kalau abang tau macam tau baik abang tak payah cakap lebih-lebih malam tu. Tak fasal-fasal abang kena tidur sorang-sorang kat depan tv malam tu..”, kata Fakrul kesal. Ezani pula terus dengan ketawa.

Air Mata Hati Bab 13[b]


”Hanna takkan lari lah abang.. Baby mana keluar lagi..”, Ezani masih lagi ingin mengusik suaminya. Tapi sungguh, hatinya terharu melihat tindak balas yang diberikan oleh suaminya terhadap gurauannya tadi. Tidak sangka pula dia, Fakrul akan mengambil serius kata-katanya tadi. Senyuman kecil berkuntum dibibirnya apabila melihat Fakrul menarik muka kembali. Tawa halus juga kedengaran.


”Abang, tadi tu Hanna bergurau jelah. Takkanlah Hanna sanggup nak tinggalkan abang. Abanglah cinta Hanna buat selamanya. Ni janji Hanna, abanglah satu-satunya cinta yang akan mekar di hati Hanna selagi Hanna belum tutup mata. Cumanya bang, abang tak boleh macam ni. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan nanti. Hanna takut tau tengok abang macam ni.. Hanna hargai cinta abang, sayang abang pada Hanna but please jangan terlalu sayangkan Hanna. Hanna manusia biasa bang, ada jangka hayatnya.. Tiba masanya kita semua akan pergi..”, lembut suara Ezani menuturkan kata-kata itu. Sungguh hatinya bimbang. Bagaimana keadaan Fakrul nanti andai suatu hari nanti sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya? Masa depan, siapa yang mampu menebaknya?


”Hanna.. Sayang, please... Hanna tau kan yang abang tak suka bila sayang cakap hal-hal macam ni..?!”, tegur Fakrul.


”Ye.. sayang tahu.. but Hanna risau tengok abang macam ni.. siapa tahu masa depan bang..”, jawab Ezani lagi.


”Abang kena ingat, kita sebagai manusia ini tertakluk di bawah kekuasaan Allah. Sekali Dia katakan ”kun fa ya kun”, maka jadilah perkara tu bang. Apa hak kita sebagai manusia untuk tidak mahu menerima segala takdir-Nya sedangkan kita Cuma hamba-Nya yang kerdil dan lemah? Abang.. Abang boleh sayang Hanna but please jangan bagi lebih dari rasa sayang abang kepada Dia yang satu dan juga diri abang.. Kalau betul abang sayangkan Hanna, Hanna nak abang sayangkan diri abang dulu. Jangan sakitkan diri abang macam selalu. Abang ugut Hanna dengan tak mahu makan. Semua tu bukan bukti abang sayangkan Hanna, tapi bukti yang abang tak sayangkan Hanna. Sebabnya, bila abang tak makan sebenarnya abang siksa diri Hanna, bukan abang..”, pinta Ezani panjang lebar. Dirinya berharap sangat agar Fakrul dapat menerimanya dengan sepenuh hati.


Fakrul hanya diam mendengar butir bicara Ezani itu. Terkesan jua sedikit sebanyak kata-kata itu dihatinya. Namun, untuk mengurangkan rasa sayang buat Ezani dari hatinya, itu semua suatu yang mustahil. Dia tidak akan mampu melakukannya.


”Abang jangan risau.. Hanna akan tetap cinta dan sayangkan abang sampai bila-bila. Abang sendiri pun pernah cakap dulu kan? Yang abang tahu, cinta dan kasih Ezani buat abang telah, sedang, masih dan akan terus kekal buat abang.. Sesungguhnya saya Ezani Hanna Mustaqim bersumpah untuk mencintai Fakrul Ezairy Aminuddin seumur hidupnya. Moga Hanna dapat membahagiakan abang selamanya..”, ujar Ezani tulus. Tangannya ditegakkan sebagai tanda dia bersumpah.


Fakrul meramas lembut tangan Ezani itu. Tidak perlu sumpah itu semua kerana hatinya sudah cukup bahagia dengan adanya Ezani disisinya. Cukuplah.. asalkan Ezani ada disisinya..


”Tak perlu sumpah ini semua, sayang. Kehadiran sayang adalah segalanya buat abang. Tentang kata-kata Hanna tadi, abang tak janji dapat mengurang kasih sayang abang buat Hanna. Kalau ya pun boleh, abang tak nak dan tak akan lakukannya. But, abang akan cuba lakukan sesuatu untuk tingkatkan rasa cinta abang pada Dia yang satu. Terima kasih Hanna sebab menyedarkan abang akan hakikat yang satu itu.. Abang sayangkan Hanna..”, ucap Fakrul sebelum dia meraih Ezani ke dalam pelukkannya. Apabila hatinya dan hati Ezani dekat bersatu, barulah rasa gundahnya surut perlahan-lahan. Ketenangan mula hadir di situ.


”Abang sayangkan Hanna..”, ucap Fakrul lagi.


”Hanna pun sayangkan abang. Hmm.. dah lah.. tak mau sedih-sedih lagi.. His.. tadi abang nangis kat perut Hanna, mesti baby dengar papa dia nangis.. Lepas tu mesti baby cakap.. huhu.. papa tak malu sebab nangis kat perut mama..”, Ezani cuba menceriakan suasana.


”Huh.. mama jahat..”, ucap Fakrul. Tapi suatu kuntuman senyum bahagia sudah mula tersiat dibibirnya. Tangannya pula pantas memicit hidung Ezani. Ezani menyeringai kesakitan.


”Aaauwww!! Sakit la bang”, kata Ezani sambil menarik muka.


”Padan muka. Siapa suruh cakap yang bukan-bukan..”, kata Fakrul sambil ketawa.


--------------------------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

Air Mata Hati Bab 13


”Abang, thanks for the lovely day. Thanks for being my lovely husband. Thanks sebab sudi terima sayang. Sayang akan ingat semua ini hingga ke akhir nafas sayang. Thanks, abang. Hanna sangat menghargainya”, ujar Ezani pada Fakrul yang sedang memeluknya dari belakang. Wajah Fakrul yang tersenyum, direnungnya melalui cermin meja solek dihadapannya.


Fakrul hanya tersenyum bahagia mendengarkan kata-kata bahagia yang dituturkan isterinya. Tiada lain yang dia pinta melainkan bahagia isterinya.


”Thanks juga pada sayang sebab jadi hadiah terindah dalam hidup abang. Siap bagi abang hadiah bonus lagi. Hehe.. baby kita yang bakal lahir tak lama lagi”, kata Fakrul sambil tertawa kecil. Leher dan bahu Ezani dikucupnya perlahan. Ezani hanya tersenyum sebelum membalas bicara suaminya.


”Siapa cakap tu hadiah bonus untuk abang? Tu kan janji yang abang mintak dari Hanna.. Abang dah lupa kata dua yang abang bagi pada Hanna dulu?”, tanya Ezani dengan wajah yang serius.


Tiba-tiba sahaja wajah Fakrul berubah pucat. Dadanya terasa seolah mahu meletup. Telinganya berdesing. Matanya terasa berpinar. Dirinya terasa seperti banduan yang bakal menjalani hukuman gantung. Tangannya yang melingkar dipinggan Ezani jatuh serta merta. Kemudian, Fakrul berdiri terkaku tanpa bicara.


Melihatkan Fakrul yang dia tanpa respon, Ezani berpaling untuk menghadap Fakrul. Kelihatan Fakrul bergerak menuju ke katil dan duduk dibirai katil sambil tertunduk. Lagaknya seperti orang yang putus asa.


”Hei.. napa abang diam je ni? Abang tak sihat ke?”, tanya Ezani lembut sambil meletakkan tangannya di dahi Fakrul. Biasa je. Takkan gastric kot. Risau pula melihat suaminya yang tiba-tiba berubah seperti tidak bermaya. Sedangkan tadi sungguh ceria wajahnya, walaupun penat melayani tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka tadi.


”Abang.. abang ok ke?”, tanya Ezani sambil menggoyangkan sedikit bahu suaminya. Seketika barulah Fakrul tersedar.


”Memang itu ke perancangan Hanna?”


”Hah?! Perancangan? Perancangan apa bang?”, dahi Ezani sedikit berkerut mendengarkan soalan yang tiba-tiba dari suaminya itu.


”So, sebab tu Hanna pragnent? Sebab janji abang dulu? Hanna memang tak sayangkan abang ke? Hanna nak tinggalkan abang ke? Apa selama ini kasih sayang yang abang berikan buat Hanna masih belum cukup ke? Kenapa sayang nak tinggalkan abang? Please sayang. Jangan tinggalkan abang... Abang tak tahu macam mana nak hidup kalau sayang tak ada dengan abang..”, bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Fakrul sambil diiringi oleh suatu tangisan. Pinggang Hana yang sedang berdiri disebelahnya dipeluk erat. Seolah tidak mahu Ezani pergi dari dirinya. Mukanya disembamkan ke perut Ezani yang masih leper itu. Masih belum menampakkan bentuknya.


”Ya Allah.. bila pula Hanna cakap Hanna nak tinggalkan abang ni?! Tadi tu Hanna gurau sajalah, bang..”, pujuk Ezani sambil mengusap kepala suaminya dengan penuh kasih sayang.


”Hanna, janganlah tinggalkan abang. Hati abang tak pernah ikhlas menuturkan kata dua untuk melepaskan sayang. Abang tak mahu. Abang tak sanggup. Sayang, percayalah abang... Abang tak nak baby sorang-sorang. Abang nak sayang dengan baby sama-sama dengan abang...”, ngongoi Fakrul lagi. Hatinya begitu takut mendengar kata-kata Ezani tadi. Ezani mengandung hanya kerana kata dua yang pernah diberikannya dulu. Oh..! Tuhan.. aku inginkan isteriku ini untuk terus bersamaku disini. Menemaniku hingga ke akhir hayat nanti. Janganlah Kau pisahkan kami..


”Shhh.. abang, dengar sini..”, kata Ezani sambil cuba untuk duduk disebelah Fakrul dibirai katil. Namun, pegangan Fakrul yang terlalu kejap dipinggangnya menyebabkan dia tidak boleh duduk.


”Abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dulu ya. But, abang kena bertenang dulu. Zani tak nak abang dengar apa yang Zani nak cakapkan ni dengan perasaan tak menentu. Selagi abang tak nak bertenang, Zani takkan cakap..”, pujuk Ezani seolah-olah Fakrul itu adalah anak-anaknya. Belaian dirambut Fakrul masih lagi diteruskan kerana Ezani tahu Fakrul gemar dibelai begitu.


Mendengarkan kata-kata Ezani itu, Fakrul akhirnya cuba bertenang. Dirinya cuba memberikan fokus pada apa yang bakal Ezani perkatakan. Kepalanya didongakkan supaya matanya boleh melihat terus ke dalam anak mata Ezani. Mencari kepastian dan ketulusan hati Ezani.


”Abang bagi Zani duduk dulu ye.. Zani penatlah.. Zani janji Zani tak pergi jauh dari abang..”, kata Ezani lagi. Sungguh, kakinya terasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Ditambah pula dengan Fakrul yang sedang erat memeluk pinggangnya, membuatkan kakinya seperti tidak mampu berdiri lagi.


Perlahan-lahan Fakrul melepaskan pelukkan dipinggang Ezani. Namun, sepantas kilat tangannya pula menyambar pergelangan tangan Ezani dan menariknya duduk rapat disebelahnya, dibirai katil. Bimbang sungguh andai Ezani akan pergi melarikan diri.


Ezani tersenyum melihat perlakuan yang dilakukan oleh suaminya itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

Ahad, November 9

Cerpen: Suite 6019


Hakim tiba di The Putri Pacific, Johor Bahru tepat jam satu setengah pagi. Memandu sendiri dari Penang ke Johor menyebabkan badannya terasa sangat penat sekali. Pada mulanya, Hakim bercadang untuk menaiki kapal terbang seperti selalu. Tambahan pula arahan mengejut ayahnya itu sampai ke pengetahuannya sudah agak lewat. Namun, entah mengapa cadangannya itu ditegah kuat oleh ayahnya. Maka terpaksalah dirinya memandu seorang diri juga.


Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu utama, Hakim terus memberhentikan keretanya lalu menyerahkan kunci kereta kepada jookey yang bertugas. Dengan langkah yang longlai Hakim menuju ke meja pendaftaran bagi mengambil kunci bilik. Mujur sahaja segala urusan pendaftaran bilik telah dilakukan oleh ayahnya. Entah apa agenda ayahnya sehingga beriya-iya menyuruhnya datang ke Johor Bharu hari ini. Secara mengejut pula tu. Katanya lagi semuanya sudah sedia. Dirinya hanya perlu mengikuti jadual yang telah disusun untuknya. Ada individu yang telah ditugaskan untuk menguruskan jadualnya di sana. Untuk melihat projek tapak masjid katanya. Pelik juga rasa hatinya. Sejak bila Rahaman Logistic and Transportation Holdings terlibat dengan projek pembinaan? Masjid pula tu?


Setelah menyebut namanya, akhirnya kunci bilik bertukar tangan. Hakim melihat nombor yang terdapat pada kad yang berada ditangannya. Suite 6019. Sebaik sahaja tiba di dalam lif, tangannya pantas menekan butang bernombor enam. Keluar sahaja daripada lif, langkah kakinya laju sahaja menuju ke bilik yang tertulis ‘Suite 6019’ pada pintunya. Pintu bilik dibuka. Tanpa membuka sebarang lampu, dengan hanya bertemankan cahaya samar biasan dari celahan pintu bilik air, Hakim membuka baju dan tinggal hanya berseluar pendek. Lalu dia terus hilang disebalik gebar yang tebal.


Dendangan lagu nasyid yang semakin kuat telah mengganggu lenanya.


“Argghh!! Mana pula datangnya lagu nasyid pagi-pagi buta ni..!!”’ marah Hakim kerana lena nyenyaknya terganggu. Tangannya yang enak memeluk sesuatu dikalihkan. Lingkaran tangan di pinggangnya juga dilepaskan. Tiba-tiba Hakim terfikir sesuatu. Eh, aku peluk apa tu, dan siapa pula peluk aku? Bantal ke? Kenapa rasa macam orang je, tak pun, hantu.. kalau tidak takkan dia boleh peluk aku.., Hakim berkira-kira sendiri. Ish.. seram pula rasa. Dengan perlahan-lahan kelopak matanya dibuka. Sedikit demi sedikit. Sebaik sahaja Hakim membuka mata, dia dapat melihat wajah seorang wanita yang tidak sampai sejengkal jarak wajah mereka.


Dalam masa yang sama, tanpa diduga, wanita tersebut juga membuka matanya. Buntang mata keduanya melihat satu sama lain. Mereka sama-sama terjerit seraya bingkas mereka duduk. Kedua-duanya pantas menarik selimut. Hakim dapat melihat wanita tersebut cuba menutupi lurah di dadanya yang mengkal akibat leher baju berbentuk-v yang agak besar. Hakim sendiri pula ingin menutup dadanya yang terdedah. Mereka terlalu taksub menarik selimut hingga ke dada tanpa menyedari selimut di bahagian kaki semakin tiada.


“Aaaah!!”, jerit wanita itu lagi apabila melihat bulu-bulu di kaki Hakim. Wa.. Aku pakai seluar pendek je semalam. Lupa. Suara jeritan wanita itu terasa membingit ditelinganya. Pantas mulut wanita itu ditekup.


“Shh..!! Bisinglah..”, marah Hakim.


“Apa kau buat kat sini?”, tanya perempuan itu sebaik sahaja Hakim melepaskan mulutnya. Wajah wanita itu kelihatan bingung.


“Aku yang patut tanya kau, apa yang kau buat kat dalam bilik aku ni? Macam mana kau boleh masuk?”, soalan wanita itu dibalas dengan soalan juga oleh Hakim.


“Eh, apa pula bilik kau. Ini bilik aku lah..!!”, jawab wanita itu tegas.


“Bilik aku..”, kata Hakim pula. Pantas tangannya mengambil kad yang diberikan oleh pekerja hotel kepadanya awal pagi tadi. Wanita itu menelek sebentar kad yang berada di tangan hakim. Suite 6019’. Wanita itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.


Eh, betullah ni bilik Suite 6019. Tapi macam mana pula boleh sama dengan nombor bilik aku. Takkanlah..? Secara tiba-tiba Fazureen bingkas seraya pergi ke meja solek untuk mengambil kunci biliknya pula. Ingin melihat, siapa yang salah sebenarnya. Fazureen bangun sambil menarik selimutnya bersama. Bimbang lelaki yang tidak dikenali dihadapannya ini melihatnya dalam gaun tidur yang sangat jarang itu. Hiss..!! Seksi..


Setelah kunci biliknya dicapai, Fazureen melangkah kembali ke arah lelaki itu. Sekali lagi Fazureen terjerit apabila melihat lelaki itu yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu. Wanita tersebut terus berselubung dalam selimut. Menutupi seratus peratus tubuhnya. Dah macam kura-kura, rupanya..


Hakim yang terkejut dengan jeritan wanita itu buat sekian kalinya, baru tersedar akan keadaan dirinya.Pantas dia terjun ke atas lantai sambil merangkak ke bahagian penyidai untuk mencapai tuala yang tersidai. Selepas mengikat tuala tersebut dengan kemas dipinggangnya, barulah Hakim mendekati wanita tersebut.


“Dah ke..?”, tanya wanita itu perlahan.


“Dah..”


“Eh, tu tuala aku lah..!”, tegur wanita itu sebaik sahaja mengalihkan selimut dimukanya.


“Habis.. kau nak aku londeh kat sini ke?”, tanya Hakim sinis. Hal tuala pun sibuk nak berkira, getus hati Hakim. Eh, aku pun ada tuala la..!


“Err.. tak pe.. tak pe.. kau pakai je..”, gelabah Fazureen mendengarkan kata-kata lelaki tersebut.


“Hah.. mana kunci engkau..?”, tanya Hakim untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa banyak soal, wanita tersebut menyerahkan kunci padanya. Hah? ‘Suite 6019’ juga??!


Ketukan dipintu yang bertalu-talu telah menggandakan rasa terkejut di dada Hakim. Namun, rasa terkejut itu ibarat telah dikuasatigakan apabila insan-insan yang berada di hadapan pintu itu mendakwa mereka daripada Pejabat Agama, Johor Bahru.


“Ah.. sudah..”, kata hati Hakim.


* * *


“Apa yang kau dah buat ni, Hakim?”, tanya Encik Rahaman, papa kepada Hakim. Buntang mata Hakim tatkala dia disergah begitu sebaik sahaja dia tiba di suatu bilik yang terdapat di Pejabat Agama tersebut.


“Cepatnya papa sampai ke sini, naik private jet ke?”, sempat lagi Hakim hendak berculacon. Sengihan kelat pula sengaja ditayangkan buat ayahnya. Jegilan mata papanya cuba tidak diendahkannya. Tidak mahu suasana disitu makin tegang. Mata Hakim sempat mengerling pada seorang lagi lelaki yang seusia ayahnya yang turut berada disitu. Ayah wanita ini barangkali, telahnya.


“So, macam mana ni Bang Aji”, tanya lelaki yang tidak dikenalinya itu kepada pegawai yang ‘mencekup’ mereka tadi.


“Melihatkan kepada keadaan mereka berdua ni semasa diserbu, rasanya lebih baik mereka ini dinikahkan”


“Apa nikah?!!”, jerit wanita itu. Terkejut Hakim dibuatnya. Kuat menjerit betullah dia ni, kutuk Hakim di dalam hati.


“Reen.. kamu diam..!!”, marah lelaki itu lagi.


“Tak naklah papa.. Reen tak salah. Pihak hotel yang salah. Diorang kasi kunci bilik yang sama kat kita orang. Lepas tu kita orang pulak tak perasan. Semuanya ni salah faham je, papa, pak cik.. tok aji lebai..”, bangkang wanita itu selamba sambil tangannya membetul-betulkan rambutnya yang serabai. Isk.. rimas aku..


“Hah.. kamu Hakim, tak mahu cakap apa-apa?!”, tanya papa sinis.


“Nak cakap apa? Betullah apa yang perempuan ni cakap..”, jawab Hakim acuh tak acuh. Wah!! Memang selamba habis mereka berdua nih..


“Hmm.. kalau macam tu kita nikahkan sajalah budak berdua nih!! Konon-kononnya tak kenal.. Pihak hotel salah bagi kunci bilik… Tapi belum apa-apa jawapannya sudah sepakat. Kalau macam tu kita berbesan ajelah, Encik Fauzi..”, terbeliak mata dan terlopong mulut Hakim dan Fazureen mendengarkan usul Encik Rahaman itu. Biar betul? Ingat berjaya bela diri tadi.. Rupa-rupanya kantoi juga. Isk..


“Yelah. Nampak gayanya itulah yang terbaik buat masa sekarang nih. Kalau macam tu, saya minta pernikahannya dibuat dua hari dari sekarang boleh, Pak Aji? Sebab saya ingat nak suruh budak berdua ni ambil kursus kahwin dulu hari ni. Esok pula, kita buat persediaan apa yang patut. Walaupun, perkahwinan ini sebab tangkap basah. Tapi saya nak juga meraikannya. Almaklumlah, Reen ni anak tunggal saya…”, balas Encik Fauzi panjang lebar. Pegawai yang digelar Pak Aji itu pula hanya mengangguk kepala tanda bersetuju dengan usul yang diberikan oleh papa Fazureen tadi.


“Yelah..”, kata Encik Rahaman tanda memberikan persetujuan sambil menepuk bahu Encik Fauzi. Mereka ketawa dan terus berlalu meninggalkan Fazureen dan Hakim yang terpinga-pinga. Wah!! Gembiranya mereka nak dapat menantu..


* * *



“Woi.. kau tak bosan ke?”, tanya Hakim. Sudah lebih enam jam mereka dikurung bersama di dalam bilik itu bagi menghadiri kursus perkhawinan. Awal pagi tadi, setelah bapa masing-masing telah mengambil kata sepakat untuk menikahkan mereka, mereka hanya diberikan satu jam untuk membersihkan diri, bersiap dan bersolat. Setelah itu mereka terus kembali dikurung di dalam bilik ini. Sekarang mereka sedang menantikan juadah makanan tengah hari mereka tiba.


“Bosanlah.. tak fasal-fasal hari ni satu hari kena dengar ceramah..”, rungut Fazureen pula. Adeh.. lusa dah nak kena kawin dengan mamat ni..


“Weh.. kau kerja apa? Kau ada planning ke nak buat apa lepas ni?”, tanya Fazureen pula.


“Perlu ke kau tau aku kerja apa? Kenapa kau nak tau apa planning aku, kau nak ajak aku pergi dating ke?”, tanya Hakim dengan wajah yang sangat kerek. Nyampah pula Fazureen melihatnya. Satu cebikkan diberikan kepada Hakim.


“Hek eleh.. Perasan la kau ni. Mesti la aku kena tau kau kerja apa. Naya la aku kalau kahwin dengan perompak ke ape..?”, balas Fazureen selamba.


“Hoi..! Aku sikit punya hensem cenggini ko cakap aku ni penyamun… Kureng asam boi betullah kau nih..!! Hmm.. fasal apa kita nak buat lepas ni malam nanti aku fikirkan. Malam nikah kita aku bagi tau kau..”, kata Hakim pula. Fazureen pula hanya mengangguk kepala. Malas untuk memanjangkan bicara.


* * *



“Aku terima nikahnya Fazureen binti Fauzi dengan mas kahwinnya sebanyak seratus dua puluh ringgit, tunai..”, dengan sekali lafaz sahaja Hakim dan Fazureen kini sudah bergelar suami-isteri. Fuhh!! Hakim menarik nafas lega. Selesai juga semuanya akhirnya. Mujur juga nama si Fazureen itu pendek saja. Kalau tidak mahu terbelit lidahnya.

* * *


“So, apa perancangan kau?”, tanya Fazureen sebaik sahaja Hakim melangkah masuk ke dalam bilik mereka setelah penat melayan tetamu-tetamu yang hadir pada kenduri pernikahan mereka. Kenduri pada malam ini hanyalah kenduri kecil-kecilan sahaja. Majlis resepsinya hanya akan diadakan dua bulan dari sekarang. Kata mama, bagi peluang untuk mereka berdua saling bermesraan dahulu. Huh!! Bermesraan..


“Sabarlah, bagi la aku duduk dulu. Kau ni gelojoh betullah..”, balas Hakim pula seraya melabuhkan punggungnya di atas katil yang berhias indah. Isk.. perempuan nih.. tak menyempat-nyempat.


“Kau nak bilik asing ke?”, Hakim memulakan bicara.


“Kalau kau tak kisah..”, jawab Fazureen ringkas. Hmm.. best jugak kalau boleh dapat bilik asing. Selamat sikit aku, kata hati Fazureen sambil ketawa kecil.


“Hm.. aku ok je. Tapi kita tetap akan tunaikan tanggung jawab kita sebagai suami isteri. Ni kiranya sebagai syarat ajelah. Syarat bagi lepas tanggung jawab kau dengan aku. Ok?”, Hakim menyambung bicara.


“Maksud kau?”


“Macam ni.. Dalam kursus semalam ada cakapkan, tanggungjawab suami adalah untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri. So, kita buat apa yang wajib je sebagai syarat tak senget bahu aku kat akhirat nanti”, terang Hakim panjang lebar.

“Maksudnya, kau nak suruh aku tidur dengan kau ke?”, tanya Fazureen pula. Cuba mendapat kepastian tentang maksud ayat Hakim tadi.


“A’ah, tapi sebagai cukup syarat je..”


“Aku tak faham.. Macam mana pula tu?”, tanya Fazureen sambil menggaru lehernya yang tiba-tiba terasa gatal.


“Macam ni.. hmm.. hari ni hari ape..?”, isk.. ada kaitan ke dengan hari rancangan dia ni, rungut Fazureen dalam hati.


“Rabu..”, jawab Fazureen ringkas. Hari pun tak tahu.


“Ok.. Gini.. Setiap hari rabu kau akan tidur dengan aku sebagai syarat untuk melepaskan tanggungjawab aku pada kau. Zahir dan batin. Duit sara hidup aku bagi kau dua ribu sebulan. Kira tu untuk tanggungan perbelanjaan rumahlah. Hari-hari lain kita boleh buat aktiviti sendiri.. “, terang Hakim pada Fazureen akan rancangannya.


Fazureen pula kelihatan seperti terkulat-kulat cuba untuk mencerna apa yang telah diterangkannya tadi. Logik ke?


“Hah.. ada lagi.. Dalam sebulan kau kena tidur dengan aku sekurang-kurangnya empat kali..”, tambah Hakim lagi.


“Eh.. mana boleh macam tu. Dalam sebulan paling tidak aku seminggu datang bulan. Mana boleh tidur dengan kau waktu tu..”, sanggah Fazureen pula. Boleh ke kita orang buat macam ni..


“So, aku akan bagi nafkah untuk ko bagi minggu yang ko uzur tu secara in-advace lah. Harinya biar aku saja yang pilih. Kalau aku suruh kau takut kau segan pulak nanti. Hmm.. sama gak kalau ada minggu yang aku kena pergi outstation. Semuanya akan kita selesaikan secara in-advance. Tapi kalau tak dapat jugak kira aku berhutang la dengan kau. Hmm.. macam mana.. setuju?”, tanya Hakim lagi bagi mendapatkan persetujuan daripada Fazureen.


“Perlu ke kita buat macam tu? Kalau kita buat bodoh je and hidup sendiri-sendiri tak boleh ke?”


“Masalahnya tanggungjawab tu wajib. Kau nak ke tanggung dosa free macam tu? Tak nak aku.. Dah la aku cakap kat papa yang aku dah bertaubat. Sekali kau pulak nak ajak aku buat dosa. Kau nak tanggung dosa tu kat akhirat nanti?”, tanya Hakim lagi. Fazureen hanya menggeleng.


“Hah..!! Dah tu tunggu apa lagi. Jomlah..”


“Sekarang ke?”


“Yelah.. hari ni kan hari Rabu”, kata Hakim sambil meraih tangan Fazureen sebelum lampu bilik mereka dipadamkan.


* * *

Sebulan telah berlalu…


“Weh.. minggu depan aku outstation seminggu. So, malam ni ‘hari rabu’. Ko jangan balik lambat pulak..”, pesan Hakim ringkas sebelum meletakkan telefon.


Fazureen menepuk dahinya tatkala mendengarkan pesanan dari Hakimi melalui peti simpanan suara telefon bimbitnya. Adeh!! Malam ni ‘hari rabu ‘ la pulak.. Aku baru planning nak pergi enjoy dengan Sarah. Pantas diari dihadapannya dibuka dan ditandanya pangkah pada tarikh hari ini. Entah mengapa Fazureen akan menanda pada diarinya setiap kali ‘hari rabu’ menjelma.

Tiga bulan kemudian…


“Reen, hari ni kita duduk kat rumah sajalah ye. ‘Hari rabu’ in-advance. Esok aku ada kerja nak buat..”, Fazureen menggaru kepalanya. Pelik. Rasa seperti ada yang tidak kena. Serasa seperti kerap benar ‘hari rabu’ menjelma. Pantas diarinya dibuka. Silang pangkah yang berada di dalam bahagian planner di dalam diari tersebut dikiranya. Dua puluh lima silang pangkah. Eh.. Jap.. Macam mana boleh sampai dua puluh lima kali silang pangkah ni? Dalam empat bulan bukan ke hanya ada lebih kurang enam belas kali hari Rabu? Masakan pula ‘hari rabu’ mereka mencecah dua puluh lima kali??

* * *



“Weh.. Aku nak tanya sikit..”, kata Fazureen pada suatu malam ketika dia berada di bilik Hakim.


“Hmm.. apa?”, Hakim menoleh sambil melihat wajah Fazureen. Cuba untuk memberikan perhatian kepada apa yang bakal Fazureen tanyakan. Renungan lembut dari matanya menyapa wajah bersih dihadapannya.


Fazureen mengambil diari yang berada di atas meja solek, lalu diunjukkan kepada Hakim.


“Kau buka dan kiralah..”, kata Fazureen pula. Hakim membuka diari tersebut lalu diselaknya helaian muka surat yang berada di dalam diari itu. Setelah menyelak beberapa muka surat, Hakim memandang wajah Fazureen sambil mengangkat kening. Sebagai maksud – Nak suruh kira apa?.


“Kiralah silang pangkah yang ada dalam tu..”, jawab Fazureen seakan dapat memahami pertanyaan bisu Hakim tadi.


“Berapa?”, tanya Fazureen setelah beberapa ketika Hakim mendiamkan diri.


“Dua puluh lima..”, jawab Hakim acuh tak acuh. Keningnya dikerutkan. Tidak faham apa maksud tanda silang pangkah itu.


“Silang pangkah ni untuk apa?”, terpacul jua soalan yang berlegar dibenaknya.


“Hari rabu”, jawab Fazureen ringkas.


“Adeh.. kantoi.. Maksudnya kau memang tanda setiap kali ‘hari rabu’ kita?”, tanya Hakim sambil menepuk dahinya. Sengihan kerang busuk pula terselit dibibirnya. Fazureen tidak faham maksud kantoi Hakim itu, tetapi kepalanya mengiyakan pertanyaan Hakim.


“Jadi kau dah sedarlah ya..”, tanya Hakim lagi.


“Apa maksud kau?”, tanya Fazureen sambil mengerutkan dahi.


“Bilangan ‘hari rabu’ kita.. lebih daripada sepatutnya..”


“Macam mana boleh jadi macam tu?”, sungguh Fazureen tidak faham.


“Reen.. aku sayang kau lah ngok..!! Sebab tu aku saja cakap ada kerja la itu ini.. Kau tak perasan ke, sejak kita kahwin mana pernah aku pergi outstation lagi…?”, tanya Hakim sambil tersengih. Lega hatinya kerana dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya sejak selepas dua minggu pernikahan mereka. Entah mengapa hatinya terpaut pada Fazureen, isterinya.


“Ya Allah.. terkena aku..”, kata Fazureen sambil menggosok kepalanya tanda tidak percaya. Dia tertipu selama ini. Isk.. aku ni..


“Sebenarnya aku plan nak bagi tau perkara ni bila kau pragnent nanti. Sebab tu banyak sangat ‘hari rabu’ kita. Hehe.. Aku risau kalau aku bagi tau awal-awal kau nak lari pulak dari aku. Atleast kalau dah ada baby kau memang confirm tak boleh lari..”, wah..!! licik betul perancangan si Hakim ni. Macam tak percaya Fazureen mendengarnya.


“Sejak bila kau mula suka aku?”


“Entah.. Dua minggu lepas kita nikah kot..”, jawab Hakim sambil angkat bahu.


“Kalau macam tu aku pun ada benda nak bagi tahu ni..”, Hakim mengangkat keningnya sambil tersenyum.


“Aku pragnent..”


“Hah.. Yuhuuuuuuuuuuu!!”, kata Hakim sambil terloncat gembira. Jadi juga planning aku akhirnya.. Yaaaahooooooo….!!! Fazureen pula hanya tersenyum melihat telatah suaminya…


* * *



“Papa.. mama.. kita orang ada news nak bagi tahu..”, kata Hakim kepada ibu bapa dan mertuanya. Sengaja dia mengajak mereka semua makan malam di restoran pada malam itu. Jari jemari Fazureen digenggamnya erat dibawah meja.


“Papa.. mama semua bakal dapat cucu..”, kata Hakim lagi. Fazureen pula tertunduk malu.


“Yes..!! Menjadi juga planning kita..”, kata Encik Rahaman kepada Encik Fauzi sambil membuat high-five.


“Hah..!! Planning..”, bulat mata Hakim dan Fazureen. Rupanya kejadian tangkap basah itu semua adalah rancangan ayah mereka bersama.


“Cis..!! Terkena lagi aku..”, kata Fazureen tiba-tiba.


Pecah tawa mereka semua yang berada di meja itu. Suara yang paling kuat sudah semestinyalah Hakim sendiri. Faham akan maksud Fazureen itu. Merintik merah muka Fazureen ketawakan oleh ibu bapa dan mertuanya.


“Reen..”, Fazureen menoleh pada Hakim.


“I love you so much. Thank you..”, ucap Hakim dalam nada yang cukup romantis. Mata mereka juga turut beradu. Dan hati mereka juga turut menyanyikan lagu yang sama – Aku cinta padamu.

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino