Hari ini cuti hujung tahun telah bermula, tahun depan sepatutnya Elyeen akan masuk tahun empat. Teringat pula Elyeen kepada pertanyaan papa dan mama pada malam tadi.
“Elyeen, sekarang ini Elyeen mempunyai dua pilihan. Pilihan yang pertama iaitu Elyeen belajar mengikut sukatan pembelajaran yang biasa. Ini bermakna Elyeen akan memasuki tahun empat manakala pilihan kedua Elyeen ialah mengikuti sukatan pelajaran khas, ini bermakna Elyeen akan terus meneruskan pembelajaran Elyeen ke tahun lima tanpa memasuki tahun empat”.
Elyeen sebenarnya sudah mempunyai pilihan sendiri sejak dia menerima berita ini tadi tapi baginya lebih baik jika dia mendapatkan pandangan daripada papa dan mama.
“Mama, pada pendapat mama pilihan yang manakah satu yang lebih baik?”
“Elyeen, dalam hal ini lebih baik kalau Elyeen yang memutuskan keputusannya. Bukannya mama dan papa tak mahu membantu Elyeen membuat keputusan tapi mama tak mahu Elyeen menyesal di kemudian hari kerana mengikut cadangan papa dan mama.”
“Sebenarnya mama, Elyeen sudah pun membuat keputusan tetapi Elyeen cuma inginkan kepastian”
“Boleh papa tahu apakah pilihan Elyeen dan kenapa?”. Memang sudah menjadi tabiat papa jika sesuatu keputusan itu dibuat pasti papa akan bertanya mengapa? Mungkin papa terbawa-bawa tabiat tersebut daripada pejabat. Maklumlah papa seorang peguam pasti ada soal jawabnya.
“Papa, Elyeen telah memilih untuk terus meneruskan pembelajaran Elyeen ke tahun lima kerana pada pendapat Elyeen, Elyeen bukan sahaja telah mendapat peluang ini tetapi ianya juga akan mengurangkan tempoh pembelajaran Elyeen. Rasanya Elyeen mampu untuk melakukannya, jika tidak masakan Elyeen telah diberikan peluang”
Mendengar penjelasanku mama seolah-olah ingin bertanyakan sesuatu tetapi dihalang oleh papa. Elyeen tahu papa berbuat begitu kerana takut Elyeen menjadi serba salah dan akan mengubah keputusan. Cuma satu sahaja pesanan papa, keputusan ini adalah tanggung jawab Elyeen kerana ini adalah pilihan Elyeen.
Ketukan di pintu menyedarkannya daripada lamunan dan lamunannya tadi dibiarkan tergantung tanpa tali..
“Elyeen, lekas bangun!”
“Mama, Elyeen dah bangun cuma nak mandi sahaja”
“Kalau begitu baguslah, cepat mandi!”
Belum sempat Elyeen hendak membuka baju tidurnya, kedengaran sekali lagi ketukan di pintu. Siapa pulak yang ketuk ni, Elyeen baru nak buka baju. Tanpa bercakap banyak Elyeen terus membuka pintu bilik. Kelihatan Kak Tini, pembantu rumah berada di depan pintu bilik sambil memegang sepasang baju kurung.
“Oh, ada apa Kak Tini”
“Enggak ada apa-apa, cuma Kak Tini mahu kasi baju ini. Mama Elyeen mahu Elyeen pakai baju ini sebelum turun. Cepat sikit ya..” Elyeen berasa hairan. Eh, kenapa dengan mama ni, tiba-tiba sahaja suruh Elyeen pakai baju kurung. Baju kurung baru pulak tu… Hmm.. baik Elyeen ikut aje, nanti banyak pula soalnya.
Setelah selesai bersiap, Elyeen pun turun. Tiba-tiba Elyeen menjadi tergamam melihat keadaan rumah yang dipenuhi dengan tetamu.
“Oh, anak mama dah turun”
Elyeen tidak faham apa yang sedang berlaku dan mama seolah-olah faham apa yang bermain di benaknya.
“Elyeeen, hari ini mama buat majlis kesyukuran sempena kejayaan Elyeen, mama sengaja nak buatnya tanpa pengetahuan Elyeen, barulah surprise”, kata mama sambil tersenyum. Oh, patutlah malam tadi mama beriya-iya sangat suruh Elyeen tidur awal.
Dari jauh kelihatan Fendi datang menghampiri Elyeen sambil membawa satu bungkusan. Penglihatannya terpaku sebentar. Wah, cantiknya..
“Tahniah Elyeen. Amboi berita baik ini langsung Elyeen tak khabarkan kepada Fendi ya..”, kata Fendi sambil menghulurkan bungkusan itu kepada Elyeen. Elyeen menyambutnya dengan tangan terbuka.
“Maafkan Elyeen, Fendi. Elyeen bukannya tak nak khabarkan kepada Fendi cuma terlalu banyak kejutan buat masa ini, Elyeen jadi tak tentu arah”. Fendi bukan sahaja rakan sepermainan Elyeen sejak kecil malah merupakan sahabat yang paling Elyeen sayangi walaupun dua tahun lebih tua daripadaku.
“Wah, cantik sungguh Elyeen hari ini macam bidadari baru turun dari langit”, kata Fendi yang memang benar-benar terpegun melihat Elyeen dalam persalinan baju kurung yang dibelinya itu. Dengan senang hati Elyeen menggayakan bajunya itu depan Fendi. Sekejap dilenggok ke kanan, sekejap dilenggok ke kiri, ke depan dan ke belakang. Lagaknya bagai seorang model. Ish ! Terpikat aku.
“Tentulah, kalau mama yang belikan tentulah cantik.. Mama punya taste memang ada class”, kata Elyeen sambil berbangga. Tidak pula dia tahu yang sebenarnya baju itu bukan pemberian mamanya tapi pemberian Fendi. Fendi berasa bangga dan hatinya berbunga-bunga. Terpalit senyuman dibibir Fendi.
“Eh, Elyeen marilah ke sini, semua orang nak jumpa dengan Elyeen”, panggil mama.
“Maafkan Elyeen, Fendi. Elyeen perlu pergi dulu, lepas ini kita borak lagi ya..”
Setibanya Elyeen di tempat mama, Elyeen dihujani ribuan ucapan tahniah dan hadiah. Ada yang besar, ada yang kecil. Tak menang tangan Elyeen dibuatnya.
Hari ini Elyeen boleh tersenyum puas, bangga akan kejayaan yang telah Elyeen peroleh.Dalam kesibukan membuat persediaan untuk hari konvokesyen esokElyeen masih lagi sempat mengelamun, terkenangkan bagaimana Elyeen memulakan langkah untuk mendaki tangga yang pertama untuk kejayaannya hari ini.
“Tahniah Elyeen, awak telah lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu!”
Terlopong mulut Elyeen mendengarkan kata-kata Cikgu Bani tadi. Eh, biar betul Elyeen dah berjaya dalam peperiksaan tu.. Elyeen tersenyum puas seorang diri.Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memanggil-manggil namanya.
“Elyeen, Cikgu Azman nak berjumpa awak di pejabatnya”
“Nak jumpa saya , kenapa?”
“Eh, manalah saya tahu awak pergilah tanya sendiri”, kata Mimi dengan gopoh sebelum berlari meninggalkan Elyeen menuju ke kumpulannya yang berada di bawah pokok di depan sekolah.
Tanpa banyak soal, Elyeen pun berjalan menuju ke bilik Cikgu Azman dengan hati yang berdebar-debar. Pelbagai soalan yang menjengah ke benaknya.
Elyeen ada berbuat salahkah ? Setahu Elyeen tidak pula, apa-apa pun baik Elyeen tunggu dan lihat sahaja.Setelah tiba di hadapan pintu bilik Cikgu AzmanElyeen pun terus mengetuk pintu tersebut.
“Masuk”, kedengaran Cikgu Azman memberi kebenaran.“Oh, kamukah Elyeen.Silakan duduk”
Tanpa sepatah kata Elyeen hanya menurut. Keadaan bilik tersebut sepi buat seketika.Elyeen, rasanya line clear kau tak buat apa-apa kesalahan sebab tengok mood Cikgu Azman pun ok saja..
“Elyeen, bolehkah awak hubungi ayah atau ibu awak dan menyuruhnya datang ke mari ?”, Cikgu Azman memecahkan sepi suasana.Hatinya yang tadinya telah tenang sebentar kini telah berdebar-debar semula.Elyeen mengangguk perlahan.Gagang telefon di hujung meja Cikgu Azman diangkat.Perlahan Elyeen menekan punat-punat di muka telefon, mendail nombor telefon pejabat ayahnya.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Datuk Azmin Hj. Datuk Yahya”
“Hello, Datuk Azmin here”
“Papa, Elyeen di sini. Boleh tak kalau papa datang ke sekolah Elyeen sekarang cikgu Elyeen nak jumpa dengan papa”
“Baiklah”
Tidak lama selepas itu Datuk Azmin pun tiba dengan perasaan yang tertanya-tanya. Kenapa pulak tiba-tiba aku disuruh datang ke mari? Elyeen ada berbuat salahkah? Seriuskah? Atau Elyeen ditimpa kemalangan di sekolah? Pelbagai bayangan buruk menerjah masuk ke benaknya.Tanpa disedari dia telah sampai di hadapan bilik Cikgu Azman lantas dia mengetuk pintu untuk memohon masuk.
“Oh, Datuk Azmin! Silakan duduk”, jemput Cikgu Azman. Belum sempat Cikgu Azman hendak menerangkan tujuannya menjemput papa datang ke mari, papa terlebih dahulu membuka mulut untuk bertanyakan tujuan Cikgu Azman menjemputnya ke mari.
“Tahniah, anak Datuk Azmin telah berjaya lulus dalam peperiksaan Penilaian Tahap Satu dan berpeluang untuk melangkau kelas”
“Apa?? Betulkah Cikgu Azman?”
“Ya dan Elyeen juga menjadi pelajar tunggal dan yang pertama berjaya lulus peperiksaan ini di sekolah ini.”Papa tersenyum bangga..
***
Setibanya di rumah, Elyeen berasa sungguh ganjil sekali. Eh, kenapa dengan papa ni tadi waktu di pejabat Cikgu Azman punyalah senyum tapi bila sampai di rumah berubah pulak muka dia?Mana mama?Kenapa hari ini mama tidak menyambutku seperti selalu? Papa terus melangkah tanpa sepatah kata.
“Mama, oh mama, Elyeen pulang ni! Elyeen ada berita baik buat mama…”, Elyeen tidak sabar lagi untuk memberitahu berita baiknya kepada mama.
“Elyeen, tak nampakkah ada tetamu ni”,tegur mama.
“Oh, maafkan Elyeen mama, Elyeen tak perasan tadi..”, niatnya untuk memberitahu mama berita baiknya tadi telah terbantut.Tanpa disuruh Elyeen pergi ke ruang tamu untuk bersalaman dengan tetamu. Memang itulah ajaran daripada papa dan mama sejak Elyeen kecil lagi.
“Nenek..”, jerit Elyeen apabila terpandang akan neneknya yang berada di ruang tamu.Rupa-rupanya tamu yang mama maksudkan tadi ialah nenek, pak su dan mak su.Tanpa membuang masa, Elyeen terus menyampaikan berita baiknya itu kepada nenek, pak su dan mak su.
“Nenek, Elyeen …”, belum sempat Elyeen menghabiskan ayatnya, nenek memotong percakapannya.
“Elyeen menjadi pelajar tunggal yang pertama yang lulus peperiksaan Ujian Penilaian Tahap Satu bukan?”, nenek tersenyum bangga.
“Eh, nenek dah tahu? Mama juga dah tahu?”, Elyeen seolah-olah kehairanan.Selepas mendengar penjelasan daripada mama yang panjang lebar, barulah Elyeen faham.Rupa-rupanya sebelum mereka pulang lagi, papa telah menelefon mama dan memberitahu akan berita baik itu.
Nenek telah menghadiahkan satu ciuman kepada cucu kesayangannya ini.Pak su dan Mak su pula menghadiahkannya sebuah jam tangan tetapi tiada pula hadiah daripada papa dan mama.Sebenarnya Elyeen bukannya tamakkan hadiah, tetapi apabila mengenangkan ‘orang luar’ yang asyik memberi hadiah, tertunggu-tunggu pula hadiah daripada papa dan mama. Tetapi apabila ditanya kepada papa, perkataan yang terkeluar daripada mulut papa hanyalah tunggu dan lihat.Apabila ditanya pula kepada mama, tiada sebarang kata yang terucap. Elyeen binggung.
Arrgghh!! Fakrul merengus marah. Rasa tak keruan semakin mencengkam dalam jiwanya. Hatinya berperang sesama sendiri. Antara mempertahankan kesetiaannya pada Ezani atau kesejahteraannya. Namun, Fakrul pasti, kedua-duanya juga bakal memudaratkan Ezani. Seandainya dirinya menurut segala keinginan penyangak-penyagak tadi yang memaksa dia supaya menikahi Nina, kemungkinan dia untuk kembali bersama Ezani adalah tinggi tetapi kesetiaannya terhadap Ezani seolah-olah tergadai. Kata-kata serta janji Ezani sewaktu mereka berbulan madu di Jepun sedikit masa lalu masih lagi terpahat kukuh di mindanya. Bagaimana nanti andai berita pernikahannya dengan Nina itu sampai ke telinga Ezani? Mampukah Ezani menerimanya atau Ezani akan beranggapan bahawa kasihnya buat Nina kembali berputik? Atau Ezani akan menuntut supaya dirinya dilepaskan, memandangkan itulah janjinya suatu ketika dahulu? Tidak!! Aku tak akan benarkan semua itu berlaku..!! Jerit hati Fakrul.
Namun bagaimana pula seandainya dirinya masih berdegil, tidak mahu menikahi Nina? Adakah prasangka Ezani akan bertambah buruk? Bagaimana pula dengan tahap kesihatan Ezani dan anaknya? Tidak terjejaskah akibat kejadian ini? Hati Fakrul bersoal jawab lagi, sendiri.
Arrgghh!! Jerit Fakrul lagi.
Fakrul menjadi semakin tertekan. Fakrul seolah-olah berada di puncak pulau yang semakin tenggelam. Tiada satu pun jalan yang tinggal. Semuanya membawa kepada sebuah kebuntuan dan kekecewaan. Yang paling parah lagi, kekecewaan yang ‘diundang’ itu merupakan kekecewaan buat Ezani. Walau apa pun langkah yang diambilnya, hati Ezani yang menjadi galang-gantinya. Kesetiaannya pula bakal kelihatan murah. Usahanya selama ini untuk memujuk Ezani supaya menerima dirinya juga bakal menjadi sampah. Langsung tidak berguna.
“Jahanam..!!”
“Tak guna..!!”, jerit Fakrul sekuat hati. Beban dihati Fakrul serasa seperti tidak mampu ditanggung lagi. Lalu tindakan luar kawalnya telah membawa kepada hentakan yang kuat pada bahagian kepalanya. Tanpa sedar Fakrul menghentak kepalanya berulang-ulang kali ke dinding gudang. Darah pekat mula mengalir dari luka di kepalanya. Namun semua itu langsung tidak diendahkannya. Luka di kepalanya itu tidak membawa sebarang makna hatta rasa sakit sekali pun, memandangkan hatinya yang lebih parah kini.
“Hoi, setan..!! Kau masuk sini..”, jerit Fakrul lagi. Dalam keadaan susah payah, Fakrul cuba bangun dan menghampiri pintu bilik tersebut. Dengan sekuat tenaga, pintu itu ditendangnya.
“Hoi..!! Masuk sinilah aku kata..”, Fakrul terus-terusan memanggil supaya Komeng masuk dan berjumpa dengannya. Ada perkara yang ingin dibincangkannya.
“Masuklah setaaaaaaannn!!!”
Fakrul mundar mandir di dalam ruang yang tidak berapa luas itu. Persekitaran ruang itu yang agak kotor juga tidak lagi diendahkannya. Semuanya seolah-olah sudah lali buat dirinya.
Dumm!! Pintu bilik itu ditolak kasar daripada luar.
Sebaik sahaja pintu bilik tersebut dibuka, kelihatan wajah Komeng yang sedang tersenyum. Sinis. Wajah yang menggandakan rasa berang di hati Fakrul.
“Kau nak apa?!!”, tanya Komeng, sinis. Pisau kontot yang berada ditangannya digunakan sebagai pencungkil gigi. Cuba mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada giginya. Setelah sisa makanan tersebut telah berjaya dicungkilnya keluar, pisau tersebut dilap pada seluar jeans lusuh yang dipakainya sebelum disisipkan semula ke dalam sarungnya.
“Aku nak bercakap dengan bos kau”, tegas suara Fakrul semasa menuturkan kata-kata itu. Tidak berguna berbincang dengan kuli batak seperti setan gondol ini, desis hati Fakrul.
“Nak bercakap dengan bos aku? Tak perlu. Kau cakap je dengan aku. Nanti aku sampaikan pada dia..”
“Kau nak aku setuju atau tak?!!”, Fakrul cuba memancing minat Komeng untuk bersetuju akan permintaannya.
“Oh!! Kau dah setujulah ye..”
“Kau nak aku setuju atau tak?!!”, suara Fakrul semakin tinggi. Ternyata kesabaran dirinya semakin menipis kini. Atau mungkin sudah tiada lagi.
“Kau tak perlu bercakap dengan dia..!!”, tegas Komeng pula.
Bang..!! Fakrul menendang tin minyak kosong yang berada berdekatan dengan kakinya. Melantun jauh tin itu apabila tendangan Fakrul tadi telah membawanya ke dinding. Bunyi tin itu juga sudah cukup untuk membingitkan telinga.
“Hei.. Kau dengar sini.. Aku mungkin akan setuju tapi dengan syarat, bagi aku bercakap dengan bos kau.. Jika tidak, jangan harap!!”, Fakrul semakin berang. Kata dua yang diberikan juga menandakan bahawa dirinya sudah tidak berminat lagi untuk berbasi-basi dengan ‘setan gondol’ dihadapannya itu. Sudah banyak masanya terbuang. Mungkin kini sudah sampai buatnya untuk pulang..!!
------------------------------------------------------------------------------- "Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"
“Apa??!! Dua puluh ribu??”, terkejut Adif mendengar nilai yang disebut oleh Nila.Hampir tersedak Adif dibuatnya.Mujur saja air yang sedang dihirupnya tidak tersembur keluar.
“Biar betul Nila??”, Adif cuba mendapatkan kepastian mengenai apa yang didengari tadi.Dua puluh ribu??!!
Nila hanya mengangguk lemah.Adif meraup kepalanya, tanda resah.
“Nila.. mana Adif nak cari duit sebanyak tu?”, nilai itu dirasakannya bagai tidak masuk dek akal.Dirinya bukanlah anak orang berada malah baru sahaja dua tahun mula bekerja.Mana mampu untuk menyediakan mahar hantaran buat Nila yang sebanyak itu?
Nila hanya tertunduk.Tidak tahu apa yang perlu diperkatakannya.
“Ayah Nila tak setuju dengan perhubungan kita ke Nila?”, entah mengapa hati kecil Adif kuat menyatakan bahawa permintaan nilai hantaran yang terlalu tinggi itu merupakan signal secara halus daripada ayah Nila – dia menentang perhubungan ini.Ada calon lain yang lebih layak buat Nila.
“Entah la Adif.Setahu Nila, ayah tak pernah halang perhubungan antara kita..”, Nila juga tidak pasti akan permintaan ayahnya itu yang dikira agak melampau.
“Hmm.. mungkin sempat lagi untuk Nila berbincang semula dengan ayah..”
“Biar Adif yang cakap dengan ayah Nila..”
“Jangan Adif.. Biar Nila yang cakap, kalau tak berjaya jugak nanti baru kita fikirkan tindakan kita yang selanjutnya ya..”, pujuk Nila.Nila tahu, hati Adif sudah pasti resah ketika ini.Begitu juga dengan hatinya.
“Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kami dalam menuju jalan redha-Mu”, doa Adif di dalam hati.Moga hati ayah Nila lembut untuk mempertimbangkan kembali, nilai hantaran Nila nanti.
***
“Ayah, boleh Nila cakap sesuatu?”, tanya Nila lembut.Ayahnya yang berada di sofa sedang membaca akhbar didekatinya.
Nik Nirwan melipat akhbar ditangannya lalu diletakkan di meja kopi.
“Nila nak cakap apa?”
“Fasal nilai hantaran..”, jawab Nila pendek.
“Kenapa? Adif tak mampu?”
“Memang Adif tak mampu, yah.Keluarga Adif bukanlah orang berada, Adif pula baru dua tahun bekerja.Mana sempat Adif nak mengumpulkan wang sebanyak tu?Lagi pulak, tempoh pertunangan yang ayah letakkan cuma enam bulan..”, Nila cuba memancing akal rasional ayahnya.Moga setiap hakikat yang dibentangkan dihadapan mata ayahnya itu mampu membuka mata ayahnya mengenai tahap kemampuan Adif.
“Nila.. dengar sini.Nilai yang ayah tetapkan itu bukanlah untuk menyusahkan kamu berdua.Bukan juga niat ayah untuk menghalang niat murni kamu berdua untuk mendirikan rumah tangga.Cumanya, jika Adif tidak mampu untuk menyediakan nilai hantaran yang telah ayah tetapkan, itu bermakna Adif belum bersedia untuk memikul amanah menerajui sesebuah rumah tangga.. Macam mana Adif nak bela Nila kalau duit hantaran pun dia tak mampu sediakan..?”, hujah Nik Nirwan pada setiap patah kata anaknya.
“Tapi yah, wang bukanlah segalanya.Persediaan itu bukanlah terletak pada nilai wang tetapi apa yang terdapat di dadanya, kasih sayangnya, ilmu dijiwanya.. Itu yang lebih utama yah..”, selar Nila pula.Nik Nirwan merengus tidak senang dengan kata-kata anaknya.
“Kenapa kamu yang berbincang dengan ayah dan bukannya Adif sendiri?”, Nik Nirwan cuba memesongkan bicara.
“Bukan Adif tak nak, ayah.Nila yang tak izinkan dia berbincang dengan ayah.Biarlah Nila yang berbincang dengan ayah terlebih dahulu.Nila betul-betul tak faham kenapa ayah tidak mahu mempermudahkan perancangan kami ini ayah..”, Nila kesal dengan sikap ayahnya.Entah apa yang diharapkan oleh ayahnya melalui nilai hantaran yang banyak sebegitu.Nik Nirwan berpura-pura tidak mendengar akan jawapan anaknya.Surat khabar yang dilipatnya tadi diambil semula lalu berpura-pura kembali membaca.Tidak mahu anaknya itu memanjangkan bicara.Keputusannya muktamad.
***
“Eh.. Korang semua ni bercerita tentang apa?Riuh semacam je bunyinya..”, soal Nik Nirwan yang baru turun dari pejabat, pada rakan-rakannya yang riuh berborak.Itulah aktivitinya dan rakan-rakan pejabat yang lain selepas selesai waktu pejabat.Mengeteh barang sejam dua.Berborak-borak perihal semasa.
“Tak ada apa-apalah Nik.Si Farid ni ha.. Bercerita fasal nilai hantaran anak perempuan dia.Lima belas ribu kau tau dia letak..”, jatuh rahang Nik Nirwan mendengarkan nilai hantaran anak temannya itu.
“Kau biar betul, Farid?!!”, tanya Nik Nirwan tidak percaya.
“Betullah.. Bukan senang aku bela anak aku tahu?Ingat senang-senang je aku nak bagi anak aku macam tu?Atleast biarlah berbaloi dengan segala penat lelah aku membela dan membesarkan anak aku tu..”, jawab Farid acuh tak acuh.Bangga pula rasa hati Farid tatkala melihat wajah kagum rakan-rakannya.
“Tapi Farid, tu dah macam kau menjual anak kau?”, tegur Luqman yang nyata agak kurang bersetuju dengan Farid.
“Mana ada aku jual anak aku?!! Sedangkan harga anak lembu pun mencecah lima enam ribu, inikan pula anak aku.. Aku hantar dia pergi sekolah tau, siap masuk universiti lagi.. Takkan nilai dia hanya setara dengan anak lembu..”, balas Farid dengan wajah yang jelik.Nik Nirwan pula hanya mendiamkan diri.Cuba mencerna hujah kedua-dua rakannya.
“Logik juga kata Farid.Itu bukan menjual anak, cuma meletakkan nilai yang setimpal buat anaknya..”, hati kecil Nik Nirwan mula termakan oleh hujah-hujah Farid tadi.
“Aku dengar, hantaran anak kau si Eisya tu cuma enam ribu.Murahan betul ya anak kau tu..”, ucap Farid tanpa memperdulikan perasan Luqman.Luqman hanya menggeleng kesal.Tidak disangkanya, begitu dangkal tahap pemikiran Farid.
“Terpulanglah pada kau Farid.Cuma aku nak ingatkan kau bahawa redha Allah akan mengiringi perempuan yang murah, yakni murah mahar dan hantarannya.Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia..”, ucap Luqman sebelum berlalu meninggalkan rakan-rakannya.
Wahaha.. Farid ketawa berdekah-dekah apabila melihat Luqman berlalu meninggalkan mereka semua.
“Apa lagi yang boleh si Luqman itu katakan.Dah memang nilai anak dia tu murah, so nak pulak dia selitkan kononnya mudah mendapatkan redha Allah..”, Farid ketawa lagi, lagi dan lagi.Ketawa hingga hatinya puas.Rakan-rakannya yang lain juga turut ikut ketawa.
“Kalau tak ada duit, bagaimana nak hidup bahagia..?”, tambah Farid lagi dalam nada yang sinis.
“So Nik, hantaran anak kau pula nanti berapa??!”
***
“Adif, apa yang kita nak buat ni?Nila dah cuba bincang dengan ayah but still dia tak nak turunkan nilai hantaran tu.Still dua puluh ribu.Macam-macam alasan yang ayah bagi.Sampaikan Nila sendiri dah tak tahu nak cakap apa?Nila sendiri pun malu nak berhadapan dengan Adif”, ujar Nila lirih.Wajahnya ditundukkan.Segan untuk bertatapan dengan Adif.Segan dengan sikap ayahnya yang seolah-olah ingin menjualnya.
“Hei.. apa yang Nila cakapkan ni?Jangan risau, kita masih ada masa lagi untuk memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini..”, pujuk Adif.Nila hanya mendiamkan diri.Buntu memikirkan cara supaya Aidif dan dirinya dapat bersatu.
“Nila..”, panggil Adif setelah sekian lama mendiam diri.
Nila mengangkat wajahnya.Cuba memberi tumpuan pada Adif.
“Adif rasa Adif dah dapat caranya but Nila kena aturkan suatu pertemuan antara Adif dan ayah Nila, esok petang.Dalam pukul empat lebih, di Taman D. R. Seenivasagam.Boleh?”, tanya Adif.Hati Adif tersenyum.Adif yakin, dengan izin Allah, rancangannya esok akan berjaya.
“Boleh, tapi apa yang Adif rancangkan?”
“Yang itu nanti saja Adif ceritakan pada Nila.Sekarang ini, jom Adif hantarkan Nila balik dulu.Ada sesuatu yang perlu Adif uruskan..”
***
“Hello.. Assalamualaikum Adif.. Adif dah sampai ke?Nila baru saja sampai dengan ayah ni..”, Nila menghubungi Adif sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang ditetapkan semalam.Jauh dilubuk hati Nila, dia sendiri tertanya-tanya mengenai perancangan yang dilakukan oleh Adif.Namun, atas dasar rasa percaya yang kukuh pada Adif, Nila yakin perancangan Adif itu bakal membawa kebaikan pada mereka dengan izin daripada-Nya.
“Waalaikumussalam Nila.Adif dah sampai.Nila ingat lagi tak, pondok pokok buluh kita?Adif ada kat situ..”, ujar Adif sebagai jawapan.
“Okey.. Nila ingat..”, jawab Nila ringkas sambil menutup telefon bimbitnya.Jika boleh pada petang ini, Nila tidak ingin diganggu.Semoga perancangan Adif pada hari ini berjalan dengan lancarnya, doa Nila di dalam hati.
“Jom ayah..”, ajak Nila.Nik Nirwan hanya mengikuti langkah anaknya tanpa sebarang kata.
***
“Assalamualaikum pak cik.Apa khabar?”, sambut Adif sebaik sahaja melihat kelibat Nila bersama ayahnya kelihatan.Tangan dihulur.Lalu Adif tunduk bagi menyalami tangan Nik Nirwan.Walau apa yang terjadi, hormat pada orang tua perlulah dijaga.Itulah prinsip yang Adif pegang selama ini.
Adif tersenyum pada Nila.Nila turut membalas senyuman daripada Adif.
“Eh Nila, takkan nak tersenyum aje.Ajaklah ayah Nila duduk.Marilah duduk dulu, Pak Cik..”, sengaja Adif mengusik buah hati pengarang jantungnya sambil menjemput Nik Nirwan duduk.Sopan sahaja budi bahasanya.Nik Nirwan mengangguk.Lantas mereka bertiga duduk di pondok buluh yang terdapat di situ.
“Pak cik, beberapa hari yang lepas Nila ada maklumkan pada saya mengenai nilai hantaran yang telah pak cik tetapkan..”, Adif memulakan bicara pada petang itu.
“Kenapa?!! Kau tak mampu nak sediakan?”, pintas Nik Nirwan bertanyakan soalan yang dirinya sendiri sudah mengetahui jawapannya.
“Ya, pak cik.Terus terang, saya mengaku pada pak cik bahawa saya tidak mampu untuk menyediakan mahar hantaran yang sebanyak itu..”, lembut sahaja suara Adif menjawab.Nila hanya mendiam diri.Tidak mahu menyampuk dan mengganggu perbualan antara Adif dan ayahnya.
“Dah tu, berapa nilai hantaran yang kau rasa mampu untuk diletakkan untuk anak aku?”, tanya Nik Nirwan kasar.
“Ayah..”, tegur Nila lembut.Dia agak kurang menyenangi cara ayahnya melayani Adif.Adif memberi isyarat ‘tidak mengapa’ pada Nila, membuatkan Nila tidak jadi untuk bersuara.
“Kalau kau rasa tak mampu lagi untuk menyediakan duit hantaran semua ini, kenapa kau gatal-gatal nak ajak anak aku kahwin pulak??!!Entah-entah nanti anak aku mati kering tak makan, kalau dia kahwin dengan kau..!!”, tambah Nik Nirwan lagi.Adif hanya tersenyum dan cuba menenangkan hatinya yang pedih akibat kata-kata kasar Nik Nirwan.
“Insyaallah pak cik.Andai kata sebegitu daif kami pada waktu itu, rela saya tidak makan demi mendahulukan keperluan isteri dan anak-anak saya nanti.Lagi pun, mereka adalah tanggung jawab saya nanti.Masakan saya akan membiarkan mereka mati kebuluran tidak makan..”, Adif masih lagi berlembut.Nik Nirwan merengus kasar.Tidak suka dengan jawapan Adif yang dia kira sebagai sengaja ‘tunjuk baik’.
“Huh!!Belum dapat memanglah itu jawapan kau.Hah.. jangan cakap banyak.Agak-agaknya berapa nilai yang kau mampu letakkan?”, malas Nik Nirwan hendak melengah-lengahkan bicara.Tambahan pula, hatinya sudah bulat untuk meneruskan dengan keputusan yang telah dibuatnya sebelum ini.Pasti gah nanti apabila aku bercerita pada Farid dan rakan-rakan pejabatnya nanti, desis hati Nik Nirwan.
“Sepuluh ribu pak cik.. Itulah sahaja nilai yang saya mampu buat masa ini..”
“Sepuluh ribu?!! Gila..!!Kau ingat Nila ni apa?Anak lembu??”, tengking Nik Nirwan tiba-tiba.
“Ayah..!!”, Nila tidak menyangka bahawa ayahnya akan berkata begitu.
“Kau diam Nila.Ayah tak mahu kau masuk campur.Hei, kau dengar sini Adif.Sedangkan anak lembu lembu pun dah berharga lima enam ribu, inikan pula anak aku..”, sengaja Nik Nirwan mengulangi kata-kata yang pernah dituturkan oleh Farid suatu ketika dulu.Marahnya meluap-luap apabila mendengar nilai hantaran yang diminta oleh Adif.
Adif hanya diam melihatkan keadaan Nik Nirwan yang sedang marah.
“Sepuluh ribu?!!Empat ribu sahaja lebih daripada harga lembu?Kiranya kau anggap si Nila ni, up sikit jelah daripada lembu.Begitu?!!”, sambung Nik Nirwan lagi.
Adif menarik nafas dalam.Pipinya yang gatal akibat digigit nyamuk, digarunya perlahan.Entah mengapa hatinya berasa lucu mendengar kata-kata Nik Nirwan tadi.Adake patut dia membandingkan Nila, buah hati aku yang comel ini dengan lembu?Sungguh hati Adif tidak percaya.Sedaya upaya ditahan agar tawa dihatinya tidak terlepas dibibirnya.Di tambah pula dengan riak wajah Nila yang mula merintik merah apabila mendengar butir bicara ayahnya.Marah barangkali, teka Adif lagi.
“Baiklah pak cik.Kalau itu yang pak cik inginkan, saya..”, bunyi deringan telefon bimbit Adif telah mematikan butir bicaranya.
“Maaf.. Sebentar ya pak cik..”, Adif bangun daripada kerusi yang didudukinya dan menghadap ke belakang.Lagaknya seolah-olah ingin berahsia mengenai perbualan tersebut.
“Baiklah..”, kata Adif sebelum menamatkan perbualan telefon tersebut.Adif kembali duduk ditempatnya tadi.
“Beginilah pak cik.Kalau pak cik tetap bertegas dengan keputusan pak cik, nampaknya saya terpaksa akur.Demi Allah pak cik, saya sanggup melakukan apa sahaja asalkan saya dapat bersama-sama dengan Nila.Pak cik jangan risau, sebentar lagi kawan saya akan datang.Dia dah bersetuju untuk memberikan saya pinjaman..”, kata Adif tenang.Nila pula terharu melihat akan kesungguhan Adif untuk mendapatkan dirinya sebagai suri hidup Adif.
“Huh!! Boleh pun.. Aku dah agak dah, kau memang sengaja bagi alasan sebelum ini..”, balas Nik Nirwan acuh tak acuh.Dalam hatinya sudah membayangkan betapa bangganya dia nanti apabila bercerita pada rakan-rakannya.Adif tersenyum lagi.
“Hello my friend..”, tiba-tiba suatu suara kedengaran menegur mereka.Pantas Nila dan Nik Nirwan menoleh ke belakang.Tempat dimana arah suara itu datang.Kelihatan dua orang lelaki lelaki datang menghampiri mereka.Berubah wajah Nila tatkala melihatkan penampilan kedua-dua lelaki itu. Lagak mereka seperti ahli-ahli kongsi gelap.
Adif tersenyum sambil mengangkat tangan kepada dua lelaki tadi.
“Ok.. you sudah setuju ka?”, tanya salah seorang lelaki tadi apabila mereka sudah berada di sebelah Adif.
“Ya..”, jawab Adif ringkas.
“Wah.. you punya amoi manyak cantik wo..”, kata lelaki yang seorang lagi.Nila cuba menjauhkan diri daripada lelaki itu.Agak takut dan tidak selesa dengan situasi itu.
“Adif, siapa mereka semua ni?”, tanya Nila.Ternyata Nila tidak senang hati dengan suasana ini.Hatinya tiba-tiba berdenyut risau.Rasa seperti ada yang tidak kena.
Adif diam, tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Nila.
“Okey.. kalau itu macam, lu sign sama ini borang..”, Adif menyambut borang yang dihulurkan kepadanya.Setelah menandatangani borang tersebut, Adif pun menyerahkan kembali borang kepada kedua lelaki tadi.
“Tahniah..!! Terima kasih kerana berurusan dengan kami Ah Long Bukit Beluntong..”, ujar lelaki yang menerima penyerahan borang daripada Adif.Sebuah beg pula diserahkan kepada Adif sebagai balasan borang tadi.Adif menyambutnya dengan senang hati.
“Wah..!! Wa talak sangka wo itu duta kita olang, Aflin Shauki sama itu Din Belamboi buat kelija manyak baguih.. Sampai Ipoh sini, kita olang boleh dapat customer..”, tambah lelaki yang seorang lagi.
“Apa??! Ah Long?!”, jerit Nila bersama-sama Nik Nirwan.Gila.Tidak Nila sangka, Adif senekad itu dan sanggup mengambil langkah gila yang sebegitu.
“Ya.Adif terpaksa.Maafkan Adif, Nila kerana terpaksa mengambil langkah ini.Adif dah tak layak buat pinjaman daripada bank sebab sebelum ini Adif dah buat dua pinjaman.Satu untuk beli rumah dan satu lagi untuk beli kereta.Adif harap Nila faham tindakan Adif ini..”, ucap Adif tulus memohon pengertian daripada Nila.Segalanya terpaksa Adif lakukan Nila, demi kita dapat bersama.
“Pak cik, sekarang ini duit dua puluh ribu sudah ada dalam tangan Adif”, kata Adif sambil menepuk beg yang berada di atas meja.
“So, Adif kira perbincangan kita hari ini selesai ya..”
Huh!! Hanya itu sahaja balasan daripada Nik Nirwan.
“Kalau begitu, marilah kita pergi makan dulu.Biar Adif yang belanja..”, ajak Adif.Nik Nirwan berjalan dahulu dan meninggalkan Nila dan Adif sedikit terkebelakang.
Belum pun sepuluh tapak mereka berjalan, tiba-tiba mereka telinga mereka disapa oleh suatu bunyi.Bunyi seperti orang sedang bergaduh dan diikuti oleh bunyi erangan kesakitan.Pantas mereka menoleh ke arah bunyi tersebut.Kelihatan seorang lelaki dibelasan dihadapan keluarganya oleh kedua-dua lelaki yang menggelarkan diri mereka Ah Long Bukit Beluntong tadi.Pucat wajah Nila melihatkan insiden itu.Pantas Nila menarik baju Adif.
Adif sedar maksud Nila.
“Jangan risau sayang, Adif akan pastikan bahawa Nila tidak akan apa-apa nanti.Insyaallah..”, ucap Adif perlahan.Air mata Nila sudah mula membasahi pipinya.
“Habis tu, Adif macam mana?”, marah Nila.Suara Nila yang kuat telah menarik perhatian kedua lelaki yang sedang khusyuk membelasah mangsa mereka.
“Hallo abang.. Mali sini..”, jerit salah seorang lelaki tadi.Tangannya dilambai-lambai, memanggil Adif, Nila dan Nik Nirwan mendekati mereka.Dengan langkah yang gerun, mereka bertiga berjalan merapati kedua-dua lelaki tadi.
“Hmm.. wa mau lu olang tengok apa jadi sama ini olang.Dia sudah pinjam sama kita tapi talak mau bayar.. Hmm.. Busuk punya olang..”, kata lelaki itu sambil menarik rambut lelaki yang sudah mula longlai akibat dibelasah tadi.
“Ayo yo.. Tolong la.. Jangan pukul suami saya lagi..”, rayu isteri lelaki tersebut bersama-sama tangisan.
“Haiya aci.. Lu jangan lisau la.. Kita olang sudah penat belasah sama dia ma.. Ah Keong, hali ni lu la pulak potong..”, ujar lelaki itu kepada rakannya.
“Wokeh..”, lelaki yang dipanggil Ah Keong tadi mengeluarkan parang pendek yang sememangnya tersisip rapi dipinggangnya.Lelaki yang seorang lagi pula mengheret lelaki yang sudah lemah longlai itu menghampiri satu batu dan meletakkan tangan lelaki itu dalam keadaan tangannya yang menggenggam dan hanya tinggal anak jari sahaja yang diluruskan.Apabila mereka berdua sudah bersedia, maka parang pendek tadi diangkat tinggi sebelum dihayunkan.Sebelum parang pendek itu sempat menetak jari lelaki tadi, Nila berlari dan menolak Ah Keong.
Adif pantas mendapatkan Nila.Bimbang Nila diperapakan oleh kedua ahli kumpulan Ah Long itu.Nila melutut di kaki Adif.
“Adif, tolonglah.. Pulangkan balik duit yang Adif ambil tadi.Nila tak mahu semua perkara ini terjadi pada kita.. Tolonglah Nila, Adif.. Nila rela kita tak kahwin daripada kita terpaksa mengambil risiko yang tak berbaloi macam ni..”, rayu Nila bersama tangisan yang teresak-esak.Mujur sahaja tempat itu agak terselindung oleh pokok-pokok buluh yang merimbun.Jika tidak pasti keadaan ini akan menarik perhatian orang ramai yang mula memenuhi kawasan taman rekreasi ini.
Adif meraup mukanya.Resah dengan kata-kata Nila.
“Tidak Nila.Adif lebih rela ambil risiko ini.Adif rela mati Nila, asalkan kita dapat bersama..”, ucap Adif nekad.Tidak sanggup menerima kata-kata Adif tadi, Nila bangun dan melutut pula dihadapan ayahnya.
“Ayah.. tolong Nila ayah.Sanggupkah ayah rampas kebahagian Nila, semata-mata untuk mendapatkan nilai hantaran yang tinggi.Nila dah tahu ayah.Nila dah dengar semuanya, apa yang ayah borakkan dengan Uncle Farid waktu dalam telefon hari tu.Ayah tetapkan hantaran Nila tinggi-tinggi sebab ayah nak berlagak dengan kawan-kawan ayah, kan?Tolong Nila ayah.. tolong Nila.. “, rayu Nila lagi.Kaki Nik Nirwan dipeluknya erat.Harapannya agar ayahnya dapat melakukan sesuatu.Harapannya juga agar ayahnya dapat memikirkan akan kebahagiaan dirinya.
“Nila.. bangun..”, Nik Nirwan menarik Nila supaya berdiri.Air mata yang mengalir laju dipipi Nila disapunya perlahan.Kemudian, Nik Nirwan mengalihkan pandangannya ke arah Adif yang berdiri tidak jauh daripada mereka.
“Adif, pulangkan wang mereka.Baiklah.. kita ikut sahaja kemampuan Adif.Jika begini nanti kesudahannya, nilai hantaran yang tinggi itu tiada maknanya..”, ucap Nik Nirwan perlahan.Namun masih lagi dapat ditangkap oleh deria pendengaran Adif.
“Apalah sangat nilai hantaran dan harga wang belanja andai akhirnya anak kau tidak bahagia”, kata-kata Luqman suatu ketika dulu kembali bergema ditelinganya.Ya Allah, moga Kau merahmati perkahwinan anakku nanti, doa Nik Nirwan di dalam hati.
“Haiyya.. Ini macam wa manyak lugi la..”, rungut ahli Ah Long Bukit Beluntong itu.Nila ketawa dalam tangisan.Ya Allah.. Aku bersyukur terhadap-Mu.
***
Majlis peminangan berjalan dengan lancar.Telah ditetapkan bahawa nilai hantaran adalah sepuluh ribu dan tempoh pertunangan akan dijalankan selama sebulan sahaja.Dipendekkan tempoh selama empat bulan sebelum tempoh asalnya, enam bulan.
***
“Thanks ya Ah Keong, Kim Kit, Ravi and you jugak Mangges.. Gaya korang hari tu memang hebat..”, kata Adif.
“Tak ada hal, lah Adif.As long as you dapat kahwin dengan Nila, cukuplah..”, kata Mangges sambil tersenyum.
“Eh.. orderlah.Jangan malu-malu.Hari ni aku belanja..”
Me? Suka bersendiri tapi tak suka keseorangan. Mempunyai cita-cita dan anganan sendiri. Ibubapa serta semua insan yang dikasihi menjadi prioriti. Dan, hanya ucapan dan kata-kata menjadi ekspresi kepada diri.