Product from Adobe

Selasa, Jun 30

Cinta Si Baju Kebaya Bab 11



Farah Aqilah kembali termenung di luar rumah setelah mereka selesai makan malam. Dirinya tersenyum sendiri tatkala dia menyedari bahawa dia telah tersalah faham pada gadis yang baru tiba lewat petang tadi. Hatinya gundah semata-mata melihat lagak mesra antara Amir dan wanita itu. Cemburukah aku? Hatinya berasa sedikit jengkel apabila terdetik perkataan cemburu dalam benaknya. Namun itulah hakikat sebenarnya yang sedaya upaya ditolaknya. Mana mungkin wujud rasa cemburunya terhadap Amir. Tetapi sejauh manapun dia cuba untuk menyangkalnya, hatinya tetap mengetahui hakikat yang sebenarnya.
”Hai Kak Farah. Kenapa termenung sorang-sorang ni?” manja suara tersebut menegurnya.
Farah Aqilah menoleh. Tatkala terjamah oleh matanya sebuah raut wajah yang begitu comel dan indah, serta merta bibirnya berkuntum senyum.
”Eh, Alia. Tak ada apa-apa. Saja Kak Farah duduk ambil angin kat sini,” jawab Farah Aqilah pula.
”Kak Farah, jemputlah minum,” mendengar pelawaan itu barulah Farah Aqilah perasan akan dua mug yang masih lagi berasap sudah berada di hadapannya. Entah bila gadis kecil molek ini membawanya, tidak pula dia perasan.
”Oh, terima kasih. Mak Dah mana, dia tak join kita minum sekali ke?” tanya Farah Aqilah pula. Sedikit aneh apabila melihat hanya dua mug yang di bawa dan bukannya satu jag seperti selalunya.
”Mi cakap dia minum kat dalam je. Mi minum dengan abang,” lembut sahaja Alia menjawab. Kagum betul Farah Aqilah dengan lembut tutur bahasa gadis yang sedang meniup perlahan di permukaan airnya yang masih panas. Sebelum menghirupnya perlahan.
”Oh...”
”Akak, Lia mintak maaf ye bagi pihak abang kalau-kalau dia ada buat salah kat akak. Lia tahu abang tu kadang-kadang memang baran je tapi abang tu memang penyayang orangnya”
Terkesima sebentar Farah Aqilah dengan topik bicara Alia yang dibuka secara tiba-tiba. Mulutnya bagaikan terkunci sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab kata-kata Alia tadi.
”Akak bencikan abang ke?” tanya Alia lagi.
Farah Aqilah menarik nafas lembut sebelum dia menghembuskannya secara perlahan-lahan. Begitu mencabar rasanya soalan daripada Alia malam ini.
”Tak,” jawab Farah Aqilah perlahan.
”Kalau macam tu, maknanya akak dah maafkan abang lah ye,” teka Alia lagi.
Hati Farah Aqilah sedikit rimas dengan soalan-soalan yang diajukan oleh gadis cilik ini. Namun, kelembutan yang ditonjolkan oleh gadis manja ini telah menyebabkan Farah Aqilah berasa seperti serba salah seandainya dia mengelak untuk menjawabnya.
”Kenapa Alia tanya akak macam ni? Siapa suruh tanya? Abang Amir ke?” soalan Alia dibalas dengan soalan kembali oleh Farah Aqilah. Masih lagi mencari ruang untuk mengelak daripada dia terus diasak dengan soalan-soalan yang boleh mendedahkan rasa hati yang baru disedarinya sekejapan tadi.
”Taklah. Alia sendiri yang nak tanya. Bukan apa, dah bertahun-tahun Alia tengok abang sedih dan tak ceria. Bertahun-tahun juga Alia dengar rintihan hati abang. Setiap hari abang cakap yang dia bodoh dan berdosa pada akak. Sebab tulah Alia tanya,” panjang lebar jawapan yang diberikan oleh Alia.
Farah Aqilah merenung jauh dalam kegelapan malam. Tiba-tiba hatinya bersuara, rupa-rupanya bukan kau seorang yang menderita. Tetapi Amir juga turut merasai derita ini. Oleh itu, untuk apakah aku terus-terusan cuba untuk menyeksa hati Amir yang mungkin sudah cukup derita semenjak bertahun-tahun dulu.
Ah! Tapi memang dia yang bersalah. Dulu tidak sekelumit peluang pun yang diberikan oleh Amir untuk kau membela diri. Bahkan maruah diri kau turut dipijaknya hingga lumat. Sudah lupakah kau tentang itu?
Tapi, derita menanggung rasa bersalah adalah lebih daripada menanggung derita hati yang luka. Sedarlah. Sebelum semuanya terlambat dan pada waktu tu diri sendiri yang akan merana. Tingkah hatinya pada suara jahat yang turut berbisik sama.
”Kak Farah...”
”Akak tak pernah membenci Amir. Akak akui selama memang akak marah dan sedih dengan perlakuan Amir pada akak dulu. Tapi akak tak pernah membenci dia”
”Akak dah maafkan abang?”
Farah Aqilah menganggukkan kepalanya. Namun begitu, anggukan itu begitu lemah rentaknya. Hati Farah Aqilah sedikit berdebar. Entah mengapa rasa hati tersebut muncul. Bagi mengurangkan rasa debaran di hatinya, Farah Aqilah mencapai mug di hadapannya dan menghirup perlahan air yang telah mulai suam itu.
”Akak sayangkan abang?”
Akibat terkejut dengan soalan yang tidak disangka itu, Farah Aqilah batuk dan tersedak. Tekaknya berasa perit. Mukanya merah akibat batuk secara mengejut.
”Opss! Sorry kak. Lia tak sangka akak akan tersedak macam ni,” pinta Alia dengan wajah yang bercampur rasa cemas dan bersalah.
Farah Aqilah menyapu lembut dadanya. Dia mengelap mulutnya yang basah menggunakan tisu. Nafasnya ditarik dalam demi memulihkan detak jantungnya.
”It’s ok”
”Sorry, sorry... Next time Lia tak tanya dah akak soalan begini time akak minum air,” ucap Alia bersama satu sengihan yang panjang. Farah Aqilah tertawa kecil melihat telatah Alia.
”It’s ok. Akak pun tak sangka akak akan tersedak macam ni”
”Akak ni, mana ada orang tau bila dia nak tersedak la...” ucap Alia sambil ketawa-ketawa.
”Eh, ye tak ye jugakkan Alia,” akhirnya mereka berdua hilang dalam tawa yang ceria.

Di sebalik dinding, Syamir menarik nafas kecewa. Kecewa kerana tidak dapat mengetahui jawapan Farah Aqilah pada soalan terakhir Alia tadi. Soalan yang telah sekian lama dia ulang tanya pada dirinya. Adakah Farah Aqilah menyayangi dirinya? Sungguhpun begitu, hatinya sedikit lapang apabila mendengar bahawa Farah Aqilah telahpun memaafkan dirinya. Setidak-tidaknya rasa rasalah yang sekian lama menggunung dalam hatinya sudah mampu diredakan.
Cuma harapnya kini, Farah Aqilah sudi untuk kembali menjadi suri hidupnya buat sekian kalinya. Dan kali ini menjadi suri hidupnya dalam erti kata yang sebenar. Janji dia pada hatinya, Farah Aqilah tidak akan dipersiakannya sekiranya wanita itu sudi untuk kembali dalam hidupnya. Tekadnya dia ingin menghadiahkan segala kebahagian yang wujud di dunia ini kepada wanita kesayangannya itu sehinggakan Farah Aqilah sendiri lupa bagaimana peritnya rasa hati yang pernah ditanggungnya dulu.
Itulah tekad dan janji yang telah disemat dalam jiwanya sejak beberapa tahun yang lalu. Dan kini keinginannya untuk melunaskan janji serta tekadnya itu kian membara, setelah wanita itu kembali ditemuinya. Oleh itu, hanya tinggal satu sahaja lagi harapannya kini iaitu Farah Aqilah sudi untuk kembali bersamanya. Tanpa kesudian Farah Aqilah, segala janji serta tekadnya tidak akan bermakna.







5 komen yang diterima:

keSENGALan teserlah.. on 30 Jun 2009 6:17 PTG berkata...

waaaa..
ade gak smbungan setelah sekian lme menunggu..
huhu..besh2..
xsaba nk taw pe jd pasnieh..
smbung2,,

-Ain-Dak In- on 30 Jun 2009 8:12 PTG berkata...

"kadang-kadang memang baran jek kadang-kadang"

lea check blik ek..
ape pon rindu pada farah ang amir..
hehehehe..
kejam lea wat ain tggu lame sgt..

LeaQistina on 30 Jun 2009 8:15 PTG berkata...

adeh.. dh dua kali lea baca
tp ada gak yg mis..
thanx ye ain.. :D
nnt lea betulkan...

Ikie Omar on 30 Jun 2009 11:33 PTG berkata...

lea...thank you very much for the new n3....suke sgt....cpt2 sambung ye....

Tanpa Nama berkata...

Tak da sambungan lagi ka


-farah aqilah-

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino