Ezani membelek-belek kulit luar novel ditangannya.Telah usang namun masih lagi berada dalam keadaan yang baik.Tajuk novel tersebut direnung lama.Seredup Kasihmu.Suatu senyuman tersiat dibibirnya.Akhirnya berjaya juga aku menemui ‘Emir Safwan’ku, kata Ezani perlahan di dalam hati.Ezani tenggelam dalam kenangan lalu.
Tit tit.. Bunyi telefon bimbit di tangan Ezani.Menandakan ada satu pesanan ringkas masuk.Mesej tersebut dibaca dengan penuh debaran dihati.Sesungguhnya mesej tersebutlah yang sedang dinantikannya sejak dari malam tadi.
[Keputusan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA]
[Status : Berjaya]
[Kod Universiti : K07]
[Nama Universiti : Universiti Teknologi Malaysia]
[Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat tawaran atau laman web universiti yang berkenaan.Tahniah diucapkan]
“Yaaaahoooooooo!!”, jerit Ezani disuatu pagi.
”Yes.. yes..! Akhirnya aku berjaya”, jeritnya lagi.Novel yang berada di sebelah bantalnya diambil dan direnung perlahan.
”Lea.. Emir.. Nantikan kedatanganku.. Yuhuuuu..”, kata Ezani girang.Sungguh tidak disangkanya, permohonannya untuk ke UTM diluluskan.Nanti aku mesti cari semua port Emir dengan Lea.Hehe.. Silap-silap mana tau aku boleh jumpa Emir aku sekali, getus Ezani di dalam hati.
Seminggu kemudian, hari pendaftaran pun tiba.Teruja sungguh rasa hatinya tatkala itu.Sewaktu kereta papa melalui pintu gerbang UTM, kelihatan sebuah tasik dikanannya.Hah! tempat diorang clash, hati Ezani bertepuk girang.
”Adik, pendaftaran di Kolej Perdana kan?”, tanya papa.
”Happy betul mama tengok Hanna hari ni”, giat mama pula sambil tersenyum.Lantas Ezani berkalih tempat duduknya menuju ke belakang tempat duduk mama.Bahu mama dipeluk perlahan.
”Adik happy sangat.Tak sabar rasanya adik nak start belajar...”, kata Ezani penuh semangat. ”Dan tak sabar jugak adik nak cari kisah fasal Emir dengan Lea... hehe..”, sambung Ezani di dalam hati.
Bau tumisan didapur telah menarik minat Ezani.Lantas lamunannya tadi dibiarkan sepi.Ezani menarik nafas dalam.Menikmati aroma masakkan tersebut. Emm.. Sedapnya bau.Bau apa ni?”Ayam goreng..”, jawab hati Ezani nakal sambil meniru gaya Ipin.Ezani tersenyum nakal.
Buku ditangannya diletakkan.Ezani bangun dan melangkah menuju ke dapur.
”Wah sedapnya bau.Mak masak ape?”, tanya Ezani.Mak Cik Limah berpaling sambil tersenyum ke arah menantunya itu.
”Mak masak, masak cabai udang”, jawab Mak Cik Limah ringkas sambil tangannya lincah memasukkan udang ke dalam kuali.Garam, gula dimasukkannya secukup rasa.
”Sedapnya mak.Tak sabar Zani rasa nak tunggu abang balik.Rasa macam nak makan sekarang je”, kecur sungguh air liur Ezani mengenangkan sambal tumis udang yang berada di dalam kuali.Jam di dinding dikilas sekali.10.30 pagi.Alah..!!Abang nak balik lambat lagi, rungut hati Ezani.Tiba-tiba terasa sayu pula hati Ezani mengenangkan emak mentuanya itu.
”Kesian mak kan.Dah ada menantu pun mak masih kena masak lagi.Sepatutnya Zani yang masak untuk mak”, kata Ezani tiba-tiba.
Mak Cik Limah tersenyum. Sambal tumis udang dialihkan ke dalam mangkuk.Lalu dibawa ke meja makan.Bahu Ezani dipeluk lembut.
”Mak tak kisah pun Zani.Mak lagi suka kalau Zani duduk kat depan tu, rehat-rehat”, tiba-tiba Mak Cik Limah dan Ezani yang asyik berbual dikejutkan dengan bunyi hon yang agak panjang diluar rumah.
Lantas Mak Cik Limah menjenguk ke luar rumah untuk melihat siapakah yang datang?
”Ya Allah, budak bertuah ni.Balik rumah bukan nak bagi salam.Di mainnya pula tekan-tekan hon macam tu.Bising tahu..”, marah Mak Cik Limah sebaik sahaja melihat Fakrul keluar dari keretanya bersama suatu sengihan yang panjang.Sebaik sahaja Fakrul melaluinya pantas Mak Cik Limah memiat telinga anaknya itu.His!! Dah nak jadi bapa budak pun masih kena piat telinga budak ni..
”Adeh.. Adeh.. Adeh.. Sakit mak.. Aahh!! Tolong”, jerit Fakrul melebih-lebih pula.Ezani yang baru sahaja dari dapur ketawa melihat aksi suami kesayangannya itu dipiat telinga.Lucu.Dah tua-tua pun masih kena piat telinga.
Mendengarkan jeritan Fakrul yang berlebih-lebih itu, pantas tangan Mak Cik Limah menampar belakang Fakrul pula.Ezani pula masih seperti tadi.Ketawa dengan seronoknya.
Papp!!
”Adeh.. sakit la mak.Ini apa kes.Hari ni hari penderaan sedunia ke mak?”, usik Fakrul lagi.Akibatnya suatu cubitan pula melekap dipinggangnya.
”Ha.. baru kau tahu.Dah nak ada anak pun perangai macam budak-budak lagi.. Ayul.. Ayul..”, geleng Mak Cik Limah bersama ketawa dibibirnya.
”Aauuuw..!”, jerit Fakrul lagi sambil melarikan diri.Pantas Ezani yang sedang berdiri itu didekatinya dan dipeluk dari belakang.Ezani yang masih ketawa itu hanya menampar lembut lengan suaminya yang berada dekat dengan lengannya.
”Oh.. seronok ya sayang ketawakan abang”, kata-kata itu diiringi dengan sebuah ciuman ke pipi Ezani.Ezani ketawa lagi.Fakrul menggantungkan dagunya ke bahu Ezani.Serta-merta tangan Ezani melurut lembut rambut suaminya.Fakrul tersenyum bahagia.
”Sayang, petang ni after lunch sayang siap eh..”, usul Fakrul.Ezani menolehkan wajahnya ke muka Fakrul.Pantas Fakrul mengambil peluang untuk mengucup bibir isterinya itu.
”Isk.. abang ni”, tegur Ezani lembut.Fakrul hanya ketawa.
”Hah!! Kau nak bawa ke mana si Zani tu pulak Ayul?”, sampuk Mak Cik Limah telah membuatkan ketawa Fakrul terhenti.
”Alah mak ni.. Kacau daun betullah.Ayul nak gi dating dengan Hanna la.Takkan tak boleh kot?Gi honeymoon lagi pun ok jugak”, terkekeh-kekeh Fakrul ketawa setelah menuturkan kata-kata tersebut.
”Isk.. budak ni”, kata Mak Cik Limah sambil menganggkat tangan seolah-olah hendak menampar Fakrul sekali lagi.Tangan Ezani yang ingin mencubit pipinya pantas ditangkap.
”Hep..! Tangan ni jangan nak curi-curi cubit abang eh.Berdosa”, Ezani hanya mencebik mendengar teguran Fakrul itu.Tetapi dia ketawa besar apabila Fakrul menjerit sekali lagi tatkala Mak Cik Limah sekali lagi mencubit pinggang Fakrul.
”Waaaaa.. Mak, apa ni? Sakit la..”, kata Fakrul sambil menarik muka.Merajuk agaknya.Ezani terus-terusan lagi ketawa.
”Ha.. rasakan.Mak tanya betul-betul kamu main-mainkan mak pulak ye Ayul.Kamu nak ke mana bawa si Zani tu?Dia tu bukannya sihat betul lagi”, marah Mak Cik Limah.
”Alah mak ni.Ayul nak buat suspen sikit pun tak boleh.Ayul nak bawa Hanna pergi butik petang ni”, jawab Fakrul yang masih lagi menggosok pinggangnya yang dicubit tadi.Pedih.Dah lama dia tak kena cubit begini.Dulu waktu kecik-kecik selalu la..
”Hmm.. pegi butik?Nak buat apa bang?”, tanya Ezani pula.
”Tempah baju kahwin”
Hah..!! Baju kahwin?!Biar betul Ayul ni?Hampir ternganga Ezani dibuatnya gara-gara terkejut dengan jawapan ringkas yang diberikan oleh Fakrul tadi.
”Kau biar betul Ayul?”, tanya Mak Cik Limah yang ternyata sama terkejut dengan menantunya.Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
”Betullah mak.Ayul dah tempah hotel tadi.Kad pun Ayul dah tempah.Katering.Semua-semua pun Ayul dah tempah. Tinggal Ayul dengan Zani nak pergi tengok baju je lagi.Hujung minggu ni kita orang nak bersanding”, terang Fakrul panjang lebar.
”Kau nak bersanding?Dalam keadaan si Zani ni tengah mengandung ke, Fakrul?”, tanya Mak Cik Limah lagi.Segalanya sudah pun ditempah.Baru kini dia diberitahu?
”Ok ape mak.Best ape kita orang boleh bersanding tiga orang.Lagi pun Ayul nak pastikan Hanna ada kenangan yang indah untuk dikenang bila kita orang dah tua kelak mak”, terharu Ezani mendengarkan jawapan tulus daripada suaminya itu.
Fakrul berpaling menghadap isterinya.
”Abang tahu, Hanna berkecil hati sewaktu abang batalkan majlis persandingan kita dulu kan?”, tanya Fakrul terhadap Ezani.Ezani hanya tertunduk mendengarkan pertanyaan tersebut.
”Mesti Hanna ingat abang buat semua tu sebab abang kecewa tak dapat kahwin dengan Nina.Tapi percayalah sayang.Abang lakukan semua itu dulu sebab abang tak nak menyusahkan sayang pada waktu itu.Lagi pun kalau pun kita buat pada waktu itu, pasti sayang tak dapat nak menjiwai majlis tersebut sepenuh hati sebab sayang rasa terpaksa pada waktu tu kan?”, sambung Fakrul lagi.Manik-manik jernih yang mula membasahi wajah Ezani itu disekanya lembut.Kucupan tulus dihadiahkannya ke dahi Ezani.
”So abang nak sayang enjoy sepenuhnya pada hujung minggu ni ya.Abang akan pastikan ianya akan menjadi detik terindah dalam hidup sayang”, kata Fakrul sambil memeluk isterinya erat.
”Mummy In.. Mummy In.. Tolong Qila..”, ngongi Farah Aqilah sambil memeluk erat Indah Maya, ibu saudaranya.Semenjak kecil Farah Aqilah kehilangan kasih sayang ibu bapanya.Hanya Indah Maya sahaja yang menjadi tempat Farah Aqilah menumpang kasih dan bermanja.
Dua puluh sembilan tahun yang lalu, bapa Farah Aqilah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya ketika dia sedang bergegas untuk ke hospital demi menyambut akan kelahiran anak sulungnya.Namun, malang tidak berbau.Kemalangan yang berlaku diselekoh pusingan U yang berada betul-betul dihadapan hospital tersebut telah meragut nyawanya.Hujan lebat ketika itu dan disertai dengan rasa teruja untuk melihat anak sendiri akhirnya membawa padah apabila sebuah traller yang laju daripada arah bertentangan merempuh kereta yang dipandu oleh bapa Farah Aqilah.Kereta yang dipandu bapa Farah Aqilah remuk teruk.Lalu hasrat bapa Farah Aqilah untuk melihat anaknya itu hanya tinggal impian apabila dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Mak Farah Aqilah, iaitu kakak kepada Indah Maya pula meninggal dunia sebaik sahaja Farah Aqilah selamat dilahirkan akibat komplikasi dan pendarahan yang teruk.Lalu tinggallah Farah Aqilah bersama Maya Indah.Dua tahun kemudian, setelah Maya Indah mendirikan rumah tangga bersama Badrul.Akhirnya, lengkaplah hidup Farah Aqilah bersama Mummy In dan Papa Badnya.
Segala kisah sedih itu telah Farah Aqilah maklumi semenjak dirinya kecil lagi.Namun, Farah Aqilah tetap senyum dan tabah menghadapi hidupnya di dunia ini.Melihatkan keadaan Farah Aqilah yang menangis dan tidak terurus ini sangat menghibakan hatinya.Maya Indah menyapu air matanya yang mengalir.Badrul yang berada disebelahnya memeluk erat bahunya sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi.Air mata yang setia mengalir itu disekanya lagi sambil tangannya mengelus-elus kepala Farah Aqilah yang sedang menangis hiba.
“Mummy In..”, esak Farah Aqilah lagi. Semenjak Farah Aqilah tiba dua jam yang lalu, hanya itu sahaja perkataan yang terluah dari bibirnya.
”Shh.. sabar sayang.Kenapa ni?Cuba cerita pada mummy”, pujuk Maya Indah. Linangan air matanya yang sedari tadi galak menodai wajahnya ditahan agar tidak jatuh lagi. Maya Indah tahu, dia harus kuat demi Farah Aqilah.
Badrul senyap melihatkan keadaan anak angkatnya itu.Hatinya turut hiba mendengar tangisan yang tidak henti-henti sedari tadi.Farah Aqilah, anak gadis yang dibelanya semenjak dia berkahwin bersama Maya Indah.Anak gadis yang menjadi racun dan penawar di dalam hidup mereka suami isteri.Dirinya yang disahkan tidak mampu untuk mempunyai zuriat sendiri telah menyebabkan seluruh kasih kebapaannya itu dicurahkan buat Farah Aqilah seorang.
Seingat Badrul, ini kali kedua Farah Aqilah dilihatnya menangis dengan teruk begini.Kali pertamanya adalah pada kisah hitam yang berlaku tujuh tahun dahulu.Badrul kesal setiap kali mengenangkan peristiwa itu.Dirinya tiada disaat anak dan isterinya itu sangat-sangat memerlukannya. Ketika kejadian itu berlaku, Badrul sedang berada di Perth, Australia demi menghadiri suatu mesyuarat penting bagi mendapatkan usahasama daripada syarikat dari bumi kangaroo itu.
Badrul tidak sanggup lagi mendengar tangisan dan rintihan Farah Aqilah.Perlahan bahu isterinya tadi dilepaskan.Lalu dia bangun dan pergi mendapatkan Farah Aqilah.Badan Farah Aqilah yang sedang melekat pada tubuh isterinya itu diangkat dan dipaksa supaya berdiri.
”Sayang.. pandang sini muka papa.Sayang cakap pada papa apa yang berlaku.Sayang tak boleh terus-terusan nangis begini.Selagi sayang tak bagi tahu papa dan mummy apa yang berlaku, papa dan mummy tak tahu macam mana nak tolong sayang”, kata Badrul tegas dalam lembut.Badrul tahu anaknya itu sangat lemah dengan perasaannya.Sebab itulah dia perlu bertegas supaya Farah Aqilah tidak akan terus hanyut dengan perasaan sedihnya itu.
”Papa.. Qila.. ”, sedu-sedan yang masih menguasai dirinya menyukarkan Farah Aqilah untuk terus bersuara.
”Ok.. Qila relax dulu.Lepas tu Qila cerita pada papa dengan mummy apa yang berlaku sebenarnya ok?”, pujuk Badrul lagi.Tangan Maya Indah pula tidak henti-henti melurut di belakang Farah Aqilah.Menyuruhnya bersabar.
”Papa.. Qila.. Qila.. jumpa Amir”, beritahu Farah Aqilah berselang-seli dengan sedu.Hingus yang mengalir dilap dengan hujung bajunya.Ternyata Farah Aqilah masih lagi anak manjanya dahulu.Langsung tidak berubah, desis hati Badrul.
”Amir..?”, ibarat disengat tebuan Maya Indah terus berdiri.
”Macam mana sayang boleh jumpa dia? Apa dia cakap pada Qila lagi?”, tanya Badrul pula.Marah hatinya sejak tujuh tahun lalu belum surut.Kata-kata nista yang dihadiahkan oleh pemuda itu kepada Farah Aqilah masih diingati dengan jelas.Ketika Maya Indah menceritakan kepadanya apa yang berlaku, dirasakan seperti ingin memecahkan sahaja muka pemuda itu.Mujurlah Maya Indah menyabarkan pada hari itu.Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku.
Maya Indah menarik Farah Aqilah duduk kembali di sofa.Lalu mereka berdua tunggu dengan sabar penjelasan daripada Farah Aqilah yang nampaknya sudah mula bertenang.Esak tangisnya tidak lagi kedengaran.Namun sedu sedannya masih lagi ada.
”Qila pun tak tahu macam mana.Tahu-tahu je si Amir muncul dalam office Qila dua hari lepas.Dia nak ajak Qila bincang.Qila pun tak tahu apa yang nak dibincangkannya.Antara kami dah tak ada apa-apakan mummy, papa?”, tanya Farah Aqilah meminta kepastian.Maya Indah menganggukkan kepalanya.Badrul pula bingung.Untuk apa Amir mahu mengajak Farah Aqilah berbincang?Pasti ada sesuatu yang berlaku, telahnya.
***
[Kondominium Golf View, Pulau Pinang ~ 2015]
“Masih belum selesai lagi masalah kamu dengan Aqilah, Mus?”, tanya Encik Fuad kepada anak buahnya itu.Syamir berpaling menghadap Encik Fuad.Wajahnya yang keruh itu sudah cukup untuk menjawab soalan daripada Encik Fuad tadi.
Syamir menggelengkan kepalanya.
“Sebab itulah pak long suruh kau balik dari dulu lagi.Kau tak nak.Konon dah putus asa.Tengok sekarang siapa yang susah”, kata Encik Fuad sambil tangannya menghidupkan curut di tangan.
“Mana Mus tahu pak long dah jumpa Qila.Pak long pun tak cakap apa-apa pada Mus.Macam mana Mus nak tahu?Kalau Mus tahu, empat tahun dulu lagi Mus dah balik”, pantas Syamir membela diri.Sungguh.Menyesal juga rasanya sebab tidak mahu akur dengan pujukan Encik Fuad dahulu.Kononnya hendak memujuk hati yang kecewa kerana gagal bertemu dengan Farah Aqilah.Sehingga sanggup membawa dirinya ke UK.Rupa-rupanya dia hanya membuang masa selama ini.
”Kan pak long dah cakap yang Mus akan menyesal kalau Mus tak nak dengar cakap pak long.Mus aje yang tak nak percaya pada pak long.Ha.. Kan sekarang Mus dah menyesal.Tak ke betul cakap pak long dulu?”, selar Encik Fuad lagi.Sifat degil dan panas baran anak saudaranya yang satu ini sudah cukup dimakluminya.Sebab itu, kadangkala ’serbuk lada’ harus digunakan dalam percakapannya dengan anak muda itu.Biar dia rasa.Jika tidak entah bilanya dia mahu sedar.
”Yelah.. yelah.. Mus tahu Mus yang salah.Dah tu sekarang ini macam mana pak long?”, tanya Syamir bingung.
”Eh.. apa yang susahnya Mus.Kamu berdua pun dah berjumpa, kan? Minta maaf sajalah”, jawab Encik Fuad ringkas.
”Tak semudah itu pak long. Lepas segala apa yang Mus pernah katakana pada Qila dulu, Mus percaya dia mesti sangat membenci Mus. Lagi pun, Mus bukan saja nak kata kemaafan dari Qila tapi Mus..”, er.. Syamir tidak tahu bagai mana hendak menyatakan hasratnya.
”Kenapa? Mus nakkan Qila balik ke?”, tanya Encik Fuad sinis sambil mengangkat keningnya.Serta merta kepala Syamir tertunduk.Suatu keluhan berat kedengaran.
”Bukan ke Mus dah hina dia dulu?Lagi pun kau orang berdua tak pernah bercinta kan?Atau Mus nakkan Qila semula sebab rasa bersalah Mus pada dia? Kalau begitu baik tak payah Mus.Jangan siksa Qila..”, selar Encik Fuad lagi.Selama empat tahun Farah Aqilah bekerja dengannya.Selama tempoh itu jugalah Farah Aqilah sentiasa berada di dalam pemerhatiannya.Perubahan Farah Aqilah yang menjadi semakin ceria dalam tempoh itu memberitahunya bahawa kisah empat tahun yang lalu sudah mula dapat dilupakannya.Memang benar, pertemuan mereka itu adalah perancangannya.Itu semua demi mengurangkan rasa bebanan dosa yang ditanggung oleh Syamir selama ini.Namun, untuk membiarkan Syamir melakukan sesuka hati terhadap Farah Aqilah.Tidak sama sekali.Farah Aqilahkini telah dianggap seperti anaknya sendiri.
“Pak long, memang Mus rasa bersalah sangat dengan Qila tapi Mus.. Mus nak kan Qila semula bukan sebab tu..”, jawab Syamir takut-takut.Pendirian Encik Fuad yang nampaknya menyebelahi Farah Aqilah telah menyebabkan Syamir kurang berkeyakinan untuk membela diri.
Encik Fuad hanya tersengih.Tahu apa yang dirasai oleh anak buahnya itu.Namun, Syamir harus disedarkan dengan erti menghargai insan disekelilingnya.Bukan hanya memandang enteng pada orang lain dan hanya tahu mempergunakan orang lain sahaja.
”Sanggup Mus nak jilat ludah Mus semula?”, tanya Encik Fuad ringkas namun jauh menyusup ke dalam hati.Pedih sekali.
”Sudah-sudah la tu abang.Dari tadi saya dengar abang dok laser si Mus tu.Karang dia merajuk lagi dan lari balik ke UK tu kan payah”, celahan daripada Mak Long Nurul telah mematikan ayat Syamir untuk membalas kata-kata dari pak longnya tadi.
“Tak ada maknanya dia akan lari balik ke UK tu Nurul.Sauhnya dah berlabuh kat pejabat abang tu.Entah boleh ditarik balik entahkan tidak..”, balas Encik Fuad berseloroh.
“Oh ye ke?Sauh si Syamir ni tersangkut kat mana pulak bang?”, tanya Mak Long Nurul sambil ketawa.Sengaja membalas usikan daripada suaminya itu.Namun melihatkan wajah Syamir yang semakin keruh, Mak Long Nurul tidak sampai hati untuk terus-terusan mengusik begitu.
Perlahan dia mendekati anak buahnya itu.Lantas ditariknya menuju ke meja makan.Bahu Syamir pula ditepuk lembut.
“Dah jom kita makan.Jangan dilayan sangat kata-kata pak long kamu tu”, pujuk Mak Long Nurul sebelum bergerak menuju ke meja makan.Syamir akur lalu dia membontoti Mak Long Nurul ke ruangan makan.
***
“Qila, kau ke mana?”, jerit Hanim sebaik sahaja wajah Farah Aqilah terjengul di muka pintu.Handphone ditangannya diletakkan di atas sofa.Air mata yang galak mengalir sejak dia menyedari bahawa Farah Aqilah tidak pulang dari malam tadi disekanya.Lantas dia berlari memeluk Farah Aqilah.
“Aku risau sangat Qila.Tiba-tiba je kau hilang macam tu.Dah la handphone pun kau off.Kau ke mana sebenarnya Qila?Aku dah mula fikir bukan-bukan kau tahu.Si mamat kerek tu pun asyik call aku semalam tanya kau dah masuk office ke belum.Apa yang berlaku ni Qila”, Hanim melempiaskan rasa tidak puas hatinya.Namun, beribu kesyukuran tetap dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana Farah Aqilah pulang dengan selamatnya.
Muka Hanim yang keruh mencuka itu Farah Aqilah tatap sekilas.Lalu sebuah kucupan dihadiahkan dipipi Hanim.Itulah yang selalu dilakukannya untuk memujuk Hanim ketika merajuk.
“Sorry Hanim.Aku ke rumah Mummy In.Aku runsing sangat.Kalau boleh aku tak mahu siapa pun tahu aku ke mana.Sorry eh”, pujuk Farah Aqilah lagi.
“Qila, aku tau kau runsing.Aku tau kau ada masalah.Tapi masalahnya kau simpan semua tu seorang diri.Langsung tak mahu berkongsi dengan aku”, bebel Hanim lagi yang masih belum berpuas hati.
“Satu hari nanti aku bagi tau kau ye.Sekarang ni aku nak mandi dan rehat dulu.Letih la driving dari Johor sampai Penang nonstop”, Farah Aqilah sengaja melirihkan suara.Buat-buat manja.
“Hmm.. yelah-yelah.. Pergilah mandi.Dah tu tak ada oleh-oleh untuk aku ke Qila dari Johor?”, sempat lagi Hanim bertanya mengenai oleh-oleh untuknya sambil tersengih.
“Mana ada.Kan tadi aku cakap aku drive nonstop.Kalau tak berhenti macam mana nak beli oleh-oleh untuk kau”, usik Farah Aqilah.Serta merta muncung Hanim keluar dengan panjangnya.Ketawa Farah Aqilah melihatnya.Faham sangat dengan karenah Hanim itu.
“Adalah.. kau pergi buka boot kereta aku.Mummy In bekalkan Laksa Johor tadi.Sebab tulah aku drive nonstop.Takut basi.Kalau basi panjang pulak moncong kawan aku ni”, sambung Farah Aqilah lagi bersama tawa usikannya.
“Yes!!”, kata Hanim sambil melompat.Lantas dia berlari ke luar rumah untuk mendapatkan Laksa Johor tadi.Farah Aqilah menggelengkan kepalanya melihat telatah Hanim tadi.Macam budak-budak..!!
Ketukan di pintu telah menjemput Farah Aqilah pulang kembali ke rumah sewanya. Farah Aqilah berpaling ke arah pintu biliknya. Kelihatan Hanim yang sedang menjengah.
“Masuklah Hanim”, jemput Farah Aqilah.
Hanim masuk dan terus melabuhkan punggungnya ke katil Farah Aqilah. Teddy bear yang berada di atas katil tersebut diambil dan dipeluknya.
”Kau ok ke Qila?”
Farah Aqilah yang masih berada di tingkap biliknya mengeluh perlahan. Sudah lama tabiat itu ditinggalkannya. Namun, kemunculan Syamir petang tadi benar-benar menyesakkan jiwa dan dadanya.
”Aku ok je”, jawab Farah Aqilah lesu.
”Betul ke? Aku macam tak percaya je. Ni mesti ada something yang tak kena kan? Kenapa kau tiba-tiba je nangis petang tadi? Mesti fasal mamat kerek yang datang petang tadi tu kan?”, teka Hanim pula. Sungguh. Semenjak kejadian petang tadi, hati Hanim dilanda seribu satu pertanyaan. Harapannya pada malam ini adalah untuk mendapatkan barang satu jawapan daripada temannya ini yang agak perahsia orangnya.
”Mamat kerek?”, berkerut dahi Farah Aqilah mendengarkan kata-kata Hanim itu. Sebuah senyuman menguntum dibibirnya. Baru sekali Syamir muncul di pejabatnya, Hanim telah memberikan gelaran kepadanya. Hanim.. Hanim.. Gemar benar dia memberi nama gelaran kepada orang.
”Yelah. Mamat sepet yang jumpa kau petang tadilah. Apa dia nak? Kenapa tiba-tiba dia blah je mcm tu? Yang kau pulak sampai nangis-nangis. Apa kes?”, soalan bertalu-talu meluncur dari bibir Hanim. Mengalahkan tembakan M16 yang menggunakan auto mode.
Ada-ada sajalah gelagat si Hanim sorang ni. Selagi tak dapat, selagi itulah akan dikoreknya. Namun, kali ni aku mintak maaf Hanim, aku keberatan nak berkongsi cerita dengan kau. Biarlah rahsia ini berkubur sendiri. Tapi bolehkah?
Deringan telefon bimbit Farah Aqilah yang berada di meja kecil yang berada di sisi katilnya itu telah menyelamatkan Farah Aqilah daripada menjawab soalan bertubi-tubi daripada Hanim tadi. Hanim mengambil dan merenung sekilas nama yang terpapar pada skrin telefon tersebut.
”Mummy In”, kata Hanim ringkas sambil menghulurkan telefon tersebut kepada Farah Aqilah. Sebaik sahaja Farah Aqilah menyambungkan talian, Hanim memberikan isyarat kepadanya bahawa dia keluar dulu.
Selamat aku kali ini, desis hati Farah Aqilah sambil melayani Mummy In yang bertanyakan mengenai bajunya ditempah di kedai Ai Yin. Alamak baju mummy..!! Semua ini gara-gara Syamir Mustaqim.
* * *
[Blok MA5 ~ 2007]
”Ok lets go”, kata Syamir kepada Farah Aqilah. Kunci motor Kamal ditangannya dilambung-lambungkan. Farah Aqilah yang masih lagi enggan bersuara hanya mengikuti langkah Syamir menuju ke Markas Palapes yang terletak berhadapan dengan blok MA5.
Farah Aqilah menjeling tajam ke wajah Syamir. Walaubagaimana pun, perbezaan ketinggian antara mereka yang agak ketara menyebabkan Farah Aqilah terpaksa mendongak sedikit.
”What?”, tegur Syamir buat-buat tidak mengerti dengan jelingan mata tersebut.
”Sepatutnya kita jumpa pukul berapa Amir? Kau tahu tak, aku kelam-kabut bergegas dari kelas bila dapat call daripada Stap Usop tadi. Aku ingat apalah yang penting sangat. Rupa-rupanya dia suruh aku tolong kau fasal prosedur paper work ke Pusat Ko-Q. It’s unbelievable! Dah la tu 45 minit aku tercongok sorang-sorang kat bawah blok kau tu. Semua orang pandang semacam je kat aku. Boleh kau tayang muka selamba kau ni kat aku?”, marah Farah Aqilah tidak puas hati. Sungguh hatinya berang tatkala melihat wajah Syamir yang selamba tanpa sedikit pun riak rasa bersalah. Mentang-mentanglah aku selalu beralah dengan dia selama ini. Senang-senang je dia perkotak-katikkan aku. Huh! Tak kisah lah kalau aku memang katik sikit berbanding dia pun, rungut hati Farah Aqilah. ”Sorry.. Sorry.. Aku mintak maaf ye Qila. Aku bukan sengaja. Tiba-tiba je tadi Prof Maznah, lecturer PSM aku call suruh pergi jumpa dia. Terpaksa la aku pergi jumpa dia kejap. Alah kau jangan la marah. Engkau lain la Qila, kos kau ada satu PSM je. Kos aku ada dua PSM. Be consider la ?” panjang berjela Syamir cuba menegakkan benang yang basah.
“Yelah.. Aku tau kau sibuk dengan PSM satu kau but tak boleh ke kau sms aku cakap kau ada hal kejap? Tak adalah aku tercongok kat bawah blok lelaki ni berjam-jam. Semua orang pandang semacam je kat aku. Dah la selalu sangat diorang semua nampak aku kat sini dengan kau. Nanti diorang ingat kita ni dating pulak”, Farah Aqilah masih belum berpuas hati dengan tindakan yang kurang bertanggung jawab dari Syamir itu. Namun, segala bebelannya terpaksa ditelan dahulu apabila mereka tiba di hadapan Stap Usop yang sememangnya menantikan kehadiran mereka berdua semenjak tadi lagi.
”Hai, cantik Qila hari ni..”, tegur Sarjan Usop. Yelah mana tidaknya. Selalunya waktu latihan, mereka semua comot habis. Tak cukup dengan tu, busuk pula. Bak kata Tuan Ridzuan, ’kalau tak busuk tu bukan kadet namanya’. Farah Aqilah hanya tersenyum nipis mendengar pujian daripada Stap Usop. Malu pun ada sebenarnya. Jika diikutkan logik akalnya, tidak mahu dia muncul dihadapan insan-insan yang berada bersamanya kini dengan berpakaian sebegini. Segan. Tak sesuai rasanya. Selalu bukan main comot tetapi kali ini sedikit bergaya. Almaklumlah! Nak ke kelas..
Setelah mendengar sedikit sebanyak arahan dan permintaan daripada Sarjan Usop, bersama dengan hati yang berat Farah Aqilah berjalan beriringan bersama Syamir. Dalam mereka beriringan menuju ke motorsikal tiba-tiba mereka ditegur oleh suatu suara.
”Pheewwiiitt! Dating ke? Nak tengok sikit rupa awek si Syamir ni?”, jerit pemuda itu dan terus berlalu bersama motorsikalnya. Farah Aqilah buat tak tahu sahaja. Namun, dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesanya dia. Namun Syamir disebelahnya hanya tertawa kecil sahaja.
”Qila, aku segan sebenarnya nak jalan dengan kau ni”, kata Syamir tiba-tiba. Pantas Farah Aqilah berpaling menghadap Syamir.
”Kenapa pulak?”, tanya Farah Aqilah kehairanan.
”Tak adalah. Baju kau ni glamor sangatlah. Kau tak ada baju kurung ke? Kalau tak ada, mak aku banyak baju kurung. Kau nak tak?”, tegur Syamir sambil memperlawa. Entahkan ikhlas atau sinis? Farah Aqilah tidak dapat memastikannya.
Farah Aqilah menelek pakaian yang tersarung ke tubuhnya kini. Berbaju kebaya berwarna hijau gelap. Tudung berona senada. Namun kain songket yang sepatutnya menjadi padanan baju kebaya tersebut telah digantikan dengan seluar jeans bagi memudahkan pergerakannya yang selalu aktif. Ringkas rasanya. Apa yang glamornya? Farah Aqilah tidak mengerti.
”Apa? Baju kurung? Oh, tak apa terima kasih sajalah Amir. Dalam almari aku tu banyak baju kurung cuma aku saja yang malas nak pakai”, balas Farah Aqilah sekilas.
Mereka kini telah pun tiba di kawasan meletak motor blok MA5. Farah Aqilah menjeling kepada Syamir yang berada disebelahnya. Tak mahu bagi kunci motor ke?
Memahami akan jelingan mata Farah Aqilah itu, Syamir menyerahkan kunci motor Kamal kepadanya. Cubaan demi cubaan telah dilakukan namun motorsikal tersebut gagal untuk dihidupkan. Rintik-rintik peluh sudah mula membasahi dahi dan belakang baju Farah Aqilah. Namun motorsikal tersebut masih lagi begitu. Syamir yang berada di sebelahnya bukan sahaja tidak menolong malah asyik ketawa sahaja kerjanya. Melihat akan perubahan pada wajah Farah Aqilah, akhirnya Syamir merampas kunci ditangannya. Tidak disangka-sangka, dengan hanya sekali cubaan enjin motorsikal tersebut berjaya dihidupkan.
Ketawa Syamir makin galak. Sambil itu mulutnya masih lagi sempat menyindir Farah Aqilah. ”Itulah, kalau kau naik dengan aku tadi tak adalah kau berpeluh-peluh dan busuk macam ni”, usik Syamir sambil ketawa. Ketawa dan ketawa lagi.
”Kau gelak sekali lagi Syamir aku balik. Kau uruslah sendiri urusan kau dengan Pusat Ko-Q nanti”, ugut Farah Aqilah. Hatinya cukup berang mengenangkan Syamir yang begitu galak mentertawakan dia sedari tadi.
”Ops.. Ok.. Ok.. Jangan la Qila, kau kena tolong aku jugak. Kau kan tahu, aku mana pandai bab-bab paper work semua ni. Kau kan handal bab-bab ni. Tolong aku eh?”, pujuk Syamir kembali. Nampaknya ugutan Farah Aqilah tadi membuahkan hasil. Tahu pun takut.
”Yelah-yelah..”, malas Farah Aqilah hendak mendengar pujuk rayu daripada Syamir itu. Farah Aqilah sudah masak dengan sifat Syamir yang satu itu. Bermulut manis! Namun itu semua jika dia berkehendakan sesuatu sahaja. Jika tidak.. hanya Allah sahaja yang tahu. Mulut lepas.
Syamir hanya tersengih mendengarkan persetujuan Farah Aqilah itu. ”Benda senang pun tak boleh buat”, rungut Farah Aqilah di dalam hati.
* * *
Farah Aqilah melangkah bersahaja mengikuti langkah kakinya. Kebiasaannya dirinya akan turun bersarapan berdua bersama Hanim. Namun hari ini, disebabkan oleh kerunsingan yang melanda di hatinya telah menyebabkan Farah Aqilah turun ke bazar seorang diri. Farah Aqilah mendekati suatu meja yang kosong dan terus duduk disitu tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Dirinya masih lagi khusyuk dengan rasa hatinya. Entah ke mana, hilang sudah semangatnya untuk datang ke pejabat pada hari ini. Semua ini disebabkan oleh satu nama. Syamir Mustaqim. Kelibat seorang lelaki yang duduk dihadapannya telah membuatkan Farah Aqilah tersentak. Belum pun sempat Farah Aqilah bangun, tangannya yang berada di atas meja telah diraih dan dipegang erat oleh jejaka itu.
”Qila, we need to talk”, kata pemuda itu dengan wajah yang penuh harapan.
“Please..”, pujuk pemuda itu lagi tatkala melihat akan keenggangan Farah Aqilah untuk berbincang dengannya. Pegangan pada tangan FarahAqilah juga turut diperkukuhkan. Bimbang wanita itu merentap tangannya kembali untuk melarikan diri.
Setelah berfikir untuk beberapa ketika akhirnya Farah Aqilah akur. Tambahan pula, Farah Aqilah segan dengan insan-insan disekeliling yang khusyuk menyaksikan drama sebabak mereka tadi.
”Thanks..”, kata pemuda itu apabila Farah Aqilah duduk. Namun pegangan tangan tersebut masih belum dilepaskan. Farah Aqilah cuba menarik tangannya kembali. Tetapi kudratnya belum mampu melawan tenaga yang ada pada tangan kekar itu. Wajahnya masih lagi ditundukkan.
”Please Qila. Say something. You make me feel guilty if you terus duduk dan berdiam begini”, rayu pemuda itu lagi. Mendengarkan kata-kata itu, Farah Aqilah terus mengangkat wajahnya. Matanya tajam merenung ke anak mata pemuda itu.
”Apa lagi yang Amir nak dari Qila? Apa lagi yang Amir nak dengar dari Qila? Semuanya dah berakhirkan dan rasanya Amir dah tak ada hak nak sentuh tangan Qila sekarang ini”, kata Farah Aqilah bersama linangan air mata. Masih terasa pedih luka dihatinya akibat perbuatan lelaki dihadapannya ini.
”Qila, I’m sorry. Abang..”
”Huh! Abang..? Kau tak rasa ke kau dah tak layak nak guna perkataan tu pada aku sekarang ini”, potong Farah Aqilah pantas bersama suatu kata-kata yang berbisa.
”Qila.. Qila tak boleh emosi begini. Kalau kita terus beremosi begini sampai bila pun masalah antara kita tak akan selesai. Abang.. er.. Amir tahu ini semua salah Amir tapi Qila kena faham waktu tu Amir tertekan dengan keadaan”, ternyata Syamir cuba sedaya upaya untuk mendapatkan secebis pengertian daripada wanita dihadapannya.
”I don’t think so Amir. Waktu itu bukan sahaja Amir yang berada dalam tekanan. Qila juga. But why Amir sanggup tuturkan kata-kata penghinaan yang sebegitu pada Qila?”, balas Farah Aqilah. Sungguh Farah Aqilah tidak sanggup menghadapi semua ini sekali lagi. Untuk melupakannya sahaja Farah Aqilah perlu mengambil masa hampir empat tahun. Namun disaat dirinya sudah mampu tersenyum dan tertawa kembali, akhirnya Syamir Mustaqim muncul kembali. Apakah ada hikmah disebalik pertemuan ini?
* * *
[Pejabat Agama Johor, Johor Bharu ~ Disember 2008]
”Kau memang perempuan tak ada maruah. Tak ada harga diri. Perempuan tak tahu malu. Aku benci kau..!! Aku benci kau..!!”, herdik Syamir tatkala mereka berdua telah selamat diijabkabulkan. Jelingan matanya sahaja sudah dapat membayangkan betapa dirinya membenci wanita yang sedang galak menangis dihadapannya kini. Pujukan sabar daripada kadi yang menikahkan mereka tadi langsung tidak dihiraukannya.
Farah Aqilah bingung dan bercelaru dengan segala yang berlaku. Semuanya terlalu pantas. Entah dimana silap mereka? Entah siapa yang menganiayai mereka sehingga mereka terperangkap begini. Wajah lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya itu tidak berani dilihat. Namun begitu Farah Aqilah tahu betapa bencinya lelaki itu padanya ketika ini. Mummy In yang berada disebelahnya dipeluk erat. Hatinya terasa seperti ingin meraung. Namun hanya air matanya sahaja yang mengalir tanpa diiringi sebarang suara. Marah suaminya sedang berapi-api itu menyebabkan dirinya menjadi bisu.
Dapat dirasakan bahawa suaminya itu mendekatinya. Tiba-tiba hatinya terasa kecut lalu Farah Aqilah cuba mengecilkan dirinya. Dengan harapan dia dapat bersembunyi di mana-mana. Sungguh dia gerun dengan keadaan suaminya yang baru menikahinya itu.
”Hei perempuan kau dengar sini”, tegur Syamir kasar sambil dia menunjal kepala wanita yang sedang menangis itu.
”Kau ni memang perempuan murahan yang tak ada harga diri. Kau ni jugak adalah sehina-hina perempuan yang aku pernah jumpa. Malah lebih hina daripada pelacur aku rasa. Sanggup kau perangkap aku begini”, kata Syamir yang masih lagi menurut nafsu amarahnya.
”Amir..”, jerit Farah Aqilah. Tidak disangka, insan yang dahulunya bergelar sahabat itu sanggup memijak-mijak harga dirinya. Sungguh tidak disangka. Sedangkan dirinya juga turut terperangkap. Semua ini bukan rancangannya. Malah tidak pernah pun terfikir oleh akalnya untuk berkahwin dengan cara sebegini hatta dengan sesiapa pun.
”Apa? Hei, kau dengar sini. Tak ingin aku nak berbinikan perempuan murahan yang tak ada maruah seperti kau ini. Oleh itu, semua yang ada kat sini menjadi saksi. Aku ceraikan kau dengan talak satu”, puas rasa hatinya setelah melafazkan kata-kata itu.
Tertegak badan Farah Aqilah mendengarkan lafaz itu. Sekali lagi dalam sekelip mata statusnya berubah. Lima belas minit yang lalu, statusnya tiba-tiba berubah menjadi isteri orang tatkala mereka ditangkap dan dituduh berkhawat dan kini statusnya berubah sekali lagi menjadi janda berhias. Bergelar janda berhias dalam usia 22 tahun. Sungguh tak terjangkau oleh akalnya. Walaupun dirinya tidak mengharapkan apa-apa daripada perkahwinan paksa ini namun kini Farah Aqilah tidak betah lagi untuk bertahan. Akhirnya dia rebah dipangkuan Mummy In.
Syamir meraup wajahnya berkali-kali. Kisah tersebut berlaku hampir tujuh tahun yang lalu. Namun segalanya dirasakan bagi baru semalam. Setiap kali Syamir terkenang akan peristiwa itu, hatinya terasa bagai tersayat pilu. Rasa bersalah jatuh bertimpa-timpa pada dirinya. Kenapalah mulut aku selancang itu dulu? Itulah penyesalannya sedari dulu. Sedari dirinya mengetahui akan hakikat siapa dalang pada malam celaka itu dulu.
***
[Tasik Ilmu, UTM ~ 2008]
”Haha.. Padan muka diorang tu kau tahu. Puas rasanya hati aku bila dapat tengok wajah cuak diorang berdua waktu kena tangkap hari tu. Si Syamir tu ingat orang hadap sangat ke dengan dia”, tiba-tiba Syamir terdengar satu suara yang sedang berborak sambil menyebut akan namanya ketika dia sedang melalui satu pondok rehat di tepi Tasik Ilmu. Pantas Syamir bersembunyi di sebalik rimbunan pokok yang berada disitu. Entah mengapa hatinya bagai tertarik-tarik untuk terus mendengar akan perbualan mereka itu. Dalam kesamaran, Syamir cuba mengamati suara siapakah yang sedang berborak itu.
”Huh! Si Qila tu pun satu. Padan muka dia. Selama ni aku usha-usha dia langsung tak layan. Balik-balik dia berkepit dengan si Syamir tu. Entah apa yang lebihnya Syamir tu aku pun tak tahu”, balas suatu suara yang penuh sarat dengan hasad dengki.
Kamal?!!
“Wahaha.. Padan muka mangkuk berdua tu. Tak sangka rancangan kita nak perangkap budak berdua tu berjaya. Malah lebih dari berjaya sebenarnya. Bukan setakat reputasi budak berdua tu hancur tapi dengar katanya diorang sekarang ni dah bermusuhan pulak. Baru puas hati aku. Seorang berlagak bagus. Seorang lagi pulak berlagak hebat. Hah! Elok sangatlah tu”, kata-kata wanita itu disambut dengan ketawa terbahak-bahak dari Kamal.
Semua ini rancangan Ita dan Kamal?! Sungguh tidak disangkanya. Ita merupakan bendahari malah rakan sekelasnya dan Kamal pula adalah teman sebiliknya. Tiba-tiba segala kata-katanya terhadap Farah Aqilah tempoh hari terngiang-ngiang ditelinganya kembali. Ya Allah.. Bersalahnya aku.. Akhirnya Syamir terduduk di celahan semak itu sambil menangisi rasa berdosa di hatinya. Terasa seperti ingin mencium tangan wanita yang pernah bergelar teman dan isterinya itu demi memohon maaf. Namun apakan daya. Farah Aqilah ghaib tanpa sebarang berita setelah lafaz talak dituturkannya. Dari saat itu, Syamir sedar bahawa dia akan hidup dalam rasa berdosa ini ke mana sahaja dia pergi selagi Farah Aqilah belum dapat ditemuinya.
Me? Suka bersendiri tapi tak suka keseorangan. Mempunyai cita-cita dan anganan sendiri. Ibubapa serta semua insan yang dikasihi menjadi prioriti. Dan, hanya ucapan dan kata-kata menjadi ekspresi kepada diri.