Product from Adobe

Sabtu, Februari 7

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [7-Gila]


Hasil kesengalan bersama: Adra Adlina dan LeaQistina

Babak 7:


Lokasi: F4 Lounge


Suasana:




Dzikri dan Nashriq kini telah bertukar menjadi naga besar bersama yang mampu mengeluarkan bola-bola api.. (Dengar betul-betul ye.. bola-bola api.. bukan bola-bola cinta) Hidung mereka pula turut galak mengeluarkan asap tebal seolah-olah kebakaran hutan sedang berlaku.. (hehe.. mungkin juga bulu hidung mereka telah habis hangus akibat bara yang membakar dijiwa..)


Dzikri: Argh!! Sesuatu yang tak mampu diterima jiwa!! (Jerit Dzikri sambil menghentak sofa.. tak berani lagi hendak menghentak meja kerana tangannya asyik cedera kebelakangan ini akibat salah landing.. slalu terhentak di bucu meja.. sakit siot!)


Azim: Rilekslah. Apa yang kau marah sangat nih? (Bahu Dzikri ditepuknya perlahan.. membayangkan seolah-olah sedang memujuk bayi merajuk.. ya.. bayi.. bayi tua!!)


Dzikri: Relaks ko cakap?! Kau tau tak apa yang sedang kau perkatakan kepada aku sekarang? (Wah..!! Impressive.. Standard bahasa Dzirkri berubah ketika marah..) Bukan calang-calang benda yang masuk hospital kau tau.. Kereta aku.. Kereta kesayangan aku.. His.. Kalau aku dapat la siapa yang buat kerja terkutuk ni.. Memang teruk dia aku pimpin ke muka pengadilan.


Haritz mengangguk-angguk sendirian. Tidak faham dengan penyakit bahasa yang dihidapi oleh si Dzikri. Bahasa dah betul salah pulak pilih kosakatanya… Konpius.. Konpius..


Haritz: Hehe.. berbudi bahasa tol ko ek Dzik.. ni apa kes pimpin-pimpin.. Orang tu bukan nenek kebayan sampai nak kena pimpin.. Bukan pimpin.. heret daa.. (senyum sinis kembali menguntum.. wah.. bibir ‘bunga’ yang sedang berbunga.. hehe.. memang indah.. harapnya.. dan juga berbau harum. Erk..? harum ke?)


Azim hanya geleng kepala.. (Bilalah nak lulus anak murid aku nih? Gagal tol..)

Dzikri: Ah.. tak kisah la.. heret ke pimpin ke.. janji dia akan aku bawa ke wajah pengadilan.. (Dzikri menjungkit kening sambil berwajah sinis terhadap Haritz yang membawa maksud – Apa kau orang ingat aku tak pandai berbahasa..?)

Azim tepuk dahi.


Azim: Adoi la Enchek Dzikri oi.. memang la dulu waktu di sekolah cikgu kita pernah mengajar subtopik perkataan seerti dalam subjek Bahasa Melayu… Tapi muka pengadilan mana sama dengan wajah pengadilan…!!


Dzikri : Mana boleh tak sama?! Wajah dengan muka kan sama? Korang jeles la tuh, saja tak mau approve kehebatan aku dalam berbahasa..


Azim kembali menggeleng kepala… (Sungguh aku tak percaya..!!)


Belum sempat Azim kembali membuka mulut untuk memberi kata balas, tiba-tiba Nashriq bangun sambil menghentak meja.


Dum!!!


Bunyi meja bergema di seluruh F4 Lounge dan diikuti oleh suatu bunyi lain…


Bukk!! Adoi.. Kambing gemuk!!


Jatuh rahang Haritz tatkala melihat Azim bongkang di atas lantai bersama latah yang tidak ada kena mengena dengan topic yang sedang hangat diperdebatkan sebentar tadi… Sungguh. Jemaah dewan rakyat tidak dapat memahaminya…


Azim: Ape ni wei? Sakit buntut aku dowh!(tarik muka sambil gosok punggung yang cedera. Habislah patah tongkeng aku wahahaha)


Nashriq: Mahap.. Mahap.. Sorry Zim, aku tak sengaja.. (ucap Nashriq sambil menyilangkan tangan sambil menarik telinga. Lidahnya pula dijelir pendek sebagai tanda meminta maaf cara orang zaman dolu-dolu..)


Azim mengeluh keras sambil menjeling manja sambil menyampaikan maksud – Ok Nash, you are forgiven… (Aduh!! Tatkala melihat wajah comel itu yang sedang menarik telinga sambil menjelir pendek.. segala kemarahannya cair ibarat api yang tertanam di dasar gula-gula Halls.. Kecil tapi mendinginkan.. hehe..)


Nashriq tersengih lalu membalas melalui isyarat telipati.. (Thanks Zim, luv you always.. erk.. not luv yang gitu-gitu tau.. kita orang implement platonic luv? Erk.. valid ke.. keh.. keh.. keh..)


Nashriq : Erm.. apa yang korang nak susah-susahkan diri nak heret la.. nak pimpin la.. Korang lupa ke? Mengikut subseksyen 36(18)(c3/4) enakmen undang-undang persendirian F4 ada menyatakan bahawa setiap pesalah undang-undang F4 bakal berdepan dengan suatu pernyataan mandatori? (Ucap Nashriq penuh gaya.. Terbayang bahawa dia sedang menyarung jubah hitam, berambut putih bulat-bulat dan bercermin mata old school.. Gaya, Mutu, Keunggulan bagi seorang peguam..)


F4 : (Eyh? Dia cakap fasal apa ni? Satu-satu rahang mereka jatuh ke bawah.. hingga menitis air liur mereka.. punyalah kagum dan tak faham apa yang disampaikan oleh si Loyar Nashriq)


Nashriq : Erk? Napa pandang aku macam tu? Tak faham ke?


F4 : (Pantas mengangguk seperti belatuk yang sedang mematuk kayu..)


Nashriq : Lah.. tu pun tak tau.. “Kalau main kasar gerenti menang buat apa ada pengadil” Remember ayat tu? Ring any bell?


Dzikri: Hah!! (Jarinya dipetik langsung bergema ditelinga F4) Betul cakap ko.. Kenapa aku boleh tak ingat akta kita tuh.. Hurm.. Waktu tu, orang yang cuba cari fasal dengan kita pasti menyesal.. Kita juga boleh gunakan kekerasan!! Kekerasan kau tahu?! (Gayanya seperti gelagat Afdlin Shauki dalam cerita Soalnya Hati semasa dia cuba berlagak untuk melindungi Erra Fazira ketika diserang di Kubur Cina..)


Nashriq: Masa tu dia akan tahu, langit tinggi ke rendah.(pakai sunglasses semula. Mengukir senyuman paling hensem... Apa lagi kalau bukan senyuman Colgatelah.)


Bunga-bunga kebahagiaan yang terpancar diwajah F4 musnah tatkala mereka melihat Haritz mengangkat satu jari untuk bertanya.


Azim : Ko kenapa Ritz?


Haritz: Kejap la.. Korang ni senyum-senyum.. sengih-sengih.. Aku tak faham ni.. Apa maksud ayat tadi.. (Haritz mengangguk kepalanya laju.. )


F4: Adoi.. apa la kau ni? Maksudnya kalau dia boleh main kasar, biar kita jadi pengadil!(tunjuk thumbs up dengan muka confidentnya)


Haritz : Tapi masalahnya, dia tu siapa? (Haritz menggaru kepalanya yang gatal berketumbe)


F4 : (Erk.. betul juga.. hurm..)


Sementara itu, Intan Maisara melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka yang sangat bahagia dan bercahaya.. (Senyum seindah suria yang membawa cahaya.. Senyumlah dari hati duniamu berseri.. eceh.. lagu senyum mula berkumandang di jiwa) Riak bangganya tidak lagi dapat dinafikan. Puas hatinya kerana dapat mengenakan F4 sebentar tadi. Teringat gelagat Dzikri yang terloncat-loncat macam kera apabila kakinya sakit menendang pokok akibat geram yang melampau.. (Keh.. keh.. keh.. Senyuman jahat pula tersiat dibibirnya..)


Hati Intan pula bagai digeletek apabila mengingatkan wajah cemberut Nashriq apabila melihat body kekasih hatinya tidak lagi se’cun’ biasa. Hormon ketawa Intan kini melepasi paras bahaya lalu satu siri ketawa yang panjang meletus dengan hebatnya.. Kah.. Kah.. Kah.. Kah.. (36 pasang mata pantas tertancap ke wajahnya..)


Fuh!! Intan meniup urat-urat rambut yang jatuh ke dahinya (cover malu beb!! Lately keayuannya semakin menghilang.. huh!!) Dengan raut wajah yang tidak bersalah, Intan melangkah menuju ke tempat duduknya sambil memintal-mintal hujung dandan lipan rambutnya.





Intan telah selamat mendarat di kerusi miliknya. Pantas dibuka beg galasnya lalu dikeluarkan sebuah buku Kimia. Intan perasaan ada satu penanda yang terdapat di celahan muka surat buku tersebut. Secepat kilat Intan membuka bahagian yang telah ditanda – Nota Maut F4.





Demi melihat nota maut yang tertera perkataan F4, tawa Intan meledak semula. Genjatan ketawa yang dilakukannya tadi kembali bergolak semula. Intan ketawa semahu-mahunya. Adegan gelagat F4 tadi kembali terpapar diruangan mata. Intan ketawa, ketawa dan terus ketawa. Sakit perutnya dan meleleh air matanya. Namun itu semua tidak dihiraukannya. Apa yang penting, hatinya puas…


Ketawa Intan yang pada mulanya berdekah-dekah kini beransur berubah seperti mengilai. Meremang janggut dan bulu hidung warga kelas. Ada pula yang sudah mula gatal mata kerana menahan rasa seram yang mula menjelma.


Satu kelas kini sudah mula tertanya-tanya.. Apakah yang telah menyampuk Intan Maisara? Akibat tidak berani mengambil sebarang risiko maka satu-satu warga kelas 1 Apa pandang-pandang? terus meninggalkan kelas mereka. (Hmm.. nama yang unik bagi sebuah kelas – Tahun 1 Apa pandang-pandang? Nama kelas di Kolej Lavender memang sangat unik.. Nama lain bagi kelas yang terdapat di sana adalah Lu Mau Mati Ka?; Toin.. toin.. Kantoi; dan Kelas Sepuk kang..!!)


Pelajar 1: Dia ni ada tekanan perasaan ke?(mulut terjuih-juih. Nampak sangat mengumpat)


Pelajar 2: Entah? Tak pun mereng sebab dah penat perang dengan F4 (makin terjuih bibirnya apabila melalui Intan Maisara. Namun mulutnya ditutup dengan tangan, bimbang disumbat Apollo Rokka oleh Intan Maisara lagi.. hehe..)


Pelajar 1: Erm.. kalau bab tu baik kita jangan masuk campur.. Nanti tak fasal-fasal kita skali hancho.. (Pantas sahaja mereka meninggalkan Intan Maisara seorang diri..)


Sementara itu, keadaan di F4 Lounge menjadi sedikit saspen apabila Peon, informer setia mereka tiba-tiba sahaja melaporkan diri. Dzikri terkaget seketika.


F4: (Aik, bukan patutnya Peon ke yang gentar tapi kenapa pulak si Dzik ni pulak yang macam cicak tertelan kapur barus?)


Peon : Bos, sorry for reporting so suddenly without any prior notice (cewah.. Peon cuba untuk speaking.. nasib baik speaking.. silap-silap jadi skipping lak.. ahaks..)


Dzikri : Ehem..(Membetulkan tekak yang rasa tercekik.. Baru perasan yang dia tak sepatutnya jadi cicak depan Peon) Erm.. tak pe.. Hah, apa kes datang ni?


Peon : Intan dah gila.


Dzikri : Gila!! Gila ke Intan gila? Mana mungkin gila.. Gila.. Gila.. tak mungkin gila..


Berputar mata F4 mendengarkan perkhabaran indah yang baru mereka terima tetapi putaran mata mereka menjadi dua kali ganda apabila mendengar kata-kata si Dzikri.


Azim : Erm Dzik, ko tengah praktis tounge twister ke?


Haritz menggelengkan kepalanya tanda setuju.


Dzikri: Argh!! Aku tak percaya.. Dia tak boleh gila!! Dia belum terima lagi balasannya.. Maruah bontot aku nih masih belum terbala.. (marah Dzikri tanpa mengendahkan teguran dari Azim)


Peon : Maksud bos, bela? (spontan sahaja mulut Peon melancarkan bicara)


F4 menepuk dahi bersama-sama. (Memang cari fasal la budak sorang ni. Berani dia tegur si bapak naga nih.. isk.. isk.. isk..)


Tajam mata Dzikri mencerlun marah tepat ke wajah Peon. Automatik lutut Peon menggeletar sendiri. Pundi kencingnya pula tiba-tiba terasa penuh. Pantas Peon menunduk sedikit tanda hormat sebelum berlalu. Namun sebelum itu sempat dia menggedikkan jari kelingkingnya kepada F4 sebagai isyarat dia dah tak tahan nak terkencing.


Nashriq: Kau janganlah melenting. Kalau dia gila, lagi senang kerja kite. Tapi takkan kita ni kejam sangat sampai dah buat anak orang mereng?(Erm.. tapi lately bukan kita ke yang asyik jadi mangsa?! Garu-garu dagu. Gatal la janggut nak tumbuh. Esok lusa kena cukur balik.)


Haritz hanya mengangguk-It doesn’t make a sense. Huh!


Dzikri tidak berpuas hati. Hatinya terdetik sesuatu tatkala dia mendapat berita mengenai kegilaan Intan. Nak dikatakan senang tidak juga, nak dikatakan risau pula untuk apa? Entahlah… Dzikri sendiri tidak mengerti namun yang pasti kebenaran perlu dia terokai sendiri. Lantas, dengan secepat Keluang Man Dzikri berlalu menghilangkan diri.


F4: (Erk? Mana pula dia nak pergi?)


Azim dan Nashriq hanya angkat bahu dan membuka langkah untuk menuruti langkah Dzikri manakala Haritz pula seperti biasa, mengambil masa untuk membuka langkah slow motionnya.


Dengan langkah yang gelojoh Dzikri membawa haluan langkahnya menuju ke kelas 1 Apa pandang-pandang? Motifnya hanya satu – mengetahui hakikat sebenar kondisi Intan Maisara.


Dzikri: Wei! Kau dah gila ke?(bertempik macam tarzan..nasib baik takdek aaaaa….)


Intan: Eyh?(terkejut Intan mendegar suara yang menempik tiba-tiba dihadapan pintu kelasnya. Namun, tatkala terbias sahaja raut wajah Dzikri di kornea matanya, ledakan ketawa Intan kembali meletus. Kenangan yang cuba dilupakannya sedari tadi kembali menjengah..)


Dzikri bengang apabila melihat Intan yang begitu galak mentertawakan dirinya. Argh!!! Ini tak boleh jadi.. Lantas jari-jemari kasarnya mencubit pipi Intan sekuat hati..


F4: (Eyh? Betul ke ni?)


Azim dan Nashriq terkebil-kebil sambil menggenyeh mata mereka beberapa kali. Haritz yang baru sampai pelik melihat aksi kedua sahabatnya.


Haritz : Erm, aku ada tertinggal something yang penting ke? (Dengan muka sengal-sengal bodoh Haritz bertanya)


Azim dan Nashriq menepuk dahi sahaja. Malas hendak melayan karenah Haritz slomo nih…


Intan: Argh! Sakitlah bodoh!(pantas tangan Dzikri yang masih mencubit pipinya ditepis)


Dzikri: Apa kau cakap? Ulang sekali lagi! (gelagat melawan Intan benar-benar mencabar hati lelakinya.. Lantas pipi mongel Intan dicubitnya lagi sekuat hati)


Intan: Eh, sakitlah bodoh! Aku cakap kau bodoh, bodoh., bodoh dan bodoh.. Apa pegang-pegang ni, haram la bukan muhrim!! (Intan terjerit-jerit sekuat hati demi melepaskan rasa geram yang mula membuku dijiwa)


Dzikri tersentak. (Alamak!! Sarung tangan aku..) Mukanya dibiar pada raut wajah selamba tetapi tangannya perlahan diseluk ke dalam poket untuk mengambil sarung tangan plastik yang sering dibawanya (perisai untuk menepis Siti Hanim). Matanya tidak lepas merenung wajah Intan dihadapannya.


Intan : Apa pandang-pandang? Mata tak ada insuran ke atau dulu ko tak belajar agama? Pandangan kali pertama rezeki pandangan seterusnya dosa tau!! (jerkah Intan lagi.. Hakikatnya Intan sendiri segan apabila mata bundar Dzikri tidak lepas dari memandang wajahnya. Terasa hangat sebentar pipinya.. Tapi hangat bukan sebab malu tapi hangat sebab dipicit kuat oleh Dzikri tadi..)


F4 membulatkan mata. Tidak sangka si kenit Intan berani untuk menengking, membentak serta memberikan ceramah agama buat Dzikri. Dan, hampir terkoyak kelopak mata mereka apabila melihat gelagat Dzikri yang tersengih-sengih tanpa sebarang riak marah.


F4 : (Aik, apa dah jadi ni? Dzik dah angau ke? Sekarang siapa yang gila? Intan atau Dizk?)


Intan: Eii.. ko ni tak faham bahasa ke? Jangan pandanglah!! Patutnya aku baling batu kat muka kau macam aku baling kat kereta kesayangan korang tadi (Alamak.. Intan menggigit bibir.. Terlepas kata sudah..)


Dzikri : Erk.. Kau?! (Sungguh Dzikri speechless)


F4: (Hah?!! Sungguh mereka tidak mampu percaya…)

Rabu, Februari 4

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [6-Nahas]


Hasil kesengalan bersama : Adra Adlina dan LeaQistina

Babak 6


Lokasi: Kolej Lavender


Situasi:



Dzikri mematikan enjin BMW Z4 Roadster dengan senyum sinis. Puas hatinya melihat Mona Sekera merangkap karya agung sentuhan Azim dan Nashriq. Sebentar lagi semua pelajar akan tahu apa yang sepatutnya mereka perlu tahu.


Kereta itu diparkir sesuka hati. Haritz yang berada di sebelahnya tersengih bodoh. Seketika kemudian, ketibaan Mazda RX8 menyusul.




Kenderaan mewah itu dibiarkan tersadai. Keluar Azim dan Nahsriq dengan muka sememeh. Mengantuk mereka belum hilang. Selalunya nombor paling awal yang ada pada jam loceng mereka adalah nombor enam dan lapan. 6.40 pagi? Na.. apa kes bangun kol 6.40 pagi, diorang bukannya keje orang gaji hingga perlu bangun sebegitu awal pagi. Sudah semestinya mereka akan bangun ketika jam menginjak pukul 8.30 pagi (lepas tidur balik after Subuh la.. Ape korang ingat kita orang jenis tak solat ke?)


Dzikri menelek muka jamnya. (Lawan, muka sapa lagi lawa.. keh.. keh.. keh.. bukan da.. mesti la nak tengok jam pukul berapa..?) – 8.00 pagi.


Dzikri: Wow! (Jerit Dzikri dengan nada yang penuh dengan keterujaan!!)


Berkerut dahi F4 mendengar jeritan Dzikri yang tiba-tiba.


Azim : (Jungkit kening – nape woi?)


Haritz : (Angguk-angguk saja seperti biasa – konpius)


Nashriq : (Jegilkan mata – apa kes jerit-jerit?)


Dzikri membuat aksi keterujaan yang tidak terkawal sambil menayangkan muka bahagia dan bangga.


Dzikri : Aku bangga dapat kengkawan macam korang yang setia pada F4. Sanggup bangun awal semata-mata nak membala maruah muka F4 yang dah dipenyek-penyek oleh si kenit Intan. Aku bangga.. Aku bangga.. Korang semua nampak begitu bersegamat sekali.. (ucap Dzikri sambil tergedik-gedik. Pantas dia memeluk sorang-sorang geng F4)


F4: (Eyh? Pagi-pagi ni patutnya otak fresh lagi. Tapi dia ni? Hmm…)


Azim: Emm… bukan Segamat lah mangkuk!! Segamat tu dekat Johor. Tapi semangat. S.E.M.A.N.G.A.T (siap eja lagi. Baik betul cikgu bm ni.) Lagi satu, air muka. Ada faham? (lagi-lagi itu yang perlu aku ajar. His tak makan ajar tol la..)


Dzikri: (Erk.. ye ke?) Ah.. mana-mana pun boleh la.. same jek..


Nashriq: One more… membala ke membela?(tersengih-sengih) So apa perkembangan pagi ni?


Dzikri: Ah! Apa-apa jelah. Mana aku tahu, dia mana datang lagi. Tak tahu pukul berapa kelas minah tu. Dia kan freshie. Tak sama waktu ngan kita.


Nashriq: Dah terbazir masa tidur aku kat sini. Hampeh tol la kau ni Dzik (buat-buat marah.)


Tiba-tiba mereka semua dikejutkan dengan bunyi sesuatu terhempas. Mesti besar benda tu!


Azim: Eyh? Mana geng kita sorang lagi? Dzik, Haritz bukan dengan kau ke?(jungkit kening. Kehairanan. Macam mana Haritz yang tinggi macam tu pun dorang boleh tak nampak.)


Nashriq: Erk? Boleh pulak dia tidur atas rumput macam ni. Budak ni, sehari nak tidur dekat lima belas jam ke? (membebel tapi terkejut bila sedar rupa-rupanya barang jatuh tadi kawan dorang sendiri. Haru kejap)


Dzikri: Weh! Bangun!


Haritz terpisat-pisat. Dia masih mamai.


Haritz: Lembutnya bantal.(padahal dia baring atas paha Dzikri)


Dzikri: Apa pulak bantal? Ini paha aku. Sengal!


Tanpa komprominya, Dzikri menolak Haritz yang sedang terbaring itu ke atas rumput. Terus mamat bertuah tu sedar. Tak jadi tidur. Dia mengangguk-angguk.


Nashriq: Kau tidur pukul berapa semalam?


Haritz: Pukul tujuh, lepas tu aku bangun solat Maghrib. Tidur semula, dan bangun lagi pukul lapan lebih untuk solat Isyak. Pastu aku terus tidur. Pukul 7 terpaksa bangun. Sebab ada ‘jam loceng’ kejutkan.(merujuk kepada Dzikri yang beria menghantar mesej kepada mereka untuk bangun awal pagi)


Azim: Berapa banyak kau punye tidur daa. Buruk perangai (sambil tergelak. Mengutuk tak agak-agak)


Masing-masing terpaku di taman itu. Menghayati pemandangan pagi yang sungguh indah. Sambil sesekali menghirup udara segar yang nyaman, tenang rasanya. Moral of the story, lanun macam dorang pun perlukan keamanan.


Intan terkejar-kejar untuk melangkah masuk ke perkarangan kolej. Namun serta merta dia menekan brek manual.(tapak kasut lorh) Selepas itu, dia berpaling semula ke belakang untuk memastikan kesahihan matanya. Adakah penglihatannya sedang menipu?


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hulurkan tangan, ringankan beban.


Saya Intan Maisara memohon kepada semua supaya membantu meringankan beban saya bagi menampung yuran pengajian kolej yang semakin meningkat. Tolonglah!! Berilah sebarang kerja. Saya sanggup melakukan walau apa saja kehendak anda asalkan saya dibayar dengan upah yang LUMAYAN!!


Intan : (Eyh!! Bila masa pulak aku ada mengiklankan diri sendiri untuk mohon kerja nih?)


Buntang mata Intan membaca ayat yang tertera pada iklan di hadapannya. Berkali-kali ayat-ayat itu diulang baca. (Tak Mungkin!! Jerit hati Intan)


Tak guna!! Ini mesti kerja setan empat ekor tu.. Apa diorang ingat aku ni kecik so aku senang dibuli. Dasar tak tahu hakikat gajah dengan tikus. Aku gigit telinga baru tahu (Di ruang matanya terbayang keempat-empat geng F4 lari bertempiaran apabila beberapa ekor tikus mahu menggigit telinga mereka.. kah.. kah.. kah.. Intan maisara pula berkuasa kini..)


Zupp!! Bayangan anganannya tadi musnah apabila ada suatu suara sumbang tahap giga yang menyapa telinganya.


Pelajar 1: Eh? Bukan ke kau yang dalam poster tu? Sanggup lakukan apa saja asalkan kau dapat upah lumayan (keningnya digerak-gerakkan seolah-olah keningnya gatal akibat digigit ulat bulu.. Erm.. ulat bulu ada gigi ke?) Jom la ikut I sayang.. (matanya dikedip-kedip beberapa kali. Mulutnya pula membuat aksi ala-ala hendak mencium Intan)


Intan: Ah!! Bedebah tak guna.


Belum sempat Intan hendak menepis aksi gatal lelaki miang dihadapannya muncul pula seorang lagi mamat gatal di situ.


Pelajar 2: Kalau tak pe kata you ikut I je.. (Ucapnya sambil membelai lembut pipi Intan)


Intan : Tak guna!! Korang ingat aku ni tak ada maruah?!! Nak amik kau.. (Dua das tendangan bontot dilancarkan.. Terkepit-kepit kedua-dua lelaki gatal tadi lari meinggalkan Intan. Malu kerana ‘ditendang-bontotkan’ oleh seorang perempuan di hadapan khalayak)


Dengan suhu kemarahan yang mencecah 100 darjah celcius bersama kehadiran wap-wap geram yang melebihi suhu maksimum bagi sebuah termometer makmal biasa, Intan mencarik-carikkan hasil karya Mona Sekera yang berada dihadapannya. Dalam keghairanannya mencarikkan iklan dihadapannya dengan sepuas hati, matanya sempat tertancap pada tandatangan bersama yang terdapat di sudut bawah iklan.


Lots of luv: Nashriq & Azim F4 4 eva :)


Intan semakin panas. Dikoyak kertas iklan dihadapannya dengan sepenuh hati. Kemudian, perca-perca kertas tersebut dikutip untuk dicampakkan ke dalam Tong Kitar Semula yang berwarna biru (Erm.. betul ke warna biru? Jap aku nyanyi.. Merah untuk kaca, biru kertas punya.. tin untuk jingga dan plastik juga.. Hah.. sah.. betul dan tidak syak lagi..) Langkah kakinya terus dihayun menuju ke kelas. Setibanya dihadapan pintu kelas, kehadirannya disambut oleh Siti Hanim four.


Hanim: Aku tak sangka sekolah ni ada pengemis. Memang tak layak masuk ke sini..


Tania (Hanim four): Tengok sekali pun dah tau.. Sudahlah kolot, tak up-to-date, murahan plak tu..


Dan seperti biasa, formasi wajib Siti Hanim four akan mengambil tempat. Ketawa gaya gedik dan diikuti oleh gerakkan jari-jemari yang menutup mulut. Suatu gaya yang sungguh memualkan.


Intan makin geram. Suhu hatinya naik mendadak berkali-kali ganda. Pecah sudah termometer yang menjadi penyukatnya tadi. Kertas yang sudah hilang bentuk dan rupa ditangannya digumpal-gumpal.


Intan: Owh..!! Seronok ya ketawa.. Nah amik kau..!! (Serta-merta gumpalan kertas yang berada ditangannya disumbat ke mulut Siti Hanim dan Tania. Gayanya seolah-olah menyuap coklat Apollo Rokka pada mereka berdua)


Geng Siti Hanim four : Hanim!! Intan!! (Pantas sahaja dua ekor lagi geng suruhan Siti Hanim mendekati Hanim dan Intan yang kenyang disuap bebola kertas dengan penuh kasih sayang oleh Intan.. hehe..)


Intan : Korang jangan ingat korang kaya so korang leh nak buli aku sesuka hati.. Ingat!! Ni amaran terakhir dari aku.


Setelah menuturkan kata amaran buat Siti Hanim four dan juga buat ahli kelas yang lain, Intan terus mencari sasarannya yang seterusnya. Matanya meliar, cuba mengesan pergerakkan ahli geng F4 – si bedebah!!


Dia naik semput mencari F4. Sedang asyik melilau, barulah perasan ada dua buah kereta mewah tengah tersadai kat tengah taman. Intan dapat idea bernas. Tahulah nasib kereta kesayangan korang!




Nashriq mencabut sunglasses jenama Guess nya. Biarkan mata menikmati bahang matahari di tengah padang yang lapang menghijau dengan bahagianya. Sedang cuba melelapkan mata semula, kedengaran bunyi seperti sesuatu sedang diketuk. Dia mengenakan sunglasses dan tergesa-gesa bangun. Membuatkan Dzikri yang hampir tertidur terbangun sama.


Nashriq: Adoi mummy! Kereta Aku! Darling! Poor my Mazda…(Terlongo. Tak tahu nak cakap apa bila nampak biji-biji batu menghentam pintu kereta.)


Dzikri: Argh! Kereta aku pun kena dowh! Beruk mak yeh mane yang buat dajal ni?(geleng kepala. Lemah lutut bila tiba bab kereta kesayangan diapa-apakan.)


Nashriq: Ni bukan beruk. Beruk tak pandai baling-baling batu ni. Ni beruk rambut hitam. Hish! (Bentak sambil hentak kaki. Tak macho sungguh.)


Dzikri: Aku tak peduli! Aku mesti cari orang ni sampai ke lubang cacing. Mesti!(kepal kepal penumbukWah! Bila marah elok pula bahasanya..)


Intan tergelak sampai sakit perut bila nampak Nashriq macam nak melalak sambil peluk-peluk kereta dia. Lots of luv konon…! F4 4 eva? Nah.. Sekarang amek kau nyer F4 4 eva! Si Dzikri lagilah tak boleh blah, tendang-tendang pokok yang ada dekat-dekat situ. Kan dah dapat sakit kaki. Best kan? Haritz dah Azim yang baru bangun bila menyedari kekecohan dua sahabat mereka terkebil-kebil.


Azim: Aku dah tertinggal detik-detik penting ke?(wah! Gile skema ayat)


Dzikri: Kau tengoklah sendiri.(juih mulut ke arah kereta.)


Terbuntang mata Azim. Haritz genyeh biji mata. Macam tak percaya.


Haritz: Hujan batu ke tadi?(muka dah konpius, nak senyum tapi cover)


Azim: (Matanya buntang - What the hell is this? Hilang kata-kata)


Dzikri : Argghh!! #$%%!@#$%.. (Dia bukan mencarut atau menuturkan kata-kata kesat, cuma meluahkan rasa hatinya dalam bahasa pelat grade 15)


Haritz dan Azim saling berpandangan. Ah… Nasib baik bukan kereta kita orang yang kena.. Keh.. keh.. keh.. (Hati mereka ketawa senang hati.. Mulut mereka pula sedaya upaya dikawal agar ketawa di hati tidak membuahkan senyuman di bibir.. Pergh!! Ayat sastera siot!! Jangan la mamat berdua tu nampak.. Kalau tak mau kena plangkung kita orang nanti.. )


Isnin, Februari 2

Fantasi Alam Cinta [Prolog]


“Mami, tengok la Azam ni dia suka sangat kacau Syiqah…,” Syiqah menjerit memanggil mamanya. Kelam kabut Puan Saodah berlari mendapatkan anaknya. Budak-budak itu bukan boleh di biar lama, ada sahaja benda yang hendak digaduhkannya. Sejak kecil lagi Azam dan Syiqah memang tidak boleh dekat.


Setibanya dia di ruang tamu rumah, kelihatan Azam sedang menjengket tinggi sambil menjulang buku ditangannya. Syiqah pula dengan sedaya upaya cuba untuk mendapatkan kembali buku kesayangannya. Puan Saodah menggeleng kepala melihat gelagat anak-anaknya.


“Azam, sudahlah tu pulangkan buku Syiqah. Usik lama-lama nanti nangis pula baby Mama Odah ni,” ucap Puan Saodah dengan lembut sambil tersenyum. Syiqah mencerlun marah pada mamanya kerana mengejek dirinya di hadapan musuh tradisinya, Azam.


Azam hanya tersengih pada Puan Saodah tanpa wajah bersalah. Sempat juga dikenyitkan matanya pada Syiqah demi menyampaikan maksud “Mama Odah pun sayang Zam, so tak kisah…” Syiqah menghentakkan kakinya tanda tidak berpuas hati.


Azam. Musuh tradisinya sejak zaman kelahirannya lagi. Beza umurnya dengan Azam cuma dua tahun. Mamanya mula mengasuh Azam sejak dirinya berusia empat bulan. Oleh sebab itulah Syiqah selalu menggelarkan Azam dengan gelaran ‘Musuh Zaman Kelahiran’. Seingat Syiqah, sejak hampir sepuluh tahun yang lalu tidak ada satu hari pun hari-harinya sunyi dari usikan dan gangguan dari Azam. Pantang Azam untuk melihatnya senang, pasti ada saja modalnya untuk mengocakkan ketenangan hari Syiqah. Syiqah benci apabila diganggu begitu tetapi Syiqah juga benci apabila dia keseorangan dan kebosanan seorang diri tanpa kehadiran Azam.


“Azam, please give back my book!” bentak Syiqah. Hatinya sebal. Jarang sekali mamanya hendak menyebelahi dirinya. Paling-paling tidak mama hanya tersenyum melihat keletah Azam yang seronok mengusik dirinya.


“Aha… Nope, kalau nak jugak try la dapatkan buku ni dari tangan Zam,” sengaja Azam menjengkit lebih tinggi tatkala Syiqah cuba melompat untuk mendapatkan buku yang berada di tangannya.


Buku tersebut adalah buku kegemarannya. Hadiah daripada mamanya dua tahun yang lalu. Wajah Syiqah makin keruh, hanya tunggu masa saja untuk empangan air matanya pecah.


Puan Saodah menggeleng sambil tersenyum. Azam dan Syiqah memang suatu kombinasi yang tepat. Azam jenis yang kuat mengusik dan juga rajin memujuk, manakala Syiqah pula jenis yang cepat merajuk dan menangis. Oleh sebab itulah Puan Saodah tidak pernah mengambil kisah andai kedua-dua anaknya itu saling bertelingkah kerana dia tahu tidak ke mana rajuk dan marah keduanya.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


P/s: Apa pendapat kengkawan mengenai intro bagi cerita ini? Sila-silalah komen ek.. Hurm.. mengenai citer CSBK.. wat masa ni Lea tak dpt smbg lg.. idea sangkut kat mana ntah.. huhu.. sorry ek.. So, komen la citer ni dulu.. sama ada menarik, kurang menarik dsb.. lea nantikan komen dari kengkawan semua.. thanx..

Rabu, Januari 28

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [5-Berita Gumbira]


Hasil kesengalan bersama : Adra Adlina dan Lea Qistina.

Babak 5:


Lokasi: Di dalam bilik yang menempatkan kolam air panas kesayangan Dzikri Ikmal.



Kolam Air Panas kesayangan Dzikri



Suasana:


Dzikri menggigit-gigit bibirnya. Sesudah melakukan fasa mesyuarat tergempar dengan ahli F4 lain semalam, dia kembali bersemangat. Ada keazaman meresap dalam dirinya. Tahulah dia macam nak uruskan si kecil molek Intan Maisara tu.


Tengah syok berangan dan berenang gaya dugong terkerat ekor, tetiba je pengurus rumahnya, Samat masuk menerjah. (Ala-ala Abang Naz dalam segment Terjah!!)


Pucat sekejap muka Dzikri. (Mujur aja aku tak ada melakukan ‘aksi-aksi yang biru’. Kalau tidak pasti malu di situ..)


Bulat mata Dzikri merenung Samat. Marah. Sudah berkali-kali dipesannya pada Samat, “Jangan lupa diketuk sebelum masuk. Namun Samat tetap tidak faham bahasa. (Agaknya dia tak sekolah kot dulu!!)


Samat: Tuan Dzik, Tuan Nashriq telefon.


Dzikri: Bak sini handphone saya. Lain kali jangan main terjah jek. Kan saya dah pesan, jangan lupa diketuk sebelum masuk. (Buat sekian kalinya Dzikri memberikan peringatan pada Samat. Wajahnya dibengiskan tapi suaranya yang keluar tiba-tiba saja menjadi kecil.. Alahai..)


Samat: Ba.. Baik.. Tuan Dzik.(Ucap Samat dengan ga.. ga.. gagap.. huhu.. penat nak habiskan satu perkataan.. Tangannya pula menggigil-gigil ketika menghulurkan telefon bimbit kepada Dzikri)


Tajam mata Dzikri yang merenung wajah Samat, telah membuatkan lidah Samat hampir kelu tetapi hatinya pula.. (Alamak!! Rasa tersipu.. hampir-hampir blush pipinya.. hehe..)


Samat: Tuan, sa.. saya minta diri dulu.


Dzikri : Huh! Pergilah.. (ucap Dzikri endah tak endah..)


Samat terus berlalu sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada Tuan Mudanya.


Dzikri : Hoh! Yo.. Assalamualaikum.. Apa kes?!


Nashriq: Hei, ada berita nak kasi tau kau! Baik punya berita.. Kau kena tahu ni.(beria betul gayanya)


Dzikri: Hah, berita? Apa-apa, cepatlah cakap. Aku dah teraju giller dah ni! (separuh mendesak saja nada suaranya)


Nashriq pandang handphone sambil mengeluh. Buta kosakata betul la mamat sorang ni. Nasib baik cikgu bahasa takde.


Nashriq: Ehm, ye aku tahu kau teruja sangat-sangat. Ini yang aku nak bagi tahu. Untuk esok semua setting da siap pasang. Memang kena teruklah minah sorang tu esok. Wahuwahuwahuwa.. Mesti terdesak habis punyalah!! (topeng bertanduk mula tersarung di kepala mereka)


Dzikri: Woooohooo! Aku gumbira. Bahagia… baguslah orang macam dia tersedak! (Dengan penuh yakin dan bersemangat waja Dzikri berkata-kata)


Dia menjerit macam nak bersimbah air dari kolam. (Eyh? Teruja erk? Bukan teraju ke? Apa-apa jelah.)


Nashriq alih handphone dari telinga. Bingit gile! Bape oktaf pitch yang mamat ni guna? Nasib baik tak pecah gegendang telinga aku ni.. Tu tak kira lagi kesan pada koklea, tingkap separa bulat dan juga kornea aku (Eyh!! Kornea kat telinga ke?) Kalau tak terpaksa la aku bertapa di Gua Gendang untuk memulihkan kembali deria pendengaran aku nih!!


Nashriq: Ha, memang padan muka pun dengan muka dia.. Lepas ni confirm dia ‘terdesak’ untuk berhenti kolej punya.. Lu caya la cakap wa.. Hmm.. Okeyla, Dzik. Jumpa esok. Chow!(sengaja dia menekankan perkataan terdesak supaya Dzikri mendapat klu mengenai kemerengan kosakata bahasa Melayunya. Mujurlah Azim tiada di sini, kalau tidak panjanglah pulak aktivti virus dan anti-dotnya ni.. Adoi la.. Nashriq geleng kepala.)


Dzikri: Ok.. Chow! (Terus sahaja dia melompat keluar dari kolam dengan gaya separuh pro)


Ngeekk!!


Pheww!! Mujur tangannya sempat mencapai tepi dinding kolam yang berada tidak jauh darinya. Jika tidak, pasti muka machonya ‘penyek’ sebab tersembam ke lantai. (Huish!! Tak guna punya lantai.. Licin.. Habis ‘tersepak’ kaki aku..)


**Note: Right word : Tergelincir dan bukannya tersepak..!! Huhu..


Namun dalam keghairahannya bersorak dan membebel pada lantai kolam air panas kesayangannya, sempat lagi otaknya berfikir mengenai kata-kata Nashriq tadi. (Terdesak ek? Bukan tersedak? Tak sama ke? Hurm..)


Di hadapan pintu gerbang Kolej Lavender…



Pintu Gerbang Kolej Lavender

Nashriq dan Azim menyudahkan sentuhan terakhir ‘karya agung’ mereka yang diberi nama – Mona Sekera. Karya tersebut digantung seeloknya. Azim berada dibawa sebagai pemacu manakala Nashriq pula memanjat tangga.


Azim : Riq, kanan sket.. op.. op.. op.. kiri sket.. lagi.. lagi.. ha.. lagu tu la..


Nashriq : Hah? Lagu?


Azim : A’ah.. Lagu tiga kupang.. wahaha..


Nashriq: (Ceh!! Tu nak cari fasal ke ape?!)


Azim hanya ketawa melihat wajah marah Nashriq.


Setelah berpuas hati dengan kedudukan poster itu, mereka saling berpandangan. Matamu terus ke mataku. Hati kita menjadi satu.. (Eyhh!! Hati menjadi satu? Tidak.. Tidak.. no.. no.. no..)


Toin.. toin.. Suasana ‘romantis’ tadi terus lenyap. (Pheww!! Sangat tak sesuai)


Bagi mengimbangi suasana janggal tadi, mereka berdua akhirnya mengambil keputusan untuk ketawa terbahak-bahak (penuh dengan aura jahat). Sambil ketawa Nashriq melakukan aksi shuffle kegemarannya – konon bukti kepada title ‘Bunga paling energetic’ dikalangan ahli F4 yang telah disandangnya buat sekian lama.


Uhukkk!! Uhukk..!! (Adoi.. spoiler mood betul la.. )


Azim tepuk dahi.


Azim: Eleh.. nak menunjuklah tu.. Semua orang dah tau la.. (bibirnya sumbing menggayakan senyum yang agak kurang ikhlas dari hatinya.. huhu.. jeles.. kuat betul kaki mamat nih!!)


Nashriq: Well, you know me. Rilekslah Azim. (kenyit mata lagi, sengal!)


Tanpa mereka sedari, Haritz sedang memerhatikan tindakan keduanya dari jauh. Dia mengangguk-angguk. (ape-ape jelah mamat dua ekor nih!!)


Kemudian Haritz memerhatikan gambar poster yang terpampang di pintu gerbang kolej. Gambar Intan (pose yang paling ‘menarik’.. bersama muka ‘tak bersalah’).


Biar esok gempar satu kolej dengan berita wujudnya satu jawatan kosong. Jawatan kosong? Hurm.. nak tau jawatan apa? Nantikan saja babak yang seterusnya.. Wahaha.. Da..!!


Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino