Product from Adobe

Ahad, Oktober 26

Cinta Si Baju Kebaya Bab 1


[Sentiasa memimpin. Moto dijulang ~ Palapes UTM, 2008]


“Tinjau.. gerak..”, jerit Syamir. Selepas beberapa langkah dia meniarap, sambil memberikan arahan.


“Down..” Lantas dijeritnya kembali. Memberikan arahan kepada pasukannya.


“Raifal... gerak...”, suaranya dilantangkan lagi bagi memastikan anak-anak buahnya yang berada dibelakang dapat mendengarnya. Formasi yang digunakan pada latihan kali ini adalah lompat katak. Oleh itu, Syamir perlu memastikan bahawa arahannya sampai ke anak buahnya. Chain of command perlu dijaga.


”Raifal.. gerak...”, terdengar sahutan daripada anak buahnya.


”Down..”, pasukan raifal serta merta meniarap demi mendengarkan arahan tersebut daripada ketua mereka.


Syamir senyap seketika tatkala dia mendapat signal daripada semboyan yang berada tidak jauh darinya. Gagang semboyan diambilnya lalu dilekapkan ke telinga.


”Hello satu di sini dua, ganti”, kata Syamir sambil menunggu balasan.


”Hello dua disini satu. Pecah Gelam, ganti”, kata suara disebelah sana. Lincah tangan Syamir menyelak buku yang mengandungi kata kod bagi latihan kali ini. Pecah Gelam – Batalkan latihan.


“Hello satu disini dua. Berita faham. Habis..”, balas Syamir sambil menghulurkan gagang pada semboyan bertugas.


Tidak lama kemudian Syamir mengumpulkan kembali anak buahnya dan mereka sama-sama bergerak pulang menuju ke Markas Tek dalam satu barisan. Entah mengapa, latihan serangan mereka pada hari itu tiba-tiba dibatalkan? Bukan tabiatnya untuk bertanya mengenai arahan semasa di dalam latihan. Semua itu telah diterapkan dalam diri mereka semua sejak hari pertama lagi mereka menganggotai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau Palapes UTM.


Setibanya mereka di Markas Tek, kelihatan rakan sepasukan daripada Platun Dua yang sedang berborak sesama sendiri sementara menantikan mereka. Ketua Platun Dua, Dauz juga kelihatan sedang berborak dengan Sarjan Usop, jurulatih pasukan kami. Suara riuh rendah tadi serta-merta senyap tatkala Syamir mendekati Sarjan Usop untuk melapor.


Kakinya diheret perlahan. Kebiasaannya Syamir akan menghentakkan kaki sebelum melapor, namun segalanya berubah apabila mereka berada di dalam medan. Menghentakkan kaki semasa melapor adalah suatu larangan.


”Assalamualaikum stap. Platun Satu seramai 36 anggota minta kebenaran masuk stap,” lapor Syamir sambil meminta kebenaran untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dari Platun Dua.


”Masuklah..”, kata Sarjan Usop sambil menganggukan kepalanya sedikit.


”Terima kasih stap..”, balas Syamir sebelum berpusing ke belakang untuk memberikan arahan kepada anak buahnya untuk keluar baris dan duduk bersama-sama rakan-rakan dari Platun Dua.


* * *

[MadaJaya Holdings ~ 2015]


”Hanim, you tolong semakkan jadual I petang ni. I free tak?”, kata Farah Aqilah semasa melintasi meja Hanim, seorang setiausaha merangkap teman serumah dan juga sahabat karibnya.


Hanim merenung sekilas pada digital planner yang berada dihadapannya sebelum memberikan jawapan.


”Nope Qila. Petang ni you free”, balas Hanim. Namun jawapannya itu diiringi oleh wajah nakal Hanim. Sebelah matanya dikenyit nakal. Sengaja ingin diusik temannya itu.


“Kau nak pergi mana petang ni? Sibuk-sibuk tanya aku kau free ke tak? Nak pergi dating ke?”, sambung Hanim lagi.


”Dating? Uh!! Tak ada masa aku. Lagi pun aku bukan ada calon nak bawak pergi dating. Kau tu lainlah. Pakwe keliling pinggang”, balas Farah Aqilah sambil mencebik. Aku dikatanya nak pergi berdating? Oh, please...


”Yelah tu kau tak ada calon. Habis si Azriel tu siapa ? Bukan peminat kau ke ? Hah!! Kira calonlah tu”, balas Hanim pula. Langsung tak mahu kalah. Sengaja Hanim menggiat Farah Aqilah bersama Azriel. Bukan dia tidak tahu. Azriel telah lama meminati Farah Aqilah. Sejak Farah Aqilah mula bekerja disini empat tahun yang lalu.


”Banyak la kau punya calon. Hanim, kau tolong block kan jadual aku petang ni ye. Tadi Encik Fuad bagi tau aku petang ni ada new staff akan masuk. So dia suruh aku uruskan. Lepas tu aku ingat nak balik awal sikitlah. Nak pergi ambil baju Mummy In kat kedai Ai Yin. Keluar lambat takut jam pulak nanti”, terang Farah Aqilah kepada Hanim akan aktivitinya pada petang ini. Almaklumlah, sebagai setiausaha merangkap teman rumahnya Hanim berhak mengetahui akan pergerakannya.


Hanim mencatatkan sesuatu dalam digital plannernya.


”Ok but bila pula kau recruit new staff Qila? Aku tak tau pun kau ada buat interview”, tanya Hanim lagi. Sungguh. Setahunya Farah Aqilah tiada membuat sebarang sesi interview dalam masa terdekat ini. Jika ada, pastilah dia akan maklum akan hal itu kerana seperti kebiasaannya Hanimlah yang akan bertanggung jawab untuk membantu menguruskan sesi interview itu memandangkan staff dibahagian Modal Insan dan Pembangunan Korporat ini hanyalah lima orang.


Farah Aqilah hanya menjugkitkan bahunya.


”Nope. Recomendation I guess”, jawab Farah Aqilah ringkas.


“Oh ya Hanim. Kalau that guy dah sampai you inform I ok? And balik nanti you tunggu je kat bawah. After I ambil baju nanti I balik sini semula ambil you”, pesan Farah Aqilah sambil berlalu ke biliknya.


“Okies. But you tak payah rush tau Qila. Kalau tak sempat nanti I tumpang Elfy je nanti”, balas Hanim pula namun masih boleh didengari oleh Farah Aqilah.


* * *


Kelihatan seorang pemuda melangkah masuk di bahagian Modal Insan dan Pembangunan Korporat dengan penuh gaya. Perlahan-lahan pemuda tersebut mendekati meja Hanim.


Hanim mendongak sedikit tatkala menyedari ada kelibat yang mendekatinya. Figura pemuda dihadapannya direnung perlahan. Orangnya smart, tinggi, berkulit cerah dan bermata agak sepet. Cina barangkali. Agaknya inilah that guy yang Farah Aqilah maksudkan sebentar tadi, Hanim membuat telahan sendiri.


”Hai, assalamualaikum. Nama I Mustaqim. Encik Fuad minta I berjumpa dengan HR manager, here. I am the new comers. Rasanya you all dah inform fasal kedatangan I ni kan”, pemuda tersebut memperkenalkan diri dan tujuannya kedatangannya. Euwww..!! Kerek la pulak ayat mamat ni, jerit hati Hanim.


”Oh really? Sekejap ye I nak intercom my boss. She is little bit busy right now”, sengaja Hanim berkata begitu sebagai membalas rasa tidak senang dihatinya tadi. Kelihatan pemuda tersebut hanya tersenyum. Lincah tangan Hanim menghubungi Farah Aqilah.


“He is here. The new comers. I’m sure you dah di informkan fasal kedatangan dia kan?”, kata Hanim sebaik saja talian disambungkan. Terpinga-pinga Farah Aqilah sebentar mendengarkan kata-kata Hanim itu. Mesti ada yang tidak kena ni, getus hatinya.


”Baiklah”, balas Hanim setelah mendapat kebenaran daripada Farah Aqilah untuk membenarkan pemuda itu masuk.


”Silakan masuk. Jangan risau I am sure she is well inform fasal kedatangan you ni”, sindir Hanim lagi. Ternyata kejengkelan hati Hanim masih bersisa.


“Terima kasih”, balas Mustaqim sambil tersenyum. Lalu langkahnya dibawa menuju ke bilik yang tertulis – Pengurus Modal Insan dan Pembangunan Korporat.


Tok.. Tok.. Tok..


”Masuk..”, Mustaqim melangkah masuk setelah mendapat kebenaran. Pintu bilik tersebut dibuka perlahan. Kelihatan seorang wanita bertudung yang masih lagi sibuk menekurkan wajahnya menghadap segala dokumen yang berada dihadapannya. Benar-benar sibuk barangkali.


”Sekejap ya.. Saya nak siapkan kerja ni. Sikit je lagi”, kata Farah Aqilah tanpa mengangkat wajahnya daripada dokumen yang sedang ditelitinya semenjak tadi. Namun bau perfume yang menyapa hidungnya membuatkan Farah Aqilah pantas mengangkat wajahnya – Armani Black Code.


Terkejut juga Mustaqim tatkala wanita bertudung yang berada dihadapannya ini tiba-tiba sahaja memanggungkan kepalanya. Sedangkan baru beberapa detik sebelumnya memberitahu supaya dia menunggu sebentar sementara wanita tersebut menyudahkan kerjanya.


Berubah wajah keduanya tatkala mata bertentang mata.


* * *

[Blok MA5 ~ 2007]



”Eh Qila, kau tunggu sini aku naik atas pergi ambil kunci motor Kamal kejap”, kata Syamir. Farah Aqilah pula hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang ke arah Syamir. Bibir Syamir menguntum senyum. Melihatkan riak wajah Farah Aqilah sahaja Syamir sudah tahu. Gadis tersebut marah. Mana tidaknya, sepatutnya mereka berjumpa 45 minit yang lalu. Namun kini baru batang hidungnya muncul.


”Atau kau naik ajelah motor berdua dengan aku”, giat Syamir pula demi melihat senyuman terukir diwajah serius Farah Aqilah.


”Jangan harap!!”

* * *


Farah Aqilah termenung ditingkap biliknya. Langit yang luas serta kepekatan malam direnung. Hatinya yang gundah semenjak pertemuan tadi masih belum dapat ditenangkan. Sabarlah engkau wahai hati. Pujuk Farah Aqilah. Detik-detik yang berlaku dipejabatnya petang tadi menjengah kembali.


”Sekejap ya.. Saya nak siapkan kerja ni. Sikit je lagi”, kata Farah Aqilah tanpa mengangkat wajahnya daripada dokumen yang sedang ditelitinya semenjak tadi. Namun bau perfume yang menyapa hidungnya membuatkan Farah Aqilah pantas mengangkat wajahnya – Armani Black Code.


Terkejut juga Mustaqim tatkala wanita bertudung yang berada dihadapannya ini tiba-tiba sahaja memanggungkan kepalanya. Sedangkan baru beberapa detik sebelumnya memberitahu supaya dia menunggu sebentar sementara wanita tersebut menyudahkan kerjanya.


Berubah wajah keduanya tatkala mata bertentang mata.


”Qila..”


”Amir..”, jerit mereka berdua spontan.


Farah Aqilah menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan mainan takdir. Berjumpa kembali dengan Syamir Mustaqim bukan suatu keinginannya. Malah selalu doanya adalah untuk tidak menemukan kembali merekah. Cukuplah sejarah lalu antara mereka.


Syamir juga memejam celik akan matanya. Sungguh tidak disangka-sangka. Wanita yang berada dihadapannya kini adalah wanita yang dicarinya sejak beberapa tahun yang lalu. Wanita yang ghaib tanpa sebarang khabar berita. Hinggakan Syamir kecewa dan putus asa. Namun tatkala dia berhajat untuk menghentikan segala pencariannya, wanita itu muncul di hadapan mata.


”Qila.. Apa yang Qila buat kat sini”, ternyata Syamir teruja dengan pertemuan ini.


”Tempat Qila memang disini. Sepatutnya Qila yang tanya, apa yang Amir buat kat sini”, balas Farah Aqilah pula.


”No, I mean. Oh!! Thank God I’ve found you here”, kata Syamir sedikit tidak tentu arah. Sungguh Syamir gembira dengan pertemuan ini.


“Really? Kenapa? Ada lagi baki kata-kata yang belum Amir katakan pada Qila ke?”, tanya Farah Aqilah sinis. Ternyata kegembiraan itu cuma hadir disebelah pihak sahaja. Pedih kenangan lalu menjalar semula dihati Farah Aqilah.


Berubah wajah Syamir mendengarkan kata-kata Farah Aqilah itu. Masih marahkah lagi Farah Aqilah padanya?


”Qila, you masih marahkan I? Masih belum maafkan I?”, tanya Syamir bersama resah dihati. Pudar sedikit kegembiraan yang hadir dihatinya tadi.


”Hah!! Maaf? You ingat I senang-senang ke nak lupakan apa yang dah berlaku? Sesenang you lari tinggalkan I dulu setelah semua perkara itu terjadi?”, bentak Farah Aqilah. Akal rasionalnya tidak berfungsi lagi petang ini. Entah hilang tersangkut dimana? Mungkin terbang ditiup angin tatkala melihat wajah Syamir sebentar tadi.


”Sudahlah.. You baliklah Amir. I dah tak nak dengar semua ini lagi. Please leave me alone. Tolonglah. Tinggalkan I sendiri”, halau Farah Aqilah. Ketika melihat kaki Syamir melangkah perlahan menuju ke pintu, air mata yang ditahan semenjak tadi laju mengalir.


Hanim yang baru hendak membuka pintu sambil menatang kopi tercengang apabila melihat pemuda yang menggelarkan dirinya Mustaqim itu terus berlalu tanpa berpaling. Ditambah pula dengan air mata dipipi Farah Aqilah. Semuanya menimbulkan tanda tanya.

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino