Product from Adobe

Khamis, Mei 21

Rumusan Poll: Pendapat Mengenai Blog


Salam buat semua,

Terima kasih Lea ucapkan buat rakan-rakan yang sudi meninggalkan pendapat mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Lea dalam entri sebelum ini. Sebelum Lea membuat rumusan mengenai respon yang diterima, Lea ingin membetulkan beberapa tanggapan yang mungkin wujud dikalangan rakan-rakan.

Buat pengetahuan semua, tujuan Lea menimbulkan persoalan tersebut hanyalah untuk mencari hubungan yang signifikan antara bilangan komen dan penerimaan pembaca bagi sesuatu entri/karya. Sebelum ini Lea sering tertanya-tanya sendiri sama ada entri/karya tersebut dapat diterima oleh pembaca atau tidak. Dan, bagi menjawab soalan tersebut Lea cenderung untuk menganggap bahawa karya/entri tersebut kurang mendapat sambutan atau diterima oleh pembaca. Lea menerima setiap reaksi daripada rakan-rakan pembaca dan Lea sedikit pun tidak berkecil hati. Lea cuma ingin tahu hakikat sebenar supaya Lea dapat belajar dan menjadi lebih baik, juga tidak menjadi seorang yang syok sendiri. Huhu...

Alhamdulillah, setelah hampir dua hari Lea menunggu pendapat dan komen daripada rakan-rakan sekalian, Lea telah membuat membuat rumusan atau kesimpulan yang mampu menjawab persoalan yang telah diajukan. Merujuk kepada 10 respon yang telah diterima, pendapat yang diajukan adalah hampir sama. Terdapat beberapa punca yang telah mendorong kkepada para pembaca untuk menjadi 'silent reader' , antaranya adalah faktor internet yang lambat, entri/karya tersebut belum dibaca, dan tiada sebarang respon atau komen yang boleh diberikan. Dan, rata-rata daripada responden menyatakan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara bilangan komen dengan tahap penerimaan pembaca terhadap karya/entri berkenaan.

Berikut pula merupakan hasil daripada undian rakan-rakan pada poll yang telah Lea sediakan, di bahagian kiri blog ini:

Bilangan responden : 13 orang

Soalan pertama : Adakah anda suka melayari blog ini?

91% - suka
08% - tidak suka


Soalan kedua : Selepas membaca entri, apakah yang akan anda lakukan?

08% - tinggalkan komen
08% - beri star rating
83% - tak buat apa-apa


Soalan ketiga : Apakah maksud 'tak buat apa-apa' pada anda? (merujuk pada saolan sebelumnya)

00% - entri tersebut membosankan
100% - saya suka tetapi lebih senang jadi silent reader

Soalan keempat : Secara keseluruhannya adakah blog ini membosankan?

08% - ya
91% - tidak


Itulah sahaja yang mampu Lea simpulkan berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan. Sekali lagi ucapan terima kasih Lea tujukan buat semua yang sudi memberikan kerjasama. Sekian, terima kasih.

Ikhlas;

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino