Product from Adobe

Sabtu, Februari 21

Kisah Zaman Sekolah Bab 1


Deruan ombak mendamaikan jiwa aku yang keresahan. Puputan bayu laut yang sentiasa bertiup seakan menerbangkan segala resah yang bermukim di hatiku. Lambaian pepohon kelapa menghiburkan hatiku. Aku tersenyum sendirian. Warna merah dermaga di ufuk barat mengindahkan lagi suasana di pantai ini. Aku tenang di sini. Tiba-tiba bahuku ditepuk seseorang. Aku menoleh. Sarah tersenyum kecil kepadaku sambil melabuhkan punggungnya di atas batu tempat aku bertenggek sejak tadi.

“Apa lagi yang dimenungkan tu Elyeen. Sudahlah, yang lepas tu biarlah berlalu. Tak guna kalau kau asyik terkenangkan perkara yang sama. Semua tu takkan boleh diundur kembali,” lembut kata-kata Sarah. Aku tersenyum kecil tapi hambar. Kelukaan itu masih lagi menyelubungi hatiku telah menawarkan senyumanku.

“Sabarlah..,” kata Sarah sebelum berlalu. Aku tahu Sarah cuba untuk memberi masa kepadaku untuk bersendirian. Sarah. Seorang sahabat yang sangat memahami, penyayang dan bersifat keibuan. Aku sayangkannya.


“Ok, sekarang saya mahu kamu semua berkumpul mengikut nombor blok masing-masing. Kumpulan satu untuk blok A1, B1 dan C1, kumpulan dua untuk blok A2, B2 dan C2 dan begitu seterusnya. Gerak sekarang,” Encik Zamri salah seorang guru ko-kokurikulum merangkap sebagai felo memberikan arahan.

“Hah! Alamak, Tini kita kena duduk dalam kumpulanlah,” aku menarik lengan baju Tini. Tersentap Tini seketika lalu menoleh.

“Alah Elyeen, ko buat tak tau je.. Jom!,” Tini mengheret tanganku lalu terus duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Aku sebenarnya bukan seorang yang penakut. Posisi aku sebagai seorang ketua blok dan pernah menjawat beberapa jawatan utama sewaktu di sekolah menjadikan aku seorang yang berkeyakinan tinggi. Cuma, kehadiran satu wajah itu yang menyebabkan aku tidak betah berada dalam kumpulan ini. Wajah yang membawa seribu kenangan buat diriku. Tiba-tiba...

“Aduh.. eh Tini nape ko wat macam ni? Sakitlah..” hancur berderai lamunanku tadi dek sigungan Tini tadi. Tini tidak menjawab sebaliknya dia hanya memuncungkan mulutnya ke hadapan. Aku memandang ke arah muncungan mulut Tini. Kelihatan Aiman merenungku. Sebaik saja mataku dan matanya bersabung aku terus membuang pandang ke arah tingkap. Bukan aku tak berani bertentang mata dengannya atau hatiku berdebar-debar seperti yang selalu diceritakan dalam novel-novel yang selalu kubaca cuma.. Ah! Aku tak suka..

“Emm .. cik ketua blok dah habis berangan? Boleh kita mulakan discussion kita sekarang?” kata Aiman berserta mimik muka sinis. Dia mencemik-cemikkan mukanya. Huh! Ingat lawa buat muka macam tu. Macam beruk je lagaknya. Aku menjeling dia sekilas.

“Ok, kita mulakan discussion kita sekarang,” kata Aiman ringkas. Sepanjang sesi discussion pada petang tu aku lebih banyak berdiam diri. Sebenarnya aku tak ikuti langsung perbincangan mereka. Otak aku entah dimana. Entah mengapa aku merenung Aiman yang asyik berceloteh. Aiman. Merupakan ketua blok C1. Tiada permusuhan antara aku dan dirinya. Aku cuma bermusuh dengan wajahnya. Wajahnya itu menyegarkan kembali memori yang telah lama kucuba untuk buang dari kotak ingatanku. Memori yang sering membuatkan aku diselubungi rasa benci dan bersalah. Melihatkan wajahnya itu membuatkan segalanya bermain di mataku bagai menonton wayang gambar. Ketenanganku hilang.

“Ok, kita tangguhkan dulu discussion kita hari ini. Bersurai,” lamunanku tercantas lagi tapi kali ini dek suara Aiman yang betul-betul di telingaku. Aku terjerit kecil. Aku merenung Aiman dengan renungan yang tajam.

“Hai, sejak tadi awak dok tenung muka saya yang handsome ni tak puas-puas lagi ke..? Nape dah terpikat ke?” sinis sungguh mukanya. Serentak darah menyerbu ke mukaku. Alamak, dia perasan pulak. Huh! Perasan sungguh.

“Oi Encik Aiman ! Janganlah dok perasan key kata muka awak tu handsome. Tok wan saya kat kampung yang tak dak gigi tu pun lagi handsome dari awak tau. Huh! perasan..” kataku lalu terus berlalu menuju ke bilik. Terkial-kial Tini yang cuba menyaingi langkahku. Sesampai sahaja di bilik. Aku menghamburkan segala kemarahan yang terpendam sejak tadi.

“Huh! Perasan. Dia ingat muka dia tu handsome sangat. Eh! Bagi free pun aku tak naklah,” bengang sungguh aku waktu itu. Tini ketawa melihat reaksiku. Ketawa Tini itu bagai mencurah minyak dibara api. Marahku semakin meluap.

“Yelah, mana dia tak perasan. Sepanjang discussion kita tadi otak kau ke mana Elyeen. Dah tu asyik tenung muka dia. Mau dia tak perasan. Nasib baik group member lain tak perasan…” Tini cuba berkata-kata walaupun ternyata ketawanya masih bersisa. Darah kembali menyimbah mukaku. Malu sungguh. Tak dapat aku bayangkan seandainya ahli kumpulan yang lain turut menyedari perlakuanku tadi. Mesti akan wujud gosip, huh “Ketua blok dan ketua blok ada affair waktu kursus”. Benci.. benci… benci…

“Aku bukan tenung muka dialah..aa..a.. aku cuba nak dengar dengan teliti apa yang dia cakap. Ko bukan tak tau si Aiman tu kalau bercakap mengalahkan keling. Laju nak mampus, susah aku nak faham ,” aku cuba menegakkan benang yang basah.

“Habis tu apa yang kau buat tadi. Hah! Kalau dah ko kata ko tak tenung muka si Aiman tu, cuba ko cakap kat aku apa yang kita orang bincangkan tadi,” kata Tini sambil mengangkat kening-keningnya. Alamak! Mampus aku nak jawab apa ni.. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Husna keluar sambil berkemban.

“Hoi, apa yang dibisingkan korang berdua ni. Tak nak gi mandi ke? Karang lambat bising plak Puan Musyitah kang..” kata Husna dengan slumber cicaknya.

“Eh, aku nak mandi dululah Tini. Chow..” aku melepaskan diri.

“Kalau dah tenung tu mengaku jelah Elyeen…” sempat lagi Tini menjerit kepadaku.

“Apa? Elyeen tenung sapa?” Selepas itu aku tak mendengar apa-apa lagi. Hanya kedengaran gelak tawa mereka. Aku pasti mereka sedang seronok mentertawakan aku. Huh! Menyampah. Semuanya sebab Aiman.


“Untuk aktiviti Jungle Tracking hari ini kamu semua dikehendaki berada dalam kumpulan LDK masing-masing. Ketua kumpulan serta kerjasama antara semua peserta memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti kita pada hari ini. Faham semua?”

“Faham..” jerit kami beramai-ramai. Rata-rata kami semuanya berwajah ceria. Jungle Tracking merupakan aktiviti favourite. Aku juga sudah tidak sabar-sabar lagi untuk aktiviti ini. Aku berasa sungguh lega apabila kami semua tidak digerakkan dalam kumpulan Ko-Kokurikulum. Jika tidak sudah pasti aktiviti petang ini tidak seindah yang diharapkan. Mana tidaknya, aku dan Aiman akan berada dalam satu kumpulan.

Sebelum memulakan aktiviti kami diberi sedikit taklimat oleh Pak Abu yang akan mengiringi perjalanan kami nanti. Kami juga diarahkan untuk melakukan warming up. Semangat semakin berkobar-kobar. Kami juga diberikan dua buah sampul surat. Satu sebagai sampul surat amanah dan satu lagi sampul surat mengandungi soalan-soalan yang harus kami jawab sepanjang perjalanan kami.

Aku, Izma, Syuhada, Tini, Firdaus, Topek, Alyeen, Huda, Faiz dan Siti berada dalam satu kumpulan. Kumpulan dua. Diketuai oleh Firdaus. Walaupun sebelum mengikuti kursus ini kami semua saling tidak mengenali namun kemesraan antara kami cepat terjalin. Akhirnya aktiviti yang ditunggu-tunggu telah dimulakan.

Perjalanan kami dimulakan dengan meredah ladang buah-buahan. Kami mendaki bukit. Pemandangan daripada atas sangatlah indah. Rugi rasanya aku tidak membawa kamera. Tapi tak mengapalah. Nanti aku cuci ajelah negatif kawan-kawan.

Oh ya, lupa pulak aku nak bagi tahu. Aiman berada dalam kumpulan satu. Ini bermakna kumpulannya berada di hadapan kumpulanku. Namun aku tak kisah asalkan dia bukan berada sekumpulan denganku. Semasa aktiviti dijalankan. Aku tertarik hati dengan kerjasama antara kumpulan yang sangat baik. Pelajar-pelajar lelaki sedaya upaya melindungi pelajar-pelajar perempuan tanpa mengira kumpulan mana. Aiman, secara sukarela bertindak sebagai JKR. Aku menggelarkannya sebagai JKR kerana dia merupakan insan yang membuat track yang lebih selamat untuk rakan-rakan yang lain. Apabila tiba di tempat yang agak merbahaya dan curam dia dan rakan-rakannya akan mengawasi dan bertindak sebagai penghadang agar kami tidak jatuh ke cenuram. Namun aku tidak senang dengan perlakuannya terhadapku. Sungguh pun begitu aku tidak menafikan bahawa dirinya seorang yang bertanggung jawab. Sepanjang perjalanan kami pernah beberapa kali dia menghulurkan tangannya kepadaku namun tiada satu pun yang kusambut. Aku lebih rela mati dari menerima pertolongan daripadanya. Entah mengapa sampai begitu sekali perasaanku kepadanya. Bencinya aku kepada diri Aiman. Sedangkan dia tidak pernah berbuat salah. Sehinggalah satu ketika. Kami semua sedang menuruni satu curam yang sangat curam dan licin. Aiman menghulurkan tangannya. Aku buat tak endah sahaja. Sedang aku mencuba untuk mencapai akar kayu yang berjuntai di sebuah pokok hutan yang besar, tiba-tiba kakiku terpelecok dan hampir tergolek jatuh ke dalam gaung. Lantas tangan Aiman memegang lenganku. Kuat. Seolah-olah marah kepadaku. Aku hanya buat tak peduli. Namun, aku berasa bersalah andai aku tidak mengucapkan terima kasih kepadanya walaupun egoku menghalang.

“Terima kasih,” separuh ikhlas. Wajah Aiman langsung tidakku pandang. Dalam waktu yang sama hatiku agak marah dengan Aiman. Husna yang berada dibelakangku tersengih-sengih kepadaku. Sengihan yang penuh bermakna. Huh..! Akhirnya kami sampai di tempat perhentian terakhir sebelum kami kembali ke chalet.

Setibanya di perhentian itu kami semua dikehendaki menyerahkan kembali tugasan yang telah diserahkan kepada kami sebelum kami memulakan aktiviti sebentar tadi. Aiman yang berada berdekatan kulihat dia sedang memandangku. Lantas aku memandang ke arah lain dan terus berbual dengan Izma. Aiman tak kuendahkan.

“Apa masalah kau sebenarnya Elyeen? Aku tak faham dengan sikap kau pada Aiman,” tanpa aku sedari rupanya Syuhada memerhatikan apa yang berlaku sewaktu jungle tracking tadi. Dari riak wajahnya aku tahu dia tidak menyenangi tindak-tandukku terhadap Aiman. Sesungguhnya aku sendiri juga tahu apa yang aku lakukan itu adalah salah namun apakan daya aku tidak mampu menerima wajah Aiman. Wajahnya itu menderaku. Aku hanya menundukkan wajah daripada tenungan tajam Syuhada.

“Su, ko takkan faham apa yang aku rasa...” satu keluhan berat kedengaran. Namun beban di dadaku tetap jua tak hilang. Aku mengeluh sekali lagi.

“Elyeen, tak ada siapa yang mampu faham tindakan kau tu. Tambahan pulak Aiman. Aku rasa dia lagi tak faham,” Syuhada duduk disebelahku dan memegang tanganku lembut. Nada suaranya tidak sekeras tadi malah lebih kepada memujuk.

“Aku tak pernah dengar kau pernah berkenalan dengan Aiman jauh sekali bersahabat. Macam mana tetiba boleh wujudnya api kebencian kau untuk Aiman. Apa salah dia?” wajah Syuhada tampak kebingungan sekali. Aku tak pasti adakah wajar untuk aku menceritakan keadaan sebenarnya pada Syuhada. Perasaan aku sering kali tidak tenteram setiap kali topik Aiman dikeluarkan. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan diriku ini. Pertanyaan Syuhada aku biarkan sepi.

“Elyeen, kalau kau terus berdiam begini juga kau tak mampu menyelesaikan masalah ini. Sekurang-kurangnya kalau kau cerita kat aku mungkin dapat meringankan beban di hati,” Syuhada seakan memujuk.

“Baiklah…”


“Kelas pada hari ini bersurai..,” riuh-rendah kelas sebaik sahaja Cikgu Teoh memberikan kebenaran bersurai.

“Eh, Elyeen tadi aku jumpa Faiz. Dia pesan suruh ko gi kat kelas SI lepas ni,” jerit Una.

“Lah, nape plak? Aku nak balik ni, nak tengok Melodi,” apalah yang si Faiz ni nak, kalau macam ni nampaknya terlepaslah Melodi aku hari ni, aku berfikir sendirian.

“Manalah aku tau. Ko gi jelah,” balas Una sambil mejungkitkan bahunya tanda dia tidak mengetahui apa-apa.

“Oklah.. thanks..,” tanpa melengahkan masa aku terus menghayunkan kaki menuju ke kelas SI. SI merupakan singkatan kepada Sastera Iktisas. Aini dan Faiz merupakan pelajar kelas SI. Mereka antara sahabat yang paling aku sayangi semenjak aku ditukarkan ke SMKTS.

“Faiz, apahal suruh aku datang sini. Hari ni korang pun ada extra class ke?,” tanyaku dengan slumbernya. Aku menoleh ke sekeliling. Kosong. Aik, mana Aini? Faiz sorang je ke. Eh, bahaya ni. Karang kena cekup tak fasal plak.

“Mana Aini? Takkan ko sorang je..,” Faiz hanya tersengih macam kerang busuk.

“Asal ko takut ke Elyeen?”

“Takut tak takut tu bukan kesnya tapi karang dok berdua macam ni kena cekup baru ko tau. Eh, kalau ko sorang je kita cakap lain kali jelah erk. Bahayalah..,” seraya aku terus melangkah.

“Eh, Elyeen tunggulah dulu. Ko ingat aku ni dungu sangat ke nak cari masalah. Sebenarnya ada orang nak jumpa ko kat sebelah. Pergilah..,” aku hanya menenung wajah Faiz.

“Lah, ape lagi dok tercegat kat situ pi lah…”

“Yelah.. yelah.. his.. sape pulaklah yang nak jumpa aku ni,” aku terus membebel sambil menuju ke kelas K atau kemanusiaan bersebelahan dengan kelas SI. Sebaik sahaja pintu kelas K dibuka...

“Surprise..!!,” aku tergamam.

“Happy birthay Elyeen,” ucap Aini sambil memelukku. Along juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ucapan yang sama diikuti oleh Faiz. Dalam keriuhan itu aku terpandang seseorang yang turut berada di situ. Seseorang yang agak asing bagi diriku. Aku tak mengenalinya. Dia juga kelihatan seperti sedang memerhatikan diriku. Aku tidak selesa dengan keadaan ini. Seraya dengan itu aku mencuit bahu Aini lalu berbisik ke telinganya.

“Awak, sape tu? Napa dia ada kat sini?” pertayaanku hanya dibalas dengan senyuman oleh Aini. Lantas tanganku ditarik menuju ke orang asing tadi. Aku terpinga-pinga dengan tindakan pantas Aini tadi.

“Elyeen, kenalkan ini Nuar..,” Anuar hanya tersenyum. Nuar? Eh, kenapa macam familiar je dengan nama tu. Oh ya.. aku dah ingat! Pak we Along. Bukan ke diorang ada masalah. Macam mana pulak boleh ada kat sini sama-sama. Dah ok ke? Hmm.. lantak dioranglah janji tak kacau aku.

“… dan Nuar kenalkan ini Elyeen. Birthday girl kita hari ni,” Aini terus memperkenalkan kami.

“Happy birthday Elyeen. Sorry, Nuar tak bawak hadiah pun”

“It’s ok...” entah kenapa kehadiran Anuar pada hari ini dapat aku terima dengan mudah. Selalunya agak sukar untuk aku menerima orang asing bersama-sama dengan kelompok rakan-rakanku. Sepanjang party itu kami semua berseronok. Termasuk Anuar. Lagaknya seperti kami semua sudah mengenali antara satu sama lain sejak bertahun-tahun dahulu. Tiba-tiba aku tersedar bahawa Along tidak lagi bersama kami. Aku tahu kisah antara Along dan Anuar. Hubungan Along dan Anuar menghadapi masalah. Tiba-tiba aku mendapat akal. Mungkin cara ini dapat membantu masalah mereka.

“Kawan-kawan.. sempena birthday Elyeen ni Elyeen nak ajak korang sume main satu permainan. Nak tak?” satu-satu wajah merekaku pandang. Pandang dengan pandangan yang sarat dengan harapan. Semoga Along dan Anuar dapat berbaik semula.

“Tak kisah,” ujar Faiz sambil mengangkat bahu.

“Ok.. no prob!” Aini membalas ringkas. Anuar tidak menjawab soalanku tetapi hanya tersenyum. Senyumannya itu sudah cukup untuk memberitahuku bahawa dia bersetuju untuk menyertai kami. Good! Jeritku dalam hati. Tapi Along…

“Elyeen, korang mainlah dulu ye.. Aku gi tengok Along jap,” bagai mengerti apa yang sedang bermain dalam kotak fikiranku Faiz terus bangun dan mendekati Along.

“Awak nak main apa?” tanya Aini ringkas.

“Hm.. nama permainan ini Confession”

“Confession? Confess.. pengakuan”

“Sebenarnya permainan ini bukan lebih kepada pengakuan tetapi bercakap benar,” terangku.

“Kami harap sangat korang sume akan bersikap jujur and one more thing please be sporting,” ujarku.

Aku memandang ke kiri dan ke kanan untuk mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai penunjuk. Namun tiada satu benda pun yang sesuai untuk dijadikan penunjuk tersebut. Selepas berfikir buat seketika aku mengambil keputusan untuk menggunakan pen sebagai penunjuk. Lalu pen tersebut aku putar. Seperti yang aku harapkan pen tersebut terkena kepada insan favourite pada hari itu, Nuar. Puh..!! Puh..!! Moga-moga mengena umpan aku hari ni.. hehehe...

“Ops... Mangsa kita yang pertama adalah Nuar..!!!” Nuar tidak banyak berbicara tetapi hanya tersenyum melihat keadaan Elyeen yang begitu gembira apabila Anuar menjadi mangsa pertamanya.

“Nuar dah agak dah...” kata Anuar ringkas kemudiannya tertunduk. Hehe.. Nasib kaulah Nuar. Sape suruh datang hari ni..

“Ok.. Soalan pertama buat Nuar. Dalam ramai-ramai orang kat sini hari ni sape yang paling Nuar suka?” wah! Soalan perangkap tu. Tetapi Anuar masih lagi seperti tadi. Hanya tersenyum dan kemudiannya menundukkan kepala.

“Alah Nuar, takkan susah sangat kot? Kita orang sume dah tau..,” sampuk Aini pula. Faiz yang baru tiba dari kelas sebelah pula hanya tersengih dengan penuh makna.

“Sesiapa pun boleh ke?” tanya Anuar perlahan.

“Ish.. mestilah boleh.. tapi sesiapa tu sape? Bukan sorang je ke?” tanya Elyeen lagi dengan nada mengusik. Aini pula hanya ketawa mendengar usikan Elyeen kepada Anuar.

“Erm.. kalau.. kalau..” eh! banyaknye kalau dia. Susah sangat ke nak jawab?

“Kalau ape Nuar?” tanya Elyeen tidak sabar.

“Kalau Nuar cakap Elyeen boleh tak?”. Dup!! terhenti seketika degupan jantung Elyeen. Huh! Ingatkan nak tolong Along tapi nampaknya aku yang terkena.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hai kengkawan,

Hehe... dalam Lea termenung dan menggodeh-godeh file dalam PC Lea ni, Lea terjumpa satu karya Lea yang dah lama berabuk.. hehe.. jom kita layan jap citer ni.. :D just want to share with all of you... Agak-agak korang cara penulisan Lea makin meningkat ke merudum? huhu..


Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino