Product from Adobe

Selasa, Mei 19

Poll: Pendapat mengenai blog Kalam Coretan


Salam buat semua,

Lea mendapati kadar komen pada setiap n3 di blog ini adalah kurang memberansangkan. Oleh itu, Lea tidak dapat mengetahui sama ada anda suka atau tidak karya-karya di blog Lea. Maka atas sebab itu, Lea ingin meminta jasa baik kawan-kawan sekalian untuk menjawab Poll terbaru daripada Lea. Lea harap Lea akan mendapat maklum balas daripada kawan-kawan sekalian supaya Lea dapat meningkatkan mutu penulisan Lea.

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin meninggalkan satu dua kata mereka di ruangan ini, amat-amatlah Lea alu-alukan.

Antara persoalan utama yang Lea cuba untuk dapatkan jawapan adalah,

"Sekiranya satu-satu n3 tersebut tidak dikomen oleh pembaca, adakah ianya membawa maksud para pembaca menolak/tidak menyukai n3 tersebut?"

Semoga kawan-kawan sekalian dapat membantu Lea. Kerjasama daripada kawan-kawan sekalian amatlah Lea harapkan dan Lea dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ikhlas;


Berusaha untuk menjadi lebih baik dan tidak mahu menjadi penulis yang syok sendiri (^_^)v

18 komen yang diterima:

Kaseh Esmiralda on 19 Mei 2009 11:45 PG berkata...

Salam Lea...
maybe entry tu x best atau x de yg menarik utk dikomen...

tapi lain orang lain ragamnya. x semestinya juga yg mereka tak suka entry tu...sbb kadang2 ade jenis org yg suka bace tp malas nak tinggal komen.

bagi Kaseh kalau Kaseh x letak komen dlm entry tersebut hanya ade 2 sebab... 1st, Kaseh x bace lagi entry tu... 2nd pulak sebab entry tersebut tak menarik minat saya so x de sebablah nak letak komen kat entry yg x best.

LeaQistina on 19 Mei 2009 12:08 PTG berkata...

Thanx Kaseh,

Lea sangat2 menghargai maklum balas yang diberikan. Lea nantikan lagi maklum balas daripada rakan-rakan yang lain. Dan sekiranya ada, Lea akan wat kesimpulannya di sini.

Terima kasih.

~LeaQistina

Putri Lily on 19 Mei 2009 12:31 PTG berkata...

Salam lea,

tak semestinya semua yg tak letak komen tu tak membaca atau tak suka dgn entry lea. Lily tgk di blog2 lea paling tak pun ada 2 3 komen setiap entry.

Kalau lea ke blog lily tiap2 entry tu takde komen langsung. Tapi lily tau ada yg membaca.. :)

~Putri Lily~

F a N T a S Y on 19 Mei 2009 12:39 PTG berkata...

salam lea..
tak bererti tak komen orang tak baca ..
erm,saya pun sama seperti mereka.kadang2 saya baca tapi tak tinggalkan komen..
=)

LeaQistina on 19 Mei 2009 12:42 PTG berkata...

Salam buat Putri Lily dan FaNTaSY,

terima kasih kerana memberikan respon di sini. Bukan ape, Lea cuma nak buat justifikasi mengenai respon pembaca.

Terima kasih banyak-banyak. Lea sangat-sangat menghargainya.

(^_^)v

~LeaQistina

Tanpa Nama berkata...

salam lea,

tni mmg suke bace hasil penulisan lea, tp sorry la, malas nk komen la, hahahha, baca rajin, tp nk menaip tu malas, sbb tu x blh jadi penulis. lain kali tni komen ye, jgn rasa ati. chow

LeaQistina on 19 Mei 2009 12:57 PTG berkata...

salam tni..

its ok tni. Lea bukannya terasa hati. Cuma bertanya kerana ingin tahu... Itu sahaja. Mungkin daripada respon kali ni boleh bantu Lea untuk memperbaiki diri :D

Apa pun, terima kasih ye tni... Sudi membaca di sini pun sudah cukup besar rahmat buat Lea.

~LeaQistina

alom on 19 Mei 2009 1:41 PTG berkata...

salam lea..
sy ni suko sgt masuk blog lea..suko baco karya lea..tp sy ni malas nulis..tu pasal xkomen..so just go on k..xkomen xsemesti ore xsuko tau..gud lak 2 u lea..

LeaQistina on 19 Mei 2009 2:29 PTG berkata...

Salam alom,

terima kasih kerana suka jenguk ke blog ini... Kesudian alom pun dh cukup besar maknanya pd Lea. Cuma saja nak bertanya :D

Terima kasih.

~LeaQistina

keSENGALan teserlah.. on 19 Mei 2009 2:36 PTG berkata...

kak lea...
xsemestinye orang xske la..
kengkadang ader yg memilih nk jd silent reader je..
zatie pon..bce setiap n3..but memilih xm0 komen..
cz kengkadang xder ape yg nk dikomen or ape yg kte nk komen tuh da ader orang laen yg komen..

.:miss=fair[a]h:. on 19 Mei 2009 3:29 PTG berkata...

kak lea,
x semestinyer org x ske ble x bgi komen..
kadang2..ada perkara yg menghalang utk mmberi komen..
he~
kalu saya xberi komen b'maksud..
1) internet lmbat..
2) mlas nak m'komen..
3) xde pape yg nak dkomen kan..
he~

alkene87 berkata...

salam,
sy sentiasa mengikuti stiap entry karya2 lea di blog lea yg ini dan blog lea yg lame.
x semestinyer x komen karya lea x bagus. cuma kdg2 bile nk bg komen, internet slow sgt & kdg2 ade error..
tp slalunyer x ade idea nak komen ape.nnti x psl2 merepek bukan2 lak.

kalo bz study x dpt nk on9 so x dpt nak tinggalkan komen. kdg2 bile dh lame x on9, agk ketinggalan gak la dah lame x jenguk blog lea..
byk nak kene catch up karya2 lea yg x sempat nak bace.
just sempat save dlm pendrive, bile cuti sem bru leh bace sbb kt rumah xde internet.harap kt kolej je.

sy amat meminati karya lea, novel dram 4 plus one & air mata hati.

harap lea tak patah semangat la ye. teruskan usaha hasilkan karya2 yg lebih kreatif. i'm always support u. good luck. fighting!fighting!

-silent reader-

eija on 20 Mei 2009 12:34 PTG berkata...

btul2 eja skong 2..
xsmtinya xtgal komen..cite lea
xbest..

mcm eja xkomen atas sbb
- xtaw nk komen ap..
- intrnet prob..dah komen tbe2 eror
- tgok mood, kdg2 lbih suka mmbca dri tgalkan jejak..hehe..

jdi lea xplu rsau..bgi eja, lea mmg bbkat..so truskan usaha..

-Ain-Dak In- on 21 Mei 2009 12:20 PTG berkata...

salam lea....
sori lmbt komen...

ain klu x komen 2 ssb je....
satu ain x baca lagi n3 tu...and yg no 2 sebab ain malas..
walopn cite tu bes mcmmane pon..

x semestinya x sedap ain x komen...
ikut mood ain....

tp more kepada mlas la....

bila dah baca..then terus tutup blog tu...mmg malas la tu...huhuhu..
lea don wori...
setiap org ada kelemahan and kekurangannya...

wish u good luck lea......
-lots of love-
ain

Tanpa Nama berkata...

salam lea,

saya ske bce karya lea...
smue best2..tp sye ni mls nk komen...
hehe..

AyuFirhaN on 28 Mei 2009 7:02 PTG berkata...

salam..
stuju dgn komen2 di atas..
x semestinya org x komen sbb n3 tu x best..
mungkin org tu xtau nk komen apa do dier just bce jer..
kdg2 ade gak yg lbih ske jd silent reader sbb tu x komen..

tp bg ayu, ayu ikut mood..
kalau rasa nak komen, ayu komen, kalau x, xde la..

yg pasti, cte2 lea sumer best2 belaka.. =D

Tanpa Nama berkata...

salam lea

saya seperti kebanyakkan mereka diatas.. saya jarang meninggalkan komen.. tapi tak semestinya ..karya yg dihasilkan tak best.. saya sentiasa tertunggu entry terbaru dari lea..teruskan usaha

eyrie on 25 Jun 2009 3:16 PG berkata...

salam lea..

sama mcm mereka2 diatas.. saya juga teramat jarang (atau tak pernah kot :P) tinggal komen kat blog lea (atau mana2 blog).. hehe

mungkin akibat malas yg terlampau2 dan tak tau pentingnya komen2/feedback pada penulis kot.
anyways, semua karya lea best!
sorry lmbt komen. tiba2 rasa rajin lak hari ni. xD

FYI, ni 1st time bg komen kt sini walaupun dah jumpa blog ni agak lama dah. teruskan berkarya :)

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino