Product from Adobe

Khamis, Mei 21

Rumusan Poll: Pendapat Mengenai Blog


Salam buat semua,

Terima kasih Lea ucapkan buat rakan-rakan yang sudi meninggalkan pendapat mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Lea dalam entri sebelum ini. Sebelum Lea membuat rumusan mengenai respon yang diterima, Lea ingin membetulkan beberapa tanggapan yang mungkin wujud dikalangan rakan-rakan.

Buat pengetahuan semua, tujuan Lea menimbulkan persoalan tersebut hanyalah untuk mencari hubungan yang signifikan antara bilangan komen dan penerimaan pembaca bagi sesuatu entri/karya. Sebelum ini Lea sering tertanya-tanya sendiri sama ada entri/karya tersebut dapat diterima oleh pembaca atau tidak. Dan, bagi menjawab soalan tersebut Lea cenderung untuk menganggap bahawa karya/entri tersebut kurang mendapat sambutan atau diterima oleh pembaca. Lea menerima setiap reaksi daripada rakan-rakan pembaca dan Lea sedikit pun tidak berkecil hati. Lea cuma ingin tahu hakikat sebenar supaya Lea dapat belajar dan menjadi lebih baik, juga tidak menjadi seorang yang syok sendiri. Huhu...

Alhamdulillah, setelah hampir dua hari Lea menunggu pendapat dan komen daripada rakan-rakan sekalian, Lea telah membuat membuat rumusan atau kesimpulan yang mampu menjawab persoalan yang telah diajukan. Merujuk kepada 10 respon yang telah diterima, pendapat yang diajukan adalah hampir sama. Terdapat beberapa punca yang telah mendorong kkepada para pembaca untuk menjadi 'silent reader' , antaranya adalah faktor internet yang lambat, entri/karya tersebut belum dibaca, dan tiada sebarang respon atau komen yang boleh diberikan. Dan, rata-rata daripada responden menyatakan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara bilangan komen dengan tahap penerimaan pembaca terhadap karya/entri berkenaan.

Berikut pula merupakan hasil daripada undian rakan-rakan pada poll yang telah Lea sediakan, di bahagian kiri blog ini:

Bilangan responden : 13 orang

Soalan pertama : Adakah anda suka melayari blog ini?

91% - suka
08% - tidak suka


Soalan kedua : Selepas membaca entri, apakah yang akan anda lakukan?

08% - tinggalkan komen
08% - beri star rating
83% - tak buat apa-apa


Soalan ketiga : Apakah maksud 'tak buat apa-apa' pada anda? (merujuk pada saolan sebelumnya)

00% - entri tersebut membosankan
100% - saya suka tetapi lebih senang jadi silent reader

Soalan keempat : Secara keseluruhannya adakah blog ini membosankan?

08% - ya
91% - tidak


Itulah sahaja yang mampu Lea simpulkan berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan. Sekali lagi ucapan terima kasih Lea tujukan buat semua yang sudi memberikan kerjasama. Sekian, terima kasih.

Ikhlas;

8 komen yang diterima:

sweetrose maria on 21 Mei 2009 5:15 PTG berkata...

Salam Lea...

jgn sedih2 tau.wpn sy ni silent reader tp hr2 sy ikt prkmbgn lea tau.
penulisan lea amat baik & ade chance tuk berdr sm tgi ngn penulis2 yg hebat...
sy suka e-novel lea tjk 4 plus One jadi KITA.hr2 trtunggu entri br...
anyway,gud luck 4 everything k...

Kaseh Esmiralda on 21 Mei 2009 6:46 PTG berkata...

Kaseh pon selalu gak follow ur blog...

tp sbb masa yg terhad Kaseh masih x bace semua karya2 Lea tu... yg 1st Kaseh attact skang nak bace 4 plus 1 jadi kite tu... nnt ade mase Kaseh bace lah pelan2...

Hurm~ Lea pon jgn lupe ek... jenguk2 le kat blog sy juga... hehehe~

p/s : mmg kena sgt lah watak Domyoji Tsukasa tu dengan Iqram Dinzly... hakhakhak~ suke...

-Ain-Dak In- on 21 Mei 2009 8:33 PTG berkata...

hahaha..kaseh klu bab citer gitu bg la kat dia.....
huhuhu..

lea...
camne perasaan lea bila dpt tahu
pasal poll tu??

ain rase ianya tak kan memudaratkan usaha lea tok terus berada dalam bidang ni...

u got a talent....
jgn bazirkan...

ganbate lea!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Lea,..
Asal lame xsmbong cte suite 6019??

HEMY on 23 Mei 2009 9:35 PTG berkata...

sebenarnya blog ni kalau yg betul2 follow pastinya kawan2 yg kenal kita...

utk tarik perhatian dr stranger bloggers..rule dia mudah..u bloghop thn u tggl komen..that's the only rule in blogging=]

komen utk komen..mudah je..tp kalau silent reader tu sllnya mmg kawan2 rapat kita

LeaQistina on 24 Mei 2009 12:57 PG berkata...

thanx HEMY,

but isunya bukan followers. Lea cuma nak tau karya tersebut boleh diterima atau tidak. Secara jujurnya Lea mengharapkan komen daripada kengkawan semua supaya Lea tahu kelemahan Lea. Itu sahaja. Namun, Lea sangat berterima kasih kerana kengkawan semua sudi membaca hasil karya Lea. Itu pun sudah membuatkan Lea bersyukur sangat-sangat. Lea terima seadanya...

hanya ingin tahu akan hakikat sebenarnya... pahit itu ubat... heheh...

~LeaQistina

lizz on 29 Mei 2009 6:57 PG berkata...

Alah, kat blog2 ni..sure ade je silent reader.mls nk komen je tuh. dunt be sad naa.hehehe.

neway, checked dah signature tuh! lawo woo

eyrie on 25 Jun 2009 3:29 PG berkata...

salah seorang silent reader disini :)

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino