sebenarnya baru2 ini lea ada dihubungi oleh satu syarikat penerbitan dan mereka menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menerbitkan cerita ini. Oleh sebab itu, mereka berharap agar lea memberhentikan aktiviti meng'upload' n3 baru di mana-mana blog termasuk di blog peribadi lea sendiri.
walaubagaimana pun, oleh kerana lea menjangkakan penerbitan cerita ini akan mengambil masa yang agak panjang akibat lea sendiri juga yang sedang sibuk dengan pelajaran maka lea mengambil keputusan untuk tetap memberikan beberapa n3 baru buat kengkawan semua namun pada mode kekerapan yang 'jarang-jarang'.
lea mengharapkan sokongan daripada kengkawan semua. Doakan lea agar dapat menerbitkan cerita ini secepat mungkin ek..
[Villa Cendana Wira, Balik Pulau, Pulau Pinang ~ 2015]
”Assalamualaikum..” kedengaran suatu suara memberikan salam.Farah Aqilah yang sedang duduk-duduk di bangku taman mini Villa Cendana Wira menjengukkan kepala.Ingin mengetahui siapakah gerangan insan yang memberikan salam.
Dari kejauhan kelihatan seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk villa sambil menjinjit sebuah beg pakaian di tangan.Tidak lama kemudian, Syamir pula kelihatan.Farah Aqilah dapat melihat riak wajah Syamir bertukar ceria.Wanita itu berkata sesuatu sebelum tangannya meraih tangan Syamir lalu tunduk dan mencium tangan itu.Tangan kiri Syamir pula menggosok perlahan kepala wanita itu.Kemudian, Syamir mencium dahi wanita itu lama.Hati Farah Aqilah tiba-tiba berdenyut aneh.Muncul suatu rasa yang kurang selesa.Hati Farah Aqilah bertambah tidak keruan tatkala melihat Syamir dan wanita itu masuk seiringan dengan tangan berkait lengan.Ah!! Aku ni kenapa?Marah Farah Aqilah sendiri.
Perlahan-lahan Farah Aqilah bangun dan mendekati kolam ikan yang berada tidak jauh dari bangku yang didudukinya.Dia bercangkung di situ.Dagunya disangkut ke lutut sambil tangannya mencapai batu-batu kecil dan mencampakkannya ke dalam kolam.Simboliknya, Farah Aqilah cuba membuang rasa tidak enak yang tiba-tiba bersarang di lubuk hatinya tatkala dia melihat perlakuan ’mesra’ antara Syamir dan wanita yang tidak dikenalinya tadi.Farah Aqilah melamun dan melayan rasa hatinya sendirian.
Setelah agak lama Farah Aqilah berteleku begitu, akhirnya dia melabuhkan punggungnya di tepi kolam ikan.Kakinya mula berasa semut-semut.Mungkin akibat daripada perjalanan darahnya yang agak terganggu apabila dia bercangkung terlalu lama.Dia melunjurkan kakinya seketika untuk membuang lenguh sebelum dia bersimpuh di situ.Tangannya pula mencapai satu ranting halus yang berada di sisinya dan mula melakar sesuatu dipasir di hadapannya tanpa sebarang tujuan.
Lamunan Farah Aqilah telah membawanya untuk mengingati kembali akan perbualannya bersama Syamir pagi tadi, setelah mereka selesai bersarapan pagi.
”Farah tengok ni, habis tangan Amir bintat-bintat kena gigit nyamuk,” ucap Syamir pada Farah Aqilah yang sedang mengemas meja makan sambil mengunjukkan tangannya.Bulat mata Farah Aqilah melihat kesan merah-merah pada tangan Syamir akibat digigit nyamuk.Warna kulit Syamir yang agak cerah telah menyebabkan kesan gigitan nyamuk itu nampak ketara.
”Banyaknya...” Farah Aqilah mendekati Syamir dan cuba meneliti kesan di tangan Syamir dengan lebih dekat.Syamir menayangkan raut wajah kasihan.
”Erm... Farah tak kesiankan Amir ke?” tanya Syamir lagi.
”Huh? Amir nak suruh Farah buat apa?Carikan Mopiko untuk Amir ke?” Farah Aqilah kurang mengerti akan maksud Syamir itu.
”Bukan.Gatal-gatal ni Amir dah letakkan ubat dah tadi.Farah tu lah... Tak kesiankan Amir ke, kena tidur kat Pondok Undang tu sorang-sorang?Dah la banyak nyamuk pula tu...”
”Erm... Amir nak suruh Farah balik ke?Farah tak kisah.Kejap lagi Farah siap, kita balik eh...” balas Farah Aqilah pula.Sangkanya sudah pastilah Syamir berkecil hati apabila dia terpaksa tidur di Pondok Undang, gara-gara dirinya berada di situ.
”Eh... bukan tu maksud Amir, Farah.Farah ni betul-betul tak faham atau saja buat-buat tak faham,” Syamir sudah mula membentak.Geram apabila setiap kata yang dituturkannya sampai pada Farah Aqilah dengan maksud yang berbeza.Sudah teruk sangatkah skill komunikasi yang ada padanya sehingga semua katanya di salah anggap dan tidak tepat maksudnya?
”Err... habis tu?” tanya Farah Aqilah sambil menggaru kepala.Kain buruk yang sebentar tadi digunakannya untuk mengelap meja, disangkutnya ke kepala kerusi.Syamir menarik keluar satu kerusi meja makan sebelum menepuknya beberapa kali.Isyarat supaya Farah Aqilah duduk di situ.Farah Aqilah yang turut mengerti menarik kerusi tersebut jauh sedikit dari Syamir sebelum melabuhkan punggungnya.
”Amir nak tanya Farah, Farah memang betul tak pernah sayangkan Amir ke?Farah memang dah tak sukakan Amir?” tanya Syamir dengan riak wajah yang serius.Glup... Farah Aqilah menelan air liurnya.Soalan apakah ini?
”Apa maksud Amir?”
”Farah, susah sangat ke nak faham ayat Amir hari ni?Kenapa semua yang Amir cakap pun Farah tak faham ni?Amir cakap bahasa Urdu ke?Apa yang Farah dengar itulah yang Amir maksudkan.Susah sangat ke soalan Amir tu?” ucap Syamir yang ternyata sudah mula berang.
”Ish, Amir ni.Cepat sangat naik darahnya.Cubalah bawak-bawak bersabar sikit.Ni sama je, dari dulu sampai sekarang perangai tak pernahnya berubah...” tegur Farah Aqilah perlahan.Sedaya upaya dia cuba untuk menggunakan intonasi yang bakal mengundang rasa tidak senang pada hati Syamir.Bimbang kemarahan Syamir akan terus meledak dan memuncak.Tiga tahun tempoh mereka bekerjasama sudah cukup untuk Farah Aqilah mengenali tindak tanduk insan yang diberi nama Syamir Mustaqim ini.
”Yelah... Farah tu yang asyik-asyik ’apa maksud Amir’...” rungut Syamir pula.Namun ternyata suhu kemarahannya sudah mula berkurangan.Ternyata Farah Aqilah masih lagi tahu cara untuk mengawal sifat amarahnya.
Farah Aqilah hanya diam.Tidak mahu memberikan sebarang respon buat Syamir.
”Farah tak kesian tengok Amir kena tidur di Pondok Undang sorang-sorang?” Syamir mengulangi soalannya kembali.Masih lagi menanti jawapan dari ulas bibir Farah Aqilah.
”Kesian tapi Amir nak Farah buat apa?Tak pe, ginilah.Malam nanti Farah hantarkan ubat nyamuk buat Amir ek?Nanti Amir tak adalah kena gigit nyamuk lagi”
”Hmm... masalah nyamuk memang la boleh selesai dengan cara Farah hantarkan ubat nyamuk buat Amir tapi Farah tak kesian ke bila tengok Amir kena tidur kat luar sorang-sorang?”
Farah Aqilah merenung wajah Syamir seketika.Cuba berfikir akan mesej yang cuba disampaikan oleh Syamir kepadanya.
”Dah tu apa yang boleh Farah buat?Takkan Farah nak temankan Amir pula?Ataupun macam ni je, malam ni kita tukar, Amir tidur kat dalam and Farah tidur kat Pondok Undang,” usul Farah Aqilah.Syamir menarik nafas panjang.Cuba untuk menyabarkan dirinya.Kenapalah Farah ni slow sangat hari ni?
”Dah berani sangat ke Farah nak tidur kat Pondok Undang tu sendiri?” sinis Syamir bertanya.
”Apa lagi yang boleh Farah buat Amir?Kalau Amir tak nak tidur kat Pondok Undang, biar Farah ajelah.Tu je jalan yang ada,” kini Farah Aqilah pula yang sudah mula membentak.Mula marah dengan karenah Syamir yang entah apa-apa.
”Amir nak tanya Farah, kenapa mi tak bagi Amir tidur dalam rumah?”
”Sebab Farah ada”
”Kenapa kalau Farah ada Amir tak boleh tidur dalam rumah?”
”Sebab bukan muhrimlah...”
”Macam mana nak bagi kita dua-dua boleh tidur bersama dalam satu rumah?”
”Kita kahwinlah...” opss!! Farah Aqilah menggigit bibir tatkala menyedari jawapan yang telah dikeluarkannya tadi.Syamir tersenyum manis mendengar jawapan Farah Aqilah.Itulah, lain kali bila nak menjawab soalan fikir dulu.Bukan main redah je, ucap Syamir dalam hati.
”So, Farah... Kita kahwinlah!Tapi bila ye?” ucap Syamir pula.Sengaja dia mengajuk kata-kata Farah Aqilah tadi.Gembira benar hatinya tatkala mendengar perkataan kahwin keluar dari dua ulas bibir Farah Aqilah.
Farah Aqilah bingkas.Rasanya seperti sudah agak keterlaluan apabila Syamir bergurau begitu.
”Gila!!” marah Farah Aqilah sebelum berpaling untuk meninggalkan Syamir di situ.Pantas Syamir menyambar lengan Farah Aqilah.
”No, Farah.Amir serius.Itulah antara salah satu sebab utama kenapa Amir tekad nak cari Farah semula.Please Farah bagi Amir peluang,” rayu Syamir.
”Amir nak peluang apa lagi?Tak cukup lagikah kisah kita dulu?Sudah la Amir.Farah dah penat!!” Farah Aqilah cuba untuk merentap tangannya yang berada digenggaman Syamir.
”Amir tak nak paksa tapi itulah niat Amir.Amir harap Farah dapat tunaikannya...”
Farah Aqilah menoleh.Tajam matanya merenung anak mata Syamir.
”Tapi kenapa?Kita tak pernah ada hubungan selama ini, yang ada hanyalah suatu kisah aib yang melukakan.Lebih daripada tu, tak ada...”
”Ada, Farah.Ada!! Selama ini kita tak sedar, tiga tahun kita berhubung dan bekerjasama telah mengikat hati kita tanpa kita sedari.Percayalah kata Amir.Sungguh Amir pernah meleraikan suatu ikatan suci antara kita dulu.Amir sendiri masih lagi ingat akan kata-kata nista yang Amir lemparkan buat Farah pada waktu itu.Tapi Farah, pada waktu itu Amir buta.Buta akibat kemarahan yang merajai jiwa Amir ketika itu.Amir buta untuk menilai peribadi Farah sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas seperti itu.Amir akui Amir bersalah dan Amir nak minta maaf dari Farah.But, Farah Amir benar-benar mengharap agar kita dapat bersatu semula.Kita bina rumah tangga kita semula...” ucap Syamir panjang lebar.Menggunung harapan di jiwanya agar Farah Aqilah dapat menerimanya kembali.Sudah berbakul doanya pada Illahi agar dilembutkan hati Farah Aqilah.
Kelu lidah Farah Aqilah untuk membalas kata rayu dari Syamir.Hatinya masih sakit akan kenangan lalu.Lukanya juga masih lagi berdarah.Mampukah dia memaafkan dan menerima Syamir kembali dalam hidupnya?Sementelah mereka memang tiada pernah ada hubungan perasaan selama ini?Mampukah dia?
”Farah, Amir janji Amir tidak akan memaksa.Farah ambillah berapa banyak masa yang Farah suka.Namun Amir memang mengharap sangat agar kita dapat membina keluarga bahagia kita bersama...” janji Syamir bersungguh-sungguh.Farah Aqilah menarik nafas dalam.Cuba untuk memanggil agar akal rasionalnya supaya berfungsi.Setelah agak lama berfikir akhirnya Farah Aqilah bersuara.
”Baiklah.Farah akan mempertimbangkannya tapi Farah tak nak janji apa-apa dengan Amir.Farah tak janji,” akhirnya Farah Aqilah memberikan kata putusnya.Sebenarnya Farah Aqilah sudah tidak mahu mendengar kata rayu dari Syamir.Hatinya rimas.
Farah Aqilah terkejut apabila merasa ada tangan yang menyentuh lengannya.
”Apa yang dimenungkan tu Farah?Jauh benar nampaknya...” tegur Mak Dah.Farah Aqilah tersenyum.
”Tak ada apa-apalah Mak Dah.Saja je...”
”Hmm.. kalau begitu marilah.Kita minum petang dulu.Lagipun ada orang yang teringin sangat nak kenal dengan Farah.Jom...”
“Abang...!!” jerit Fazureen dari dalam bilik.Terkocoh-kocoh Hakim berlari masuk ke dalam bilik.Hampir ketawa Fazureen melihat keadaan suaminya, dengan apron yang terikat dipinggang dan tangan yang tersarung sarung tangan ovennya.Tangan kanan memegang sudip dan tangan kiri pula memegang tudung periuk.
“Kenapa?” tanya Hakim bersama sedikit mengah.
“Rin nak muntah...” jawab Fazureen perlahan.
Bulat mata Hakim mendengar kata-kata Fazureen.“Lagi?”Fazureen menganggukkan kepalanya.Seingat Hakim, untuk pagi ini saja sudah hampir dua belas kali Fazureen muntah.Sampai lembik jadinya isterinya itu.Hakim menggeleng tak percaya.
“Betul ke?Ada lagi ke isi yang nak dimuntahkannya tu?” Hakim cuba mencari jawapan yang lebih pasti.Rasa seperti tidak dapat diterima oleh akalnya.Pagi tadi Fazureen hanya menjamah sekeping roti bersama segelas susu.Masakan dengan makanan yang sebanyak itu, Fazureen mampu untuk muntah sebanyak dua belas kali?Sungguh tak masuk dek akal.
“Abang...!! Cepatlah, Rin nak muntahlah...” marah Fazureen tiba-tiba.Rasanya sudah tidak mampu untuk dia menahan rasa loya namun suaminya itu banyak pula soalnya.
“Oh... ya... ya...” kelam-kabut Hakim mendekati Fazureen dan cuba untuk memapahnya ke bilik air.Tetapi, entah mengapa serasa seperti kekok dan payah benar untuk Hakim mencari posisi yang betul untuk memapah Fazureen.Seperti ada yang tidak kena.
“Abang... kalau ya pun, letak la dulu sudip dengan tudung periuk tu.Abang nak bawak ke mana?” tegur Fazureen pula.
Opss!!Hakim hanya tersengih.Pantas dia meletakkan sudip dan tudung periuk ditangannya.Kemudian, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.Cover malu sebenarnya.
“Abang... nak muntah dah ni..” jerit Fazureen bersama muka yang berkerut-kerut.Dengan rasa yang tidak keruan, Hakim cuba mencempung badan Fazureen.Belum separuh badan Fazureen diangkat, muntah Fazureen sudah pun selambak keluar.Habis baju dan apron Hakim.
“Opss!!” kata Fazureen sambil tersengih.
“Alamak, apron abang.Ni last yang tinggal la sayang..” rungut Hakim perlahan sambil tersenyum sumbing.Sebelum ini sudah sepuluh apron Hakim yang terpaksa direndam.Semuanya gara-gara terkena muntah Fazureen.Perlahan-lahan Fazureen diletakkannya kembali ke katil.Kemudian, Hakim turut melabuhkan punggungnya ke katil.
“Abang...” panggil Fazureen.
“Ape?” jawab Hakim acuh tak acuh.Hakim masih lagi sibuk membersihkan muntah Fazureen yang terlekat pada apronnya.
“Tadi abang tengah masak ya?” tanya Fazureen lagi.
“Yelah, habis abang nak buat apa lagi dengan pakai macam ni?” jawab Hakim lagi.
“Abang masak apa?” Hakim mengerutkan dahi.Banyak pula soalan Fazureen hari ini.Selalunya Fazureen jarang bertanya, dia makan sahaja apa yang disediakan Hakim untuknya.
“Goreng ikan keli...” balas Hakim ringkas.
“Oh, sebab tulah siap dengan tudung periuk semua ya, buat perisai sebab ikan tu meletup eh?” balas Fazureen pula sambil ketawa-ketawa.Hakim hanya menayang muka tak puas hati kerana ditertawakan oleh isterinya.
“Abang dah tutup api ke belum?Sebab Rin bau macam ada benda hangit je ni...” bagai disengat tebuan, Hakim berdiri.
“Alamak, ikan aku...!!”, jerit Hakim sebelum terkocoh-kocoh dia berlari ke dapur untuk melihat ikannya yang hangus rentung.Alamatnya, makan nasi bungkus lagi la hari ni, kata Hakim di dalam hati.
Fazureen hanya ketawa melihat telatah suaminya sambil menggelengkan kepala.
***
TUJUH BULAN KEMUDIAN…
“Abang...” panggil Fazureen suatu malam.Hakim masih lagi pulas lena di pembaringannya.
“Abang...” panggil Fazureen sekali lagi sambil menggoyangkan sedikit badan suaminya.Hakim tersedar.Dia membuka mata sedikit dan menghadiahkan senyuman buat Fazureen sebelum memejamkan matanya kembali.
“Abang...” jerit Fazureen sedikit kuat.
“Apa?”jawab Hakim antara sedar tak sedar.
“Perut Rin sakit...” adu Fazureen sambil menyeringai.Menahan rasa sakit yang mula menyucuk-nyucuk di bawah ari-ari dan di pinggangnya.
“Hmm.. Rin nak berak ke?” tanya Hakim yang masih lagi mengantuk.“Kalau Rin nak berak, pergilah tandas...” tambah Hakim lagi.
“Bukanlah abang, Rin rasa macam baby ni dah nak keluar je,” balas Fazureen pula dalam nafas yang tersekat-sekat.
“Baby nak keluar?Nak keluar ke mana pulak malam-malam ni, Rin?”, balas Hakim lagi yang ternyata masih lagi mamai.Tidak sedar dengan apa yang dituturkannya.Penat menguruskan hal-hal pejabat dan menguruskan rumah tangganya masih lagi terasa.
“Abang, baby dah nak keluar la..!!” jerit Fazureen sambil mencubit lengan suaminya.Tidak tahan dengan rasa sakit yang semakin kerap terasa serta geram apabila sedar dia berborak dengan suaminya yang sedang mamai.
Jeritan Fazureen yang kuat dan cubitan Fazureen yang terasa berbisa dilengannya telah membuatkan rasa mengantuk Hakim hilang begitu saja.Segar dan bulat matanya memandang Fazureen.Malah rasa terkejutnya menjadi berganda apabila melihat wajah Fazureen yang sudah mula basah dengan air mata.
“Abang, sakit..”
Hah, sakit?!Pantas Hakim bangun, membuka lampu bilik tidur mereka.Beg pakaian Fazureen beserta bakul barang-barang bayi yang terletak di tepi almari dicapainya.Kunci kereta yang tersangkut di dinding disambarnya sebelum dia berlari bergegas masuk ke dalam kereta dan lantas enjin kereta dihidupkannya.
Fazureen tercengang melihatkan suaminya yang bergegas turun tanpa membawa dirinya bersama.
Belum sempat handbrake dilepaskan, barulah Hakim perasan rupanya Fazureen belum dibawanya.Hakim menepuk dahinya sekali.Allah.. itulah selalu waktu dia buat rehearsal ‘Pelan Kecemasan Bersalin’ tak pula dia praktis untuk membawa Fazureen, selalunya dia berlatih untuk mencapai barang-barang keperluan Rin saja.Terkocoh-kocoh Hakim kembali berlari naik ke bilik untuk mendapatkan Fazureen.
“Sorry Rin, abang lupa...” ucap Hakim sambil tersengih.Lantas badan Fazureen diangkat dan dibawa masuk ke dalam kereta.
“Abang, sakit bang...” rintih Fazureen bersama-sama air mata yang menderu mengalir dipipinya.
“Sabar, yang...” hanya itu balas Hakim disepanjang perjalanan mereka.Hatinya cuak apabila mendengar rintihan Fazureen bersama linangan air mata.Ditambah pula dengan keadaan yang mengeliat ke kiri dan ke kanan kesakitan.Semuanya membuatkan hati Hakim menjadi tidak keruan.Pedal minyak ditekannya sekuat hati dan akhirnya mereka tiba di hospital berdekatan.
Setibanya di hospital, Hakim berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk wad kecemasan.Hakim turun dan pantas berlari membuka pintu untuk Fazureen.Kelihatan seorang petugas wad kecemasan berlari mendekati mereka sambil menyorongkan kerusi roda.Dengan berhati-hati mereka mengangkat Fazureen dan meletakkannya di atas kerusi roda.Lalu, Fazureen terus dibawa ke bilik bersalin.
***
Sepuluh minit sudah berlalu.Hakim mundar-mandir di hadapan pintu bilik bersalin.Rasa hatinya bercampur-campur di saat itu.Ada runsing, risau, teruja, bahagia dan sebagainya.Tiba-tiba Hakim baru teringat bahawa ibu bapa serta mertuanya masih lagi belum dimaklumkan mengenai Fazureen, pantas jari-jemarinya menekan punat-punat telefon bimbitnya untuk mengkhabarkan khabar gembira tetapi cemas itu.
Sedang Hakim cemas sendirian, tiba-tiba pintu bilik bersalin tersebut terbuka.Kelihatan seorang nurse keluar dan mendekatinya.
“Encik ni suami Puan Fazureen?” tanya nurse tersebut.
“Ya..” jawab Hakim bersama debaran di hati.Bimbang ada berita yang kurang enak yang bakal disampaikan kepadanya.
“Puan Fazureen panggil encik masuk,” kata nurse itu lagi sambil tersenyum.“Marilah..” ucap nurse itu lagi sebelum mempersilakan Hakim masuk.Dengan perasaan yang berbaur-baur, Hakim menurut setiap jejak nurse tersebut.
Sebaik sahaja tiba di dalam bilik bersalin tersebut, kelihatan Fazureen yang sedang berbaring di sebuah katil.Terdapat beberapa orang nurse dan seorang doktor yang sedang menemani isterinya itu.Fazureen yang perasan akan kelibatnya lantas menghulurkan tangan kepadanya.Pantas Hakim menyambut huluran tangan Fazureen.Wajah Fazureen yang jelas menunjukkan riak perit akibat menanggung kesakitan, benar-benar menusuk hatinya.
“Sabar Rin..”
Aaaahhh!! Jerit Fazureen tiba-tiba.Pegangan tangan Fazureen ditangan Hakim menjadi semakin erat.
Dumm!! Hakim tumbang.Tercengang seketika insan-insan yang berada di dalam bilik bersalin tersebut.Dalam menyerigai sakit, Fazureen ketawa.
***
Sinaran cahaya yang terang terasa seakan-akan menyucuk-nyucuk matanya.Perlahan-lahan Hakim membuka matanya.Samar-samar kelihatan ibu bapa serta mertuanya yang sedang berkerumun di katil.Hakim cuba mengingati apa yang berlaku tadi.Rin?!Bingkas Hakim bangun dari pembaringannya.
“Dah bangun kamu Hakim?” tegur Encik Fauzi tatkala menyedari menantunya itu sudah sedar dari pitamnya.Teguran Encik Fauzi telah menyebabkan empat pasang mata yang lain turut tersorot ke arah Hakim.
Hakim tidak mengendahkan pandangan mata ibu bapa serta mertuanya tetapi terus dia melangkah mendekati Fazureen yang sedang menyusukan anaknya.
“Rin...” ucap Hakim perlahan.Wajah keletihan Fazureen direnungnya penuh simpati.Tangan Fazureen dicapainya dan dicium sekali, lama.Fazureen tersenyum ke arah suaminya.
“Rin, lepas ni abang tak nak baby lagi..” ucap Hakim tiba-tiba.Pecah tawa mereka di situ.Fazureen pula hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Ternyata Hakim serik.
Seusai solat Subuh, Farah Aqilah turun ke dapur untuk membantu Mak Dah menyiapkan sarapan pagi.Menu mereka pagi itu adalah nasi goreng kampung dengan kopi kampung.Pekat.Menghidu aromanya sahaja sudah mampu membuka selera Farah Aqilah sebesar benua.Setelah juadah sarapan pagi siap dihidang, Mak Dah meminta Farah Aqilah untuk memanggil Syamir di Pondok Udang untuk bersarapan bersama.Tanpa banya soal, Farah Aqilah menurut.
Pintu rumah dibuka.Selipar jepun disarunkan ke kakinya.Farah Aqilah melangkah dua tiga tapak sebelum dia menarik nafas dalam dan membuat sedikit senaman regangan.Perbuatannya itu benar-benar menggamit nostalgia.
Syamir yang baru sahaja keluar daripada Pondok Undang, tersenyum melihat Farah Aqilah yang beriya-iya melakukan senaman ringan.Tiba-tiba muncul idea nakal dibenaknya untuk mengusik Farah Aqilah.
”PT 10 sebanyak lima puluh kali dalam tiga kiraan, exercise mula..”, laung Syamir tiba-tiba. Farah Aqilah tersentak.Syamir mendekati Farah Aqilah dengan gaya ala-ala jurulatih PT atau Physical Training ATM.Farah Aqilah yang baru sahaja mengangkat tangannya untuk menarik nafas buat sekian kalinya, jatuh ke sisi begitu sahaja.Tidak jadi meneruskan perbuatannya.
”Exercise mula..”, arah Syamir lagi.
”Amir ingat kita sekarang tengah PT pagi ke?” sinis Farah Aqilah bersuara.Syamir tergelak.
”Yelah.Betullah tu, so cepatlah Farah.Nanti nak kena lari 1.4 km lak.Hari ni larian bermasa tau.Kalau lambat, buat satu papan lagi,” ujar Syamir pula.Sengaja dia mengajuk kata-kata favourite Sarjan Usop dulu.
”Eleh.. cakap orang pulak.Amir tu mampu lagi ke nak buat semua tu?” tanya Farah Aqilah yang masih lagi berada dalam mode sinis.
”Hehe.. Pancitlah yang.. dah lama tak practice..” ucap Syamir sambil tersengih.
”Patutlah boroi..” giat Farah Aqilah pula.
”Hei, mana ada.Macho apa ni,” balas Syamir sambil menepuk bahunya beberapa kali.Perutnya pula pantas ditarik ke dalam.Farah Aqilah ketawa melihat tingkah Syamir.
”Boroi..!!” ejek Farah Aqilah lagi sambil ketawa.
Syamir tersenyum senang melihat Farah Aqilah yang tertawa ceria.Hari ini pasti indah kerana harinya dimulakan dengan sesuatu yang sangat indah.
Tawa Farah Aqilah terhenti tiba-tiba apabila menyedari Syamir hanya tersenyum melihat dirinya.Kepalanya pantas ditundukkan, melindungi wajahnya yang mula merintik merah.
”Nyenyak tidur malam tadi?” soal Syamir untuk menyimpang bicara.
”Uhuh..” balas Farah Aqilah sambil menganggukkan kepala.Namun wajahnya masih belum diangkat.Kakinya menguis pasir menggunakan hujung selipar jepun yang disarungnya.
”Hmm.. baguslah..” keluh Syamir perlahan.
Tertegak kepala Farah Aqilah mendengar keluhan Syamir.Kenapa??
”Kenapa? Amir tak nyenyak ke malam tadi?” pantas lidah Farah Aqilah menuturkan bicara tanpa sempat akalnya memproses kewajaran pertanyaannya itu.
”Tak.Pondok Undang tu banyak sangat nyamuk.Amir nak lelap pun tak boleh..” adu Syamir lirih.Ketawa Farah Aqilah meletus tatkala mendengar nada sayu Syamir.
”Apa Farah ni, tak kesian dekat Amir ke?” Syamir cuba meraih simpati.
Farah Aqilah menggeleng kepala laju.
”Tak.. Kelakar lagi adalah.Kononnya dulu PRK.Pegawai Rendah Kanan.Big bos pada semua, sekali dah tauliah hampeh nak mampus.Manja giller..” giat Farah Aqilah sambil ketawa.Meriah sangat bunyinya.Panas hati Syamir mendengar ejekan daripada Farah Aqilah.
”Farah, Amir tak manjalah..” ucap Syamir tegas.
”Manja..!!” kata Farah Aqilah sebelum dia membuka langkah seribu.Berlari masuk ke dalam rumah mendapatkan Mak Dah.Bimbang Syamir mengamuk.Ketawa Farah Aqilah masih lagi panjang.
”Farah..!!” jerit Syamir marah.
***
”Farah..!!” jerit Syamir.Ternyata dia masih belum berpuas hati.Syamir terjengul di pintu ruang makan sambil bercekak pinggang.Farah Aqilah pantas berselindung di belakang Mak Dah.
”Ish, kenapa dengan kamu ni Mus?Pagi-pagi lagi dah terpekik terlolong macam tarzan?” tegur Mak Dah.Farah Aqilah yang berada dibelakang Mak Dah menayangkan mata juling pada Syamir.Sengaja.Masih lagi mahu menyakat Syamir.Syamir mengetap bibir menahan geram.
”Tak de pape lah mi.Saja Mus nak test suara, dah lama tak menjerit,” balas Syamir bersahaja namun matanya masih tajam merenung wajah Farah Aqilah yang masih lagi menayangkan muka yang entah apa-apa.Sengaja nak menyakitkan hatinya.
”Dah, tak payah nak terpekik terlolong kat sini.Test suara ke ape?Mi bukannya bukak booth audition AF ke ape,” bebel Mak Dah lagi.Farah Aqilah menayangkan mimik padan muka buat Syamir.Syamir masih lagi mematung di situ.
”Apa lagi korang berdua ni?Dahlah tu Amir, Farah.Duduk makan tu dulu..” tegur Mak Dah.Alahai budak-budak zaman sekarang, depan orang tua pun masih boleh buat adegan usik-usik-merajuk, desis hati Mak Dah.
Farah Aqilah menarik kerusi lalu duduk.Syamir pula mengambil tempat yang bertentangan dengan Farah Aqilah.Mak Dah pula dihujung meja.Baru sahaja Mak Dah ingin mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya, tiba-tibasuara Syamir bergema.Memecahkan suasana yang hening seketika.
”Up..” spontan Farah Aqilah menadah tangan untuk bacaan doa.Ternyata budaya dan arahan sebegitu sudah sebati dalam dirinya.Mak Dah yang terpinga-pinga dengan suara Syamir yang tiba-tiba, pantas melepaskan senduk yang baru dipegangnya sebelum dia turut menadah tangan.Hampir tersembur ketawa Syamir melihatkan gelagat Mak Dah yang terkulat-kulat.Namun sedaya upaya ditahannya dan cuba beriak serius.
”Down.Jemput makan semua..” ujar Syamir usai dia membaca doa makan.Farah Aqilah tersenyum.Memori lalu kembali lagi.
***
[Pusat Inokulasi Tempur,Pulada, Ulu Tiram, Johor ~ 2006]
”Dah.. turun.. turun cepat..!!” arah Kopral Stanley.Amelya, Anisyah dan Najla yang masih terkial-kial untuk turun trak tiga tan mengetap bibir marah pada Kopral Stanley yang tidak habis-habis menggesa supaya mereka bergerak dengan lebih pantas sedari tadi.
”Hah..!! yang dah turun tu apa lagi, meniarap la, berbaris tiga-tiga.Korang nyer IC mana? Take in charge la..” sampuk Sarjan Usop pula.
”Woi, mana korang punya IC ni?” jerit Sarjan Usop lagi tatkala ucapannya tidak mendapat respon yang sepatutnya.
”Stap.. saya, stap,” Ikbar membuat laungan balas.Memberi respon pada jeritan Sarjan Usop tadi.
”Hah, kau datang la sini..” panggil Sarjan Usop.Pantas Ikbar bangun lalu bergerak menuju ke arah Sarjan Usop dan bersedia untuk melapor.Ikbar menghentakkan kaki dihadapan Sarjan Usop.
”Apa lagi yang korang bergerak-gerak lagi ni?Tak nampak ke orang dah nak melapor ni?” jerkah Sarjan Usop.Begitulah keadaannya sebaik sahaja mereka semua melangkahkan kaki masuk ke kawasan Lapang Sasar Pulada yang terletak di Ulu Tiram ini.Jurulatih semua akan bertukar garang.Layan manja-manja-kucing kini telah bertukar menjadi sengal-sengal-singa.Hal ini kerana, di lapang sasar nyawa mereka terdedah pada bahaya.Peluru hidup berada di mana-mana.Andai tersalah langkah, bimbang ia akan mengundang padah.
Perlahan-lahan skuad junior mengesot untuk membetulkan barisan.
”Diam, langut, terus pandang ke hadapan,” ucap Ikbar sebelum berpusing ke belakang untuk melapor.Kakinya dihentak sebelum salam diberikan.
”Kami skuad junior seramai sembilan puluh enam orang keseluruhan, lapan puluh enam dalam baris, dua orang fitik peluru, empat orang fitik khemah dan empat orang sakit mata, siap sedia untuk menerima arahan selanjutnya stap,” lapor Ikbar.Sarjan Usop mencatat maklumat yang diberikan oleh Ikbar untuk dimuatkan di dalam laporan hariannya nanti.
”Okey, masuk..” ucap Sarjan Usop ringkas.
”Terima kasih, stap,” ucap Ikbar sebelum kembali bergerak masuk ke dalam barisan.
Sarjan Usop bangun daripada tempat duduknya dan berdiri dihadapan skuad junior.”Okey, hari ni korang semua akan lakukan latihan IT.Jadi aku tak nak nanti korang semua main-main.Kejap lagi Encik Kamarul akan bagi taklimat sikit, dengar betul-betul dan tanya apa yang korang tak paham.Dengar tak tu kadet?”
”Dengar stap..” sambut skuad junior.Matahari yang tegak di atas kepala menyebabkan skuad junior berasa bagaikan dipanggang hidup-hidup.Ramai yang sudah mula bergerak-gerak.Menyapu peluh yang galak mengalir membasahi wajah mereka.Skuad senior dan intermediate hanya memerhatikan daripada khemah mereka yang tidak jauh daripada ’medan salai’ tersebut.Ada yang tersenyum melihat gelagat skuad junior.Mungkin terkenang zaman mereka junior dahulu.
”Ni apesal korang gerak-gerak ni?Korang panas ke kadet?” ucap Kapten Syah yang datang entah daripada mana.
”Tak, tuan..” balas skuad junior.
”Apa dia?”
”Tak, tuan..” jerit skuad junior lebih kuat lagi.
”Ha.. macam tulah..” ucap Kapten Syah sambil ketawa sebelum berlalu menuju ke khemah pegawai yang telah disediakan.Bersedia untuk menyambut kedatangan Timbalan Komandan serta Ketua Jurulatih barangkali.Pegawai-pegawai atasan hari ini hadir bagi melihat sendiri latihan IT atau Inokulasi Tempur dijalankan.Mengikut trend Palapes UTM, latihan IT ini hanya dilakukan dalam tempoh dua tahun sekali sahaja.Mungkin kerana stok peluru dan bom yang diperlukan bagi menjalankan latihan ini adalah tinggi.
Tidak lama kemudian, Encik Kamarul yang merupakan pegawai latihan bahagian senjata api, Pulada hadir untuk memberikan taklimat ringkasnya pada skuad junior.
”Okey, assalamualaikum semua sekali..” ucap Encik Kamarul.”Ada yang bukan muslim tak?” tanya Encik Kamarul.
”Ada, encik,” jawab Heng dan Teck Chai.
”Okey, selamat pagi korang berdua..”
”Selamat pagi encik”
”Hari ini korang semua akan menjalani latihan IT atau Inokulasi Tempur.Korang tau tak apa tu latihan IT ni?Ada tanya pada senior-senior korang tak?” tanya Encik Kamarul sebagai pembuka bicara.
”Ada, encik,” jawab skuad junior serentak.
”Huh! Korang ni semuanya ada..” jawab Encik Kamarul sinis.
”Dah, korang lupakan je apa yang senior-senior korang cakap.Dengar sini apa yang aku nak bagi tau ni.Latihan hari ni sangat merbahaya sebab ia melibatkan senjata LMG beserta peluru hidup.Beberapa bom latihan juga akan digunakan.Helmet tu jangan sesekali korang buang.Faham tak tu kadet?” tanya Encik Kamarul untuk mendapatkan kepastian.
”Stap..” tiba-tiba ada satu suara melaung.Lapan puluh tujuh pasang mata termasuk sepasang mata daripada Encik Kamarul tersorot ke arah suara itu hadir.Amira membuat muka cuak apabila semua orang memandang ke arahnya.
”Ada apa?”
”Jauh ke dekat peluru tu ditembak?” tanya Amira ragu-ragu.
”Dekat jugak.Atas sikit je daripada dawai halangan crawl tu.Sebab tu aku pesan tadi, helmet tu jangan bukak, pastikan terikat ketat.Lepas tu, waktu crawl nanti jangan panggung kepala tinggi-tinggi, kalau pun terkejut sebab kena bom latihan nanti,” pesan Encik Kamarul.
”Kena crawl bape jauh, stap?” tanya Hanifah pula.
”Tak jauh, tiga ratus meter je..” terdengar suara-suara yang mengeluh tatkala mendengar jarak yang perlu mereka lalui sebentar nanti.Ada yang sudah mula membetulkan ’pad’ pelindung ajaib yang diletakkan pada lutut dan siku, disebalik baju loreng.Langkah-langkah pencegahan supaya lutut dan siku mereka tidak melecet nanti.
”Ada apa-apa lagi yang korang nak tanya tak?” tanya Encik Kamarul lagi.Bimbang andai ada diantara skuad junior yang masih lagi belum faham akan arahan yang diberikan olehnya sebelum ini.
”Okey, kalau macam tu korang pecah masuk sendiket.Satu sendiket saiz dia dalam dua belas orang.Okey, gerak cepat..” arah Encik Kamarul lagi.
”Sambil-sambil korang masuk dalam sendiket tu, buang semua ’pad’ ajaib korang tu.Tak payah sibuk nak lapik lutut dengan siku korang tu.Askar apa main lapik-lapik ni..” skuad junior menarik muka kecewa.Ada saja taktik yang mereka lakukan, namun masih tetap dapat dihidu oleh jurulatih.Belum mantaplah nampaknya ni..!!
”Okey, sendiket satu mana?”
”Sini, stap..” jerit Hafizul.
”Sendikit satu, lorong satu.Hm.. Fizul, Anim, Fahmi dengan Linda.Lorong dua, Dauz, Najla, Amiradan Melor.Lorong tiga, Hakim, Farid, Syukri dan Siti.Bakinya masuk lorong empat...” arah Sarjan Usop pula.
”Baik, stap,” ucap sendiket satu sebelum bergerak ke lorong-lorong yang dimaksudkan oleh Sarjan Usop sebentar tadiMereka semua meniarap.Sebaik sahaja bendera mereh dinaikkan maka tembakan bertubi-tubi daripada laras automatik LMG kedengaran.Ahli-ahli sendiket satu agak panik dengan situasi itu.Suasananya ala-ala peperangan sebenar, dengan peluru hidup yang kelihatan berapi berterbangan secara bebas di atas kepala mereka, badan yang penuh bersalut lumpur dan suara-suara yang melaung memberikan sokongan kepada ahli-ahli sendiket supaya meneruskan usaha untuk merangkak hingga ke garisan penamat, segalanya benar-benar menghidupkan mood peperangan.
”Sendiket satu.. cepat..” laung Hafizul kuat bagi melawan bunyi tembakan yang membingitkan.Helmet dikepalanya yang senget dibetulkan.Hafizul berhenti dari merangkak dan berpaling kebelakang.Melihat tiga lagi rakan-rakannya yang sedang bertungkus lumus untuk merangkak hingga ke garisan penamat.
”Angkat sikit senjata kau tu Anim.Kalau meleret macam tu susah kau nak crawl..” tegur Hafizul.
”Boleh, Anim.. Boleh..” Hafizul memberikan kata semangat tatkala Anim sudah mula kelihatan seperti ingin berputus asa.Ternyata latihan ini lebih berat berbanding apa yang mereka sangkakan dan bayangkan sebelum ini.
Aahh!! Jerit Anim apabila satu bom latihan meletup sebaik sahaja dia melalui kolam kecil yang berada disisi laluan mereka menuju ke garisan penamat.Berdesing telinga Anim akibat letupan bom tersebut.Percikan air yang melambung tinggi sehingga hampir empat meter, benar-benar mengujakan ahli skuad lain yang sedang menonton.Riuh suara mereka bersorak.Tidak lama kemudian, beberapa siri letupan bom latihan berlaku.Suasata di Pusat Inokulasi Tempur itu menjadi bertambah bingit.Akhirnya, setelah bertungkus lumus, kesemua ahli sendiket satu tiba jua digarisan penamat.
Me? Suka bersendiri tapi tak suka keseorangan. Mempunyai cita-cita dan anganan sendiri. Ibubapa serta semua insan yang dikasihi menjadi prioriti. Dan, hanya ucapan dan kata-kata menjadi ekspresi kepada diri.