Product from Adobe

Ahad, Oktober 19

Air Mata Hati Bab 9


“Akak, sampai hati akak buat macam ni pada Nina. Apa salah Nina?”, rayu Nina pada Jamilah.

“Huh! Boleh lagi kau tanya apa salah kau pada aku? Laki aku kau dah rampas. Dasar perempuan tak ada maruah”, tengking Jamilah. Puas hatinya kerana dapat mengganyang madunya itu sepuas hati. Jamilah akui Taufiq memang selalu adil. Malah tidak pernah melupakan giliran antara mereka. Apa sahaja yang Nina dapat pasti dia juga akan mendapat benda yang sama. Yang membezakannya hanyalah pada warna. Taufiq akan meminta mereka untuk memilih warna kegemaran mereka. Pendek katanya Taufiq jarang tidak berlaku adil. Tapi apa yang menjadi kesumat disanubarinya adalah rasa cinta dan sayang Taufiq pada Nina adalah melebihi dirinya. Walaupun Taufiq tidak pernah bersuara namun Jamilah tahu. Semuanya terserlah dalam renungan matanya. Tambahan pula sejarah perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi aturan keluarga.

Lapan tahun dahulu, Jamilah mendirikan perkahwinannya bersama Taufiq atas desakan keluarga. Sungguh pun tiada rasa cinta antara mereka namun layanan baik suaminya telah menyebabkan rasa cinta berputik dihatinya. Namun, panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pelangi bahagia keluarga mereka musnah tatkala enam bulan yang lalu Taufiq meminta izinnya untuk bernikah satu lagi. Hancur benar rasa hatinya tika itu. Namun dek kerana takut akan kehilangan Taufiq akhirnya Jamilah menandatangani borang kebenaran tersebut.

Sungguh. Terguris benar hatinya tatkala Taufiq mencium dahinya lama setelah dirinya selesai menandatangani borang kebenaran tersebut. Ucapan terima kasih tidak putus-putus diucapkannya. “Abang janji takkan siakan Milah. Insyaallah abang akan cuba berlaku adil”, terngiang-ngiang kata-kata itu ditelinga Jamilah. Semakin kerap semakin sakit hatinya. Abang tipu. Abang kata abang akan berlaku adil tapi kenapa abang sayang perempuan ni lebih?! Jerit Jamilah di dalam hati. Matanya mencerlun tajam ke muka Nina yang masih teresak-esak dibelasahnya tadi. Puas hatinya melihatkan Nina begitu. Aku akan pastikan kau akan diceraikan. Azam Jamilah di dalam hati.

***

Fakrul menyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya lincah membasuh keretanya. Ezani tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Kepalanya digeleng-geleng.

“Apa yang tersenyum sorang-sorang tu sayang? Dah tu tergeleng-geleng”, tegur Fakrul. Lucu pula melihat gelagat isterinya itu.

“Abang tulah. Dahlah tak pakai baju. Pakai seluar pendek je. Rambut tu pun serabai je. Sebijik je macam ‘apek longsi’ jual botol tepi jalan”, kata-kata Ezani itu diikuti oleh ketawa halus.

“Owh.. kata abang macam ‘apek’ jual botol ye. Nah ni..!”, jerit Fakrul sambil membaling sponge yang sedang dipengangnya ke muka Ezani. Papp!! Tepat sekali balingannya. Bulls eye! Yes.. hehe..

“Abang..!!”, jerit Ezani marah. Habis basah mukanya dengan air sabun. Ada sedikit air sabun yang masuk ke mulutnya. Yeark!! Ezani yang tidak puas hati lantas mengejar Fakrul.

“Mana abang nak lari ha?”

“Hekeleh.. boleh ke sayang nak kejar abang?”, mereka berkejaran mengelilingi kereta Toyota Herrier Fakrul. Mulut mereka bising terjerit-jerit. Mak Cik Limah pula hanya tersengih melihat gelagat anak dan menantunya itu. Bahagia rasa hatinya.

“Hati-hati Zani. Basah tu. Nanti jatuh pulak”, tegur Mak Cik Limah sebelum masuk ke dalam rumah. Tidak mahu menggangu anak-anaknya itu bergurau senda. Dalam lucu timbul juga rasa bimbang dihatinya tatkala melihat Ezani yang berlari-lari di lantai yang licin.

“Ye tahu mak.. Za.. aaaaahhh!!”, belum sempat Ezani menghabiskan kata-katanya kaki Ezani tersadung baldi yang penuh dengan air sabun yang digunakan oleh Fakrul tadi. Habis tumpah air sabun di dalam baldi tersebut. Selipar yang dipakainya telah pun haus memburukkan keadaan. Tak semena-mena Ezani jatuh tersembam. Fakrul kaget melihat Ezani jatuh.

“Ya Allah”, jerit Fakrul. Lantas dia mendekati Ezani yang telah merekot kesakitan.

“Sayang, are you okey?”, tanya Fakrul risau. Hatinya tika itu hanya Allah yang tahu. Kepala Ezani yang mula membengkak diusapnya perlahan. Ezani yang merekot mengerang kesakitan dipandangnya penuh risau. Kenapa teruk sangat ni? Ezani yang sedang menangis cuba ditenangkan? Kenapa Ezani menangis? Jatuh begini masakan begitu teruk sakitnya.

Namun sekali lagi Fakrul terjerit bila melihatkan ada tompokkan darah pada kain yang dipakai oleh Ezani. “Mak.. Mak.. tolong Ayul mak!!”, jerit Fakrul memanggil ibunya. Terkocoh-kocoh Mak Cik Limah berlari mendapatkan anaknya. Cemas benar bunyinya.

“Ya Allah, Zani..”, hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Mak Cik Limah beristighfar panjang melihat keadaan Ezani itu.

“Ayul cepat bawa Zani ke hospital. Cepat sebelum tak dapat diselamatkan?”, gesa Mak Cik Limah. Tak dapat diselamatkan? Apa maksud ibunya itu? Ah!! Itu semua tak penting. Yang penting Ezani harus selamat. Lantas Ezani didukung masuk ke kereta. Lupa dirinya tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Terus keretanya dipecut ke klinik hospital berdekatan. Mulanya Fakrul ingin membawa Ezani ke klinik Amar namun dibantah oleh ibunya. Oleh itu Fakrul terus membawa Ezani ke Hospital Pantai Puteri.

Fakrul mundar-mandir di hadapan bilik rawatan. His!! kenapa lama sangat ni? Masakan balut kepala pun lama. Hati Fakrul tidak sabar. Namun, terasa aneh bila melihat orang-orang disekelilingnya tersenyum-senyum kepadanya. Hendak membalas senyuman tersebut dirasakan kebas pipinya. Risau mengenangkan keadaan Ezani yang masih belum diketahui mengatasi segalanya. Namun rasa ingin tahunya tetap ada. Dikerling pula pada ibunya. Dalam riak kerisauan ibunya, ibunya turut melemparkan senyum padanya. Malah wajah ibunya turut memaparkan wajah seperti tidak tahan mahu ketawa. Apa kenalah dengan mak aku ni? Yang dia orang ni pun kenapa tak sampai-sampai lagi ni?!

Sebaik sahaja Ezani dimasukkan ke bilik rawatan, Fakrul terus menghubungi Amar dan Haikal supaya dapat hadir bersama. Dia mahu berkongsi kerisuannya bersama sahabat baiknya. Dia takut tidak dapat menghadapinya seorang diri andai sesuatu yang buruk berlaku? Sesuatu yang buruk? Ah.. apa yang aku melalut ni..

Tiba-tiba terdengar satu ketawa dari arah belakangnya. Pantas Fakrul berpaling. Rupa-rupanya Amar dan Haikal yang ketawa. Berubah muka Fakrul tatkala mendengar ketawa dari kawan-kawannya itu. Kurang ajar betullah kawan-kawan aku ni. Ada ke patut bini aku masuk hospital diorang boleh ketawa.

“Kau orang ni happy semacam kenapa?”, marah benar bunyinya.

“Tak adalah. Kita orang nampak tadi ada ‘apek longsi’ jual botol tak pakai baju kat luar tadi”, balas Hakim sambil ketawa. Amar juga masih tersenyum-senyum.

Apek longsi’ jual botol? Macam pernah dengar ayat tu? “Dah tu apa kaitannya dengan kau orang ketawa-ketawa kat sini? Aku dah la risau. Boleh korang ketawa bersuka ria”, balas Fakrul.

“Ok..Ok.. kita orang dah tak gelak. Erm.. Ayul, ko tak rasa sejuk ke?”, tanya Haikal penuh makna.

“Hmm.. aku sejuk la jugak. Rasa berangin je. Nak kata ada kipas tak pulak”, kata Fakrul sambil memeluk tubuh. Erk? Kenapa lain benar rasa material baju aku ni? Tak macam kain cotton pun. Nak kata nylon pun bukan. Fakrul terus-terus meraba dadanya. Aik? Ada dua? Ni butang apa pulak ni? Lantas dilihat badannya. Ya Allah!! Aku tak pakai baju rupanya. Patutlah semua orang asyik senyum-senyum kat aku. Mak pun sama. Sampai hati tak bagi tahu aku. Serentak dengan itu muka Fakrul bertukar merah. Mereka yang berada di situ lantas ketawa.

Melihatkan wajah Fakrul yang merah ibarat udang yang dibakar, Hakim membuka sweater yang dipakainya dan diberikan pada Fakrul. “Ayul, pakailah… Malulah nurse tu tengok ko punya tenet!!”, spontan menutup dadanya untuk melindungi dua butang tadi. hehe.. Hakim masih lagi ingin mengusik. Mendengarkan ketawa Hakim yang agak kuat, Amar menepuk bahu Hakim.

“Hakim..”, Fakrul menjeling penuh amaran.

“Hehe.. sorry Am. Sorry. Ayul jangan marah eh”, serentak dengan itu pintu bilik rawatan terbuka. Dr. Asyikin menjerit memanggil nama Fakrul.

***

Tersiat senyuman di bibir Fakrul tatkala mendengar berita daripada Dr. Asyikin. Beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.. Serasa ingin menjerit ke seluruh pelusuk dunia ketika ini. Kata-kata yang baru keluar dari bibir Dr. Asyikin itu merupakan kata-kata yang paling indah yang pernah didengarinya di dalam hidup ini selain daripada kata sah sewaktu akad nikahnya bersama Ezani dahulu. Tersenyum Dr. Asyikin melihat gelagat Fakrul itu. Perkara itu sudah biasa dilihatnya. Namun masih ada riak kerisauan diwajahnya tapi jika itu adalah amanahnya, terpaksalah dipatuhinya.

“Sayang, thanks a lot. Love you so much”, kata Fakrul sambil mencium perlahan ubun kepala isterinya. Senyum dibibirnya masih tidak lekang. Namun tiba-tiba roman wajahnya berubah serius. Dia teringatkan sesuatu.

“Erm.. sayang dah memang tau dulu ke sebelum ni?”, tanya Fakrul serius. Tajam matanya merenung wajah isterinya.

Mati senyuman Ezani yang berkuntum di bibirnya sedari tadi. Ada riak cuak diwajahnya. Alamak!! Apa aku nak jawab ni? Ayul nak marah ke kalau aku jawab memang dah tau. Cuma tak sempat nak bagi tau dia je. Ezani ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Dan seperti biasa, Fakrul tidak akan mengalah selagi dirinya belum mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Wajah Ezani yang tiba-tiba berubah riak itu menambahkan rasa curiga hatinya.

“Err.. tak adalah. Zani baru aje tau tadi”, alamak!! Ezani menggigit bibirnya. Macam mana boleh tersalah cakap pulak ni. Sepatutnya aku guna Hanna bukan Zani. Mesti Fakrul dapat tangkap aku tipu kalau macam ni.

“Hah!! Kan abang dah cakap. Baik sayang bagi tau abang, kenapa sayang sorokkan berita gembira ni dari abang? Tak payah nak fikir-fikir ayat nak tipu abang lagi. Sayang takkan berjaya. Setiap kali sayang tak jujur dengan abang, mesti sayang akan tersasul sebut Zani kan? Kenapa sayang tak mau bagi tau abang? Sampai hati sayang simpan berita gembira ni sorang-sorang. Tak share pun dengan abang. Abang ni siapa pada sayang sampai sayang tak mau share perkara penting macam ni dengan abang? Tengok apa dah jadi sekarang? Siapa yang susah”, panjang berjela bebelan Fakrul pada isterinya. Kalau boleh Fakrul mahu isterinya tahu akan ketidakpuasan hatinya tika itu.

Hehe.. ready.. Bebelannya dah bermula. Desis Ezani dalam hati. Sepatah Ezani tidak bersuara. Hanya mendengar bebelan suaminya itu. Matanya pula bulat merenung ke arah Fakrul.

Bebelan Fakrul tiba-tiba berhenti. Terasa seperti ada sepasang mata yang galak merenung ke wajahnya. “Kenapa pandang abang macam tu? Abang tengah marah la ni sayang!”, tegur Fakrul. Tidak puas hati bila marahnya hanya dibalas dengan renungan mata dan senyuman dibibir. Aik? Ingat aku tak serius ke? Kata Fakrul di dalam hati.

“Abang marah ke?”, tanya Ezani perlahan. Sengaja dia ingin meminta simpati suaminya itu. “Sampai hati abang nak marah Hanna sekarang ni. Abang tak happy dengan berita ni eh?”, suara sedih sengaja dibuat-buat.

Erk.. Fakrul gelabah mendengar kata-kata Ezani itu. Alamak! Dia kecik hati ke? “Eh bukan macam tu sayang. Abang just risau je. Mana mungkin abang tak happy dengan berita ni. Abang..”, panjang lebar penjelasan Fakrul pada reaksinya tadi. Ezani pula sengaja menarik muka 14. Hehe.. pujuk la aku sampai esok pagi. Best gak dah lama tak kenakan Ayul ni.. Hati Ezani berdesis nakal. Tapi apa yang penting, telinga aku selamat dari bebelan malam ni. Hehe..

Sepanjang malam, bilik hospital yang dihuni oleh Ezani itu dipenuhi oleh adegan pujuk-memujuk antara Fakrul dan Ezani. Usik gurauan juga tidak ketinggalan. Alangkah indahnya detik itu dirasakan oleh pasangan yang masyuk bercinta itu.

***

“Good morning”, tegur Dr. Asyikin kepada Fakrul. “And how are you feeling now Pn Ezani?”, tanya Dr. Asyikin kepada Ezani pula. Fakrul hanya menggangguk kepala kepada Dr. Asyikin sebagai tanda membalas ucapannya tadi.

Ezani tersenyum ke arah Dr. Asyikin. “Better doc. Badan dah rasa segar sikit rasanya”, balas Ezani lembut.

“Erm… Encik Fakrul, boleh you tunggu diluar sebentar? Sekejap je. I nak check wife you. Nanti you boleh masuk balik”, katanya kepada Fakrul. Fakrul memandang kehairanan. Kenapa aku tak boleh tunggu? Aku kan suami Hanna?

Melihatkan Fakrul yang seakan keberatan untuk beredar, akhirnya Ezani pula bersuara. “Abang, boleh tolong belikan twiggies coklat and milo kotak tak? Hanna teringin nak minum la”. Fakrul kelihatan keberatan namun dianggukkan juga kepalanya. Tak sanggup rasanya nak menghampakan isterinya itu. Tambahan pula dalam keadaan berbadan dua.

***

“So, are you sure about this Hanna?”, tanya Dr. Asyikin.

“Yup. Very sure”, balas Ezani tegas. “And I harap you pegang janji you pada I Iekin. Please rahsiakan perkara ni walau apa pun yang terjadi. Ini rahsia kita dunia akhirat”, tambah Ezani lagi. Dr. Asyikin hanya mampu mengangguk walau keberatan.

Terkaku Fakrul di hadapan pintu bilik isterinya. Rahsia? Janji? Dunia akhirat? Apa yang mereka bincangkan? Fakrul bingung.

-----------------------------------------------------------------------
"Jangan bicara soal perjuangan, jika gentar akan kekalahan, Jangan bicara soal cinta, jika bimbang akan kehilangan"

0 komen yang diterima:

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino