Buah tangan buat pembaca yang sentiasa menyokong Lea dan cerita Air Mata Hati ini. Semoga terhibur hendaknya..
Fakrul mundar-mandir di dalam bilik kurungannya. Hatinya masih gelisah. Tidak pasti sama ada tawaran yang disampaikannya pada Komeng tadi akan diterima. Tidak pasti sama ada harapan untuknya kembali semula ke pangkuan Ezani pada kadar yang secepat mungkin akan terlaksana. Namun, apa yang pasti hatinya kini sedang bengkak kerana sarat menanggung rindu yang tak keruan di hatinya. Rindu yang sarat dijiwa kini nyaris bernanah akibat terlalu lama dipendamkan.
Tidak semena-mena pintu bilik kurungan terbuka. Komeng datang bersama orang suruhannya. Fakrul didekati.
“Ikat mata dia..” arah Komeng pada Zack dan dua orang lagi anak buahnya. Pantas mereka memegang Fakrul yang cuba meronta apabila Zack cuba untuk mengikat matanya dengan menggunakan sehelai kain hitam. Fakrul cuba meronta dengan sekuat hatinya, namun keadaan tangannya yang terikat telah membuatkan segala usahanya tidak berhasil.
“Arrghh.. Korang nak buat apa dengan aku ni?” tanya Fakrul dengan marah. Tidak suka mereka memperlakukan sesuka hati pada dirinya. Terselit juga rasa bimbang andai mereka ingin membunuhnya, gara-gara dia sudah lama berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama pada mereka. Doanya, seandainya telah ditakdirkan umurnya tidak panjang, hanya satu yang dia pinta – dia ingin melihat dan mengucup dahi Ezani buat kali terakhir. Biarlah surut sedikit rindu yang mencengkam dijiwanya.
“Diamlah.. kau jangan banyak tanya..” bentak Komeng. Satu tumbukan padu dihadiahkan ke perut Fakrul. Tertunduk Fakrul menahan rasa senak yang teramat. Hatinya cuba disabarkan. Tidak mahu bertindak bodoh. Dalam situasi sekarang ternyata bahawa kelebihan lebih berpihak pada Komeng dan konco-konconya. Dia perlu bertindak bijak dan pada perkiraannya kini, menurut merupakan langkah terbaik.
“Dah, korang bawak dia..” arah Komeng lagi.
“Baik bos..” sahut anak-anak buahnya.
“Jalanlah..” Fakrul terasa badannya ditolak-tolak dari belakang. Pandangan matanya yang gelap telah menyukarkan perjalanannya. Bunyi keriuk pintu memberitahu Fakrul bahawa dia sedang dibawa keluar dari bilik kurungannya. Mungkin mereka sedang membawanya untuk berjumpa dengan ketua penyangak-penyangak ini. Sekiranya benar, ini bermakna umpan yang ditaburnya semakin mengena. Harapannya untuk kembali bersama emak, Ezani dan anaknya semakin mekar berbunga.
Kedengaran bunyi pintu dibuka sekali lagi. Fakrul berandaian bahawa mereka sedang memasuki sebuah bilik lain. Mungkin bos penyangak-penyangak ini sedang menunggunya di sini, fikir Fakrul sendiri.
“Duduk..” arah Komeng. Fakrul hanya menurut. Ikatan tangannya dibuka dan diikat semula ke kerusi yang sedang didudukinya. Kemudian, ikatan kain hitam dimatanya pula dibuka. Sebaik sahaja ikatan di matanya dibuka, Fakrul memandang sekeliling. Ternyata telahannya tadi benar. Dia kini sedang berada di suatu bilik yang asing. Bilik yang lebih besar tetapi agak bersih. Dihadapannya pula terdapat suatu tabir yang berwarna hitam.
Zack dan rakan-rakannya bergerak meninggalkan Fakrul, yang tinggal hanyalah Komeng. Setelah melihat anak-anak buahnya keluar dari bilik tersebut barulah Komeng bergerak mendekati tabir hitam tersebut lalu menghilang disebaliknya.
“Semuanya sudah beres bos,” lapor Komeng.
“Baiklah, kau boleh keluar,” terkejut Fakrul mendengar akan perbualan tersebut. Memang telah dijangkanya bahawa dirinya diheret untuk ditemukan dengan ketua penyangak-penyangak durjana ini tetapi tidak pula dia menyangka bahawa ketua penyangak-penyangak ini akan bersembunyi disebalik tabir begitu.
“Baik bos..” ucap Komeng sebelum dia berlalu keluar dari bilik tersebut.
Suasana berubah sepi buat seketika. Fakrul hanya menanti apakah yang bakal dikatakan oleh insan yang berada disebalik tabir dihadapannya.
“Kau dah setuju?” tanya suara itu.
“Aku akan setuju tetapi bersyarat,” balas Fakrul ringkas.
“Apa syaratnya?” tanya suara itu pula, jelas menunjukkan bahawa dia tiada masa untuk berdolak-dalih mengenai perkara ini. Hanya persetujuan Fakrul yang dia inginkan.
“Kau akan setuju apa sahaja syarat yang aku?” balas Fakrul pula.
“Apa syaratnya?” suara itu sudah mula membentak. Tidak suka dengan cara Fakrul yang seolah-olah cuba untuk bermain tarik tali dengannya.
“Sebelum aku bersetuju dan menyatakan syarat-syarat aku, aku nak tahu dulu sebab aku dipaksa untuk mengahwini Nina”
“Kau tak perlu tahu,” jawab suara itu tegas.
“Aku perlu tahu jika kau nak aku setuju”
“Baiklah”
Download Lagu Pemilik Hati Armada Band Mp3
8 tahun yang lalu
15 komen yang diterima:
"Ikat mata dia"
ayat ni x sesuai la lea..
maybe tutup lagi sesuai...
ikat mata tu cam pelik sikit....
dont u think so????
satuju ngan loli... klu nak guna gak ayat ikat tu.. mbe bole guna
"tutup mata dia, ikat dengan kain ni"
mgkin la.. sy x arif sgt. skadar sdpkan ayat je..
chaiyo lea.. sy hargai usaha anda. dlm byk assignment tpi bjaya hasilkan AMH tuk tatapan pbaca wpn n3nya pendek..
salam..
thanks lea..
acctually, sye br je jmpe blog lea ari ni..
mmg bst sgt air mata hati ni..
dh abis sye bc..
tp sdh la n3 yg ujung2 ni..
sye nk bc pn x sggp..
arap2 ending nye eppy ye..
gud luk..
ngeeee...
pendeknye..
tp at least terubt ar gak rindu kat cite nieh..
huh..suspen2...
waaa, suspen2..
harap2 fakhrul x kawen ngan si nina tu..
haha.. makin byk org jadi cikgu BM ni.. hihii..
“Kau akan setuju apa sahaja syarat yang aku?” balas Fakrul pula.
agaknya akak tertaip word 'yang' tu x? hehe..
aduhh.. x sabar nak tau ending ni..
bilakah penantian ini akan berakhir? cewahh..
wahaha.. nana.. tu bkn tertaip perkataan 'yang' tapi ayat tu tak habis sebenarnya.. hehe.. thanx.. hmm.. yg ni bkn sbb ngntok.. tp careless.. [maaf tok guru sume ek]
seronok lea rasa sbb ramai yg sudi jd cikgu bm lea.. :) tp nmpknya markah ujian bulanan lea bg bln ni merosot la.. adoi.. adoi.. mesti mak marah.. wahaha..
thanx nin, loli n nana atas teguran yg dibuat..
lorh~~
sdeynye akak..
bLa novel nie nk dterbitkn??
jgn lupe post n3 kt cni erk..
>myA nuryAna<
alamak!!kenapa pendek sgt?x puas baca.. sian kat hanna, hampir giler sebab fakhrul hilang.. lea,cepat2 sambung yer.. x sbr nak tau kesudahan. hope hapi ending.. hihi...
best cite ni..hehe
rsenye tu jamilah kot~huhu
sian giler kt ayul n hanna..huhu
great story..sampai kering mata aku tngok skrin. cptla dpt feeling utk ending cita ni okay mate!! cheeRs!
bila part yg seterusnya...
harap2 dapat sambung cepat yer..
mybe nina sndri k0wt yg tulis surat tuh..
huhu..
cdeh cte nie..
ble fakhrul nk balik smula kt hanna..
:((
cepatlaaahhhh...x sabar nak tahu gak....
tlg2!!!tlg smbg cpat2...xsaba nk tahu...cian fkrul..jgnla fkrul kawin dgn nina ek...jamilah bngong 2 bia mati...tamak sgt...hehehe..
nape x smbung lg dah lamer sgt trgntung citer ni..... 1 tahun lebih dah ni........
Catat Ulasan