Hamdan panik.Dikerlingnya Aida kaku disebelahnya.Tangannya menggigil dan hatinya tidak keruan.Rasa takut dan panik semakin menjalar dalam diri hingga Hamdan tidak lagi mampu berfikir secara waras.Otaknya kini galak memikirkan tindakan selanjutnya untuk menyembunyikan ‘tubuh’ Aida.Hamdan memandang ke arah jalan raya yang agak lengang dan sunyi.Tiba-tiba sebuah lori balak yang menderu laju dari arah bertentangan menarik perhatiannya.Lori tersebut melanggar sebuah botol minuman kosong yang kebetulan berada di tengah-tengah jalan raya tersebut.Hamdan dapat melihat botol tersebut pecah.Sepantas kilat Hamdan mendapat satu idea.Brek keretanya ditekan secara mengejut.Berkeriut bunyi tayar keretanya.Mujur sahaja tiada kereta lain yang berada di belakang keretanya.Jika tidak, pasti satu kemalangan jalan raya bakal berlaku.
Hamdan memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada orang yang bakal melihat akan perbuatannya.Apabila yakin, pantas Hamdan membuka pintu keretanya dan menarik keluar tubuh Aida dan dibaringkan di tengah jalan raya.Fikirnya adalah lebih baik tubuh Aida ini hancur dilanggar lori balak atau kenderaan yang lalu lalang di sini.Sekurang-kurangnya kematian kali kedua Aida tidak lagi akan dikaitkan dengannya.Suatu kemalangan.Itu jawapan mudah yang mampu diberikannya kepada ibunya apabila ditanya kelak.Hamdan tersenyum berat.Setelah dipastikan bahawa kedudukan Aida adalah cukup ideal bagi menghasilkan sebuah kemalangan terancang, Hamdan terus memecut keretanya untuk pulang ke rumah.Hatinya yang serabut perlu ditenangkan.Jika tidak, silap-silap nanti dia akan dituduh menjadi punca.
***
Setibanya di rumah, Hamdan membaringkan badannnya di sofa.Hari ini memang adalah hari malang untuk dirinya.Hyper Mega Construction gagal untuk merebut tender sub-kontraktor bagi pembinaan Mega Sutra Heights.Buntang matanya tatkala mendengar keputusan tender pagi tadi.Semalam hatinya cukup yakin bahawa tender itu adalah milik mereka tatkala melihat wajah puas Mr. Chew namun ternyata usahanya sia-sia.Atas rasa tidak berpuas hati, Hamdan terus bersemuka dengan Mr. Chew bagi mendapatkan alasan kegagalan Hyper Mega Construction.
“Hayya.. Sapa cakap sama lu kalau lu kasi itu perempuan sama wa, wa akan bagi lu ini tender?Wa talak mintak ma, lu sendiri offer sama wa... Lu lupa ka?”
“Tapi lu happy sama wa punya bini kan bos?Bukan calang-calang perempuan wa kasi...”
“Memang loh... Tapi perempuan sama luit mana sama loh.Itu perempuan lu kasi wa amik tapi wa talak pernah janji wa akan kasi ini tender.Company lu punya proposal talak cukup bagus ma...Mana wa boleh kasi sama lu... Lugi la wa...”
Arghh!!Hamdan menjerit bagi mengurangkan bebanan dijiwanya.Hatinya geram mengenangkan tindakan Mr. Chew yang menghalaunya ibarat anjing kurap apabila dia terus-terusan mendesak supaya Mr. Chew menimbangkan kembali keputusannya.Hamdan memegang pipinya yang terasa bengkak akibat ditumbuk oleh pengawal peribadi Mr. Chew tadi.Hatinya yang geram kini berubah dendam.Di tambah pula dengan kejadian yang menimpa Aida tadi.Hamdan terkedu dan terfikir-fikir sendiri.Adakah sudah hancur badan Aida dilanggar kenderaan atau belum?Di dalam keadaan kepenatan emosi akhirnya Hamdan terlelap sendiri.
***
Hamdan menggaru pipinya yang gatal.Ditampar tangan dan kakinya yang dihurung nyamuk.Akibat tidak tahan dengan rasa gatal, Hamdan membuka matanya.Gelap.Telefon bimbitnya yang terletak di meja tidak jauh dari sofa yang menjadi alas tidurnya tadi dicapai.Satu butang telefon ditekan dan telefon bimbitnya mengeluarkan cahaya.7.30 malam.Hamdan mengerutkan dahinya.Kenapa keadaan rumahnya yang bergelap?Ke mana perginya Aida?Kenapa lampu rumah semua tidak dibuka?Selalunya pada waktu ini Aida akan kelam kabut memasak sebelum dia menunaikan solat maghrib.
“Aida...!!Aida...!!” jerit Hamdan.Hatinya berang.Oleh kerana kelalaian Aida yang membiarkan dia tidur di dalam gelap, habis badannya bintat digigit nyamuk.Memang dasar perempuan tak guna.
“Aida...!!!” jerit Hamdan sekali lagi namun dalam nada yang lebih kuat.Hatinya dijentik rasa pelik namun langkah kakinya dibuka menuju ke bilik.Lampu bilik dibuka.Sebaik sahaja bilik menjadi terang, Hamdan terpandang pada beg Garfield yang terletak di atas katil.Ingatannya kembali terlayar pada kejadian petang tadi.Serta merta Hamdan tersedar.Hamdan berlari kembali ke ruang tamu dan membuka televisyen.
Hamdan membuang pandang pada muka jam yang tergantung di dinding ruang tamu.7.45 malam.Dengan penuh debar, Hamdan menantikan siaran Buletin Utama bermula.Hatinya tertanya-tanya mengenai nasib ‘tubuh’ Aida yang ditinggalkannya petang tadi.Sudah hancurkah digilis lori?Hamdan yakin jawapan pada persoalannya akan terjawab sebentar lagi.
Me? Suka bersendiri tapi tak suka keseorangan. Mempunyai cita-cita dan anganan sendiri. Ibubapa serta semua insan yang dikasihi menjadi prioriti. Dan, hanya ucapan dan kata-kata menjadi ekspresi kepada diri.
3 komen yang diterima:
whooaaaaa..
kijam sunggoh si hamdan nieh..
hope ade la sespe yg slamtkan aida tuh...
huhu..
besh..
smbung agy kak lea...
sedihnya n3 nie...
cian kat aida....
smpai hti tul lah hamdan bt cam 2 kt aida...
xde prsan ke hamdan 2????
sory..teremo lah plk...
cpat smbng tau kak lia..
dah xde bru nak tercari2..
biadap kamu hamdan....
Catat Ulasan