
Farah Aqilah kembali termenung di luar rumah setelah mereka selesai makan malam. Dirinya tersenyum sendiri tatkala dia menyedari bahawa dia telah tersalah faham pada gadis yang baru tiba lewat petang tadi. Hatinya gundah semata-mata melihat lagak mesra antara Amir dan wanita itu. Cemburukah aku?...
