[MadaJaya Holdings ~ 2008]
“Qila, Encik Fuad wants to see you at his office”, kedengaran suara Hanim dari corong intercom dihadapannya.
“Sekarang ke?”, tanya Farah Aqilah sambil melirikkan matanya ke arah jam dipergelangan tangannya.
“Yup. Sekarang”, balas Hanim ringkas. Pantas Farah Aqilah bangun. Bersiap-siap untuk menemui Encik Fuad. Ketika melalui meja Hanim, Farah Aqilah berhenti seketika.
“Hmm.. sekarang dah dekat sebelas setengah ni. Kalau aku lambat, kau keluar lunch dengan Elfy jelah ye Hanim”, bimbang sekiranya pertemuan dengan Encik Fuad ini bakal melewati waktu makan tengah hari.
“Agaknya dia nak ajak kau lunch dengan dia tak Qila”, giat Hanim. Farah Aqilah menjegilkan matanya.
“Banyaklah kau. Bukan kau tak tahu Encik Fuad tu jarang lunch kat luar melainkan kalau dia terpaksa keluar jumpa klien. Lain-lainnya dia mesti balik rumah jugak. Makan air tangan Puan Nurul. Untungnya Puan Nurul
“Kenapa? Dah mula rasa teringin hidup berumah tangga ke?”,usik Hanim lagi. Terus angan-angan Farah Aqilah tadi relai. Fobia Farah Aqilah mendengarkan perkataan rumah tangga. Sungguhpun begitu, Farah Aqilah tidak menyalahkan Hanim kerana dia tidak tahu apa-apa.
“His.. kau jangan nak mengarutlah. Eh, dah lah. Lagi lama aku kat sini makin mengarut pulak kau ni. Aku pergi jumpa Encik Fuad dulu. Kau tak payah tunggu akulah, Hanim. Ok, aku chow dulu”, kata Farah Aqilah dan terus meluru lif berdekatan. Butang ke atas ditekannya. Beberapa minit kemudian pintu lif terbuka. Pantas Farah Aqilah memasuki lif tersebut dan menekan butang 36.
Setibanya Farah Aqilah di pejabat Encik Fuad. Farah Aqilah menemui Iman, setiausaha peribadi Encik Fuad.
“Iman, Encik Fuad nak jumpa I eh?”, tanya Farah Aqilah sopan.
“A’ah Cik Qila. Masuklah. Encik Fuad memang tengah tunggu Cik Qila”, balas Iman.
“Sebab apa ye?”, tanya Farah Aqilah sedikit berbisik.
“I don’t know”, balas Iman sambil mengangkat bahu. Juga dalam keadaan berbisik.
“Encik Fuad nak lamar you kot Cik Qila”, usik Iman pula sambil ketawa. Berubah rona wajah Farah Aqilah.
“Ish.. ada-ada jelah you ni Iman. Oklah I masuk dulu”, kata Farah Aqilah kepada Iman. Iman hanya mengangguk tanda faham.
Tok.. Tok.. Tok..
Pintu bilik Encik Fuad diketuknya. Walaupun sudah diketahui bahawa sememangnya Encik Fuad sedang menantikannya. Namun, adalah tidak sopan sekiranya Farah Aqilah untuk terus masuk menerjah.
Setelah mendapat kebenaran masuk, barulah Farah Aqilah membuka pintu berkenaan.
“Oh Aqilah. Masuklah”, jemput Encik Fuad sebaik sahaja melihat wajah Farah Aqilah. Farah Aqilah menganggukan kepalanya sedikit tanda menghargai pelawaan tersebut.
Sebaik sahaja Farah Aqilah memasuki ruang pejabat itu, Farah Aqilah perasan bahawa ada insan lain yang turut berada disitu.
“Farah Aqilah, perkenalkan Syamir Mustaqim. Staf baru kita disini”, kata Encik Fuad sebaik sahaja Farah Aqilah mendekati seorang lagi insan yang berada dihadapannya. Berubah roman wajah Farah Aqilah tatkala mendengarkan sebaris nama itu. Namun cepat dikawalnya supaya tidak terkesan riak tersebut oleh Encik Fuad.
Syamir pantas berdiri sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Berpura-pura baru berkenalan sebenarnya.
“Maaf bukan muhrim”, jawab Farah Aqilah sambil menyembunyikan tangannya ke belakang. Berubah wajah Syamir ketika itu. Perlahan-lahan tangannya ditarik kembali.
“Ok. Have a seat Aqilah. Kita ada sesuatu yang perlu dibincangkan. Lepas ni bolehlah kita keluar lunch”, kata Encik Fuad yang menyedari berlakunya sedikit ketegangan disitu. Serta merta ketegangan yang berlaku sebentar tadi itu kendur semula.
Farah Aqilah menarik kerusi yang berada disebelah Syamir itu sedikit jauh sebelum duduk. Syamir yang menyedari akan tindakan Farah Aqilah itu hanya tergeleng kesal. Ternyata dia sangat membenciku, kata hati kecil Syamir.
“Hmm.. Aqilah. I diberitahu bahawa Syamir pernah berjumpa dengan you sebelum ni tetapi tak dapat berbual panjang sebab you ada hal yang perlu diuruskan. Betul?”, sengaja Encik Fuad mengada-adakan cerita untuk menduga Farah Aqilah.
Hah? Dia mengadu ke? Tanya hati kecil Farah Aqilah.
“Err.. ya Encik Fuad. I’m sorry.. er.. waktu tu..”, tergagap Farah Aqilah cuba memberikan alasan. Syamir disisi hanya tersenyum melihat akan kegugupan Farah Aqilah tersebut.
“Its ok Aqilah”, pintas Encik Fuad.
“Actually I dah decide untuk letakkan Syamir under your department. As one of your trainer maybe”, terang Encik Fuad ringkas.
“Hah? But you are an engineer don’t you?”, pantas Farah Aqilah memberikan reaksi. Wajah Syamir disebelahnya dipandang dalam. Farah Aqilah tidak berpuas hati dengan perjawatan yang diberikan oleh Encik Fuad kepada Syamir.
“Eh, awak dah kenal Syamir ke sebelum ni Aqilah? Macam mana awak tahu dia ni seorang engineer?”, duga Encik Fuad. Sengaja dia berpura-pura tidak mengetahui kisah silam diantara Farah Aqilah dan Syamir.
“Err.. tak lah. Saya agak je”, Farah Aqilah masih cuba melindungi akan hakikat yang sebenarnya. Farah Aqilah dapat melihat ada suatu senyuman yang berkuntum di bibir Syamir. Agak samar namun sinis.
“Oh ye ke. Saya sangka kamu berdua pernah kenal dulu. Memandangkan Syamir pun dari UTM tau dulu”, sambung Encik Fuad lagi.
“Eh tak lah. Saya tak kenal pun dia”, jawab Farah Aqilah kalut. Duduknya pun sudah dirasakan serba tidak kena. Masih cuba menyembunyikan hakikat nan satu itu.
“Oh, you pun dulu student UTM ke? Duduk kolej mana dulu?”, sampuk Syamir pula. Sengaja ingin diuji lagi hati gadis disebelahnya kini.
Ciss!! Sengaja nak kenakan akulah tu, marah hati Farah Aqilah.
“Entah. Dah lupa..!!”, jawab Farah Aqilah ringkas. Syamir hanya mengangkat keningnya sebelah tanda tidak percaya.
Aku pasti kau masih mengingatinya. Kerna aku sendiri tidak mampu melupakan setiap detik kita bersama dahulu, desis hati Syamir.
“Hmm.. back to our topic. Nak berkenalan esok-esok boleh sambung berkenalan”, kata Encik Fuad kepada Syamir. Terkulat-kulat Syamir mendengar akan teguran sinis daripada pak longnya itu. Pak Long ni memang tau..
“Ok Aqilah. Memang Syamir ni seorang engineer. Tetapi sengaja saya nak letakkan dia in your department. Selama ini kita selalu outsource kursus-kursus yang berbentuk technical. So, sekarang ni saya bercadang untuk mengadakan in-house training module. Tak payah lagi kita nak lantik konsultan. Lebih jimat rasanya untuk perancangan jangka masa panjang”, dalil Encik Fuad. Syamir disebelah Farah Aqilah hanya mengangguk setuju.
“But still Syamir tak tahu apa-apa fasal training Encik Fuad. Kalau betul-betul Encik Fuad bercadang dah tak nak gunakan consultant untuk kursus-kursus teknikal, kenapa kita tak ambil je orang diluar sana yang lebih berkelayakan untuk join department saya”, sanggah Farah Aqilah yang nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
“Sebab pak long nak dekatkan kita sayang”, kata Syamir perlahan.
“What?”, tanya Farah Aqilah sambil menoleh ke arah Syamir.
“Err.. tak ada apa-apa”, kata Syamir. Telinga lintah betullah Qila ni. Sikit punya perlahan macam tu pun dia boleh dengar. Ish..!
Farah Aqilah kembali menumpukan perhatian kepada Encik Fuad. Perbincangan mereka tadi masih lagi belum mendapat kata putus.
“What do you think Aqilah? Kalau Syamir perlukan tidak cukup kelayakan untuk jadi one of our trainers. Bukan ke tu tugas awak untuk memberikan latihan kepada dia mengenai how to be a good trainer?”, balas Encik Fuad pula.
“Tapi Encik Fuad. Untuk hantar Syamir menghadiri latihan juga memerlukan kos, bukan?”, pintas Farah Aqilah. Bangkangan Farah Aqilah yang bertubi-tubi jelas memberitahu bahawa dia tidak ingin Syamir berada di bahagiannya. Atau lebih jelas lagi, dia tidak mahu Syamir berada dekat denganya.
Encik Fuad tersenyum mendengar kata-kata Farah Aqilah itu. Anak buahnya yang satu itu memang teliti orangnya. Tambahan pula isunya sekarang adalah Syamir. Makin telitilah jadinya. Ketawa Encik Fuad di dalam hati.
“Siapa kata kita perlu hantar Syamir untuk berkursus di luar Aqilah?”, duga Encik Fuad. Terkedu Farah Aqilah mendengarkan bait-bait kata itu. Kalau bukan hantar dia pergi berkursus, jadi siapa yang perlu bagi dia kursus? Akukah??!
“Mak.. maksud Encik Fuad?”, tanya Farah Aqilah untuk mendapatkan kepastian. Moga apa yang terlintas dibenakknya tadi adalah tidak benar.
Encik Fuad tersenyum. Nampak sangat Farah Aqilah sedang gelabah kini.
“Aqilah. Saya rasa awak sudah lebih daripada cukup layak untuk dipertanggungjawabkan untuk memberikan latihan kepada Syamir. Saya yakin dengan kebolehan awak. Jadi, untuk apa perlu saya membazirkan wang syarikat untuk melatih Syamir seorang?”, Encik Fuad masih lagi cuba menarik benang di dalam tepung. Doa hatinya moga benang itu tidak putus dan tepungya tidak berselerak.
“Err.. err.. kalau macam tu. Nampaknya saya seperti tiada pilihan lain?”, balas Farah Aqilah setelah beberapa lama berfikir.
“Awak tak nak cakap apa-apa ke Syamir? Atau awak seronok mendengar kami berbalah mengenai awak disini?”, sinis Farah Aqilah berkata. Kali ini ditujukan khas buat Syamir yang berada disebelahnya.
Syamir menoleh. Sebuah senyuman yang manis sengaja dihadiahkan buat Farah Aqilah. Puh!! Puh!! Moga senyuman aku ini akan buat kau teringat-ingat…
“Bila kita boleh mula latihan, Aqilah?”, soalan ringkas Syamir itu benar-benar membakar hatinya. Apalah yang hendak dikejarkan sangat title trainer itu, sedangkan Syamir boleh menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada itu, dengus hati Farah Aqilah.
Farah Aqilah menjawab soalan Syamir itu dengan suatu senyuman yang tidak ikhlas. Matanya tajam merenung ke wajah Syamir. Syamir pula dengan selamba membalas renungan Farah Aqilah itu dengan suatu renungan manja. Akhirnya Farah Aqilah menjatuhkan renungan. Tak sanggup rasanya hendak menatap renungan Syamir yang meremangkan bulu romanya.
Syamir tersenyum menang. Farah Aqilah, hatimu akanku tawan kembali. Syamir menanamkan tekad dihati.
“Ok lets go”, kata Encik Fuad tiba-tiba. Rimas pula rasa hatinya melihatkan Syamir dan Farah Aqilah yang asyik berbalas pandang. Ish.. budak-budak zaman sekarang. Depan orang tua pun boleh main renung-renung pandang-pandang lagi, desis hati Encik Fuad.
Farah Aqilah dan Syamir sama-sama terpinga.
“Ke mana?”, tanya mereka serentak. Pertanyaan itu membuatkan Encik Fuad ketawa panjang. Farah Aqilah dan Syamir pula saling tersipu.
“Makan tengah harilah. Cuba you all tengok jam dah pukul berapa. Satu setengah. Atau you all kenyang dengan main pandang-pandang je”, usik Encik Fuad lagi sambil ketawa. Gembira rasa hatinya melihatkan ada reaksi antara keduanya.
“Erm.. tak apalah Encik Fuad. You better go dengan Syamir jelah. Mungkin Hanim tengah tunggu I sekarang?”, Farah Aqilah cuba memberikan helah.
“Tengok jam, Aqilah. Saya tak rasa Hanim masih belum makan. Dah jangan banyak alasan lagi. Jom kita pergi makan”, ajakan Encik Fuad yang berbaur arahan.
Setelah menarik satu nafas yang panjang, akhirnya barulah Farah Aqilah membontoti kedua-dua lelaki yang sedang berada di hadapannya kini. Kelihatan seperti Encik Fuad sedang berkata sesuatu kepada Syamir dan lelaki itu mengangguk tanda memahami. Encik Fuad menepuk lembut bahu Syamir.
“Aqilah sini..”, jeritan Encik Fuad. Farah Aqilah mempercepatkan langkah kakinya. Sedikit berlari.
“You naik kereta dengan Syamir. I naik kereta I. Bukan apa lepas ni I ada urusan di luar. So, I boleh terus pergi je dari sana”, kata Encik Fuad.
“Er.. kalau macam tu saya bawak kereta sayalah”, seboleh-bolehnya Farah Aqilah cuba untuk mengelakkan diri dari berdua dengan Syamir. Buat masa ini sekurang-kurangnya.
“Eh awak ni, Aqilah. Tak sayang dengan alam sekitar ke? Sengaja nak menambahkan karbon dioksida ye? Tak payahlah. Bila lagi awak nak rasa ada driver?”, kata Encik Fuad sambil tertawa.
Ada-ada sahaja balasan daripada orang tua ini, fikir Farah Aqilah sambil tersenyum. Sedikit lucu dengan hujah Encik Fuad tadi.
“Driver pun driverlah. Shall we?”, kata Syamir sambil meletakkan sebelah tangannya ke dada dan menunduk sedikit. Persis seorang pelayan yang menjemput tetamu masuk.
“Er.. saya rasa kita pergi asing-asing lah ye?”, Farah Aqilah masih cuba melarikan diri. Terhenti langkah Syamir. Dia berpaling ke belakang.
“Awak tahu ke saya dan Encik Fuad nak ke mana?”, jerit Syamir. Farah Aqilah hanya menggeleng bodoh.
“Dah tu awak nak drive ke mana?”, tanya Syamir lagi.
“Awak dan Encik Fuad nak ke mana?”, jerit Farah Aqilah pula. Rasa macam orang bodoh pula. Terjerit-jerit di tempat letak kereta.
“Rahsia!!”
Hah?! Macam tu pun nak rahsia..
“Eh cepatlah. Nanti Encik Fuad ternanti-nantikan kita pulak”, jerit Syamir lagi. Akhirnya Farah Aqilah akur. Namun setiap langkahnya yang diatur dipenuhi geram.
--------------------------------------------------------------------------
huhu.. nampaknya Lea memang tak dapat nak tahan gian dari terus menulis cerita ini.. sayang pula rasanya nak stop walau untuk seketika coz takut nanti idea yang sedang datang mencurah ni kering pula.. huhu~
2 komen yang diterima:
salam...
lea, best giler la citer u ni...
rajin2 la menulis tau...
i akan sentiasa rajin membaca dan menghayati cerita u...
tq soooo much...
-siri-
si pemuja novel online
bestny crita ni ...cepat tau sambung..awak memang berbakat...
Catat Ulasan