Argghh!! Jerit Farah Aqilah melepaskan geram dihati. Teddy bear di atas katil diambil dan dipicitnya sekuat hati. Dibayangkan wajah teddy bear itu seperti wajah Syamir. Tidak disangka pula Encik Fuad juga bersekongkol dengan si Syamir itu. Tapi apa pula perkaitan antara mereka? Puas Farah Aqilah memikirkan perkaitan yang mungkin wujud antara Encik Fuad dan mamat kerek itu, namun masih juga belum menemui jawapannya. Huh! Betul kata Hanim. Mamat kerek nak mampus..
* * *
[Restoran Bunga Lawang ~ 2015]
Farah Aqilah melihat jam di tangannya. Sudah hampir lima belas minit mereka tiba namun bayang Encik Fuad masih belum kelihatan. Sedangkan tadi Encik Fuad bergerak mendahului mereka hampir sepuluh minit. Masakan mereka kini sudah sampai hampir lima belas minit tetapi Encik Fuad masih belum tiba. Farah Aqilah mula gelisah. Encik Fuad salah tempatkah?
Syamir tersengih melihat telatah Farah Aqilah yang tidak senang duduk. Napkin ditangannya dipintal-pintal. Mulutnya pula kelihatan terkumat-kamit tetapi suaranya tidak kelihatan. Asyik benar Syamir melihat akan telatah itu. Rindu rasa hatinya. Riak wajah itu telah lama tidak dilihatnya. Hanya satu perkara yang paling ketara yang masih kekal pada wanita yang berada di hadapannya kini. Degil. Perangai degil itu masih belum berubah malah mungkin lebih degil daripada sebelumnya.
Sejak lima belas minit yang lalu, Syamir telah mengusulkan kepada Farah Aqilah supaya mereka membuat tempahan makanan dahulu. Namun, Farah Aqilah bertegas untuk menunggu ketibaan Encik Fuad dahulu.
“Kalau makanan kita sampai dulu nanti, takkan kita nak bagi Encik Fuad tengok je kita makan”, bangkang Farah Aqilah.
Syamir hanya angkat bahu. Mengalah pada Farah Aqilah. Lima minit kemudian, tiba-tiba telefon bimbit Syamir berbunyi.
Farah Aqilah hanya memandang kosong Syamir menjawab panggilan tersebut. Namun, entah mengapa hatinya berasa sedikit tidak tenang. Sabar Farah Aqilah menantikan Syamir habis menjawab panggilan tersebut.
“So, boleh kita order makanan sekarang?”, tanya Syamir sebaik sahaja memutuskan talian.
“Habis, Encik Fuad macam mana?”
“Sorry sayang. Tadi tu Encik Fuad yang call. Dia cakap dia makan kat rumah je. Tak sampai hati nak biarkan wife dia makan sorang-sorang kat rumah”
“What?”, berubah wajah Farah Aqilah mendengarkan jawapan Syamir itu. Sungguh dia tidak sangka. Konspirasi apakah ini? Encik Fuad dan Syamir bersekongkolkah? Huh! Bodohnya aku. Teringat kata-katanya pada Hanim sebelum dia bertandang ke pejabat Encik Fuad sebentar tadi.
“Banyaklah kau. Bukan kau tak tahu Encik Fuad tu jarang lunch kat luar melainkan kalau dia terpaksa keluar jumpa klien. Lain-lainnya dia mesti balik rumah jugak. Makan air tangan Puan Nurul. Untungnya Puan Nurul kan Hanim?”
Farah Aqilah menepuk dahinya sekali. Cis!
“Apa yang ditepuk didahi tu Qila? Ada nyamuk ke?”, usik Syamir. Sambil itu tangannya dilambai memanggil waiter yang bertugas.
Mata Farah Aqilah mencerlun marah ke arah Syamir. Gurauan Syamir itu langsung tidak kelakar padanya. Menyampah lagi adalah.
“Kau memang sengaja berpakat dengan Encik Fuad menipu aku kan?”, keras suara Farah Aqilah menuturkan ayat itu. Walaubagaimana pun, nada suaranya tetap direndahkan. Bimbang menarik perhatian pengunjung yang lain. Belum pun sempat Syamir membuka mulut, waiter yang dipanggilanya tadi tiba bersama dua menu ditangan.
Menu diletakkan dihadapan mereka. Syamir membuka menu dihadapannya. Farah Aqilah dilihatnya tidak berkutik. Menu dihadapannya tidak diendahkan. Marah barangkali.
“Qila, you nak makan apa?”, lagaknya seperti Syamir sedang bercakap dengan sudu dan garfu dihadapannya. Langsung tiada balasan.
“I orderkan untuk you ok?”
Farah Aqilah tetap diam tanpa respon. Syamir menarik nafas dalam. Berhadapan dengan karenah Farah Aqilah yang sebegini benar-benar menguji kesabarannya. Sungguh. Layanan Farah Aqilah yang sebegini sangat asing baginya. Seingatnya dahulu tidak pernah Farah Aqilah bertindak sebegini. Langsung tidak mempedulikannya. Semarah-marah Farah Aqilah padanya, soalannya masih dijawab. Mesejnya masih berbalas. Dunia sudah terbalikkah?
Ya. Dahulu memang Farah Aqilah melayani Syamir dengan baik. Walau marah macam mana sekali pun, pertanyaan Syamir tetap dijawabnya. Mesej Syamir masih dibalasnya. Sungguh pun dengan perasaan yang sebal. Semua itu dilakukannya atas dasar hormat kepada Syamir pada waktu itu. Hormat selaku ketua kepadanya. Hormat selaku insan yang lebih tua daripadanya. Namun semua rasa hormat itu lebur tatkala bibir dan lidah Syamir tega untuk menghina diri dan maruahnya tanpa sebarang usul periksa. Kredibiliti dan reputasi membanggakan Syamir di mata Farah Aqilah musnah sama sekali.
Farah Aqilah tidak sedar dan juga tidak mahu ambil peduli mengenai order yang dibuat oleh Syamir. Tahu-tahu sahaja makanan sudah pun terhidang dihadapannya. Tom yam seafood, kailan ikan masin, ikan siakap masak tiga rasa, sambal belacan serta sotong goreng tepung memenuhi meja mereka. Aroma masakan tersebut benar-benar membuka seleranya. Syamir masih ingat lagi akan lauk kegemarannya?
“Abang harap Qila bukan on diet. Kalau tak siapa nak habiskan semua lauk pauk ni”, pujuk Syamir. Kata ganti diri Syamir juga sudah bertukar kembali. Abang? Huh! Sejak bila pula ni?
Farah Aqilah masih lagi enggan bersuara. Matanya asyik merenung lauk-pauk dihadapannya. Syamir mengambil mangkuk kecil dihadapan Farah Aqilah. Kuah tom yam bersama sedikit isi dimasukkan di dalam mangkuk tersebut. Kemudian, Syamir menyorongkan mangkuk tersebut di depan Farah Aqilah. Ikan siakap dicubit dan diletakkan ke dalam pinggan Farah Aqilah. Begitu juga dengan sotong dan sayur kailan. Hampir penuh pinggan Farah Aqilah dibuatnya. Akhir sekali sedikit sambal belacan dicedok dan diletakkan ke dalam pinggannya. Baki sambal itu diletakkan di hadapan Farah Aqilah. Syamir tahu Farah Aqilah gemarkan sambal belacan.
“Makanlah Farah. Atau Farah nak abang suapkan pulak?”, teguran Syamir itu membawa Farah Aqilah kembali ke dunia nyata.
“Hah?”, nyata Farah Aqilah masih terpinga.
“Makanlah. Atau Farah nak abang suapkan?”, ulang Syamir lagi.
Pantas Farah Aqilah menggelengkan kepalanya. Sudu dan garfu dicapainya. Sekali lagi Farah Aqilah terkejut melihat isi pinggannya.
“Biar betul. Banyaknya… Awak nak bagi saya gemukkah?”, terpacul kata-kata itu dari mulut Farah Aqilah tiba-tiba.
Ketawa besar Syamir dibuatnya.
* * *
[Pusat Ko-Kurikulum, UTM ~ 2008]
“Senang je kan? Itu pun nak suruh aku”, jeling Farah Aqilah pada Syamir disebelahnya yang sedang memakai kasut. Syamir hanya tersengih.
Sebentar tadi, bermati-matian Farah Aqilah memaksanya untuk masuk bersama. Syamir tahu Farah Aqilah memujuknya masuk bukan kerana takut tetapi ingin mengajarnya mengenai cara-cara untuk berurusan dengan pihak pentadbiran Pusat Ko-Kurikulum. Syamir tahu itu. Cuma sengaja dia tidak mahu masuk. Sengaja dia tidak mahu belajar. Padanya untuk apa dia belajar sedangkan Farah Aqilah ada untuk melakukan untuknya. Selama Farah Aqilah menjadi orang kanannya, hidupnya senang. Walaupun kadangkala Farah Aqilah agak banyak karenah, tapi hasil kerjanya selalunya cemerlang. Malah mungkin lebih cemerlang daripada hasil yang mampu dilakukannya. Atas dasar itulah Syamir tidak mahu belajar. Apa yang dia tahu, selagi Farah Aqilah ada bersamanya hidupnya pasti senang. Farah Aqilah boleh menguruskannya.
“Amir kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? Orang cakap dengan dia boleh pula dia tersengih je macam kerang busuk”, bebel Farah Aqilah. Selalunya jarang Farah Aqilah membebel kerana bahagian membebel itu akan dilakukan olehnya. Syamir ketawa sendiri.
“Yelah-yelah. Aku dengar”, balas Syamir malas.
“Dah tu jomlah. Kau nak ikut ke tak ni?”, pertanyaan Farah Aqilah membuatkan dahi Syamir berkerut.
“Nak ke mana pula?”
“Lah! Dah berbuih mulut aku bercakap dengan kau. Berkhayal rupanya. Dah la kerja kau tadi aku yang uruskan. Terhangguk-hangguk je kerjanya. Tapi esok-esok kau panggil aku lagi suruh uruskan jugak”, marah Farah Aqilah kerana Syamir tidak memberi perhatian pada setiap percakapannya. Huh! Macam cakap dengar tar je.
“Sorry la Qila. Relax la. Kaukan aku punya savior. Siapa lagi yang nak aku harapkan kalau bukan kau. Kau tanya aku ke mana tadi?”, pujuk Syamir. Syamir tahu marah Farah Aqilah itu tidak ke mana. Sekejap lagi baiklah tu, desis hatinya.
“Pergi makanlah. Perut aku dah lapar sangat ni. Kau nak join tak?”, tanya Farah Aqilah sekali lagi. Syamir tersengih sekali lagi.
“Kau belanja aku la..”, usul Syamir pula.
“Eh.. sepatutnya kau la belanja aku. Dah la aku tolong kau. Aku jugak nak kena belanja kau. Melampau la tu”, Farah Aqilah menyambung lagi bebelannya. Tidak puas hati betul Farah Aqilah pada Syamir pada hari ini.
Syamir sengaja menyayang riak kasihan.
“Alah.. belanjalah aku. PTPTN aku dah keringlah. Nanti bila dapat elaun aku belanjalah kau pulak”, pujuk Syamir lagi. Yelah tu kau nak belanja aku, kata hati Farah Aqilah.
“Hmm.. yelah. Tapi kau jangan nak order yang melampau-lampau pulak”, Farah Aqilah memberikan amaran. Lalu mereka bertolak menuju ke Bangunan SUB untuk makan disana.
* * *
[MadaJaya Holdings ~ 2015]
“Hai Farah. Morning. Apa aktiviti kita pagi ni?”, tanya Syamir ceria.
Tersentak Farah Aqilah dengan teguran Syamir itu.
“Macam mana kau masuk? Kenapa Hanim tak inform aku dulu?”, suara Farah Aqilah sedikit keras. Tidak puas hati dengan cara Syamir yang langsung tidak menghormatinya sebagai ketua disitu.
“Hiss.. Apalah Farah ni. Marah pagi-pagi macam ni. Cuba ceria sikit. Macam mana Hanim nak inform Farah. Dia tak tahu pun abang masuk bilik Farah ni”, jelas Syamir.
“Huh! Kenapa, awak ni invisible ke waktu lalu depan meja Hanim tadi?”, perli Farah Aqilah. Ketawa Syamir bila disindir begitu.
“Bukanlah. Tadi masa abang masuk bilik Farah, Hanim tak ada pun kat meja dia. Mungkin dia pergi pantry tak pun pergi tandas, touch-up make-up”, kata Syamir yang masih ketawa-ketawa.
“Hello Mr. Syamir Mustaqim. Listen here. First sekali, saya nak ingatkan awak yang ini adalah pejabat dan bukannya bilik tidur awak yang awak boleh masuk main terjah je. Secondly..”, ketawa Syamir makin kuat mendengarkan amaran daripada Farah Aqilah itu. Pantas ayat Farah Aqilah itu dipintasnya.
“Sayang, alangkah bahagianya hati abang kalau ini bilik tidur abang. Dengan adanya Farah sekali kat sini. Bertambah-tambah bahagialah abang jadinya”, seronok benar Syamir pagi itu.
Berubah wajah Farah Aqilah mendengarkan butir bicara Syamir itu.
“Huh! Bilik tidur awak? Beranganlah..”, marah Farah Aqilah makin menjadi-jadi. Nampaknya, setelah hampir tujuh tahun tidak bertemu, perangai tidak makan saman Syamir makin menjadi-jadi. Makin menyakitkan hatinya.
Ketawa Syamir semakin besar mendengarkan marah Farah Aqilah itu. “Berangan? Wahaha.. Memang hari-hari abang berangan pun. Berangan dapat peluk sayang malam-malam”, balas Syamir lagi di dalam ketawanya yang masih belum surut.
Tidak Farah Aqilah sangka setiap butir percakapannya hari ini bakal mengundang tawa Syamir. Akhirnya dirinya mengambil keputusan berdiam diri. Rasa geramnya diluahkan pada hujung tudungnya. Habis hujung tudungnya itu dipintalnya.
Melihatkan keadaan Farah Aqilah yang sebegitu. Syamir menyurutkan tawanya. Perlahan dia mendekati Farah Aqilah. Tangan Farah Aqilah cuba diraih namun cepat dilarikan oleh Farah Aqilah.
“Ops.. Belum muhrim”, kata Syamir sambil tersenyum.
“Farah, I’m sorry ok. It just Amir excited sangat pagi ni. Nak mula tugas bersama Farah kembali. Teringat masa kita di UTM dulu. I’m sorry ok?”, pujuk Syamir lembut. Farah Aqilah hanya membatu. Langsung tiada respon. Sah! Dunia ni dah terbalik, desis hati Syamir.
Walaupun begitu, hujung tudung itu tetap menjadi mangsa Farah Aqilah. Sedikit berkedut hujung tudung itu dikerjakan Farah Aqilah. Semuanya gara-gara marahkan Syamir.
“Ok Farah. Amir janji. Lepas ni kalau Amir nak masuk bilik Farah, Amir akan inform Farah melalui Hanim dulu. Selagi Farah tak bagi Amir masuk, Amir akan tunggu Farah diluar. Ok, puas hati?”, Syamir cuba menarik minat Farah Aqilah kembali. Percubaannya kali ini nampaknya berjaya. Farah Aqilah mula memberikan respon.
“Baguslah kalau Amir faham yang kita sekarang ini berada di pejabat. Dan Qila nak ingatkan yang antara kita dah tiada sebarang hubungan lain lagi selain hubungan antara rakan sekerja. So, please jangan bahasa diri Amir sebagai abang lagi. And don’t you ever call me sayang again!”, tegas Farah Aqilah.
“Hmm.. ok..”, sahut Syamir sambil mengangkat bahu. Acuh tidak acuh sahaja bunyinya.
Farah Aqilah memberi kebenaran masuk sebaik sahaja kedengaran bunyi ketukan dipintu. Farah Aqilah tahu itu pasti Hanim.
“Maaakkk..!!”, jerit Hanim. Terkejut apabila melihat Syamir yang berada di dalam bilik Farah Aqilah. Macam mana dia masuk?
Akibat daripada tindakan Hanim yang terkejut itu. Air coklat yang ditatangnya tercampak ke arah Syamir. Habis comot muka dan baju Syamir. Mujur sahaja air itu suam. Jika tidak parahlah Syamir dikerjakannya.
Melihatkan Syamir yang serba comot itu, benar-benar mencuit hati Farah Aqilah. Riak yang muram sebelum ini bertukar cerah. Malah bersinar dengan galak sekali. Bunyi ketawa terbit dari dua ulas bibir Farah Aqilah itu hingga terbit air matanya.
Syamir yang terkejut disimbah air yang dibawa oleh Hanim tidak jadi marah. Ketawa dan senyuman Farah Aqilah telah membunuh rasa marah dihatinya tadi.
4 komen yang diterima:
toin,,,toin...
nak lg lea..nak lg...
cepat smbg...
lolipop dah x sabo ni....
hai lea...
lea memang betul gian menulis eh sekarang...sy la orang paling bahagia bila lea gian menulis...ada gak benda sweet yang nk dbaca selain notes yang memeningkan kepala tu...thanks lea...
hai..
hehe.. thanx atas penghargaan yang diberikan.. hmm.. agak gian jugak la.. sebenarnya idea utk citer ni tengah banyak.. sbb tulah.. stiap kali buka je buku idea datang.. kalau macam ni slalu gawat lea jadinya.. wahahha. nway.. thanx again..
salam...
mmg best, sambung lagi...sambung panjang2 tau.....
tq
-siri-
gangster kg. dusun
Catat Ulasan