Product from Adobe

Selasa, Jun 30

Cinta Si Baju Kebaya Bab 11



Farah Aqilah kembali termenung di luar rumah setelah mereka selesai makan malam. Dirinya tersenyum sendiri tatkala dia menyedari bahawa dia telah tersalah faham pada gadis yang baru tiba lewat petang tadi. Hatinya gundah semata-mata melihat lagak mesra antara Amir dan wanita itu. Cemburukah aku? Hatinya berasa sedikit jengkel apabila terdetik perkataan cemburu dalam benaknya. Namun itulah hakikat sebenarnya yang sedaya upaya ditolaknya. Mana mungkin wujud rasa cemburunya terhadap Amir. Tetapi sejauh manapun dia cuba untuk menyangkalnya, hatinya tetap mengetahui hakikat yang sebenarnya.
”Hai Kak Farah. Kenapa termenung sorang-sorang ni?” manja suara tersebut menegurnya.
Farah Aqilah menoleh. Tatkala terjamah oleh matanya sebuah raut wajah yang begitu comel dan indah, serta merta bibirnya berkuntum senyum.
”Eh, Alia. Tak ada apa-apa. Saja Kak Farah duduk ambil angin kat sini,” jawab Farah Aqilah pula.
”Kak Farah, jemputlah minum,” mendengar pelawaan itu barulah Farah Aqilah perasan akan dua mug yang masih lagi berasap sudah berada di hadapannya. Entah bila gadis kecil molek ini membawanya, tidak pula dia perasan.
”Oh, terima kasih. Mak Dah mana, dia tak join kita minum sekali ke?” tanya Farah Aqilah pula. Sedikit aneh apabila melihat hanya dua mug yang di bawa dan bukannya satu jag seperti selalunya.
”Mi cakap dia minum kat dalam je. Mi minum dengan abang,” lembut sahaja Alia menjawab. Kagum betul Farah Aqilah dengan lembut tutur bahasa gadis yang sedang meniup perlahan di permukaan airnya yang masih panas. Sebelum menghirupnya perlahan.
”Oh...”
”Akak, Lia mintak maaf ye bagi pihak abang kalau-kalau dia ada buat salah kat akak. Lia tahu abang tu kadang-kadang memang baran je tapi abang tu memang penyayang orangnya”
Terkesima sebentar Farah Aqilah dengan topik bicara Alia yang dibuka secara tiba-tiba. Mulutnya bagaikan terkunci sebentar. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab kata-kata Alia tadi.
”Akak bencikan abang ke?” tanya Alia lagi.
Farah Aqilah menarik nafas lembut sebelum dia menghembuskannya secara perlahan-lahan. Begitu mencabar rasanya soalan daripada Alia malam ini.
”Tak,” jawab Farah Aqilah perlahan.
”Kalau macam tu, maknanya akak dah maafkan abang lah ye,” teka Alia lagi.
Hati Farah Aqilah sedikit rimas dengan soalan-soalan yang diajukan oleh gadis cilik ini. Namun, kelembutan yang ditonjolkan oleh gadis manja ini telah menyebabkan Farah Aqilah berasa seperti serba salah seandainya dia mengelak untuk menjawabnya.
”Kenapa Alia tanya akak macam ni? Siapa suruh tanya? Abang Amir ke?” soalan Alia dibalas dengan soalan kembali oleh Farah Aqilah. Masih lagi mencari ruang untuk mengelak daripada dia terus diasak dengan soalan-soalan yang boleh mendedahkan rasa hati yang baru disedarinya sekejapan tadi.
”Taklah. Alia sendiri yang nak tanya. Bukan apa, dah bertahun-tahun Alia tengok abang sedih dan tak ceria. Bertahun-tahun juga Alia dengar rintihan hati abang. Setiap hari abang cakap yang dia bodoh dan berdosa pada akak. Sebab tulah Alia tanya,” panjang lebar jawapan yang diberikan oleh Alia.
Farah Aqilah merenung jauh dalam kegelapan malam. Tiba-tiba hatinya bersuara, rupa-rupanya bukan kau seorang yang menderita. Tetapi Amir juga turut merasai derita ini. Oleh itu, untuk apakah aku terus-terusan cuba untuk menyeksa hati Amir yang mungkin sudah cukup derita semenjak bertahun-tahun dulu.
Ah! Tapi memang dia yang bersalah. Dulu tidak sekelumit peluang pun yang diberikan oleh Amir untuk kau membela diri. Bahkan maruah diri kau turut dipijaknya hingga lumat. Sudah lupakah kau tentang itu?
Tapi, derita menanggung rasa bersalah adalah lebih daripada menanggung derita hati yang luka. Sedarlah. Sebelum semuanya terlambat dan pada waktu tu diri sendiri yang akan merana. Tingkah hatinya pada suara jahat yang turut berbisik sama.
”Kak Farah...”
”Akak tak pernah membenci Amir. Akak akui selama memang akak marah dan sedih dengan perlakuan Amir pada akak dulu. Tapi akak tak pernah membenci dia”
”Akak dah maafkan abang?”
Farah Aqilah menganggukkan kepalanya. Namun begitu, anggukan itu begitu lemah rentaknya. Hati Farah Aqilah sedikit berdebar. Entah mengapa rasa hati tersebut muncul. Bagi mengurangkan rasa debaran di hatinya, Farah Aqilah mencapai mug di hadapannya dan menghirup perlahan air yang telah mulai suam itu.
”Akak sayangkan abang?”
Akibat terkejut dengan soalan yang tidak disangka itu, Farah Aqilah batuk dan tersedak. Tekaknya berasa perit. Mukanya merah akibat batuk secara mengejut.
”Opss! Sorry kak. Lia tak sangka akak akan tersedak macam ni,” pinta Alia dengan wajah yang bercampur rasa cemas dan bersalah.
Farah Aqilah menyapu lembut dadanya. Dia mengelap mulutnya yang basah menggunakan tisu. Nafasnya ditarik dalam demi memulihkan detak jantungnya.
”It’s ok”
”Sorry, sorry... Next time Lia tak tanya dah akak soalan begini time akak minum air,” ucap Alia bersama satu sengihan yang panjang. Farah Aqilah tertawa kecil melihat telatah Alia.
”It’s ok. Akak pun tak sangka akak akan tersedak macam ni”
”Akak ni, mana ada orang tau bila dia nak tersedak la...” ucap Alia sambil ketawa-ketawa.
”Eh, ye tak ye jugakkan Alia,” akhirnya mereka berdua hilang dalam tawa yang ceria.

Di sebalik dinding, Syamir menarik nafas kecewa. Kecewa kerana tidak dapat mengetahui jawapan Farah Aqilah pada soalan terakhir Alia tadi. Soalan yang telah sekian lama dia ulang tanya pada dirinya. Adakah Farah Aqilah menyayangi dirinya? Sungguhpun begitu, hatinya sedikit lapang apabila mendengar bahawa Farah Aqilah telahpun memaafkan dirinya. Setidak-tidaknya rasa rasalah yang sekian lama menggunung dalam hatinya sudah mampu diredakan.
Cuma harapnya kini, Farah Aqilah sudi untuk kembali menjadi suri hidupnya buat sekian kalinya. Dan kali ini menjadi suri hidupnya dalam erti kata yang sebenar. Janji dia pada hatinya, Farah Aqilah tidak akan dipersiakannya sekiranya wanita itu sudi untuk kembali dalam hidupnya. Tekadnya dia ingin menghadiahkan segala kebahagian yang wujud di dunia ini kepada wanita kesayangannya itu sehinggakan Farah Aqilah sendiri lupa bagaimana peritnya rasa hati yang pernah ditanggungnya dulu.
Itulah tekad dan janji yang telah disemat dalam jiwanya sejak beberapa tahun yang lalu. Dan kini keinginannya untuk melunaskan janji serta tekadnya itu kian membara, setelah wanita itu kembali ditemuinya. Oleh itu, hanya tinggal satu sahaja lagi harapannya kini iaitu Farah Aqilah sudi untuk kembali bersamanya. Tanpa kesudian Farah Aqilah, segala janji serta tekadnya tidak akan bermakna.







Cinta Si Baju Kebaya kini kembali (^_^)v


Hola semua,

setelah sekian lama akhirnya kini Lea nak sambung semula ceria Cinta Si Baju Kebaya yang telah sekian lama tergantung. So, marilah kita sama-sama hayatinya ye. Buat permulaan, Lea masukkan semula entri bab 9 dan bab 10 yang telah ditarik semula sebelum ini.

Untuk baca Cinta Si Baju Kebaya Bab 9 dan Bab 10 sila klik pada link.

Sekian, terima kasih.


Selasa, Jun 9

Cuti Seketika (^_^)v


Assalamualaikum buat semua,

Di sini Lea ingin maklumkan bahawa Lea tidak dapat meng'upload' sebarang entri sehingga 24 Jun 2009 ini kerana Lea sekarang sedang berada di UTM, sempena Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES Kali ke-28.

Sekian, harap maklum.


Khamis, Mei 21

Rumusan Poll: Pendapat Mengenai Blog


Salam buat semua,

Terima kasih Lea ucapkan buat rakan-rakan yang sudi meninggalkan pendapat mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh Lea dalam entri sebelum ini. Sebelum Lea membuat rumusan mengenai respon yang diterima, Lea ingin membetulkan beberapa tanggapan yang mungkin wujud dikalangan rakan-rakan.

Buat pengetahuan semua, tujuan Lea menimbulkan persoalan tersebut hanyalah untuk mencari hubungan yang signifikan antara bilangan komen dan penerimaan pembaca bagi sesuatu entri/karya. Sebelum ini Lea sering tertanya-tanya sendiri sama ada entri/karya tersebut dapat diterima oleh pembaca atau tidak. Dan, bagi menjawab soalan tersebut Lea cenderung untuk menganggap bahawa karya/entri tersebut kurang mendapat sambutan atau diterima oleh pembaca. Lea menerima setiap reaksi daripada rakan-rakan pembaca dan Lea sedikit pun tidak berkecil hati. Lea cuma ingin tahu hakikat sebenar supaya Lea dapat belajar dan menjadi lebih baik, juga tidak menjadi seorang yang syok sendiri. Huhu...

Alhamdulillah, setelah hampir dua hari Lea menunggu pendapat dan komen daripada rakan-rakan sekalian, Lea telah membuat membuat rumusan atau kesimpulan yang mampu menjawab persoalan yang telah diajukan. Merujuk kepada 10 respon yang telah diterima, pendapat yang diajukan adalah hampir sama. Terdapat beberapa punca yang telah mendorong kkepada para pembaca untuk menjadi 'silent reader' , antaranya adalah faktor internet yang lambat, entri/karya tersebut belum dibaca, dan tiada sebarang respon atau komen yang boleh diberikan. Dan, rata-rata daripada responden menyatakan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara bilangan komen dengan tahap penerimaan pembaca terhadap karya/entri berkenaan.

Berikut pula merupakan hasil daripada undian rakan-rakan pada poll yang telah Lea sediakan, di bahagian kiri blog ini:

Bilangan responden : 13 orang

Soalan pertama : Adakah anda suka melayari blog ini?

91% - suka
08% - tidak suka


Soalan kedua : Selepas membaca entri, apakah yang akan anda lakukan?

08% - tinggalkan komen
08% - beri star rating
83% - tak buat apa-apa


Soalan ketiga : Apakah maksud 'tak buat apa-apa' pada anda? (merujuk pada saolan sebelumnya)

00% - entri tersebut membosankan
100% - saya suka tetapi lebih senang jadi silent reader

Soalan keempat : Secara keseluruhannya adakah blog ini membosankan?

08% - ya
91% - tidak


Itulah sahaja yang mampu Lea simpulkan berdasarkan pendapat-pendapat yang diberikan. Sekali lagi ucapan terima kasih Lea tujukan buat semua yang sudi memberikan kerjasama. Sekian, terima kasih.

Ikhlas;

Selasa, Mei 19

Poll: Pendapat mengenai blog Kalam Coretan


Salam buat semua,

Lea mendapati kadar komen pada setiap n3 di blog ini adalah kurang memberansangkan. Oleh itu, Lea tidak dapat mengetahui sama ada anda suka atau tidak karya-karya di blog Lea. Maka atas sebab itu, Lea ingin meminta jasa baik kawan-kawan sekalian untuk menjawab Poll terbaru daripada Lea. Lea harap Lea akan mendapat maklum balas daripada kawan-kawan sekalian supaya Lea dapat meningkatkan mutu penulisan Lea.

Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin meninggalkan satu dua kata mereka di ruangan ini, amat-amatlah Lea alu-alukan.

Antara persoalan utama yang Lea cuba untuk dapatkan jawapan adalah,

"Sekiranya satu-satu n3 tersebut tidak dikomen oleh pembaca, adakah ianya membawa maksud para pembaca menolak/tidak menyukai n3 tersebut?"

Semoga kawan-kawan sekalian dapat membantu Lea. Kerjasama daripada kawan-kawan sekalian amatlah Lea harapkan dan Lea dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ikhlas;


Berusaha untuk menjadi lebih baik dan tidak mahu menjadi penulis yang syok sendiri (^_^)v

Isnin, Mei 18

Novel Drama : 4 plus One jadi KITA [10-Posyen Cinta]



Hasil kesengalan bersama : LeaQistina dan Adra Adlina



Lokasi : Rumah Agam, Tsuzzor Kapparra


Situasi :


Dzikri mengelap peluh yang merenik hebat di dahinya. Lebat ia menitis hingga sudah serupa hujan ribut yang ganas dan menggila. Mujur sahaja tiada ribut petir yang melanda. Azim pula khusyuk menelaah resipi ‘Posyen Cinta’ yang berada di tangannya. Dia ingin memastikan supaya rancangan mereka pada kali ini akan berjaya.


Dari kejauhan kelihatan Nashriq yang dengan sedaya upaya cuba mengheret satu guni serbuk putih yang menjadi bahan utama untuk membuat ‘Posyen Cinta’. Serbuk putih itulah yang menjadi tunggak harapan utama mereka untuk menumpaskan si bedebah kecil molek, Intan. Huhu... Serbuk putih bukan sebarang serbuk. Lebih berkuasa dari serbuk virus antrax...


Nashriq : Wahahaha... Siap la kau lepas ni Intan (Dalam fikirannya telah terbayang keadaan Intan yang cemas, bergolek-golek dan akhirnya terlentang akibat penangan serbuk putih ajaib mereka... Sengihannya semakin lebar, lebar dan lebar hingga tiba-tiba dia merasakan mulutnya sudah mencapai tahap bukaan yang maksima dan hampir terkoyak! Alamak! Makin lebar lak pulak mulut aku ni nanti. Terleweh jadinya nanti. Bahaya!)


Dzikri dan Azim : Sshhhh!! Ko ni kenapa Nash? Dah gila ye!! Diamlah, nanti si Ritz angguk-angguk geleng-geleng tu tau, niaya kita.. (ucap mereka serentak... Projek mereka ini adalah di luar pengetahuan Haritz. Bukan mereka hendak menyisihkan Haritz tetapi mamat angau tu payah sket. Lembut hati tak bertempat. Silap-silap nanti dia yang akan menjadi pembangkang dalam pilihanraya! Menyusahkan SPR saja nanti...)


Serentak dengan itu, jari telunjuk Dzikri dan Azim tegak terpacak berdiri melekat di bibir. Risau benar mulut lebar si Nashriq bakal memusnahkan kelancaran rancangan mereka ini.


Dzikri : Weh Nash, cepat la wabak serbuk putih tu! (Dzikri tergedik-gedik ketika memberikan arahan kepada Nashriq. Hatinya sudah tidak sabar-sabar untuk membacakan mantera ajaib ‘Posyen Cinta’ tersebut)


Azim : Woi! Ko ni wat spoil la... Apa kes wabak? Bawak la mangkuk... Penatlah aku ajar ko gini! (Wah! Nampaknya Azim sudah tidak tahan lagi dengan gelagat bengong anak muridnya itu. Hatinya kini semakin tertanya-tanya, kenapalah dulu mereka segitiga suara bersetuju melantik Dzikri menjadi ketua mereka. Sepatutnya mereka perlu menjalankan ujian KQ untuk melantik ketua. Barulah diyakini kalibernya sebagai ketua. Eh, KQ? Ketua quotient daaa...)


Dzikri : Ah! Sama jelah tu... (Dzikri buat muka tak puas hati! Kembang kempis hidungnya menahan rasa tak puas hati itu. Sehingga kelihatan bulu hidungnya yang serabut dan berpintal....Euwwww!)


Nashriq : Sudah... Sudah... Apa lagi yang memerang berdua sedang gaduhkan ini? Barang yang lepas usahlah dikenang. Biarlah ia pergi (Tiba-tiba sahaja mood Nashriq untuk berbangkasawan muncul)


Dzikri dan Azim : Eyh? (dengan wajah yang jengkel)


Nashriq : Untuk apa memerang berdua menayang muka jengkel ibarat kura-kura itu kepada hamba? Tak ada gunanya. Lebih baik memerang berdua membantu hamba menuang serbuk putih ajaib ini ke dalam kawah hikmat kita... (penuh gaya berbangkasawan dia bersuara)


Mata Dzikri dan Azim sama-sama terarah pada kawah hikmat yang dikatakan oleh Nashriq tadi.


Dzikri dan Azim : Erk? Tu kawah hikmat ke? Macam periuk nasi je...


Nashriq : Alamak! Salah jampi daaa.. Ting!! Tadaaaa.... Tu dia kawah hikmat kita... (ucap Nashriq sambil mengkerdipkan matanya beberapa kali... Ah!! Comel sungguh...)


Dzikri : Hehe.. ni baru betul kawah. Weh! Cepat bawak sini serbuk tu.. Zim, dah sedia dengan resipi dan tatacara pembuatannya? (Wah! Dzikri ni hanya akan berbahasa dengan bagus kadang-kadang saja bila dia berada dalam keadaan bersegamat.. eh silap.. semangat... hehe...)


Azim : Sudah bos (serta-merta Azim terbayang wajahnya menjadi berkerut seribu dengan gigi yang rongak dan hitam... ala-ala muka ahli sihir yang hodoh bersama penyapu ajaibnya... keh... keh... keh...)


Ketepuk!!!


Dzikri mencepuk kepala Azim.


Azim : Adoi!! Sakit la mangkuk...


Dzikri : Tulah, banyak sangat berangannya... Ingat aku tak nampak ke angan-angan kau tadi.


Azim : Eyh? Macam mana pulak kau tau?


Dzikri : Tu... (panjang mulut Dzikri menjulur ke luar...)


Azim : Apa? Tak nampak apa-apa pun... (dahinya dikerut seribu... Alamatnya bayangannya tadi bakal menjadi nyata la kalau gini... keluh hati Azim)


Dzikri : Kawah hikmat la... Apa la ko ni!!


Azim : Ceh!! Saja mengaku la tu tapi tak tau pun pe yang aku bayangkan. Hampeh punya ketua... (Dia ingat aku nak percaya ke? Kawah tu pun belum letak air. Kering kontang je. Macam mana angan-angan aku tadi nak kelihatan. Memang dasar auta kebota betul! Huh!!)


Nashriq : Weh!! Apa lagi yang korang bertekak tu... Cepat la tolong aku nih... (sudah menggigil kepala Nashriq menahan guni serbuk putih itu di atas kepalanya... Kononnya nak tiru gaya ‘meka’ Siam yang seludup beras... Berat rupanya... Huhu....)


Dzikri dan Azim : Ok.. Ok.. (mangkuk jugak budak sekor ni... Yang pergi tanggung guni atas kepala tu apa hal... Kan dah menggigil macam belatuk salah pasang skru je kepala tu... ucap mereka di dalam hati)


Pantas sahaja mereka berdua membantu mengalihkan guni yang berada di atas kepala Nashriq. Malangnya, gigilan di kepala Nashriq tidak dapat dihentikan. Puas Dzikri dan Azim memeluk dan memegang kepala Nashriq yang bergetar ibarat drill yang sedang menebuk lubang di jalanraya. Akhirnya mereka berdua juga turut bergetar bersama-sama kepala Nashriq. Toing! Toing! Toing!


Puuuuuuttttt!! Put.. Put.. Put.. Bhooootttt!!!


Dzikri dan Azim : Pergh! Busuk gila. Bau plentong siot!!


Bluwek!!!


Dzikri dan Azim sama-sama muntah hijau sebaik sahaja terhidu haruman aroma terapi semula jadi yang dilepaskan oleh Nashriq tadi. Tetapi Nashriq pula hanya tayang muka bahagia.


Nashriq : Ah... Leganya rasa... Bahagia... (wajahnya pula membayangkan rasa bahagia tahap petala langit ke lapan. Hehe.. Aku lepaskan kau pergi... Pergilah... Pergilah cari bahagiamu – ucap hati Nashriq sebaik sahaja ingatannya singgah pada iklan tv yang dilihatnya baru-baru ini “Lepaskan aku!! Sudah seminggu aku terkurung di sini. Asyik makan je sepanjang hari.” Keh.. keh.. keh.. masih lagi terbayang diingatannya makhluk ‘misteri’ itu yang berada disebalik penjara ‘tuan’nya... Huhu...)


Tanpa mereka sedari, gigilan di kepala Nashriq juga berhenti dengan sendirinya. Gigilan tersebut hilang bersama hembusan ‘bayu’ aroma terapi semula jadi tadi (Keh... Keh.. Keh...)


Azim : Eh Nash, kepale ko dah berhenti gigil la...


Dzikri : Phew! Lega... So, boleh la kita mulakan ritual ‘Posyen Cinta’ kita nih! (siapla kau Intan... Akan aku bala maruah muka aku ni... Berani kau menendang bontotkan aku!!)


Nashriq : Ok. Jom!!


Pantas mereka bertiga mengangkat guni yang berisi serbuk putih azimat itu lalu dituang ke dalam kawah hikmat mereka. Serbuk putih tersebut baru dituang separuh. Namun, entah bagaimana tangan Dzikri boleh tersigung ketiak Azim dan telah menyebabkan Azim si Raja Latah mengeluarkan jurus Badigol Kedebushnya. Dan...


Azim : Oppocot ketiak kambing aku geli tertusuk kaktus biru... (merah muka Azim menahan marah)


Tetapi lain pula reaksi Dzikri. Dia ketawa dengan penuh galaknya. Rambut yang baru dikerintingkannya berubah menjadi duri landak yang gagah tercacak. Tangannya pula khusyuk menyapu perutnya bagi menghilangkan rasa kebas yang mula melanda. Dan, tanpa disedarinya sikunya pula tersigung sesuatu hingga jatuh ke dalam kawah hikmat.


Dush!!


Habis berterbangan serbuk putih azimat tadi dan mengenai wajah Nashriq yang berada tidak jauh dari muka kawah.


Hacchumm!!


Nashriq bersin betul-betul di tengah-tengah kawah (Nampaknya ‘Posyen Cinta’ mereka hari ini ada ramuan baru... keh... keh... keh...) Kelajuan angin yang terhasil daripada bersin Nashriq telah menjangkau lebih 120 km per jam. Kelajuan Keluang Man juga telah di atasinya. Maka, hasil daripada hembusan angin deras itu tepat ke tengah kawah telah menyebabkan serbuk putih itu kembali berterbangan dan terpantul tepat ke muka Nashriq. Dan, Nashriq pula kembali bersin, terpantul serbuk putih, bersin, terpantul dan begitulah seterusnya.


Nampaknya hari itu, dunia misi F4 untuk menghasilkan ‘Posyen Cinta’ mereka berakhir begitu sahaja tanpa jaminan berjaya. F4 memang la hampeh dan tak berguna... Huhuhu...!!!




Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS

Belajar Buat Ebook. Jual sendiri karya anda. Klik sini.

Mentor Jutawan. Klik sini.

Belajar Bermain Gitar Cara Pantas. Klik sini.

Kuasai Bahasa Inggeris dengan Mudah. Klik sini.

 

Laman Karya

Kalam Coretan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino